You are on page 1of 8

SKRIP FORUM: TAJUK: PERPADUAN ANTARA KAUM

Moderator Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.
Saya, professor Haziq bin ______ selaku moderator bagi forum pada hari ini ingin
membincangkan mengenai perpaduan rakyat yang semakin goyah. Jadi pada hari ini
kita telah menjemput 4 panel hakim yg arif lg bijaksana bagi membincangkan
mengenai isu ini. Panel yg pertama yang tidak asing lagi kita kenali iaitu DR
AMEERAH NAJWA BINTI MOHD FAIRUS daripada UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan
panel kedua pula ialah PROFESSOR NURSAKINAH BTE RAHAMAT daripada UNITEN .
manakala panel yg ketiga pula ialah PROFESSOR NUR KHAIRINA BINTI MOHD MAZRI
dari UNIVERSITI MALAYA dan panel terakhir kita ialah DR MAS NURUL ATHIRAH
BINTI ISMAIL daripada FALKUTI SUMBER KEMANUSIAAN,UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA Saudara dan saudari sekalian atas kesedaran bahawa negara Malaysia
terdiri daripada berbagai bangsa, dan agama. Jadi, kerajaan telah menentukan
perpaduan sebagai matlamat utama dalam usaha membangunkan bangsa dan juga
identitinya yang tersendiri. Justeru itu. kerajaan sentiasa merangka strategi dan
membuat perancangan tertentu bagi menghadapi serta menangani isu dan masalah
yang berkaitan, kerajaan mempunyai falsafah yang jelas dari segi corak dan hak
pentadbirannya iaitu membangunkan negara dengan pembangunan bangsa yang ada
maruah dan identiti sendiri malahan berkeupayaan serta berkebolehan dalam segala
segi kemahiran yang diperlukan secara menyeluruh meliputi aspek, mental, fizikal
dan juga rohani. Dan ini bermakna rakyat di negara ini mempunyai peranan masing-
masing dalam menyumbang ke arah pembangunan negara. Memandangkan betapa
pentingnya perpaduan dalam menjamin kesejahteraan negara Malaysia. Saya ingin
bertanya kepada panel pertama mengenai tujuan perpaduan dengan lebih lanjut
seperti yang diwar-wakan oleh perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengenai konsep 1 Malaysia yang ditubuhkannya. Dipersilakan panel pertama.
Panel 1 Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada moderator kerana menjemput saya
untuk memberi sedikit informasi yang perlu dihuraikan kepada para penonton
sekalian. Baiklah, perpaduan adalah konsep yang bermakna di negara kita, sebagai
satu entiti yang tidak berbelah bagi. Di sini dapat kita rumuskan bahawa untuk
mencapai perpaduan adalah lebih kompleks ataupun tidak jelas darjpada apa yang
dijangka kerana banyak perkara yang perlu kita fahami tentang perhubungan di
antara aspek-aspek perpaduan dan peringkat-peringkatnya serta memahami psikologi
manusia dengan kelompok masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu sebagai rakyat

