You are on page 1of 16

NAMA AHLI KUMPULAN

• OLIYVIA JESSICA
• MUHAMMAD AIMAN
• ERWINNIA DARLENE
PEMBINAAN • QUIRYNA MINDU
• PETRICIA GRACIE
MALAYSIA
KELAS
GAGASAN PEMBENTUKAN 5 SAINS
MALAYSIA
GURU MATAPELAJARAN
PUAN CHRISTINA CHACHAH
LAPORAN KAJIAN TINGKATAN 5
JADUAL KERJA
BIL. PERKARA TARIKH
PELAKSANAAN
1. Menerima tajuk tugasan dan panduan pelaksanaan
daripada guru.

2. Menentukan tajuk kajian

3. Menentukan objektif kajian

4. Menentukan kaedah kajian yang digunakan untuk


menghasilkan tugasan

5. Mencari dan menggumpul maklumat yang


berkaitan dengan tajuk

6. Menulis pengenalan kajian dan maksud Idea


Gagasan Malaysia

7. Menulis reaksi penduduk tempatan dan negara


jiran terhadap pembentukan Malaysia

8. Membincangkan kesan reaksi negara jiran


terhadap pembentukan Malaysia kepada hubungan
antara Malaysia dengan negara jiran sehingga kini

9. Menulis rumusan dan cadangan


10 Mengemaskini tugasan, menyemak dan menghntar
hasil kajian kepada guru matapelajaran

11 Perbentangan hasil kajian kes

1
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Christina Chachah yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna
kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami mengucapkan terima
kasih kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam
menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalm
menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian
mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea
dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, kami berharap hasil kerja yang kami hasilkan
mendapat kepujian dalam masa yang sama menjadi dorongan untuk kami
berjuang dalam perjalanan mencapai kejayaan.

2
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA

1.0 PERNYATAAN MASALAH 4


2.0 KAJIAN LITERATUR 4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
4.0 KAEDAH KAJIAN 4
5.0 DAPATAN KAJIAN 5
5.1 PENGENALAN 5
5.2 IDEA GAGASAN MALAYSIA 5
5.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN 5-9
DAN NEGARA JIRAN

5.4 KESAN REAKSI TERSEBUT 9


KEPADA HUBUNGAN ANTARA

MALAYSIA DENGAN NEGARA

JIRAN

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 10-11


7.0 SUMBER RUJUKAN 12
8.0 LAMPIRAN 13-15

3
Pernyataan masalah
Pelbagai reaksi dan cabaran tidak menghalang terbentuknya sebuah
negara bernama Malaysia pada 16 September 1963.

Kajian Literatur
Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin
Hasan, Ishak bin Saidoo, 2020. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Objektif Kajian
a)Menyatakan idea gagasan Malaysia.
b)Menerangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran.
c)Mendapat iktibar daripada pembentukan Malaysia.

Kaedah Kajian
a)Melayari Internet
b)Membuat Rujukan Pada Buku Teks
c)Aplikasi Youtube

4
Dapatan Kajian
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya disusuli oleh
pembentukan Malaysia melahirkan negara ini sebagai sebuah negara yang
berdaulat. Pembentukan Malaysia memperlihatkan Kerjasama tokoh dari
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam
rundingan dengan kerajaan British. Kesepakatan antara semua pihak ini
menzahirkan pembentukan Malaysia dan kemudiannya terbentuklah
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

a) Idea Gagasan Malaysia


Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa
bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. Antara idea lain yang
pernah dilahirkan termasuklah Melayu Raya oleh Gerakan nasionalis
sebelum Perang Dunia Kedua yang mahu mendapatkan kemerdekaan
wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah British, Belanda dan
Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, idea ini tidak Berjaya
dilaksanakan.
Bagi pihak pegawai British, mereka mengemukakan idea penyatuan
wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem
pentadbiran dan ekonomi. Langkah ini bertujuan memudahkan
pentadbiran pihak British.

b) Reaksi Penduduk Tempatan Dan Negara Jiran


Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem
Kerajaan Persekutuan.

