You are on page 1of 16

BULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017

Kayuhan Kemerdekaan

Hayati Kemerdekaan Ini

Wacana Kedaulatan Bangsa,


Kenegaraan dan Kemerdekaan

INTEGRITI
Teras Kemerdekaan

Terbitan: Unit Integriti


2

SIDANG REDAKSI
PENASIHAT

Ahmad Suhairi bin Mohd Nor

PENYELARAS / PENGARANG

Abdul Majid bin Abdul Rahim


Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad
Siti Azeana binti Zulkifli
Irdha binti Hakim
Christine Mooi Meng Yee
Wan Muhamad bin Wan Junoh
NorQuyyum binti Mohd Noor

TERBITAN

Unit Integriti 03 - 8884 7982


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12 03 - 8884 7922
Kompleks Kerajaan Parcel E
wmuhamad.wjunoh@moe.gov.my
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
http://www.moe.gov.my

SUMBANGAN KARYA
Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel,
berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

Hantarkan karya anda ke kpm.ui@moe.gov.my.


3

SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh /
Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah


SWT kerana terus diberi kesempatan untuk
bernafas di bumi Malaysia yang aman ini.

Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia


Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak
sempena Hari Pekerja 2014, beliau menyatakan
bahawa sebagai penjawat awam kita merupakan
tiang seri negara yang bertunjangkan kepada 5
prinsip iaitu berilmu,
kebolehpercayaan, budaya
amalan kerja terbaik,
semangat patriotik dan budaya
keberhasilan yang berteraskan
outcame based. Kelima-lima prinsip ini
merupakan pengukuhan bagi sesebuah negara ke
arah bertransformasi dan maju.

Seiring dengan peredaran masa, kepesatan


teknologi serta kemajuan peradaban dunia hari
kini, patriotisme atau perasaan cinta yang kuat
terhadap negara dilihat semakin hari semakin
semakin terhakis terutamanya dalam kalangan
generas muda.

Dalam hal ini, tidak perlulah kita menuding jari


mencari salah siapa tetapi sama-samalah kita
muhasabah diri. Sejauh mana kita sebagai
penjawat awam menunjukkan nilai-nilai
patriotisme kita terhadap negara? Sebagai warga
kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia,
sejauh mana kita menggalas
tugas kita dengan tekun, jujur
dan amanah demi masa depan negara yang
kita cintai?

Biarpun kini kita tidak berada dalam pahit getir Oleh itu, marilah kita pada setiap masa menyemai
hidup era sebelum kemerdekaan, kita seharusnya semangat cintakan negara, saling bekerjasama,
bersyukur dan mengingati usaha-usaha mereka hormat-menghormati dan membudayakan amalan
yang telah menyumbang kepada keselamatan, integriti dalam mengekalkan kemanan, kemajuan dan
keharmonian dan kemajuan negara. Sebagai kesejahteraan negara yang kita kecapi pada hari ini.
peneraju pentadbiran negara, kita seharusnya
menjadi contoh teladan yang baik dan Sekian, terima kasih.
menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada organisasi dan kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia
4

KAYUHAN KEMERDEKAAN
Oleh: Irdha binti Hakim, UI KPM

APABILA berjalan, janganlah sentiasa mendongak ke langit.


Pandanglah sesekali ke bawah supaya tidak tersadung akar kayu yang melintang.
Selepas sampai ke seberang, jangan lupa pangkalan tempat mula berkayuh.

Seringkali kita mendengar kata-kata yang


mengatakan bahawa Malaysia sudah merdeka, namun
alasan yang membenarkan kita untuk berhenti
berusaha, berasa puas hati dan berasa selesa. Apatah
masih dijajah. Persoalannya, apakah itu hakikatnya? lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk
Sejarah Malaysia boleh diibaratkan seperti kehidupan tubuh.
seseorang. Ketika sudah mencapai klimaks, adakah itu
konotasi perjuangan kita sudah selesai? Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih
dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan
Kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir
Bermula daripada sebuah negara pertanian sejarahnya, semacam satu keajaiban di awal usia
berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, setahun jagung meraih kemerdekaan. Hakikat yang
hasil perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan
begitu mapan, kita berjaya muncul sebagai negara sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan
perindustrian moden yang berpendapatan sederhana Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta
tinggi. Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh
kita begitu awal ketika proses pembudayaan masih
Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan telah dicapai lagi tidak matang.
bersifat monumental dan amat signifikan, bukanlah

