You are on page 1of 2

Tajuk : Rakyat Bersatu Negara Maju

2022

Salam manis buat peneraju majlis, barisan kehakiman yang bijaksana, para
pendidik bangsa, rakan-rakan seperjuangan dan hadirin sekalian.

Salam perpaduan dan salam sejahtera.

“Rakyat Bersatu Negara Maju” begitulah tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada pagi yang penuh bersejarah ini.

Meniti definisi tajuk syarahan, bersatu bermaksud bergabung menjadi


satu dan gemilang pula bermaksud cemerlang. Jesteru, tajuk syarahan
tersebut dapat dirumuskan bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang bangsa di negara ini memainkan peranan penting untuk mencapai
kesejahteraan dan kemajuan negara.

Tegak rumah kerana tiang,


Tegak negara kerana perpaduan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kata kunci saya yang pertama. Perpaduan teras kemajuan negara.

Persefahaman dan perpaduan yang jitu ialah kunci utama menentukan


kejayaan negara. Hasil perpaduan, seluruh tenaga rakyat dapat disatukan
bagi menjana kemajuan seterusnya membawa kegemilangan negara di
persada dunia.

Justeru, wajarlah seluruh rakyat bersatu padu untuk mengelakkan


perpecahan kerana “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Sidang dewan sekalian,

Kata kunci saya yang kedua. Pendidikan asas pembangunan insan.

Misi negara telah menetapkan pembangunan rakyat dan pemupukan


minda kelas pertama sebagai matlamat utama bagi negara mencapai status
negara maju.

Oleh itu, pendidikan merupakan wacana utama bagi pembangunan insan,


wadah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. Seluruh rakyat diseru
dapat menggalas tugas tersebut semata-mata bagi menjamin matlamat murni
dapat dicapai demi sebuah negara yang tercinta.
Bak kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung”.
Sidang hadirin sekalian,

Kata kunci saya yang ketiga. Perpaduan utuh, negara maju.

Dalam era dunia yang semakin globalisasi, perpaduan rakyat perlu kukuh
dan tidak mudah tergugat keutuhannya. Rakyat perlu memegang
tanggungjawab masing-masing dalam usaha untuk memajukan negara
seiring dengan semangat satu bangsa Malaysia.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Jelas di sini, rakyat perlu bersatu padu menjaga nama negara setanding
dengan negara-negara maju yang lain di dunia.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Kesimpulannya, rakyat perlu peka dan sentiasa bersedia untuk turut


berubah kea rah kemajuan, seia sekata , sederap seirama, sehati sejiwa
dengan hasrat kerajaan.

Ayuh, sidang dewan dan rakyat di luar sana, bukalah minda dan
mantapkan keyakinan. Suburkan perpaduan demi kesejahteraan dan
kemajuan negara.

Sekian, terima kasih.

You might also like