You are on page 1of 12

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Teks emcee untuk Majlis Perasmian Penutupan Program Sedetik Bersama, Seabad Terasa
2017
(4 November 2017 )

MC:
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr Khairunesa Binti Isa, Ketua Jabatan Khidmat
Komuniti Pengucapan Awam Dan Kemahiran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia beserta dift-dift jemputan.
Majlis mohon berdiri.
Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita
Hadirin dipersilakan duduk.

Rujuk
SALUTASI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat Datang Ke majlis perasmian Penutupan Program Sedetik Bersama, Seabad Terasa 2017

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,


TERBANG SEIRING DITEPI KALI,
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi.


Kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis
Perasmian Penutupan Program Sedetik Bersama, Seabad Terasa 2017
.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr Khairunesa Binti Isa
beserta dift-dift jemputan kerana sudi meghadirkan diri pada malam hari ini bagi merasmikan
program Sedetik Bersama, Seabad Terasa 2017.
******************************************************************************
Hadirin yang dihormati,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis pada malam ini, dengan sukacitanya dijemput saudara Imran bin
Zolkiplee untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
******************************************************************************
Amin-Amin Yarabbalalamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, program ini adalah anjuran Khidmat Masyarakat UTHM
Seksyen 5 dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar.
Untuk makluman hadirin juga, tahun ini merupakan tahun pertama program ini dijalankan.
******************************************************************************
Sebagai pembuka tirai, majlis dengan hormatnya menjemput saudari Nurnaili Aliaa binti Mohd
Ariff, selaku Ketua Pengarah Program Sedetik Bersama, Sedekad Terasa untuk memberikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
******************************************************************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Nurnaili Aliaa binti Mohd Ariff atas
ucapan beliau sebentar tadi.
Para hadirin dan hadirat sekalian
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara Mohammed Ghazal selaku Presiden Persatuan
Pelajar Palestin untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan
Majlis Mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Ghazal atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya majlis menjemput wakil Al-Quds Foundation.. untuk menyampaikan ucapannya.
Majlis mempersilakan.
Hadirin yang dihormati,
DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,
BATANG JERAMI REBAH KE BUMI,
KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI,
MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI
Tibalah masanya majlis dengan penuh takzimnya menjemput Y.Bhg. Dr Khairunesa Binti Isa,
Ketua Jabatan Khidmat Komuniti Pengucapan Awam Dan Kemahiran Pusat Pengajian Umum
dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Program Sedetik Bersama, Seabad Terasa 2017 anjuran Khidmat
Masyarakat UTHM Seksyen 5 dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam
Muar.
******************************************************************************
******
Usher menjemput perasmi untuk naik ke pentas.
Ucapan perasmi

Majlis menjemput saudara Khalid b Jimat dan En. Mohammed Ghazal naik keatas pentas bagi
mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato Dr Othman A Karim .

Gimik perasmian.
Usher mempersilakan Perasmi, KP dan en. Mohammed Ghazal untuk ke tempat duduk.

Maka Dengan ini , Rasmilah sudah, Program Program Sedetik Bersama, Seabad Terasa 2017.
Ribuan terima kasih kepada Y.Bhg. Dr Khairunesa Binti Isa atas ucapan perasmiannya sebentar
tadi,
Hadirin sekalian,
Mari kita sama-sama saksikan tayangan video yang disediakan

Persembahan Muadz Dzulkefly


Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muadz Dzulkefly atas persembahan yang bertenaga
sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati, bersempena dengan Program Palestine Grand Exhibition 2013, pada
malam ini akan berlangsung pidato No slogan without Act
Pidato ini akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi aqsa Syarif
Berhad.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan
Sesi soal jawab
******************************************************************************
.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor atas pidato
yang disampaikan sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Dr. Roohaida dan saudara khalid bin jimat
untuk mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato Dr Othman A Karim, bagi penyampaian cenderamata.
Dijemput Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad bagi menerima
cenderamata
Seterusnya,
En. Selaku wakil Al-Quds Foundation
Saudara Muadz b Dzulkefly.
*Hadiah kepada penaja (wamy, nasyid fm, isc) sekiranya hadir

Hadirin dan hadirat sekalian.