Sir Donald McGillivray dan Lady McGillivray berjalan di landasan Lapangan Terbang Sungai Besi dengan Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Rahman dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Khurshiah sebelum menaiki penerbangan ke London pada Ogos 1957
- Gambar Arkib
5

Mengimbas kembali, tarikh kemerdekaan Tetapi setelah berlalu tempoh masa 60 tahun, banyak
perkara yang dilupakan, kalau tidak diulang kaji
31 Ogos 1957 hasil kejayaan rombongan
semula.
Tunku Abdul Rahman ke London. Wakil-wakil Parti
Perikatan berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta
yang terpaksa bersetuju dengan tarikh kemerdekaan kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin
tersebut apabila dikemukakan ke pejabat Tanah dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, semua
Jajahan di London ketika itu. Inilah kemenangan besar pihak harus melipatgandakan usaha bagi menambah
UMNO ketika itu. baik daya saing nasional.

Ini boleh diperoleh melalui penggunaan kreativiti,


inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan
Sekali mendayung baharu berasaskan sifat keusahawanan mandiri.
dua tiga pulau terlangsung, Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai
tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan,
sekali membuka pura kestabilan dan keharmonian.
dua tiga hutang langsai.
Sekarang perahu sudah di air,
Gema pekikan mereka daripada ribuan rakyat tidak dayung sudah di tangan,
dapat ditahan-tahan lagi. Tunku Abdul Rahman, Tun
Abdul Razak dan lain-lain pemimpin Parti Perikatan
kayuhlah dengan cermat
turut hadir di atas pentas menyaksikan kemenangan dan hati-hati supaya selamat sampai
bangsa Melayu menuntut kemerdekaan. Keesokannya ke seberang.
di Stadium Merdeka diadakan upacara penuh istiadat
apabila dengan rasminya wakil Baginda Queen, Duke
of Kent menyerahkan kuasa dan pemasyhuran
kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman yang
mewakili negara dan bangsa menerima haknya Atur gerak, susun langkah,
semula. biar bangun Negara watan,
Langkah ini sebagai simbolik berakhirnya penjajahan
biar mekar bunga bangsa.
mereka, dan menunjukkan negara ini bukan lagi di Moga Malaysia kekal merdeka.
bawah pengaruh atau mengikut telunjuk British lagi.

Biar retak Kota Melaka,


Jangan tergadai negara
bangsa.

Selamat 60 tahun merdeka,


Malaysia!
Kata: Kayuhan
Takrif: Gerakan (hasil atau perbuatan)
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
6

Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

bebas
didefinisikan sebagai
dan
Firman Allah SWT yang bermaksud: ...
(daripada penjajahan, kurungan, janganlah engkau mematuhi orang yang
naungan), lepas (daripada tebusan, Kami ketahui hatinya lalai daripada
tuntutan), berdiri sendiri dan tidak mengingati dan mematuhi pengajaran
Kami dalam Al-Quran, serta dia menurut
bergantung kepada yang lain. Erti
kemerdekaan pula ialah perihal kebebasan. Dalam hawa nafsunya dan tingkah lakunya
konteks negara, kemerdekaan adalah bebas daripada pula adalah melampaui kebenaran. (Q:
kuasa penjajahan. Negara yang merdeka diperintah dan Al-Kahfi; 28).
ditadbir oleh rakyat negara berkenaan. Kemerdekaan
adalah harta paling berharga bagi sesebuah negara dan
rakyatnya.

Islam pula mentakrifkan kemerdekaan adalah sebagai


kebebasan melakukan segala suruhan dan
menjauhi segala larangan Allah SWT. Setiap
individu berhak melakukan perkara yang mendatangkan
kebaikan kepadanya. Namun, kebebasan itu perlu dibatasi
dengan hukum pencipta alam ini. Firman Allah SWT
yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengerjakan
amal soleh daripada lelaki atau perempuan
sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan
masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai
(atau dikurangkan balasannya) sedikit pun. (Q: An-
Nisa; 124).

