You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DEMANG TAHA

78300 MASJID TANAH,MELAKA

KERTAS KERJA BULAN MAULIDUR RASUL


TAHUN 2020M/1442H PERINGKAT SK DEMANG TAHA

1. PENDAHULUAN

Bulan Maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap


Rasulullah (S.A.W ). Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga
dengan baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam
Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia"
(al-Qalam:4)

Bulan ini akan dimuatkan dengan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan semua
guru dan murid muslim. Tema maulidurrasul pada tahun ini ialah “ Ummah Rabbani Negara
Harmoni”. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia
memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang
dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda S.A.W.

2. MATLAMAT

Memperingati sirah Nabi Muhammad S.A.W. dan mengambil iktibar daripada


pengorbanan Rasulullah S.A.W. terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid
Islam akan kasihnya Rasulullah S.A.W. terhadap umatnya.

3. OBJEKTIF

3.1. Mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah S.A.W.


3.2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah S.A.W
3.3. Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

4. SASARAN

Semua murid Islam Tahun 1-6 Sk Demang Taha.

5. JANGKA MASA /TEMPAT

Tarikh : 26.10.2020-20.11.2020
6. KAEDAH / METODOLOGI

6.1 Alunan Selawat dan Tazkirah Ringkas ( sewaktu rehat, menggunakan PA Sistem )- Ustazah
Mohd Hafiz bin Wahab , Ustaz Mohd Nazmi bin Jaafar
6.2 Pertandingan Mewarna Pra Sekolah – Ustazah Nik Hasnah , Ustazah Noraini binti Wahab
6.3 Kuiz Tahap I ( Dalam Kelas ) – Ustazah Raunah binti Ishak
6.4 Pertandingan Selawat Tahap II ( Secara Talian ) – Ustazah Marli Mastura binti Abdul Manap,
Ustazah Nurulkomariah binti Che Kob, Ustazah Robiah binti Ghani
6.5 Risalah Bulan Maulidur Rasul ( Diedarkan setiap kelas )

7. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA

JAWATAN KUASA INDUK

PENGERUSI
PN. FAEZA BINTI ESA
GURU BESAR SK DEMANG TAHA
 
TIMBALAN PENGERUSI
PN. HAJJAH SUMALIAH BINTI TAMAMI
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
  
NAIB PENGERUSI I
EN. BASRI BIN AB GHANI
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
NAIB PENGERUSI 2
PN. NORAINI BINTI CHE OMAR
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENYELARAS PROGRAM
PN. MARLI MASTURA BINTI ABDUL MANAP
 
BENDAHARI
CIK NURULKOMARIAH BINTI CHE KOB

AJK
PN. NORAINI BINTI WAHAB
PN. ROBIAH BINTI GHANI
PN. NURUL AZIZAH BINTI MD ISA
EN. MOHD.HAFIZ BIN ABDUL WAHAB
PN. NIK HASNAH BINTI NIK MAHMOOD
PN RAUNAH BINTI ISHAK
EN. MOHD NAZMI BIN JAAFAR

8. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Pendidikan Islam

9. PERBELANJAAN

NO PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1 Hadiah Mewarna Pra RM 5.00 x 12 RM60.00
Sekolah & PPKI
2 Hadiah Pertandingan RM 5.00 x 10 RM50.00
Selawat Tahap II
3 Hadiah Kuiz Tahap I RM5.00 x 9 RM45.00
JUMLAH RM155.00
KESELURUHAN

10.PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta kepada
baginda Nabi di kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan pengetahuan murid tentang
sirah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.

Disediakan Oleh: Disahkan oleh:

………………………….. ……………………………
(MARLI MASTURA BINTI ABDUL MANAP) (SUMALIAH BINTI TAMAMI)
Penyelaras Program Maulidur Rasul Guru Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like