seterusnya sebagai penghargaan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr. Roohaida
untuk menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Prof Ir. Dato Dr Othman A Karim, atas
kesudian beliau datang bagi merasmikan program ini.
Seterusnya majlis mempersilakan Saudara Khalid b Jimat untuk menyampaikan cenderahati
kepada Dr. Roohaida Othman, Penasihat Kelab Sahabat Aqsa UKM.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada
malam ini.
Bagi pihak sekretariat penganjur, majlis jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir ke
majlis ini. Terima kasih juga diucapkan semua pihak yang membantu dalam menjayakan majlis
pada malam ini. Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
UCAPAN YANG BERBAHAGIA DR KHAIRUNESA BINTI ISA

Assalamualaikum w.b.t,
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan saya dilapangkan masa untuk menghadiri majlis
ini bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Sedetik Bersama, Seabad Terasa
2017. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur program iaitu Khidmat Masyarakat
UTHM Seksyen 5 dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar kerana telah
menjemput saya untuk merasmikan program yang kali pertama di adakan di UTHM ini. Saya
amat berbesar hati atas jemputan ini.
Pertama sekali, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa/ i UTHM diatas segala
curahan idea dan kerahan tenaga dalam merangkan dan merancang program Sedetik Bersama,
Seabad Terasa 2017 pada kali ini. Usaha- usaha begini amatlah digalakkan dan disokong untuk
merealisasikan harapan universiti untuk melahirkan mahasiswa /i yang bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akdemik, malah turut cemerlang dalam pembinaan jati diri dan semangat insaniah
mereka. Melalui program- program seperti ini, mahasiswa/i bukan sahaja dapat meningkatkan
semangat daya usaha mereka, malahan mereka juga dapat mengenalpasti
kemahiran yang ada dalam diri mereka dan berkemungkinan kemahiran yang dikenalpasti
tersebut dapat diaplikasi dalam dunia luar selepas tamat pengajian di kemudian hari. Selain itu,
seperti yang semua ketahui, pelaksanaan program yang besar sebegini amat memerlukan
komitmen dan kerjasama yang utuh dan hal ini akan melahirkan mahasiswa yang menghormati
pandangan dan kritikan orang lain selain dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan
baik dan bijak menggunakan cara komunikasi mengikut situasi yang berbeza dengan pihak
komuniti disekitarnya.
Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, pastinya UTHM ingin melahirkan graduan
terkehadapan yang mendahului keperluan masyarakat untuk membangunkan modal insan yang
berupaya membangunkan negara. Demi melahirkan mahasiswa yang berani, kreatif, berinovasi,
proaktif dan fleksibel, pihak UTHM memberikan galakkan kepada pelajar agar melibatkan diri
dengan aktiviti berpersatuan dan merancang aktiviti mengikut minat pelajar. Justeru itu, UTHM
mengambil inisiatif untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada mahasiwa/i
dengan menjadikan semua aktiviti pelajar di UTHM sebagai aktiviti ko-kurikulum yang
diberikan kredit.
UTHM bukan sahaja prihatin terhadap kecemerlangan mahasiswa/i nya, malah turut cakna dalam
krisis kekejaman yang dialami oleh rakyat Palestin. Seperti yang kita semua ketahui isu Palestin
bukanlah satu isu yang baru dalam dunia Islam dan masyarakat antarabangsa, bahkan turut
menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Isu Palestin
melibatkan hak asasi manusia sebagaimana yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).Sesungguhnya, tindak tanduk yang tidak bertimbang rasa oleh tentera Israel
seperti pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda dilakukan di wilayah Gaza perlu
dikecam dan dikutuk oleh seluruh masyarakat di dunia. Perkara ini juga turut melibatkan
pencabulan undang-undang antarabangsa, pencerobohan, dan kezaliman yang dilakukan oleh
manusia kepada manusia.
Antara kekejaman yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah serangan pada 14
November 2012 yang dikenali sebagaai Cloud of Pillars atau Hijjaratus Sijjin. Serangan ini
telah menyebabkan gugurnya syahid komander Briged al- Qassam, Ahmed Jabari dan anaknya
ketika sedang memandu kereta setelah dibedil peluru berpandu Israel. Dalam peristiwa tersebut
banyak serangan udara dilancarkan oleh Israel dalam operasi mereka yang mereka gelar Pillar
of Cloud. Peristiwa tersebut telah meragut banyak nyawa rakyat Palestin terutamanya wanita
dan kanak- kanak.
Demi mempertahankan kredibiliti negara, mantan Perdana Menteri kelima, Yang Amat
Berbahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membuat beberapa usul di Parlimen pada 12
Januari 2009. Antara ketetapan yang diambil ialah mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel
ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam
Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak dan warga tua serta menggesa pengunduran
menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza. Selain itu, beliau juga turut menggesa majlis
keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan
supaya Israel menghentikan serta merta serangan ketenteraannyake atas wilayah Palestin di Gaza
melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi
menguatkuasakan genjatan senjata tersebut.
Sebagai masyarakat yang cintakan keamanan, mahasiswa perlu menzahirkan sokongan padu
kepada perjuangan rakyat Palestin kearah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan
berdaulat. Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga turut menjadi aspek penting yang sering
diutarakan dan selalu diketengahkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini kerana, pendidikan
adalah sangat penting untuk melahirkan cendekiawan dan cerdik pandai yang boleh membantu
dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.Walaupun mereka diserang dan diceroboh,
semangat cintakan ilmu oleh golongan muda di Palestin tidak pernah luntur sama sekali.
Semangat mereka jelas kelihatan kerana mereka yang sanggup untuk belajar di atas konkrit-
konkrit di tapak sekolah masing-masing. Selain itu, guru-guru di Palestin turut berkorban
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang penuh kedaifan dan
kekurangan demi mendidik anak bangsa mereka. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh para rakyat
