You are on page 1of 15

KERTAS KERJA

MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH


KOLEJ PENDETA ZA’BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH
7 MAC 2014

TEMPAT
KOLEJ PENDETA ZA’BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN
BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA’BA

DENGAN KERJASAMA
JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

TEMA
“Insan berselawat, Insan penuh rahmat”
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

KERTAS KERJA
MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan kerjasama serta bantuan kewangan bagi
mengadakan Malam Dambakan Cinta Rasulullah.

2.0 PENDAHULUAN

Malam Dambakan Cinta Rasulullah merupakan program yang berkonsepkan islamik yang
mengajak para muslimin dan muslimat untuk beselawat dengan kaedah yang lebih interaktif .
Selain itu, menggalakkan mahasiswa/i dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
sentiasa berselawat dan mengingati Nabi Muhammad SAW . Terdapat kelainan pada program kali
ini yang mana selawat akan diadakan dalam bentuk konsert supaya golongan mahasiswa/i
terpanggil untuk berselawat secara beramai-ramai bagi memuji dan mengingati Nabi Muhammad
SAW. Pada akhir majlis, sumbangan akan diberikan kepada Rumah Anak Yatim Al-Munirah dan
juga Maahad Tahfiz Al-Ridhuan.

“Insan berselawat, Insan penuh rahmat” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk
menarik golongan mahasiswa/i bagi meraih cinta Allah dan sesiapa sahaja yang ingin merasakan
kemanisan iman.

Malam Dambakan Cinta Rasulullah merupakan program yang bernaung di bawah Karnival
Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14) yang juga merupakan satu salah satu program tradisi bagi
warga Kolej Pendeta Za’ba. KAPREZA ‘14 merupakan tahun ke-9 yang dianjurkan oleh Biro
Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba. Pada kali ini KAPREZA
‘14 diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia,
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk merapatkan ukhuwah antara penghuni Kolej
Pendeta Za’ba dengan pihak pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga ukhuwah
bersama komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia
yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

3.0 MISI

Menjadikan program ini sebagai salah satu landasan mendekatkan kita dengan Allah dan
Rasulullah S.A.W walaupun berada di dalam sebuah konsert. Malah dapat memperkenalkan
hiburan baru yang berunsur islamik dengan berselawat.

4.0 MATLAMAT

Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i
dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.

5.0 OBJEKTIF
_______________________________________________________________________________

5.1 Mengerat ukhuwah sesama ummah.


5.2 Menyokong dalam mempromosi tahun Malaysia Berselawat pada tahun 2014.
5.2 Menerapkan dalam diri setiap ummah bahawa keimanan itu penting dalam pembentukan
diri.
5.3 Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat islam yang dinamis dan progresif yang
mencari keredhaan ilahi.
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

6.0 TEMA

“Insan berselawat, Insan penuh rahmat”

7.0 ANJURAN

Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Belia dan
Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 7 Mac 2014


Masa : 6.00 petang – 11.30 malam

9.0 TEMPAT

Dataran Blok A, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia

10.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa,
flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan juga semua kawasan di
Semenanjung Malaysia. Golongan sasaran adalah warga Kolej Pendeta Za’ba, semua warga kolej
kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Za’ba Universiti Putra Malaysia, Kolej Za’ba
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Ketujuh Za’ba Universiti Malaya dan penduduk sekitar
Bangi.
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

11.0 CADANGAN TETAMU JEMPUTAN

11.1 Jemputan Penceramah dan Artis


PENCERAMAH
Ustaz Hj Nabil Bin Ahmad
PU Ustaz Salman Bin Maslori
ARTIS NASYID
Far East
Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ridhuan

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

• Jumlah Krew MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH : 20 orang


• Jumlah pengunjung : 300 orang [anggaran]

13.0 STRUKTUR ORGANISASI


_______________________________________________________________________________

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Solat berjemaah dan Kuliah Maghrib bersama Penceramah jemputan

