You are on page 1of 11

Disediakan oleh,

Racheal Lim
Merupakan sebuah kemahiran komunikasi lisan.
Juga dikenali sebagai diskusi atau perbincangan.
Dijayakan oleh kumpulan kecil yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya seorang pengerusi dan seorang
ahli panel.
Boleh berbentuk interaksi antara pengerusi dan ahli
panel sahaja.
Juga mengadakan sesi soal jawab dengan
pendengar.
Terbahagi kepada dua bentuk : Forum bebas dan
forum gabungan.
Ciri-ciri Forum
Dikenali sebagai forum panel.
Ahli panel akan diberikan tajuk yang sesuai dengan
kepakaran masing-masing tetapi berkait rapat
dengan tema forum.
Pengerusi akan mengemukakan soalan-soalan
mengikut giliran.
Sesudah semua ahli panel memberikan pendapat,
pendengar pula diberikan peluang mengemukakan
soalan.
Pengerusi akan membuat kesimpulan secara
keseluruhan.
Forum Bebas
Merujuk kepada forum yang dijalankan sesudah
komunikasi khalayak dijalankan.
Sebagai contoh, forum wawancara dijalankan
selepas wawancara, dan forum kuliah diadakan
selepas kuliah.
Khalayak dibenarkan mengemukakan soalan atau
pandangan berdasarkan apa yang dikatakan oleh
ahli panel dan pengerusi.
Seluruh sesi dikendalikan oleh pengerusi.
Forum Gabungan
Pendahuluan
- Ucapan alu-aluan daripada pengerusi
- Menyatakan tema forum
- Pengenalan kepada tema forum
- Pengenalan kepada ahli-ahli panel
Format penulisan teks forum
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada hadirin sekalian.
Saya, .selaku pengerusi bagi forum pada hari ini ingin
membincangkan mengenai perpaduan rakyat yang semakin
goyah. Oleh itu, hari ini kita telah menjemput 3 panel hakim
yangg arif lagi bijaksana bagi membincangkan mengenai isu ini.
Panel yangg pertama yang tidak asing lagi kita kenali iaitu
.dan panel kedua pula ialah.manakala panel yang
ketiga pula ialah Saudara dan saudari sekalian, atas
kesedaran bahawa negara Malaysia terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama, kerajaan telah menentukan perpaduan
sebagai matlamat utama dalam usaha membangunkan
bangsa dan juga identitinya yang tersendiri. Justeru, kerajaan
sentiasa merangka strategi dan membuat perancangan
tertentu bagi menghadapi serta menangani isu dan masalah
yang berkaitan. Kerajaan mempunyai falsafah yang jelas dari
segi corak dan hak pentadbirannya iaitu membangunkan
negara dengan pembangunan bangsa yang ada maruah dan
identiti sendiri malahan berkeupayaan serta berkebolehan
dalam segala segi kemahiran yang diperlukan secara
menyeluruh meliputi aspek, mental, fizikal, material dan juga
rohani.
- Adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan.
- Soalan-soalan akan diutarakan oleh pengerusi.
- Jawapan-jawapan akan diberikan oleh ahli-ahli
panel.
- Kelancaran forum bergantung kepada pengerusi.
Isi - isi
Memandangkan betapa pentingnya perpaduan dalam
menjamin kesejahteraan negara Malaysia, saya ingin bertanya
kepada panel pertama mengenai tujuan perpaduan dengan
lebih lanjut seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri
kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep 1 Malaysia
yang ditubuhkannya. Dipersilakan.

Panel 1 : Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada
pengerusi majlis kerana menjemput saya untuk memberi sedikit
informasi yang perlu dihuraikan kepada para penonton
sekalian. Baiklah, perpaduan adalah konsep yang bermakna
negara kita sebagai satu entiti ataupun pati yang tidak
berbelah bagi. Di sini dapat kita rumuskan bahawa untuk
mencapai perpaduan adalah lebih kompleks darjpada apa
yang dijangka kerana banyak perkara yang perlu kita fahami
tentang perhubungan di antara aspek-aspek perpaduan dan
peringkat-peringkatnya serta memahami psikologi manusia dan
perhitungannya dengan kelompok masyarakat itu sendiri..
- Kesimpulan yang mengambil kira pendapat semua
ahli panel forum tersebut.
- Dilakukan oleh pengerusi.

Penutup / Kesimpulan
Pengerusi - Kita sudah mendengar pandangan
daripada ketiga tiga panel jemputan kita pada
hari ini. Jadi sebagai konklusinya, semua pihak
haruslah berganding bahu ibarat bukit sama didaki
ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan
perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Bersama-
samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia
untuk menjadi negara yang berjaya di persada
antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar
pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus
gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa
perpaduan, negara kita tidak akan maju atau
berjaya untuk berdiri sama tinggi duduk sama
rendah dengan negara yang telah maju. Terima
kasih kepada anda semua yang sudi mendengar.
Sehingga kita bertemu lagi. Salam.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, & Faiziah Shamsudin.
(2012). Bahasa melayu komunikatif. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Bibliografi

You might also like