Palestin ini wajar dijadikan tauladan kepada mahasiwa/i dan kita semua supaya sentiasa
menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini.Kestabilan politik dan ekonomi adalah
antara faktor penting ke arah kelestarian kehidupan.
Bak kata seorang penggiat seni iaitu Henrik Ibsen, " Semangat kebenaran dan semangat
kebebasan adalah tunggak masyarakat. Kebebasan bermaksud mempertahankan hak asasi
manusia dan kita semua perlu bijak menggunakan kebebasan yang telah diberikan, malah setiap
tindakan yang ingin dilakukan perlu difikirkan dahulu natijahnya. Saya bangga di atas usaha
sekretariat dalam merangka program yang mengetengahkan isu antarabangsa ini. Hal ini
mempamerkan prosess kematangan mahasiswa dalam berfikir dan memandang serius isu-isu
yang penting seperti isu hak asasi manusia ini.
Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
perjalanan program ini termasuklah para penaja yang bermurah hati. Saya berdoa agar semua
aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini dapat berjalan lancar.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini merasmikan pembukaan Program
Palestine Grand Exhibition 2013.
Sekian, Terima kasih
TEKS UCAPAN PENUTUPAN PROGRAM
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM
Yang dihormati,
Tuan Haji Kamaruzzaman Abdul Rahim,
Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif Berhad
Saudara.
Wakil dari Palestinian Cultural Organization Malaysia
Yang berusaha,
Saudara Amin bin Azuwar,
Timbalan Ketua Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,
Saudara Mohammed Ghazal,
President Palestinian Students Association
Para jemputan,
Barisan pengetua kolej,
Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,
Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,
Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,
Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya kerana telah memberi keizinan kepada saya
untuk menghadiri majlis perasmian penutup Program Palestine Grand Exhibition 2013.
Pertama sekali ingin saya ucapkan setinggi- tinggi penghargaan atas jemputan untuk merasmikan
Penutupan Program Palestin Grand Exhibition pada tahun ini. Ingin saya nyatakan bahawa saya
amat berbesar hati atas jemputan ini.
Alhamdulillah, setelah segala kerahan tenaga dan idea untuk melaksanakan program ini,
akhirnya program ini akan melabuhkan tirainya pada hari ini. Saya amat berbangga apabila
melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh mahasiswa/i dalam menjayaan program
yang dianjurkan selama seminggu ini. Saya yakin bahawa begitu banyak
pengalaman dan kemahiran yang dikutip oleh mahasiswa/i dalam menyempurnakan program
sebesar ini.
Seperti yang sedia maklum, program ini merupakan satu program yang berkaitan dengan isu
Palestin. Isu yang bukan lagi baru dalam kalangan masyarakat kita. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk beberapa NGO yang terlibat dalam memperjuangkan isu
Palestin ini. Antaranya adalah Aqsa Shariff. Justeru, ini saya nyatakan pada hari ini bahawa isu
memperjuangkan Palestin bukan sahaja berkait dengan isu keagamaan, malah isu kemanusiaan.
Antara kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi adalah seperti yang tercatat dalam peristiwa yang
dikenali sebagai Hari an-Nakbah pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan 800,000 rakyat Palestin
di usir dari tanah air mereka dan berlindung di khemah pelarian di Lebanon, Syria dan Jordan
sejak 65 tahun yang lalu. Tarikh tersebut juga berdirinya negara haram Israel di atas bumi
Palestin yang di rampas. Hal ini jelas menunjukkan kepada masyarakat dunia mengenai
penindasan yang telah di lakukan oleh golongan Yahudi dalam mewujudkan negara mereka iaitu
Israel.
Pada 31 Mei 2010, telah berlaku peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang
mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid dan lebih 600 aktivis dari seluruh dunia di
tawan dan dipenjarakan. Mavi Marmara adalah kapal induk yang menerajui LL4G (Life Line for
Gaza), satu inisiatif yang digerakkan oleh IHH (Turki) yang mendapat dokongan masyarakat
antarabangsa termasuk negara-negara barat. bahkan hampir sepertiga aktivis adalah rakyat
Eropah beragama Kristian. 12 orang sukarelawan dari Malaysia bersama di atas kapal Mavi
Marmara. Aktuvis tersebut adalah dari Haluan Palestin, Aqsa Syarif, Muslim Care, Yayasan
Amal. Ketua misi ialah Sdr Noorazman dari Haluan Palestin. Aqsa Syarif diwakili oleh mantan
Pengerusinya Ust Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Ir Dr Selamat
Aliman (juga mewakili PACE - Palestine Centre of Excellence). Serangan tersebut berlaku
adalah untuk menyekat bantuan makanan, ubat- ubatan dan sebagainya supaya tidak sampai
kepada rakyat Palestin yang pada waktu itu amat memerlukan bantuan luar.
Saya berasa amat berbangga kerana melalui program yang dijalankan ini, kekejaman yang
dilakukan oleh Israel akan lebih membuka mata masyarakat, termasuklah kepada mahasiswa/ i
UKM. Dan memberi lebih kesedaran untuk turut berjuang dalam mempertahan hak rakyat di
Palestin yang berjuang habis- habisan untuk agama dan penempatan mereka yang dicerobohi
oleh golongan Yahudi.
Dalam program yang telah dijalankan selama seminggu ini, kesedaran terhadap isu kekejaman di
Palestin akan lebih tersebar dalam kalangan mahasiswa/ i UKM. Hal ini akan menjadikan
mahasiswa/ i lebih prihatin terhadap dunia luar dalam membentuk sahsiah yang cemerlang.
Selain itu, melalui program sebegini juga, tahap kesedaran untuk membantu rakyat di Palestin
akan meningkat di kalangan mahasiswa/i . Kesedaran ini bukan sahaja dalam kalangan pelajar
Muslim, malah bagi pelajar yang berlainan agama atas tiket kemanusiaan.
Program seperti ini juga akan memberikan penjelasan yang tepat dan memberi peluang kepada
mahasiswa/i UKM untuk membantu samaada dalam bentuk sumbangan kewangan, tenaga
mahupun idea. Oleh yang demikian, saya berharap agar program yang penuh bermakna seperti
ini akan terus dijalankan sebagai program tahunan di UKM.
Ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
program Palestin Grand Exhibition 2013 ini. Harapan saya agar segala usaha yang telah
digunakan dalam menjayakan program sehebat ini akan mendapat penghargaan keberkatan dari
Allah.
Dengan ini saya dengan berbesar hati perasmikan penutupan Program Palestin Grand Exhibition
2013.Sekian, terima kasih.
TEKS BACAAN DOA
TEKS DOA