5
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan
Malaysia pada 27 Mei 1961. Reaksi pendudukan mengenai pembentukan
Malaysia, terdapat pihak yang menerima baik cadangan tersebut dan ada
juga pihak yang menentang.
Pembentukan Malaysia mendapatkan reaksi daripada pemimpin dan
penduduk di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan
Brunei.
Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia mendapat
sambutan yang baik daripada pendudukan dan parti politik di Persekutuan
Tanah Melayu. Parti politik bersetuju dan menerima cadangan
pembentukan Malaysia walaupun berbeza pendapat. Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj mendapat sokongan UMNO dalam rancangan
pembentukan Malaysia.
Di Sarawak BARJASA yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Abdul
Rahman Ya'kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman, PANAS
yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha, PESAKA
pimpinan Temenggung Jugah anak Barieng dan SCA menyokong
pembentukan Malaysia.
SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai oleh
Stephen Kalong Ningkan menentang cadangan pembentukan Malaysia.
Pada awalnya, SNAP menentang rancangan pembentukan Malaysia
kemudiannya menyokong semula berdasarkan cadangan Jawatankuasa
Setia Kawan Malaysia (JSKM). Pada bulan Oktober 1962, PANAS,
SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA bergabung membentuk Parti
Perikatan Sarawk untuk menyokong Malaysia. Pada bulan Januari 1963
pula, Parti Politik Sarawak menubuhkan gabungan menyokong Malaysia
yang dinamakan Sarawak Alliance.
Pada awalnya, Sabah berasa curiga dan bimbang akan pembentukan
Malaysia kerana Sabah ketika itu sedang berkembang dalam kegiatan
perdagangan mereka manakala sistem perkhidmatan awam mereka
6
semakin baik. Penduduk mereka bebas melakukan kegiatan harian dan
juga kehadiran pasukan tentera British menjaminkan keselamatan
mereka. Oleh itu, pendudukan berpendapatan tiada keperluan untuk
bergabung.
Terdapat parti politik utama ditubuhkan semasa pembentukan
Malaysia. Antaranya, UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah
Chinese Association (SCA). USNO yang dipimpin oleh Datu Mustapha
Datu Harun menyokong idea pembentukan Malaysia sejak awal lagi. Pada
Oktober 1962, parti politik di Sabah menubuhkan gabungan menyokong
Malaysia yang dinamakan Sabah Alliance. Parti gabungan ini terdiri
daripada UNKO, USNO, United Pasok Momogun (UPKO), Democratic
Party dan Sabah Indian Congress.
Selain itu, ada juga pemimpin dan pendudukan di Sabah terkejut
apabila mendengar pembentukan Malaysia. Mereka ingin mendapatkan
kemerdekaan itu secara berasingan atau membentuk sebuah Kesatuan
Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Kebanyakan penduduk di Sabah
menganggap Tanah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina.
Mereka mempersoalkan keadaan pemimpin tempatan yang perlu
menyesuaikan diri dengan kegiatan politik, pilihan raya dan berkerajaan
sendiri yang sudah diamalkan di Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu. Selain itu, jarak antara Sarawak, Sabah dengan Kuala Lumpur
yang jauh juga menimbulkan masalah. Pada 9 Ogos 1961, para pemimpin
di Borneo membentuk Barisan Bersatu (United Front) untuk mencabar
rancangan pembentukan Malaysia. Barisan bersatu ini dianggotai oleh
Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), A.M. Azahari (Parti Rakyat Brunei) dan
Donald Stephens atau nama melayunya, Fuad Stephens daripada UNKO.
UNKO kemudiannya menyokong semula pembentukan Malaysia.
Di Singapura pula, People's Action Party (PAP) yang dipimpin oleh
Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini. Bagi golongan pedagang
dan pengusaha industri pula, mereka menyokong kerana ingin membuka
peluang pasaran yang lebih besar kepada industri mereka. Parti lain
7
seperti Parti Buruh Singapura bersetuju tetapi menganggap gabungan ini
sebagai suatu usaha yang sukar untuk dilaksanakan.
Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia. Barisan
Sosialis juga menentang penggabungan kerana menganggap
pembentukan Malaysia sebagai penjajah baharu. Mereka juga
mencadangkan agar pandangan rakyat diperoleh sebelum Singapura
menyertai Malaysia.
Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan
cadangan pembentukan Malaysia. Pada awalnya, rakyat Brunei berminat
untuk menyertai gabungan ini namun mereka ingin mencapai
kemerdekaan terlebih dahulu.
Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentang
cadangan ini kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei,
Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan. A.M. Azahari
berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu cara
kerajaan British untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai
ekonomi dan menjaminkan keselamatan. Selain itu, mereka juga bimbang
Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan mereka sekiranya
menyertai gabungan ini.
Negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand memberikan
reaksi masing-masing.
Pada awalnya, Indonesia tidak menentang pembentukan Malaysia.
Dr.Mohammad Hatta iaitu Naib Presiden Indonesia dan Dr. Subandrio,
Menteri Luar Indonesia mengalu-alukan idea pembentukan Malaysia.
Presiden Diosdado Pangan Macapagal (Macapagal) dari Filipina
menentang pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah. Bagi
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tuntutan ini adalah di bawah urusan
kerajaan British.