Program ini melibatkan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia serta komuniti sekitar,
anggaran sebanyak 300 orang akan hadir pada hari berkenaan. Solat secara berjemaah akan
dijalankan di Dataran Blok A iaitu dataran Kolej Pendeta Za’ba. Tindakan untuk slot ini akan
diambil alih oleh semua krew Malam Dambakan Cinta Rasulullah. Slot ini bertujuan merapatkan
silaturahim sesama mahasiswa/i dengan komuniti sekitar. Di samping dapat meningkat pengisian
ilmu agama dalam diri serta memantapkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Tajuk
kepada slot ini berlandaskan tema program iaitu “Insan Berselawat, Insan Penuh Rahmat”.

15.2 Persembahan Nasyid serta Qasidah

Slot ini pula akan dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid yang mewarnai musik kesenian islam
di dalam negara kita dan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan yang akan
mengalunkan Qasidah mereka. Slot ini mengajak para muslimin dan muslimat yang hadir untuk
sama-sama berqasidah memuji-muji kebesaran yang Maha Esa dengan cara yang lebih
berinteraktif.

15.3 Pengagihan Sumbangan

Sumbangan akan diberikan kepada dua pihak iaitu :


-Rumah Anak Yatim Al-Munirah (RM400)
-Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan (RM400)

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:

LUQMAN HAKIM BIN MOHD AMIN MARDHIAH BINTI ISHAK


Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah 1
Malam Dambakan Cinta Rasulullah Malam Dambakan Cinta Rasulullah
Kolej Pendeta Za’ba Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 012-5966572 Tel : 013-3734721
Emel : faces_16@yahoo.com Emel : mardhiahishak@gmail.com

18.0 PENUTUP

18.1 Dengan program ini, diharap hubungan di antara penghuni dan pengurusan Kolej Pendeta
Za’ba dan kolej lain dan warga Kolej Pendeta Za’ba yang terdiri daripada pelbagai kaum
dapat dieratkan dan seterusnya dapat melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
18.2 Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang positif bagi
pihak tuan untuk memberikan kerjasama serta sumbangan dalam menjayakan program
Malam Dambakan Cinta Rasulullah ini.
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

Disediakan oleh,

.................................................
(LUQMAN HAKIM BIN MOHD AMIN)
Ketua Pengarah
Malam Dambakan Cinta Rasulullah
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh,

.................................................
(NOR ASEKEN BT ROSLEY)
Felo Penasihat
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia

Diluluskan oleh,

....................................................................
(PROF. MADYA DR. AHMAD SUNAWARI LONG)
Pengetua
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH 2014

Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM

Pengerusi
YBhg. Prof. Madya Datin Dr. Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM

Penyelaras
Yang Dihormati En. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Pengetua
YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long
Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Timbalan Pengetua
Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md Jamil
Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Felo Penasihat
Nor Aseken Bt Rosley
Felo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Ketua Eksekutif
Nurul Jannah Binti Ahmad Ghulamudin
A137789 (FPEND/3) 014-5295903
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

Ketua Pengarah
Luqman Hakim Bin Mohd Amin
A143232 FEP/1
012-5966572

Timbalan Ketua Pengarah 1(Executive)


Mardhiah Binti Ishak
A143553 FEP/1
013-3734721

Timbalan Ketua Pengarah 2(Internal)


Norhazlen binti Abdul Halim
A143227
012-5602501
Timbalan Ketua Pengarah 3(External)
Mohd Hafizee bin Rahman
A 145239
014-5248500

Ketua program
Siti Khadijah binti Ahmed
A 145507
012-9279884

Timbalan Ketua Program


Nadia Aqilla binti Shamsusah
A 145537
016-2498293
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

Setiausaha 1
Nurul Shahida Binti Mat Zain
A146208 FTSM/1
019-4887505

Bendahari 1
Nurul Amirah Binti Mokhtar
A146234 FTSM/1
014-5023625
Bendahari 2
Siti Nurfaeiza binti Abd Razak
A 145539
012-7775189