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
Malaysia kita haruslah menjadikan apa yang telah terjadi sebagai pengajaran buat
kita iaitu di sesetengah negara yang rakyatnya sesama bangsa sendiri bergaduh yang
akibatnya membawa kepada porak-peranda dan penderitaan yang tidak
berkesudahan. Kerana itu, kita rakyat Malaysia berbilang kaum dan keturunan perlu
ingat bahawa perbalahan yang membawa kepada persengketaan sesama kita akan
hanya membawa kepada keburukan dan kerugian kepada diri kita sendiri.
Saya ingin memetik kata kata daripada Datuk Haji Abdul Ghani Othman iaitu Menteri
Besar Johor – Ingatlah sumber kekuatan kita selama ini, tak lain tak bukan ialah
perpaduan. Inilah senjata yang membawa kita menempa kemerdekaan, dan inilah
kekuatan dalaman sepanjang kita mengurus negara sendiri.Jadi saya ingin
menegaskan bahawa perpaduan amat penting kesejahteraan negara.
Moderator Terima kasih kepada ahli panel pertama yang telah menjawab persoalan saya
sebentar tadi. Seterusnya mungkin para hadirin hadirat masih lagi tertanya - tanya
mengenai tajuk ini dan saya ingin pula mengaju solan kepada panel hakim kita yang
kedua yang cantik bergaya pada hari ini iaitu______________Dan soalannya ialah
bagaimanakah langkah-langkah perpaduan ini dikekalkan. Silakan....
Panel 2 Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini perlu
dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah
terlintas dalam benak kita tentang maksud frasa ‘perpaduan rakyat’? Mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat, `perpaduan rakyat’ dapat diertikan sebagai rakyat
berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah
secara komited. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?
Langkah yang paling afdal ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap toleransi
dalam diri. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang
pertelingkahan atau perselisihan faham yang mampu memecahbelahkan rakyat
Malaysia. Menurut kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan perdana Menteri
Malaysia, kita haruslah mengetepikan emosi yang boleh menyebabkan perpecahan.
Selain itu, kita haruslah berpegang denagn prinsip hidup bersama secara aman, saling
membantu dan bekerjasama ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing serta
mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ untuk
memastikan perpaduan rakyat berkekalan. Memandangkan betapa pentingnya
perpaduan dalam menjamin kesejahteraan negara Malaysia, semangat persaudaraan
dan kewarganegaraan hendaklah dilakukan secara berencana dengan menggunakan

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
prasarana dan jentera kemasyarakatan yang sedia wujud di negara ini
Moderator Sebentar tadi kita sudah mendengar langkah bagaimana perpaduan dapat dikekelkan
daripada panel kedua kita. Saya mempunyai satu soalan yang ingin diajukan kepada
ahli panel ketiga. Adakah pentingnya konsep perpaduan rakyat perlu dipupuk sejak
kecil lagi. Silakan..
Panel 3 Para hadirin sekalian. Pada pandangan saya, saya merasakan bahawa peranan
memupuk perpaduan ini patut lebih ditekankan kepada generasi muda terutama dari
peringkat sekolah lagi serta sumbangan ibu bapa mengingatkan anak-anak mereka
betapa negara ini sentiasa memerlukan permuafakatan dan kerjasama.Kita juga
meletakkan sepenuh harapan terhadap rakyat termasuk pemimpin-pemimpin
masyarakat dan wakil-wakil rakyat agar memkirkan sedalam-dalamnya betapa
perlunya persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan
keturunan dipupuk dan dijaga dengan baik supaya perkara-perkara yang tidak diingini
dapat dielakkan. Hadirin sekaliaan, sudah 64 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan. Bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara, hari yang bersejarah ini
merupakan satu rahmat dari Allah s.w.t. kerana kita dapat hidup dalam kemuafakatan
dan aman damai. Biarpun rakyat negara kita telah menempuh detik-detik hitam
seperti peristiwa 13 Mei namun atas kesungguhan para pemimpin negara ketika itu
dan kesediaan rakyat berbilang kaum yang berpegang bahawa Malaysia sebenarnya
merupakan negara tumpah darah mereka. Hidup dan mati mereka juga di negara ini.
Kebijaksanaan kata-kata pusaka "Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana
muafakat dan bersatu teguh bercerai roboh serta "sepakat membawa berkat" ini
ternyata benar. Hanya dengan adanya permuafakatan antara rakyat dapatlah
diwujudkan satu iklim perpaduan yang jitu. Ini akan memudahkan lagi pihak kerajaan
merancang dan dilaksanakan apa juga program pembangunan bagi faedah rakyat
seluruhnya. Oleh yang demkian, kita perlu merancang kegiatan kejiranan untuk
mengelakkan proses perpecahan dari terus berlaku dan kita tidak mahu masyarakat
hanya wujud berseorangan mengikut falsafah "aku – aku, engkau-engkau, tanpa
menyertai kegiatan yang coraknya berkelompok dan saling bantu-membantu. Banyak
kegiatan kejiranan yang dikenalpasti boleh dilaksanakan dengan kumpulan sasar yang
tertentu mengikut kehendak sesebuah komuniti ianya seperti. Aktiviti kejiranan ini
perlu digarap dengan sebaik mungkin agar lanya berjaya dilaksanakan khususnya
dalam kalangan masyarakat bandar. Akhir sekali saya berharap semua pihak akan
berusaha memahami matlamat yang murni ini dan mengamalkan cara-cara yang
telah digariskan. Saya juga menyeru badan-badan korporat agar dapat bersama-sama