8
Kerajaan Thailand memberikan reaksi positif dan menerima idea
pembentukan Malaysia. Pembentukan Malaysia dianggap
memperkuatkan usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara.
Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada penduduk tempatan dan
juga negara jiran. Walaupun terdapat penentangan, pembentukan ini tetap
diteruskan demi kebaikan rakyat.

c) Kesan Reaksi Tersebut Kepada Hubungan Antara


Malaysia Dengan Negara Jiran Sehingga Kini
Antara kesan reaksi tersebut kepada hubungan antara Malaysia
dengan negara jiran sehingga kini ialah Presiden Macapagal telah
membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan Malaysia semasa
kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Filipina telah menuntut hak ke atas
Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962 apabila Suruhanjaya
Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia. Kerajaan
British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Sehingga kini
Kerajaan Sulu cuba untuk menuntut Sabah dari Malaysia.
Indonesia memutuskan hubungan diplomatic dengan Tanah Melayu
dan menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya
menyebabkan Sukarno tersinggung kerana tidak diajak dalam
perundingan mengenai penubuhan Malaysia. September 1963, serangan
gerila dilancarkan oleh Indonesia ke atas Malaysia. Disebabkan
berlakunya konfrontasi oleh Indonesia ke atas Malaysia. Tidak puas hati
dalam kalangan rakyat Indonesia terhadap Malaysia masih ada sehingga
kini.
Di negara Thailand pula hubungan politik antara Malaysia baik
sehingga kini.

9
RUMUSAN DAN CADANGAN

ILMU PENGETAHUAN
Pembentukan Malaysia telah mendapat pelbagai reaksi daripada
penduduk tempatan dan juga negara jiran. Walaupun pembentukan
Malaysia terdapat banyak penentangan daripada penduduk tempatan dan
negara jiran, pembentukan ini tetap diteruskan demi kebaikan rakyat dan
pemimpin.
Keinginan untuk membentuk Malaysia dapat dilihat melalui usaha yang
telah dilakukan oleh para pemimpin. Pemimpin kita telah melakukan
pelbagai cara untuk memastikan penduduk tempatan dan negara jiran
bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Atas usaha dan sikap toleransi
yang ditunjukkan telah menyebabkan penduduk tempatan mempunyai
keyakinan untuk menyertai pembentukan tersebut.

IKTIBAR
Iktibar yang harus diambil daripada peristiwa dalam pembentukan
Malaysia ialah kita seharusnya menghargai usaha yang telah dilakukan
oleh tokoh-tokoh dalam memperjuangkan pembentukan gagasan
Malaysia. Tanpa usaha mereka, negara Malaysia tidak akan terbentuk
sehingga hari ini. Justeru kita hendaklah bersama-sama memajukan
negara.
Kita juga mestilah berusaha mewujudkan negara yang aman dan harmoni,
kerana negara yang harmoni merupakan kunci kepada kemerdekaan
negara kita. Tokoh-tokoh terdahulu sanggup berkorban demi mencapai
negaa yang harmoni. Justeru warganegara Malaysia hari ini seharusnya

10
berfikiran positif dan menerima cadangan pemimpin agar keharmonian
negara dapat diperkukuhan.
Selain itu, iktibar yang boleh diambil ialah kita sewajarnya menjaga
kestabilan politik negara. Kestabilan politik dapat mengelakkan anasir
luar campur tangan dalam hal ehwal negara. Dengan ini kemajuan negara
juga dapat dipertingkatkan kerana sikap rakyat yang telah memberikan
kerjasamakepada politik.

HARAPAN
Generasi yang akan dating harus menanamkan semangat patriotisme
dalam diri untuk mempetahankan negara dalam apa jua aspek supaya
kedaulatan negara dapat terjamin. Di sampng itu, rakyat Malaysia
perlulah menanam sikap tolernsi untuk membawa negara mencapai
keharmonian dan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat
Malaysia.
Selain itu, rakyat Malaysia seharsnya dapat menerima pelbagai
agama, bangsa dan budaya sekali gus untuk membersihkan retorik
kebencian yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Contohnya saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
agama dan bangsa supaya negara dapat hidup dalam suasana yang
harmoni dan bersatu padu.

11
Sumber Rujukan
Buku
• Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan
bin Hasan, Ishak bin Saidoo, 2020. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Ong Yong Seang, 2021. Excel Sejarah SPM. Selangor Darul Ehsan

Internet
• https://coggle.it/diagram/WCbDGAnl8LgCS-I_/t/pembentukan-
malaysia-1963
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembentukan_Malaysia
• https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/09/731876/pembentuka
n-malaysia-bawa-nikmat-kepada-negara
• http://pencintasejarahmalaysia.blogspot.com/2018/08/pembentukan-
malaysia.html?m=1

12
LAMPIRAN

13
14
15

You might also like