You are on page 1of 11

SEMINAR PASCA PANDEMIK KEBANGSAAN 2022

SALUTASI

Ybhg. Dato’ Shaharuddin bin Ahmad Sohot

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Yang Berusaha Puan Rosmahwati binti Ishak

Timbalan Ketua Pengarah Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat

YBhg. Dato’ Khalid bin Ahmad

Pengerusi Lembaga Pengarah USAS BHD

YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah


Ybhg. Prof. Dato Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof,

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah

YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Anas bin Md. Yusof

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran Dan Kewangan, Universiti Sultan Azlan Shah

Ybhg. Dato’ Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin

Presiden PERKAMA International

Yang Berusaha, Dr Mohd Zulfahmi bin Mohamad,

Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah

Yang Berusaha, Dr. Mohd Ahsani bin A. Malek

Pengarah Seminar Pasca Pandemik Kebangsaan 2022 dan hadirin yang dihormati sekalian

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


Majlis berbesar hati dan meraikan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan dalam

SEMINAR PASCA PANDEMIK KEBANGSAAN 2022

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

Majlis pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Nur
Ahmad Wafiy bin Noor Azri untuk memimpin bacaan doa. Majlis menjemput.

-BACAAN DOA-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi. Semoga
dengan bacaan doa itu tadi, majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan diberkati Ilahi.
PENGENALAN PROGRAM

Untuk makluman semua,

Seminar ini merupakan projek anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama
Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan
Shah serta jemputan khas badan perlesenan Lembaga Kaunselor Malaysia bersempena Bulan
Kaunseling Kebangsaan dengan tema Kesejahteraan Psikologi Mendepani Pasca Pandemik.

Hadirin, penganjuran seminar ini merupakan satu platform dalam menyalurkan maklumat serta
pendedahan tentang keperluan untuk mencapai kesejahteraan psikologi secara holistik dalam
mendepani persekitaran kehidupan selepas pandemik.

UCAPAN ALUAN LEMBAGA PENGARAH USAS

Hadirin,

Majlis pada hari ini akan diteruskan dengan ucapan kata aluan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah
USAS Berhad. Oleh itu, majlis menjemput, YBhg. Dato’Khalid bin Haji Ahmad untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-UCAPAN -

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’ atas ucapan kata aluan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN

Hadirin,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ybhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Pengarah
Jabatan kebajikan Masyarakat untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan seminar pada
hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-UCAPAN PERASMIAN-

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’ atas ucapan perasmian sebentar tadi.

TAYANGAN MONTAJ

Hadirin sekalian

Ayuh bersama-sama kita saksikan tayangan montaj Seminar Pasca Pandemik Kebangsaan 2022
yang telah disediakan.

UCAPTAMA:

Hadirin yang dihormati,Majlis kini diteruskan dengan ucaptama yang bakal disampaikan oleh YBhg. Tan
Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor, Universiti Sultan Azlan Shah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
-UCAPTAMA-

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri atas penyampaian ucaptama sebentar
tadi.

REHAT/PENUTUP

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis akan berhenti rehat seketika. Teruskan bersama kami untuk slot kedua yang bakal berlangsung
pada jam 2:30 petang nanti dengan tajuk Peranan ICT dalam Meningatkan Kesejahteraan Psikologi.

Sekian dahulu dari saya.

Wabillahitaufiq wal hidayah

Wassalamualaikum w.b.t.
SEMINAR PASCA PANDEMIK KEBANGSAAN 2022
(MAJLIS PENUTUP)

SALUTASI

Ybhg. Dato’ Shaharuddin bin Ahmad Sohot

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Yang Berusaha Puan Rosmahwati binti Ishak

Timbalan Ketua Pengarah Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat

YBhg. Dato’ Khalid bin Ahmad

Pengerusi Lembaga Pengarah USAS BHD

YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah


Ybhg. Prof. Dato Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof,

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah

YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Anas bin Md. Yusof

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran Dan Kewangan, Universiti Sultan Azlan Shah

Ybhg. Dato’ Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin

Presiden PERKAMA International

Yang Berusaha, Dr Mohd Zulfahmi bin Mohamad,

Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah

Yang Berusaha, Dr. Mohd Ahsani bin A. Malek

Pengarah Seminar Pasca Pandemik Kebangsaan 2022 dan hadirin yang dihormati sekalian

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


Majlis begitu berbesar hati meraikan penyertaan dan kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan dalam

SEMINAR PASCA PANDEMIK KEBANGSAAN 2022

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

Majlis pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Nur
Ahmad Wafiy bin Noor Azri untuk memimpin bacaan doa. Majlis menjemput.

-BACAAN DOA-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi. Semoga
dengan bacaan doa itu tadi, majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan diberkati Ilahi.

UCAPAN PENGARAH SEMINAR

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada hari ini akan diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Seminar Pasca Pandemik
Kebangsaan 2022. Oleh itu, majlis menjemput, YBrsh. Dr. Mohd Ahsani bin A. Malek untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

-UCAPAN -
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrsh. Dr. atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN TIMB. NAIB CANSELOR AKADEMIK

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan YBhg. Prof. Dato Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof,

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput.

-UCAPAN -

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’ atas ucapan sebentar tadi.
PENUTUP

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Berakhirnya ucapan sebentar tadi maka berakhirlah majlis pada hari ini. Seminar Pasca Pandemik
Kebangsaan 2022 melabuhkan tirai. Saya mewakili ahli jawatankuasa pelaksana ingin memohon
kemaafan atas segala kekurangan sepanjang seminar berlangsung.

Kalau teja di langit barat


Petanda bulan mengganti mentari
Andai sudah takdir tersurat
Bersua kita di lain hari

Sekian dari saya,

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan

Wabillahitaufiq wal hidayah Wassalamualaikum w.b.t.

You might also like