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
membantu dengan kerajaan dalam usaha semangat perpaduan di negeri ini. Apa
yang kita harapkan, mudah-mudahan akan lahirlah satu bangsa Malaysia yang lebih
bersatu padu, stabil dan berjaya serta dihormati oleh seluruh dunia.
Moderator terimakasih atas pandangan panel ketiga kita, selain itu, saya ingin meminta
pandangan atau pendapat panel keempat kita berkenaan cabaran dalam
mengekalkan perpaduan kaum. Dipersilakan.
Panel 4 Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Dalam usaha kerajaan dalam
mengekalkan pepaduan kaum sudah pasti ada cabaran. Antara cabaran yang boleh
saya kupas pada hari ini adalah melalui tiga perkara iaitu melalui media massa, jurang
dan dominisasi ekonomi dan kewujudan system Pendidikan yang berbeza. pertama
sekali saya akan kupas lebih lanjut tentang media massa. Pada masa yang serba
moden ini, teknologi merupakan cabaran yang agak berat dalam mengekalkan
perpaduan kaum. Ini kerana kemudahaan media massa yang semakin pantas dalam
menyebarkan sesuatu berita yang menunjukkan sisi negative mahupun sisi positif.
Tetapi malangnya pada masa sekarang rakyat lebih gemar untuk menyebarkan berita
yang negative berbanding positif. Ada juga segelintir rakyat suka menyebarkan berita
palsu dan tidak sahih. Hal ini terjadi kerana mereka merasa diri mereka perlu menjadi
orang pertama yang dapat menyebarkan berita yang terkini sedangkan mereka tidak
membuat sebarang usul pereksa tentang berita tersebut sama ada benar atau palsu.
Selain itu, Dominasasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum. Cabaran ini telah pun wujud sejak zaman
penjajah British lagi dimana pembahagian kaum mengikut sektor yang tersendiri dan
di perasingkan mengikut Kawasan sehingga jurang antara kaum itu timbul. Namun
begitu, akibat dasar penjajah dahulu, Kesannya masih dapat dilihat sehingga ke hari
ini dimana sektor perniagaan masih didominasi oleh kaum cina dan kebanyakan
orang India masih tinggal di ladang. Rentetatan senario ini telah menyebabkan
interaksi sosial di antara mereka terbatas. Cabaran yang terakhir yang saya akan
kupas adalah Pendidikan yang berbeza. Ini menwujudkan dan meninggalkan kesan
yang kurang baik terhadap perpaduan antara kaum kerana diasingkan Pendidikan
mengikut kaum masing-masing. Hal ini menyebabkan, hubungan antara kaum
semakin renggang kerana kurang berkomunikasi antara satu sama lain sejak di
bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Di
samping itu, jika kita lihat rakyat pada masa kini masih ada yang masih belum fasih
berbahasa melayu sedangkan itu adalah Bahasa rasmi dan juga bahsa perantaraan
dalam berkomunikasi antara kaum yang berlainan. Hal ini terjadi kerana, system

