You are on page 1of 5

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PTM SIRI 3 TAHUN 2023

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, SARAWAK

Nama slot : Slot 6 – Menjana Negara Sejahtera & Bahagia


Penceramah : Encik Lee Hou Yew
Tarikh / Hari : 4 April 2023 (Selasa)
Masa : 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang
Kumpulan Bertugas : Kumpulan 6

Ketua Kumpulan
Nur Ariff Bin Asman

Penolong Ketua Kumpulan


Nur Aqilah binti Zainuddin

Pengerusi Majlis
Nur Amirah binti Ruslan
Nur Fathin Syazwani binti Hashim

AJK Kehadiran
Nur Dini Amirah binti Azhar
Nur Fatin Amilia binti HasnI

AJK Teknikal
Nur Dalila binti Nashir
Nur Ariff bin Asman
Nur Atikah binti Ramli

AJK Dokumentasi
Nur Aqilah binti Zainuddin
Nur Azrin binti Ismail
Nur Farah Adila binti Mohd Nor
Laporan Aktiviti :

Aktiviti dalm Slot 6 diteruskan dengan kehadiran para urus setia, para peserta dan
seterusnya penceramah. Latar belakang penceramah sudah dimaklumkan oleh
kumpulan 6 maka slot ini diteruskan oleh Encik Lee. Slot 6 bertajuk Menjana Negara
Sejahtera & Bahagia.

Permulaan Slot 6

Penceramah memuat naik slaid pembentangan yang bertajuk Menjana


Negara Sejahtera dan Bahagia. Penceramah memulakan ceramah dengan memberi
pededahan kepada semua peserta berkaitan dengan komponen dalam tajuk ini.
Antara objektif dalam menjana negara sejahtera dan bahagia adalah komponen
utama negara, defisini negara maju dan Malaysia Madani. Beliau berkongsi tentang
sejarah perkhidmatan awam pada tahun 1786 sehingga 1920 dalam melaksanakan
dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat
negara. Pihak berkuasa yang melantik pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
ialah Yang Dipertuan Agung dan atas nasihat daripada Perdana Menteri.

Perkembangan Slot 6

Empat komponen utama sebuah negara iaitu tanah, rakyat, kerajaan dan
daulat. Tanah yang dikenali sebagai Tanah Melayu dan dijadikan sebagai tempat
tinggal iaitu tanah yang telah mencapai kemerdekaan.terdapat 14 buah negeri iaitu
wilayah persekutuan, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan juga wilayah
Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Kedua, sebuah negara mempunyai rakyat yang
berbahagi kepada beberapa kaum. Selain itu, terdapat salah isu dalam kalangan
rakyat ini juga iaitu nisbah jantina antara lelaki dan perempuan. Ketiga, mempunyai
kerajaan yang dibentuk untuk memerintah bagi membangunkan sebuah negara
mengikut sistem pemerintahan yang sistematik seperti demokrasi berparlimen.
Keempat, daulat sinonim dengan Yang Dipertuan Agong dan yang bermaksud
bebas daripada kuasa jajahan.
Beliau menghuraikan definisi negara maju yang bermaksud negara kaya
yang sebahagian besar ekonomimnya bergantung kepada industri dan penduduknya
menikmati taraf hidup yang tinggi. Terdapat beberapa cara untuk mencapai maksud
Maqasid Al-Syariah iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal,
memelihara keturunan dan memelihara harta.

Pengakhiran Slot 6

Penceramah juga telah berkongsi tentang Malaysia Madani yang telah


diamanatkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Membangun
Malaysia Madani. Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M( keMampanan),
A(kesejahteraan), D(Daya Cipta), A (Hormat), N (keyakiNan) dan I(Ihsan) yang
menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa
yang maju dan sejahtera. MADANI juga bermaksud dari segi pemikiran, kerohanian
dan kebendaan (bukan masyarakat, generasi dan sebagainya) usaha untuk
membentuk masyarakat dengan menyemaikan nila-nilai murni kekeluargaan.
Manhaj itu terarah kepada pembinaan masyarakat. Beliau juha

Kekuatan :

1) Kumpulan bertugas memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam


mengendalikan sesi ceramah.
2) Penceramah menyampaikan perkongsian dengan jelas dan berkaitan dengan isu
semasa serta input yang berguna dan bermanfaat kepada para peserta.
3) Sesi soal jawab berjalan dengan baik. Peserta responsif terhadap soalan yang
ditujukan.

Kelemahan :
1) Sesetengah peserta menghadapi masalah rakaian internet.
2) Penceramah menghadapi sedikit masalah teknikal iaitu tidak kedengaran suara.
3) Kekangan masa menyebabkan penceramah tidak dapat menerangkan dengan
terperinci isi kandungan ceramah.
Cadangan Penambahbaikan :

1) Peserta perlulah memaklumkan kepada urus setia lebih awal jika mengalami
sebarang masalah.
2) Peserta perlu bersedia lebih awal dan berusaha untuk mendapatkan capaian
internet yang baik.

Laporan Disediakan oleh :

.........................................................

(NUR DINI AMIRAH BINTI AZHAR)


Laporan Bergambar :

You might also like