Islam melihat erti kemerdekaan dengan meluas iaitu


meliputi soal individu serta kenegaraan. Negara yang Hubungan sesama manusia hanyalah dengan maksud
merdeka, tetapi rakyatnya dibelenggu dengan pelbagai saling membantu, saling mendapat manfaat dan
masalah, pemikiran dan cara hidup yang dikuasai oleh melaksanakan hak bagi individu di antara satu sama
orang lain, sebenarnya belum merdeka. Begitu juga, jika lain. Tiada individu yang bertindak sebagai penjajah
rakyat bebas melakukan segala perkara untuk dirinya, (penguasa) terhadap jiwa insan yang lain. Hakikatnya,
tetapi negara masih dijajah, maka itu belum bererti fitrah semua insan dilahirkan dalam keadaan merdeka
merdeka dengan hakikat sebenarnya. Islam mengamalkan dan hamba kepada-Nya. Namun, insan diberi hak
dasar merdeka, kerana tidak ada insan yang perlu tunduk kemerdekaan dalam urusan kehidupan yang
kepada telunjuk pihak lain, melainkan jika terdapat kaitan mempunyai kaitan dengan konteks takwa. Dengan
dengan (hukum) Allah SWT jua. Manusia wajib patuh kata lain, kebebasan insan adalah kebebasan
hanya kepada perintah Allah SWT. bersyarat.
7
Fitrahnya, manusia ingin hidup bebas, namun
kebebasan itu sering merosakkan
kehidupan manusia. Justeru, ajaran Islam
memberi panduan lengkap untuk diikuti bagi mencapai
kesejahteraan hidup di dunia dan kehidupan abadi di
akhirat. Islam membawa rahmat dan kesempurnaan
kepada seluruh isi alam. Manusia bebas untuk memilih
kerana kehidupan adalah suatu pilihan dan jalan ke
Syurga bukan satu hala.

Fahamilah dengan teliti, Islam tidak pernah memaksa,


namun Islam menyeru agar semua manusia beramal
dengan ajarannya. Fakta membuktikan, tidak ada
penyebaran Islam dilakukan secara paksaan. Walaupun
Sesiapa yang berpandukan kepada ajaran Islam Khalifah Islam pada beberapa zaman boleh melakukan
sepenuhnya, pasti akan berjaya di dunia dan juga di sedemikian. Islam tetap mempertahankan konsep
akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: ... jika kemerdekaan yang memberi peluang kepada setiap insan
kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan untuk memilih jalan kehidupan masing-masing. Islam
mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di disebarkan melalui kepercayaan (keyakinan) tauhid.
dunia dan di akhirat), dan jika kamu berpaling ingkar
seperti keingkaran kamu dahulu, nescaya Allah akan Falsafah kemerdekaan dalam Islam membawa amalan
menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi keterbukaan dan menghormati hak kemanusiaan. Segala
sakitnya. (Q: Al-Fath; 16). urusan pemilikan dan kekuasaan dilakukan secara adil.
Malangnya, mutakhir ini penghayatan terhadap
Islam amat melarang dan menentang sebarang kemerdekaan dalam Islam telah diselewengkan dan
bentuk tindakan penganiayaan, penindasan, disalah tafsirkan. Umat Islam hanyut dengan laungan
keganasan, penguasaan bukan pada hak, taasub kemerdekaan. Kebebasan yang dikecapi gagal
dengan kefahaman (melampau), serta syirik. dimanfaatkan. Sikap tamak dan ingin menguasai sesuatu
Masyarakat Arab yang dahulunya bergelumang tanpa hak mula menguasai budaya hidup masyarakat.
dengan norma kehidupan tidak berperikemanusiaan Keterbukaan dan kemerdekaan fikiran
telah bertukar kepada nilai-nilai insaniah dan harus dijadikan teras kepada
merdeka daripada kebatilan hasil kemerdekaan hidup
yang dibawa oleh ajaran Islam. Nur Islam telah
penghayatan integriti dalam
menerangi manusia ke jalan kemerdekaan yang sesuai kehidupan, dan bukan mengheret orang lain kepada
dengan fitrah asal kejadian manusia. kepentingan diri sendiri.

