You are on page 1of 1

Nasi lemak mendapat namanya daripada rasa nasi itu sendiri yang berlemak dan berkrim,

tidak seperti nasi biasa yang ditanak mengunakan air biasa. Nasi lemak dimasak dengan
mengunakan santan kerana terdapat beberapa khasiat tambahan yang diperoleh daripada
santan. Pada zaman dahulu, nasi lemak akan dimasak di atas api yang sederhana. Kini, nasi
akan dimasak mengunakan periuk nasi elektrik sahaja. Nasi lemak dimakan bersama set
sambal ikan bilis ataupun sambal tumis yang dimasak berasingan daripada ikan bilis, kacang
tanah goreng, telur rebus mahupun telur mata kerbau bersama hirisan timun sebagai
pelengkap hidangan. Kini, nasi lemak juga turut dimakan bersama sambal sotong, ayam
goreng berempah, rendang dan seumpamanya. Selain menjadi punca pendapatan rezeki bagi
para peniaga gerai-gerai kecil di tepi jalan, sajian ini juga turut menjadi menu yang wajib di
kebanyakan hotel, kafe mewah, restoran malahan syarikat penerbangan di Malaysia. Hal ini
menjadi nasi lemak, secara tidak langsung, mula dikenali di kebanyakan negara lain.
Meskipun hidangan ini dikatakan ialah makanan tradisional masyarakat Melayu, tetapi kini
telah menjadi makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh sebab
itu, masyarakat Cina dan India turut menpunyai versi mereka yang tersendiri. Selain di
Malaysia, nasi lemak turut didapati di negara-negara Asia seperti Indonesia, Brunei, Vietnam
dan juga Thailand. Bukan sekadar sebuah hidangan biasa bagi rakyat Malaysia, nasi lemak
sebenarnya merupakan salah satu lambang keunikan dan keistimewaan Malaysia yang
seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

You might also like