You are on page 1of 2

Pengenalan

Makanan kaum Cina di Malaysia merentasi sempadan budaya dan


tradisi, menawarkan kepelbagaian rasa yang memukau dan warisan
kulinernya yang kaya. Makanan tradisional cina bermula dari pengaruh
negeri china mula menular pada abad-15, kehadiran masyarakat Cina
yang telah mewarisi kebudayaan mereka ke tanah Malaysia telah
mencorakkan citarasa dan corak masakan yang unik.

Chee Cheong Fun, atau lebih dikenali sebagai "Pau Hua Fun" di
beberapa kawasan, ialah sejenis makanan Cina yang popular di
Malaysia. Hidangan ini terkenal dengan tekstur lembut dan licin, dan
boleh dijumpai di pelbagai tempat, dari gerai pasar malam hingga ke
kedai-kedai kopi terkemuka. Chee Cheong Fun terbuat daripada bahan
utama seperti tepung beras, air, dan sedikit minyak. Adunan ini
kemudian dikukus hingga membentuk lapisan yang nipis dan lembut.
Selepas itu, Chee Cheong Fun dihidangkan dalam gulungan dan
dipotong menjadi bahagian kecil.Makanan ini biasanya disajikan dengan
sos kacang atau sos kicap manis, serta taburan biji bijan dan bawang
goreng untuk menambahkan rasa yang kaya. Beberapa versi Chee
Cheong Fun juga dihidangkan dengan udang, daging ayam, atau jamur
sebagai isian.
Char Kway Teow terdiri daripada kuey teow yang digoreng bersama
bahan-bahan lain. Kuey teow yang digunakan adalah sejenis mi lebar
dan lembut yang diperbuat daripada tepung beras. Bahan-bahan lain
yang turut dimasukkan termasuklah udang, sotong, taugeh, telur, dan
cili merah. Hidangan ini kemudian diberi perasa menggunakan sos soya
dan sos tiram untuk memberikan cita rasa yang kaya dan berbaloi.Char
Kway Teow boleh ditemui di pelbagai tempat di Malaysia, dan setiap
penjual mungkin mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan
hidangan ini. Sajian ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan
dan pelancong, memberikan mereka pengalaman menikmati kelezatan
masakan Melayu Cina di Malaysia.

You might also like