You are on page 1of 2

Putera kepada tokoh terbilang,

Lahir di Lipis, membesar di Pekan,


1 Malaysia formula dicanang,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Setelah saya memperdengarkan pantun tersebut saya pasti, sudah ramai yang mengetahui wajah
tampan yang terselindung disebaliknya. Beliau tidak lain adalah Perdana Menteri kita yang Ke-
6, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis,
Pahang, beliau kemudiannya tumbuh dan membesar di Pekan , Pahang.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh…Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, para


hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan tugasnya, guru-guru, rakan
rakan seperjuangan dan hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH sekalian.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato yang cukup bermakna
dan penuh perisian. Insya-Allah. Tajuk pidato yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah
(___________________________________) ”. Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut
tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara makna atau definisi tentang
apa yang diertikan dengan (___________________________________) yang sebenarnya.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Perdana menteri kita iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, telah melaksanakan
jambatan perpaduan konsep Gagasan 1 Malaysia. Gagasan ini merujuk kepada cara kita berdiri,
berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan yang kita
ambil perlulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita.

Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya


yang hidup aman & damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27
etnik lagi Di kawasan Sabah serta Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini menyebabkan
kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di negara ini supaya kestabilan
negara dapat diperoleh. Oleh itu, Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan adalah bertujuan
supaya masyarakat sedar betapa pentingnya perpaduan dalam menjayakan misi negara.
Hadirin sekalian,

Konsep 1 Malaysia menuntut kita dan setiap warganegara untuk memainkan peranan masing-
masing disamping melibatkan nilai tambah dan pembaharuan. 1 Malaysia membawa aspirasi
untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat. Ggagasan 1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah negara yang
mengutamakan pencapaian dan berpaksikan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa. 1
Malaysia turut menjadi pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Hadirin yang dimuliakan,

Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara
satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik
antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya
menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling
bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang
berbuah dua kali.

Hadirin sekalian,

Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan
imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini
sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang
berterusan membina negara yang disegani di peringkat dunia. Sebagai buktinya, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia antara negara paling aman di
dunia.Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana
masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi aman dan harmoni.
Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di
dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Oleh
itu, saya menyeru kepada semua supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar
aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.

Beras segantang sudah disukat,


Lalu disimpan di atas para,
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera

Wa billah hi taufiq wal hidayah, assalamulaikum warahmatullahhi wa barakatuh..sekian, terima


kasih..

You might also like