You are on page 1of 2

MAKANAN TRADISIONAL BANGSA CINA DI MALAYSIA

LOK LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi
kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan
makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan
sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat
Malaysia.
CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia


diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng
di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan
kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan
lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak
menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun
kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow
goreng biasa, char kway teow agak basah.
KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru


Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi
kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan
kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana
namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’
dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud
‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升
)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut
sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung
kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk
mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya
termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai,
dan masakan Kantonis dari Guangdong.

You might also like