You are on page 1of 34

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu
merupakan kameja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya
dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan
Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang. Potongan tersebut merujuk
kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya
terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya
dijahit secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya samping
dipakai di sebelah dalam baju. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan
tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau
rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah
samping di sebelah luar baju.
BAJU KURUNG

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah
kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung
lazimnya diketahui sebagai jenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut
dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh
tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan
pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket
atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung
sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian wanita
Barat. Baju belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk
yang lebih kemas. Potongan baju menjadi ramping di pinggang serta labuh baju
disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai telah mengiringi perubahan baju belah ini
menjadi baju kebaya.
Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek.
Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain
sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian
hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsang yang
beransingan atau yang berantai.
Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan
mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian
belahan serta di bucu baju.
Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Walaupun dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada
kerana baju itu dipakai dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju kebaya
pendek yang ketat dan dipadankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini
mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain
yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk badan.
Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.
Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan
dibahagian hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk
memudahkan pergerakan. Apabila pemakainya mengatur langkah, betisnya akan
kelihatan.
Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen pakaian itu
berubah kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih dipadankan
dengan kain yang berbelah, tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya
betis tidak kelihatan.
Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan dikecilkan
sedikit pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.

Kain Sarung

Sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua hujungnya. Kain sarung diperbuat
daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket.
Biasanya kain sarung songket hanya dipakai apabila ada majlis rasmi atau sebagai pakaian pengantin.
Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Manakala bagi kaum wanita pula kain sarung
dipakai bersama-sama baju kurung atau baju kebaya.

Kain Songket

Sejenis kain yang dihasilkan daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama
dengan benanatau perak. Terkenal di Malaysia sejak abad ke 15. Perkataan songket berasal daripada
'sungkit' iaitu
teknik menyungkit.

Penggunaan songket melambangkan kebesaran. oleh itu songket digunakan oleh Raja-raja dan
pembesar-pembesar istana sahaja yang berkemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk
membuata tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Namun begitu, pada zaman
moden kini songket digunakan sebaagai pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan
dan barangan cenderamata.
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai
sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa,
bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak
bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis
goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti
ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika
Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah
direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang
serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun
pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
TAPAI
Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai
pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih
sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai
tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga
bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan
menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar
didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan
antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan
kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan.
Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh d
sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak
membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau
mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai
tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda
yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang
telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan
kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci
mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan
santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

BELACAN
Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang
dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai.
Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini
membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa
di Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan
terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa
juga.Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan
kualiti belacan agar tahan lama.

RENDANG
Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau,
dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga
populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada
acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang
kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.
Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran
seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil,
memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan
proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup
jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang
kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.

PUTU PIRING
Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi,
berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut
dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan
kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu piring
dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.

DODOL-DODOL
Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis
(atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit.
orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang
bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah
berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula
pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan
bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana
besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit
di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk
mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang
4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam
dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan
mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah
dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak
dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk
mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan
pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang
kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan

sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak

Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”


Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan
popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air
yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus

dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak

dimakan ketika masih panas.

HARI RAYA
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula

dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri
dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.
HARI RAYA HAJI

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah pera
terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas,
dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat suna
serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau
atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kis
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi

perintah Allah s.w.t.

AWAL MUHARAM

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting

yang berlaku dalam sejarah Islamiaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah
pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharramtahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun
Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang
bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur
Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari
keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20
April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam
di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan merayakan
hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara
kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai
cara di negara kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan
sambutannya secara besar-besaran.
Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W, orang ramai berselawat,
perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka
mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini
diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula,
mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu
sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi
Muhammad S.A.W.
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja
wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama
romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman
kegemilangan kesultanan Melayu
KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda
kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan
angklung

ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin,
sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur
Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun Islam.
TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas
telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.

TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan
buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan
Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah
yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu
selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera
kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara
dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara
estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi
jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.

TARIAN CIK SITI WAU BULAN


Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main
gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan
permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini
mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam
gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak
laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami
pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era
perdagangan rempah di situ.

TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di
istana raja – raja Kelantan dan Patani.

Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh
dengan ketertiban.

Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk
bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik
ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.

Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam
tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri.
Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.

Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan
persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya.
Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh
inang remaja di istana.

TARIAN AYAM DIDIK


Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam,
iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian
di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah,Pulau Pinang dan
bahagian utara Perak.

Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan
tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar,
Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TARIAN CERACAP INAI


Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya
di Johor.

Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke
hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan
Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap
Inai ada unsur-unsur ‘menyembah duli’ (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula
kebiasaannya di hadapan ‘Raja Sehari’/Pengantin.

Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ dan bercahayakan
api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini
asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan
wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 –
8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

TARIAN ULIK MAYANG


Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini
mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik
Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut
supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas
bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang.
Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada
kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan
menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13
oleh pedagang Arab.
REBANA

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi
masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti
indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar
yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali
sebagai Rebana ubi.
SAPE

Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat
daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai
ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape
terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.

CANANG

Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time
marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan
yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan
‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.

GEDOMBAK
Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada
permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan
secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam
persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.
GAMBUS
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat
seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari
badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau
tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

GENDANG
NAMA:
Gendang adalah alat muzik yang dikategtorikan dalam Membranofon.Ia merupakan
salah satu alat muzik tradisional yang sangat signifikan dalam masyarakat Melayu.

DIPERBUAT:
Mukanya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang direngangkan
menggunakan tali rotan ke atas baluh atau temalang kayu.Baluhnya diperbuat
daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka, atau merbau.

FUNGSI:
Biasanya dimainkan juga untuk mengiringi tarian, pencak silat dan acara yang lain.

Pakaian cina
Lelaki

1.Samfoo

membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu
Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
2.Hanfu

Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional sebenar kaum
Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.

CHEONGSAM

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas
dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di
dalam majlis dan upacara.

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras


lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
SERULING

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai
“Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang.
Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan
menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran
dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

PIPA

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya
cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada
papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras
disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera
Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

YANGQIN
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa
dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam
permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik
dan orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara
Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik
pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan
hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik
Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu
hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di
pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu
menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

ERH-HU

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan
sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu
didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari
tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
Share this:
GONG (锣)

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes
muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan
opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu
naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong diperbuat daripada logam, badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung, pemain
memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan
berbunyi.

TARIAN CINA
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari
akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari
iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.
TARIAN NAGA
Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta
kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian
ini juga dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Selain itu, tarian naga merupakan sebuah
tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan
penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari
yang mahir bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh kepakaran,
keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya seakan-akan naga yang bergerak..

Tarian Kipas Cina


Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di
mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi,
angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui"
iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk
terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh
membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
Makanan cina

BAK KUT THE


Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang
unik popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan
tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini
terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan
dengan nasi putih, ditemani secangkir teh China.
LOK-LOK
Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran
kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari
sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina
tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.

CHAR KWAY TEOW


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada
kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap
dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina
dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya
ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini
sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char
kway teow agak basah.

KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan
bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru
Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana
namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan
erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya
“setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang
dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh
diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul
berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan
Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.
Kuih Bulan (月饼)

Kuih Bulan dimakan semasa sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh pada hari ke 15 dalam
bulan 8 bagi kalender lunar. Pada masa itu, orang ramai akan makan kuih bulan ini bagi sembayang
qamari dan sambil memerhati bulan. Kuih bulan ini merupakan sejenis kuih yang manis mengandungi
pelbagai jenis perasa inti seperti kacang merah, pandan, yam ataupun telur masin. Kuih ini biasanya
dimakan dalam bahagian kecil dan diiringi Teh China.

6) Limau Madarin (红柑)

Limau madarin merupakan satu buah-buahan mesti semasa perayaan Tahun Baru Cina. Makan limau
madarin semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina dipercayai akan membawa tuah kepada kita.

7) Tang Yuan (汤圆)


Tang yuan ialah sejenis makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut. tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk berbola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang
mendidih. Tang yuan boleh sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tang yuan dimakan ketika
perayaan Yuan Xiao atau Chap Goh Mei. Bentuk bulat bola dan makan dengan mankuk melambangkan
kebersamaan keluarga.

8) Dim Sum (点心)

Dim sum merupakan sejenis masakan cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang
dihidang bersama teh cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina
dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan dim sum
disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga
pencuci mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di
atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan
khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.

perayaan cina
TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat
Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru
menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender
mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk
mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian
‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah
berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai
penutup perayaan Tahun Baru Cina.

HARI CHAP GOH MEI


Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina
merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan
berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara
sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan
dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.
Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap
Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan
di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan
mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang
basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang
sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu
malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti
perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang
bendera besar "Chingay".
PERAYAAN KUIH BULAN
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut
kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada
akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada
bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos
atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut
dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan
merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat
daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan
biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan
untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang
diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya
menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat
sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang
makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk
kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh
Kuih Bulan yang manis itu.
PESTA TANGLUNG

Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama, 14 hari selepas
Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari). Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya
sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

You might also like