PECAHKAN AIS ITU (Ice Breaking)

You might also like

You are on page 1of 1

PECAHKAN AIS ITU !

Tirai Program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia 2012 dibuka dengan slot taklimat
dan ice breaking . Slot dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Timbalan Pengetua
Hal Ehwal Kokurikulum MRSM Batu Pahat , Tuan Haji Mustafa Bin Daharun .
Menelusuri ucapan beliau , beliau menyifatkan program Nadwah Islamiah ini merupakan
satu wadah perjuangan intelek muda untuk melahirkan generasi pemimpin yang
berwibawa dan tepu dengan ilmu agama . Lewat ucapannya , beliau juga sempat
mengekspresikan perasaan teruja menerima kunjungan peserta kontinjen Nadwah
Islamiah MRSM Se-Malaysia dari seluruh pelosok tanah air ke MRSM Batu Pahat yang
tercinta ini . Beliau juga mengharapkan agar para peserta program ini dapat
memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh serta mampu membuka minda dan fikiran
mereka untuk mendepani dunia masa kini .

Selepas ucapan kata alu –aluan itu , slot pada malam itu diteruskan lagi dengan taklimat
program Khidmat Masyarakat oleh Cik Nur Rahifah Binti Karim selaku ketua AJK
program tersebut . Cikgu If telah menegaskan beberapa peraturan dan etika yang harus
dipatuhi oleh setiap peserta ketika mengikuti program . Kampung Separap merupakan
lokasi yang telah dipilih sebagai tempat bagi aktiviti khidmat masyarakat berlangsung .
Cikgu If juga telah menekankan faktor keselamatan setiap peserta ketika menjalankan
aktiviti di tempat-tempat yang telah ditentukan . 13 keluarga yang terlibat akan menerima
lima orang peserta nadwah yang ditugaskan di rumah-rumah penduduk kampung sebagai
anak angkat mereka .

Slot diteruskan lagi dengan taklimat oleh Encik Isa Bin Muhzan berkaitan disiplin dan
kawalan pelajar . Encik Isa menegaskan bahawa setiap pelajar haruslah mematuhi
peraturan pertandingan dan program-program selainnya di samping memastikan
pemakaian yang sesuai dengan aktiviti yang diikuti . Beliau juga juga memberi amaran
bahawa tindakan tatatertib akan diambil jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan .

Slot diakhiri dengan taklimat daripada Ustaz Khairul Hazwan Bin Zarkasi mengenai
tentatif program pada hari Jumaat , 22 Jun 2012 bersamaan 2 Syaaban 1433 H . Beliau
juga menyatakan tentang hasrat beliau untuk melihat semua peserta menghadirkan diri ke
surau Jannatul Firdaus bagi mengikuti Qiamullail .

You might also like