*BACAAN SURAH AL-FATIHAH*



.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bermohon kepada-Mu, agar menjadikan kami hamba-Mu yang benar-benar taat
akan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Mu. Tunjukilah kami ke jalan
yang benar dan jauhilah kami dari jalan-jalan yang dapat menyesatkan kami, untuk
mendekatkan diri kepada-Mu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Pada majlis Perasmian penutupan program Sedetik Bersama, Seabad Terasa yang
berbahagia ini, kami juga memohon kepada-Mu, Jadikanlah Majlis Pada hari ini sebagai
majlis yang mendapat rahmat dan keredhaanMu. Tunjukkanlah kami perkara-perkara
yang bermanfaat dari majlis ini yang dapat kami contohi dalam hidup kami yang
sementara di dunia ini. Dan tunjukkanlah kami perkara-perkara yang tidak bermanfaat
agar dapat kami jauhinya sehingga kami bertemu dengan Mu kelak.
Pandanglah kami dengan belas kasih-Mu Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan
mendidik kami sejak kami kecil.
Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim,
Pandanglah juga kami ini, dengan rahmat dan kasih sayang Mu. Jadikanlah pertemuan
kami ini pertemuan yang mengeratkan kasih sayang di antara kami. Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang jauh dari kemusnahan Mu Ya Allah.

You might also like