You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2,

JALAN PADI MAHSURI,


BANDAR BARU UDA,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR.

LAPORAN PROGRAM
IFTAR JAMAIE
DAN KHATAM AL-QURAN
PERINGKAT SK BANDAR UDA 2
TAHUN 2017

DI SEDIAKAN OLEH:
ADILAH HANNI BINTI ISMAIL
LAPORAN PROGRAM IFTAR JAMAIE DAN KHATAM AL-QURAN

PERINGKAT SK BANDAR UDA 2

TAHUN 2017

Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2) telah mengadakan program iftar jamaie dan
khatam Al-Quran peringkat SK Bandar Uda 2 . Program ini berlangsung pada hari Khamis, 15
Jun 2017 bertempat di Dewan Sri Mahsuri, SK Bandar Uda 2.

Program ini merupakan acara wajib diadakan oleh Panitia Agama Islam pada setiap
tahun. Program ini diadakan bertujuan untuk menanam sifat cintakan Al-Quran dalam diri
murid-murid SK Bandar Uda 2. Selain itu, ia juga bertujuan memberi peluang warga SK
Bandar Uda 2 menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala.
Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan
seumpamanya telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Majlis dimulakan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Hanapiah bin Sapuan selaku pengerusi
majlis. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan ucapan dari Guru Besar SKBU2, Encik Zulkifly
bin Ahmad. Beliau mengucapkan syukur kerana acara ini dapat dijalankan dengan kerjasama
dari semua guru-guru dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran Encik Isma
Adlee, NYDP PIBG SKBU 2 dan ibu bapa yang dapat sama-sama memeriahkan majlis.

Majlis diserikan lagi dengan tazkirah ringkas tentang kelebihan khatam Al-Quran oleh
Ustaz Mohd Naim bin Hanipah. Khatam Al-Quran di ketuai oleh Ustaz Mohd Naim diiringi
oleh murid-murid tahun 6. Usai khatam Al-Quran, majlis diteruskan lagi dengan tahlil ringkas
sambil menunggu azan magrib.

Tepat pukul 7.13 malam, azan maghrib telah dilaungkan oleh adik Amir Haziq dari
kelas 6 Intelligent dan semua yang hadir berbuka dengan kuih-muih, kurma dan air mineral.
Solat maghrib di imamkan oleh Ustaz Hanapiah bin Sapuan. Selesai solat maghrib, para
hadirin dijemput untuk menjamu selera dengan nasi ambang dan air kopi panas.
Pada majlis kali ini, sekolah telah menjemput Ustaz Mohd Fuad bin Zaki dari Maahad
Johor sebagai imam jemputan. Ustaz Fuad telah menjadi imam untuk solat isya’, solat
tarawih , solat hajat , witir dan selawat beramai-ramai sebagai penutup majlis.

Tepat pukul 10.00 malam, AJK mengagihkan bubur lambuk dan bunga telur khatam
kepada hadirin sebelum bersurai.
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH:

………………………………………… ……………………………………………….

(ADILAH HANNI BINTI ISMAIL) (EN. ZULKIFLY BIN AHMAD)


SETIAUSAHA MAQDIS GURU BESAR
SK BANDAR UDA 2, SK BANDAR UDA 2,
JOHOR BAHRU,JOHOR. JOHOR BAHRU,JOHOR.
Lampiran
Bergambar

You might also like