You are on page 1of 2

Kuih Bakul / Nian Gao / kuih Tahun Baru Cina

Makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana
namanya nian gao () di mana perkataan (go) bermaksud kuih dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (go) bermaksud tinggi melambangkan
erti semakin tahun semakin tinggi ()(ninnin goshng) atau ringkasnya
setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan.

Ladu
Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu Jiaozi ialah makanan paling
sedap. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China,
memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang
tiba. Oleh sebab bentuknya seperti Yuanbao , sejenis wang emas atau perak pada
zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan duit datang. Satu sebab
yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi
pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada
tahun baru yang akan tiba itu.

Yu Sheng
Yu Sheng ialah salad berwarna-warni yang disajikan bersama ikan mentah. Ikan
mentah melambangkan kehidupan yang baru, sementara kata yu dalam bahasa Cina
membawa maksud ''kesejahteraan''. Caranya adalah mencapit Yu Sheng dengan
sumpit dan melemparkannya ke udara, sehingga Yu Sheng dan salad bercampur merata.
Yu Sheng iaitu salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk
menyambut tuah. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-
warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.

Limau Mandarin
Limau mandarin merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan
tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di
Tokong dan daunnya boleh digunakan untuk buang sial, buah limau mandarin pula
melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.
Siu Mie
Siu Mie merupakan simbolisasi ''kelanggengan umur manusia''. Cara menyantapnya
sangat unik iaitu dimakan secara utuh tanpa digigit. Di sinilah letak seninya, agar tidak
putus biasanya Siu Mie dimakan dengan menggunakan sumpit. Siu Mie biasanya
menjadi sajian santap malam menjelang tahun baru Cina. Sebagai simbol kelanggengan,
Siu Mie juga dikenal sebagai mie panjang umur kerana sesiapa yang menyantap mi
akan mendapatkan umur panjang, kebahagiaan serta limpahan rezeki.

Teh Telur

Teh telur (tea leaf egg) mungkin terdengar aneh di telinga kita, namun teh telur yang
dapat menambah stamina ini rasanya enak! Telur direbus hingga setengah matang, lalu
cangkangnya diretakkan sehingga teh yang telah dicampur kecap asin pun merembes
masuk ke dalam telur. Selain kecap asin, teh juga dicampur dengan kayu manis dan lada
hitam. Wanginya harum dengan citarasa yang khas. Teh telur ini melambangkan
kesuburan.

You might also like