Manfaatkan dengan sebaiknya kebebasan yang sedang dipinjamkan. bagi


melakukan apa-apa yang terbaik bersesuaian dengan naluri, selagi tidak melanggar
batasan syariat dan peraturan.
8
Di Malaysia, kemerdekaan memberi erti yang amat besar Ideologi pemisahan di antara agama dengan urusan
kepada rakyat dan negara. Kemerdekaan negara telah kehidupan harian seperti pentadbiran negara,
mengubah cara hidup masyarakat dalam merealisasikan perniagaan, budaya dan pendidikan adalah
erti kemerdekaan sebenar. Dalam tempoh singkat, sebahagian daripada cara neo-kolonialisme disebarkan
negara telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan. di kebanyakan negara di dunia. Semakin banyak
Namun begitu, kita semua perlu sentiasa diingatkan agar negara yang menanggung bahaya neo-kolonialisme,
tidak terperangkap dengan penjajahan bentuk baharu terutama dalam kalangan negara-negara miskin dan
yang dikenali neo-kolonialisme. Penjajahan ini lemah. Ini kerana, negara yang menerima bantuan
tidak melibatkan penguasaan secara fizikal atau ketenteraan, ekonomi dan politik secara tidak
langsung telah membenarkan penjajahan neo-
keganasan. Sebaliknya ia berlaku melalui tipu
kolonialisme dilakukan terhadapnya.
daya, perjanjian berat sebelah,
tekanan ekonomi, pengaruh fikiran,
Oleh itu, kita perlu lebih
berhati-hati dan
budaya, ideologi dan seumpamanya.
Sesebuah negara mungkin akan menjadi mangsa neo- teliti dalam soal menghayati erti
kolonialisme kepada banyak negara yang lebih berkuasa, kemerdekaan ini. Malaysia tidak terkecuali
berpengaruh dan kaya. untuk diserang oleh unsur neo-kolonialisme yang
sedang aktif menyelinap liar dalam segenap perkara.
Kemerdekaan minda merupakan
Penyaluran neo-kolonialisme dilakukan melalui media
massa, hiburan, ideologi, imej perniagaan, individu yang salah satu aspek terpenting dalam
dijadikan idola dalam kehidupan, perniagaan dan usaha membentuk kejayaan hidup.
ekonomi. Kita perlu bimbang terhadap neo-kolonialisme Selagi minda kita masih dikuasai oleh blok-blok
kerana kesannya tidak kurang hebat dengan kolonialisme pemikiran ambil mudah, taasub, mudah percaya,
(dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan berfikiran singkat, mudah mengaku kalah dan tidak
penguasaannya ke atas sesebuah negara lain). Banyak berdaya saing, maka selagi itu kita tidak akan dapat
negara merdeka kini menjadi boneka kepada negara lain menikmati erti sebenar kemerdekaan ini.
yang dilakukan hasil pengaruh neo-kolonialisme yang
terlampau kuat. Bahkan terdapat negara yang hilang
identiti akibat neo-kolonialisme.

Neo-kolonialisme bermaksud peluasan pengaruh


politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara
lain yang baru merdeka, terutamanya melalui
tekanan ekonomi.

Kata neo-kolonialisme' pertama kali diperkenalkan


oleh Kwame Nkrumah, presiden pertama pasca-
kemerdekaan Ghana, dan telah didiskusikan oleh
banyak sarjana dan filsuf pada abad ke-20,
termasuk Jean-Paul Sartre dan Noam Chomsky.

Rujukan:
1. Kamus Dewan Edisi 4.
2. Sinar Rohani JAKIM (Isu 3/2015). ISSN 1511-1903.
3. Sartre, Jean-Paul (2001-03-27). Colonialism and neo-colonialism. Routledge. ISBN 978-0-415-19146-3.
4. http://www.berdikarionline.com/mengenal-neo-kolonialisme/
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolonialisme
9

ULASAN BUKU
SEJARAH MALAYSIA:
WACANA KEDAULATAN BANGSA,
KENEGARAAN DAN KEMERDEKAAN

Oleh: Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad, UI KPM

T afsiran realiti perkembangan kemerdekaan yang ada


ketika ini banyak bergantung pada sumber-sumber dan
tradisi penulisan kolonial ketika era penjajahan. Ini
menyebabkan salah faham berlaku tentang perkembangan
sejarah sebenar mengakibatkan fakta dan kisah perjuangan
masyarakat tempatan ke arah kemerdekaan Malaysia kabur
dan diliputi dengan aspek negatif.