Pengarah Publisiti
Norizzah Binti Marzuki
A145541 FST/1
011-25050168

Timbalan Publisiti
Muhammad Ameerullah bin Sahudin
A 145872
013-2103150

Pengarah Pemasaran
Siti Nur Syamimi Binti Mohammad
A143297 FEP/1
017-4412037
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

Timbalan Pemasaran
Syarifudin bin Saroni
A 145955
012-5958650

Pengarah Jamuan
Siti Aminah Binti Mohd Yusoff
A144907 FPI/1
013-4636526

Timbalan Jamuan
Abdul Raouf bin Abd Rahman
A145281 F/1
0147737062

Pengarah Teknikal
Muhd Imran Bin Mohd Sazali
A143269 FEP/1
017-5317460

Pengarah Protokol
Raja Nor Ieka Azmira Binti Raja Baha
A146414 FTSM/1
014-5119741
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH 2014

Masa Perkara Tempat

6.00 p.m-6.30 p.m Kedatangan tetamu-tetamu Tempat Letak Kereta Blok G


Bilik Seminar 2 Dan 3

6.30 p.m-7.30 p.m Jamuan & Persediaan untuk solat Bilik Seminar 2 Dan 3
Dataran Blok A (khemah)

7.30 p.m-8.00 p.m Solat Maghrib berjemaah Dataran Blok A (khemah)


Blok B

8.00 p.m-8.45 p.m Ceramah & Sesi soal jawab bersama Dataran Blok A (khemah)
penceramah jemputan Blok B

8.45 p.m-9.00 p.m Solat Isyak berjemaah Dataran Blok A (khemah)


Blok B

9.00 p.m-9.15 p.m Persembahan Pelajar Tahfiz Dataran Blok A (khemah)

9.15 p.m-11.00 p.m Persembahan (Qasidah, selawat, berzanji) Dataran Blok A (khemah)

11.00p.m-11.15p.m Penyerahan sumbangan dan cenderamata, Dataran Blok A (khemah)


serta majlis penutup

11.15p.m-11.30p.m Jamuan Bilik Seminar 2 Dan 3


“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

LAMPIRAN C

BELANJAWAN PROGRAM “MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH”

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH


ANGGARAN
1. SUMBANGAN
• Sponsor
Unit Zakat UKM
(bayaran untuk penceramah1+kumpulan nasyid) RM3000

Pusat Islam UKM RM500


Lain-lain syarikat RM1500
• Pendapatan lain-lain
RM 1069
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 6069
*jumlah semasa = RM1675

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. JAMUAN
Makan Malam
• Tetamu Jemputan (RM 8 x 6) RM 48

• Pelajar Tahfiz (RM 8 x 20) RM160

• VIP (RM4 x 25) RM100


Supper RM125
• VIP (RM 5.00 x 25)
RM 30
• Tetamu Jemputan (RM5.00 x 6)

• Pelajar Tahfiz (RM5.00 x 20) RM100

2. CENDERAMATA
• Tetamu Jemputan (RM24 x 5) RM120
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah”
7 Mac 2014

3. PUBLISITI
• Banner (Back drop)(RM118x1) RM118

• Banner (RM22x3) RM 66

• Poster (RM0.80x40) RM 32
• Banting (RM6.50x10) RM 65
• Flyers (RM0.05x100)
RM 5

4. JEMPUTAN

• Penceramah 1 + kumpulan nasyid RM3000


• Penceramah 2 (RM500x1) RM500
• Moderator (RM300x1) RM300
RM500
• Tahfiz (RM500x1)

5. SUMBANGAN
• Sek. Agama Tahfiz (RM400 x 1) RM400

• Yayasan Anak Yatim (RM400 x 1) RM400

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM6069

You might also like