You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS ILMU DR SANI

ALUAN Bismillahirahmanirahim.
PENGERUS
I MAJLIS Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh….

Bagi menambahkan keberkatan Majlis kita pada pagi ini…

Marilah kita sama-sama mulakan dengan bacaan ummul


kitab…
Al-Fatihah…

1. Yang berusaha En. Ibrahim

2. Yang Berbahagia Personaliti Jemputan kita pada pagi ini,


Dr Ahmad Sani Araby Bin Dato' Abdul Alim Araby .
Ketua Aktivitis Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

3. Pengurusan syarikat

4. Seterusnya seluruh rakan-rakan warga kerja yang dikasihi


sekelian.

Alhamdulillah…. Hadirin sekalian, selaut kesyukuran kita


rafakkan kehadrat Allah subhanahuwwataala… atas
kelapangan, kesihatan … hingga kita semua dapat mengikuti
siaran Bicara Ilmu ini ,

1
Yang membawa tajuk - SEBAIK-BAIK MANUSIA yang bakal
disampaikan oleh

Yg Berbahagia Dr Sani Araby Al Kahery.

AGENDA utama kitapagi ni pastinya perkongsiaan ilmu dan


cerita pengalaman menarik daripada Dr Ahmad Sani Araby
sendiri.

Para penonton juga boleh dan dialu-alukan untuk bertanyakan


soalan-soalan yang ditujukan kepada personality jemputan kita
di ruangan chat, insyaAllah nanti kita akan pilih dan ajukan
kepada Dr Ahmad Sani.

Memulakan agenda kita pagi ini , adalah ucapan alu-aluan


daripada wakil tuan rumah, saya persilakan Yang Berusaha

En Ibrahim

Profile Dr
Ahmad Sedikit info berkenaan Dr Ahmad Sani Araby
Sani Dilahirkan di Pulau Pinang pada 4hb Julai 1984, merupakan
anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

Happy belated birthday Dr !!

Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Maktab


Perguruan Sultan Abdul Halim dan kemudiannya melanjutkan
pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

2
dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language)
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Dilahirkan dalam keluarga berketerunan campuran Melayu-


Arab, beliau lebih dikenali sebagai Sani Araby Al-Kahery [4] di
media massa dan sosial.

Dr Ahmad Sani Araby merupakan seorang ahli perniagaan dan


merupakan Pengasas & Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby
bermula tahun 2008 dan

Yang kita nak highlightkan adalah - beliau adalah seorang yang


begitu aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan serta
kemasyarakatan di dalam & luar negara

Beliau merupakan Duta Kemanusiaan OIC – ICHAD (Gaza) .


Malah giat sekali memperjuangkan nasib rakyat
Palestin, Syria dan Rohingya yang ditindas. Malah pernah
merasai sendiri berada dalam suasana peperangan selama 8
hari di Palestin pada 2012.

Beliau juga sering dijemput berucap dan memberi buah fikiran


di peringkat antarabangsa dan dalam negara dan antaranya,
beliau telah dijemput untuk membahaskan tentang isu
kemanusiaan Rohingya dan Gaza di Persidangan Human Right
Council Kali Ke-22 (United Nation) di Geneva, Switzerland pada
tahun 2013
Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Khas (Anak
Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang
atas usaha membantu dan membangun umah islam yang telah
disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Gabernor Pulau Pinang.

Dr Sani Araby juga menempa sejarah menjadi penerima


3
tunggal bagi Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan termuda
dalam sejarah 95 tahun penubuhan UPSI pada Majlis Istiadat
Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali ke-
19.

Atas bakti beliau dalam kerja kemanusiaan antarabangsa ,


beliau juga telah ditauliahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir
Mohamad (Perdana Menteri ke-7 Malaysia) sebagai Penolong
Pesuruhjaya Kehormat kepada Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) dan menjadi Penasihat Hal Bencana &
Kemanusiaan Antarabangsa APM.

Dan banyak lagi …..

Untuk lebih mengenali personality kita pagi ini, ayuh kita


saksikan video pengenalan insan bernama Ahmad Sani Araby
ini, keperibadiaan dan kerja2 amal yang pernah dilaporkan
dimedia sebelum ini.
Saksikan . 365 hari untuk Ummah

<Tayangan Video >

Jadi memang layaklah personality yang kita jemput ini untuk


sama-sama kita menghayati bicara ilmu pagi ini yg bertajuk –
Sebaik –Baik Manusia - dah macam2 manusia dia dah jumpa
dah

ada seklali lagi kalua ada soalan silalah taipkan soalan anda di
ruangan Q&A di bahagian kanan Zoom anda.

Di persilakan Yang Berbahagia Dr Ahmad Sani Araby Bin

4
Dato' Abdul Alim Araby .

Alhamdulillah banyak ilmu dan iktibar yang kita perolehi dari


perkongsian yg telah disampaikan oleh Yg Berbahagia Dr
Ahmad Sani Araby. Sekiranya ada soalan kita buka peluang
kepada semua yang inginkan bertanya kepada yg Berbahagia
Dr .

Sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat


kepada manusia lain.

1- Bercita2 buat kebaikan


2- Terapkan amalan memberi/sedekah. Berikan senyuman.
3- Fikirkan bagaimana nak bawa perubahan. –diri sendiri,
keluarga,

Penutup Jadi demikianlah berakhirnya sesi Bicara Ilmu, Yang Bertajuk -


SEBAIK-BAIK MANUSIA yang telah disampaikan oleh
Yg Berbahagia Dr Ahmad Sani Araby

Semoga kita semua kan sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh


Allah subhanahuwataala disetiap masa.

MAJLIS Sekian, sampai ke penghujung majlis. Kita akhiri dengan


TAMAT wabilahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum wth.

5
Lagu terbaharu daripada kumpulan nasyid In Team yang
bertajuk Al Qudslana

You might also like