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
Pendidikan yang diasingkan mengikut kaum masing-masing dan menyukarkan untuk
merekaberkomunikasi antara satu sama lain seperti “ayam dengan itik”. Natijah yang
saya boleh kongsikan adalah jika cabaran ini tidak dibendung dengan baik, boleh jadi
cabaran ini akan menjadi makin besar hari demi hari.
Moderator DALAM Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita mengamalkan sikap
perpaduan
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu).
Jadi soalan saya pula kepada ahli panel pertama kembali. Pentingkah badan - badan
bukan kerajaan bekerjasama dalam memupuk perpaduan rakyat. Silakan....
Panel 1 terima kasih moderator yg dikasihi, Badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan
peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen dan ceramah yang
berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan perpaduan. Aktiviti sebegini haruslah
diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah
dengan kepentingan perpaduan. Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula perlulah
kerap mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti
tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain.
Sebagai contohnya, aktiviti hari keluarga dalam kalangan penduduk yang pelbagai
kaum hendaklah diadakan di kawasan tempat tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan
sekali. Apabila mereka sering bersama dalam sesuatu aktiviti, mereka akan dapat
berinteraksi dan berkenal mesra antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak
cinta. Lama-kelamaan bibit-bibit perpaduan akan mula tersemai dan terpahat dalam
sanubari. Kesannya ialah mereka akan menjalinkan usaha untuk bersatu padu kerana
mereka sedar bahawa ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Pernahkan terlintas dalam
fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan
perpaduan terus subur? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak.
Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai yang murni seperti kerjasama dan saling membantu. Ibu bapa
hendaklah menggalakkan anak-anak supaya berkawan dengan anak-anak daripada

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
kaum yang lain. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-
anak dengan menunjukkan contoh, iaitu mereka juga perlu bergaul dengan kawan-
kawan daripada pelbagai kaum supaya tidak dianggap bagai ketam menyuruh
anaknya berjalan dengan betul. Melalui cara ini, anak-anak akan mengikut jejak
langkah ibu bapanya untuk menjalinkan persahabatan dengan kaum lain kerana
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Moderator jawapan yang bernas daripada panel pertama kita. Jadi saya mempunyai satu soalan
lagi kepada panel kedua iaitu bagaimanakah cara untuk memupuk perpaduan
terutamanya bagi kaum melayu kepada kepada kaum - kaum yang lain.
Panel 2 Adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita yang cintakan keamanan dan
kemajuan untuk memastikan perpaduan di dalam masyarakat bukan sahaja
dikekalkan, malah dipupuk dan dipereratkan lagi. “Semangat persaudaraan dan rasa
setiakawan yang terjalin merupakan dua faktor penting bagi menentukan masa
depan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni,”.
Sesungguhnya kita semua juga sedang berusaha gigih dan berdikari untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Maju bukan sahaja dari segi ekonomi
tetapi juga maju dari segi pembangunan akhlak dan sosial. Bagi mencapai hasrat ini,
negara kita perlu melahirkan golongan muda, yang bukan saja berpengetahuan dan
berilmu, tetapi juga mempunyai jati diri serta berpandangan jauh dan terbuka kepada
idea-idea baru tanpa mengenepikan kebudayaan dan adat resam yang telah diwarisi
turun-temurun. Di dalam negara majmuk seperti Malaysia di mana terdapatnya
pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, seluruh masyarakat terutama pemuda-
pemudi kita mestilah mempunyai sikap toleransi, dan persefahaman yang tinggi
supaya perpaduan dan keharmonian antara semua rakyat berbilang kaum dapat
dipelihara. Dalam hal ini saya berpandangan bahawa peranan ibu bapa, masyarakat
serta kerajaan amat penting bagi melahirkan generasi muda yang dapat menjamin
kemajuan, kemakmuran, keamanandan perpaduan antara kaum dan agama. Jadi,
bagaimanakah cara kaum melayu terutamanya kepada kaum – kaum yang lain. Iaitu
dengan menghormati hak- hak orang cina dan india di dalam negeri ini dengan tidak
melebelkan mereka sebagai pendatang atau merempat. Saya berpandangan satu
penilaian harus dijalankan supaya kita dapat sentiasa mewujudkan semangat
perpaduan di dalam masyarakat kita. Tiap-tiap kaum mempunyai nilai-nilai dan ciri-
ciri kebudayaannya yang tersendiri dan langkah yang harus dijalankan sekarang ialah
dengan memahami cara hidup antara kaum. Fahaman yang lebih baik ini boleh
dilakukan melalui program seperti majlis rumah terbuka, forum langsung serta dialog