Buku Sejarah Malaysia: Wacana


Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan
Kemerdekaan nukilan bersama Abdul Rahman Haji
Ismail dan Azmi Arifin adalah satu dokumentasi usaha
untuk menzahirkan definisi dan makna sejarah
perkembangan kemerdekaan yang dicapai melalui kaca
mata masyarakat tempatan dan tidak bergantung kepada
pengaruh pemikiran sejarah kolonial, mulai daripada
sebelum hingga selepas Malaysia mencapai kemerdekaan Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia
pada tahun 1957. Tahun Terbitan: 2016
Penulis: Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Ariffin
Buku ini membicarakan tentang sejarah Malaysia, Halaman: 327 muka surat
perjuangan mencapai kemerdekaan dan pergolakan politik
yang berlaku di Malaysia dalam tafsiran yang baharu yang Secara peribadi, penulis berjaya mengemukakan satu sisi
lebih berbeza serta mencabar kesimpulan yang dihasilkan segar dan baharu dalam menginterpretasikan definisi
dalam penulisan yang dipengaruhi tafsiran kolonialisme perjuangan pra dan pasca kemerdekaan oleh
terdahulu. masyarakat tempatan. Pendekatan penulis dalam
mengetengahkan pandangan dan persoalan yang timbul
Secara ringkas, buku ini juga membincangkan pandangan dengan hujah-hujah yang baharu membangkitkan perasaan
dan pemikiran baharu mengenai isu-isu sejarah mengenai keterujaan dalam mengetahui perkembangan sejarah
identiti bangsa, konsep serta kedudukan sistem raja kemerdekaan dalam perspektif yang berbeza.
berperlembagaan dalam perkembangan kemerdekaan
negara, perjuangan antipenjajah, isu gagasan Melayu Raya Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan serta
melibatkan beberapa negara di Asia Tenggara serta rujukan para penyelidik sejarah atau penggemar sejarah
pengaruhnya dalam pergerakan kemerdekaan di Malaysia. yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sejarah
Buku ini juga menyentuh tentang pembinaan dan makna warisan dan perjuangan rakyat Malaysia sebelum dan
Bangsa Malaysia melibatkan Sabah dan Sarawak di awal selepas kemerdekaan dicapai.
1960-an dan 1980-an.
10

INTEGRITI
TERAS KEMEREKAAN

Oleh: Christine Mooi Meng Yee, UI KPM

Menongkah arus hingga ke muara Anak watan berlenggang di kota


Dari muara mudik ke kuala Tak pernah melupa pada yang tua
Salam sejahtera pembuka bicara Kemerdekaan yang hakiki hendaklah dijaga
Alunan pantun merdeka kini bermula Amanah dan setia gemilang ke usia

Usai santapan majulah segera Melenggang pagi membawa ke senja


Wahai anak janganlah leka dan juga alpa Lenguh dan lesu usailah semua
Alangkah indah permainya negara Tanpa integriti apalah maknanya
60 tahun usia kebebasan telah dirasa Hancurlah kota binasalah negara

Ku sangkakan panas gerimis akhirnya Tiba masanya ku pulang jua


Badai menduga ku tahan jua Mencari arah yang tak kunjung tiba
Semangat patriotik integriti dijaga Malaysia gemilang ku harap sentiasa
Menjadi teras junjungan semua Menjadi lindungan anak dan bangsa.
11

Oleh: NorQuyyum binti Mohd Noor, UI KPM


12

KURSUS INTEGRITI SIRI 2/2017


10-13 Julai 2017 | INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu

PENGISIAN:

Pemerkasaan Disiplin & Tatatertib


Penjawat Awam

Psikologi & Kaunseling Dalam Integriti

Integriti Pengurusan Kewangan

Gaya Hidup Sihat

Pelan Integriti Nasional & Aku Janji

Rasuah, Penyelewengan & Salah Guna


Kuasa

Integriti Keluarga & Komuniti

Pre & Post Test


13

WACANA INTEGRITI SIRI 3/2017 Anjuran bersama:

5 September 2017 (Selasa) Dewan Serbaguna, Aras 9 Unit Integriti KPM


8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari Blok E12, Kompleks E, Putrajaya & PPZ MAIWP

YBhg. Tn. Mohd Jasri bin Mohd Nazar


Pengurus Kanan Unit Khidmat Pelanggan,
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Keberkatan Yang
YBhg. Ustaz Haslin bin Baharim
Pendakwah Bebas
14
15
16

Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia


Aras 4, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
Telefon: 03-88847924 / 7989 | E-mel: aduan.integriti@moe.gov.my | Faksimile: 03-88847922

You might also like