You are on page 1of 12

Baju Kurung Baju Melayu Cheong Sam

Sam Foo


Sari Baju Punjabi
Kurta






BAJU KURUNG
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain
kemban sahaja.
Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju
kurung yang lebih sopan.
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju
longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan
dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.
Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan
tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan
berpakaian Islam.
Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional
seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini
digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis
formal atau urusan seharian.

BAJU MELAYU
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.
Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan
seluar panjang.
Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang
diikat di bahagian pinggang dan songkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua,
iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan
Cekak Musang.
Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher
baju tersebut.
Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di
kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan
lehernya dijahit secara sulaman.
Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan
utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian
penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.
Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya
sampin dipakai diluar baju.
Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam
sampin.

CHEONG SAM
Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah
cheongsam.
Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan
di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera,
satin dan jenis kain lembut



SAM FOO
Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan
seluar.
Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan
cina.
Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan
ditenun dengan motif-motif tertentu.

SARI
Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang
pelbagai.
Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6
ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna
seakan-akan kain sari tersebut.
Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan
dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas
bahu kiri.
Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di
bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari
terlucut.

BAJU PUNJABI
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri
daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai
warnanya.

KURTA
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki
India di majlis rasmi.
Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan
lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.
Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm.
Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan
yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut
dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai
dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung
kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang
badan; mempamerkan bahagian yang berhias


DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak
tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-
barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain
sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas
lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang
berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain
seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai
pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang
ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-
warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang
perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan
diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.
Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka
corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang
emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

KALAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu
kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai
oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.
Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada
sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya
dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau
ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang
separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi
ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi
dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai
oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan.
Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara
ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura
manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk
geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula
dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan
manik

BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan
sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia
dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai
selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di
dada dalam upacara-upacara rasmi.

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU
BAJU BALDU
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung
songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar,
diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul
BAJU BABAN
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin
Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain
songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan
diri kepih dada dan kepih sanggul


PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan
moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat
selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita
merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit
kayu dan kalung gigi beruang

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang
fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan
pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah
sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik,
labuci dan syiling perak




PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH


Kadazan Suku Kaum Rungus Suku Kaum Murut Suku Kaum Bajau

PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWAK

Kaum Iban Kaum Iban Kaum Melanau Kaum Melanau




Kaum Bidayuh Kaum Bidayuh Kaum Bidayuh



Tosai Idli




Muruku Nasi Lemak

Lemang Yong Tau Fu

Kuih Bulan The Cina + Jiao Zi
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga
dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha,
thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada
pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai
bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering
dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum
india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau
kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan
tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan
sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya
dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan
pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal
dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging
kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan
kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga
ranggup.
Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak
jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia
dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan
ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari
buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah
vigna mungo dan nasi.
Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain
murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional
ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku
ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di
mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan
ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa
seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang
daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak
kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku
sebagai chakri di negara tersebut.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang
Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak
dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum Melayu makan
nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng
dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan
bersama nasi lemak seperti
ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai
orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari
Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan
makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai
hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini
dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam
buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang
menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di
Malaysia.
Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka
ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan,
biji bijan dan lain-lain. Biasanya bahan-bahan ini akan
diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu
manis, jintan dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina
di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari
Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow,
dim sum dan lain-lain. Ramai masyarakat melayu juga
gemar makanan seperti ini.

Selain itu, Makanan tradisional kaum Cina yang lain
adalah seperti Lok lok atau dikenali dengan sate celup
merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan
makanan laut. Jiaozi ialah salah satu lagi jenis
makanan yang sangat popular bagi orang
Cina. Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum dan
intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti
daging, teripang, udang segar dan sebagainya seperti
kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging.

Minuman yang biasa diamalkan oleh masyarakat Cina ialah
teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan
segar dan manisan berasaskan kekacang. Tentu banyak
lagi Makanan tradisional kaum Cina yang ada di
Malaysia. Di harap anda dapatkan kongsikan bagi
tatapan generasi pada masa akan datang.

You might also like