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
terbuka kerana ia akan membantu kita memupuk semangat masyarakat yang
bersedia menghormati cara hidup yang berlainan daripada cara hidup kita.
Moderator terimakasih panel kedua (nama panel). Seterusnya, saya ingin bertanya kepada panel
ketiga tentang nilai yang patut ada dalam diri setiap masyarakat dalam usaha
menyatupadukan rakyat Malaysia
Panel 3 nilai yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat dalam usaha menyatupadukan
rakyat Malaysia ialah nilai hormat menghormati kerana Malaysia mempunyai rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Kedua, nilai patriotisme atau semangat cinta akan
negara juga patut diamalkan oleh kita, kerana amalan ini akan menjadikan negara
terus aman dan maju. Dalam menjadikan masyarakat Malaysia unggul dan utopia,
pada pendapat saya, kerajaan juga perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang
amalan nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat agar kita sentiasa aman dan
tenteram.
Moderator dan terakhir pandangan daripada panel keempat tentang akibat jika masalah
perpaduan ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita, sila panel keempat
Panel 4 Jika permasalahan perpaduan kaum ini tidak di bendung sudah pasti masalah ini
makin bertambah dari hari ke hari seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Oleh
itu saya akan menerangkan lebih lanjut akhibatnya jika masalah ini masih berterusan.
Antara akibatnya yang saya akan terangkan sebentar lagi adalah keharmonian negara
terjejas, pembangunan ekonomi yang tidak stabil dan dari aspek sosial. Yang pertama
sekali saya akan menerangkan tentang isi saya yang pertama iaitu keharmonian
negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan dalam
kalangan rakyat. Contohnya rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak
dikongsikan bersama. Ini boleh meenyebabkan keamanan negara, integrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan, Kerjasama sesama
masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta
disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat
inginkan keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak
pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan negara. Selain itu, implikasi yang
seterusnya ialah pembangunan ekonomi yang tidak stabil. Menurut Joseph Stiglitz
yang merupakan ketua ahli ekonomi bank dunia, Kunci bagi survival Malaysia ialah
hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata lain perpaduan rakyat dalam
negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia
akan turut terjejas. Peristiwa 1969 Jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik
dimana wujungnya stereotaip di kalangan etnik pada masa itu. Sehubungan dengan

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
itu, dalam penyelesian ekonomi sahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia
maklum dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi
ini terjadi maka masalah ini akan menjadi masalah etnik. Oleh itu sebarang
penyelesian masalah ekonomi sudah tentu diambil kira dalam etnik. Akibat yang
terakhir ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai
satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara
rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk
dihadapi. Contohnya, Sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan
wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukan jurang
di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa symbol
tiada perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan
memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Natijahnya, kesemua
akibat ini akan terjadi jika tiada Langkah yang dilakukan oleh rakyat dan juga
pemimpin.
Moderator Kita sudah mendengar pandangan daripada keempat-empat panel jemputan kita
pada hari ini. Jadi sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat
bukit sama didaki ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan rakyat
dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan
2020 yang sering diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi
Negara yang berjaya di persada antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar
pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan
yang kita bina. Tanpa perpaduan, Negara kita tidak akan maju atau berjaya
untukberdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara yang telah maju. Terima
kasih kepada anda semua yang sudi mendengar. Sehingga kita bertemu lagi. Sebelum
itu, izikan saya memberikan serangkap pantun.
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,
Salam hormat, ceri-ceria selalu! Akhir kalam,
Orang putih orang Pakistan,
Terima kasih Syukran Jazilan!
Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

This study source was downloaded by 100000875177449 from CourseHero.com on 11-02-2023 02:05:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86442390/SKRIP-HUBUNGAN-ETNIK-FORUM-GROUPdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like