You are on page 1of 4

TEKS

PENGACARA MAJLIS

BICARA ILMU : EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM)

FOR SUSTAINABLE ENVIRONMENT

Tarikh : 16 Februari 2023, Khamis

Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari


Bil. Agenda

Ketibaan Pegawai dan barisan pentadbir ke bilik mesyuarat


Kata Alu-aluan Pengacara Majlis
----------------------
PROTOKOL

Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum WBT dan
Salam Sejahtera,

1. YANG BERUSAHA TN. HJ. RAHMAT BIN BAHARUDIN,
PENGETUA SMK BANDAR PUTRA

2. YANG DIHORMATI PUAN NOR HAZIMAH BINTI HJ. OTHMAN
1. PENCERAMAH JEMPUTAN PROGRAM EFFECTIVE MICROORGANISMS
(EM), YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI DARI
SMK KELAPA SAWIT

3. YANG DIHORMATI PUAN ANIDA BINTI ABDUL AZIZ,
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK BANDAR PUTRA,

4. PUAN NOR AZIZAH BINTI HUSSIN,
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SMK BANDAR
PUTRA,

5. ENCIK ROSLEE BIN MOHAMED JUNID,
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SMK BANDAR PUTRA,

6. BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU MATA
PELAJARAN SAINS DAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT YANG
DIKASIHI SEKALIAN.

Kata alu-aluan

Alhamdulillah, dengan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat
Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin
Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Program Bicara Ilmu
“Effective Microorganisms EM For Sustainable Environment”.
2.
Saya selaku Juru Acara Majlis pada pagi ini mewakili Jawatankuasa e-
lestari SMK Bandar Putra, merakamkan ucapan terima kasih kepada
tetamu jemputan, Puan Nor Hazimah binti Hj. Othman yang telah sudi
hadir menyampaikan perkongsian ilmiah beliau yang kita
rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Encik Muhamad Hafiz bin Ramli.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[SELESAI BACAAN DOA]
3.
Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Encik Muhamad Hafiz bin Ramli, atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.







Kata Aluan

Hadirin sekalian,
Meneruskan kelangsungan acara kita pada hari ini, majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Tn. Hj. Rahmat bin
Baharudin, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulai bagi menyampaikan
ucapan alu-aluan.
4.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

[ SELESAI UCAPAN ]
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tn. Hj. Rahmat bin
Baharudin atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.



Sebelum tirai ceramah dibuka, izinkan saya membacakan biodata
penceramah kita pada hari ini.

Puan Nor Hazimah binti Hj Othman merupakan anak kelahiran negeri
Kedah Darul Aman dilahirkan pada 4 Mac 1979
Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
UTM, dan DPLI Opsyen Kemahiran Hidup (UPSI)
Pengalaman
2003 – 2004 2 tahun bekerja sebagai Jurutera Kejuruteraan Awam
2005 – 2008 3 tahun sebagai Pengawai Penyelidik (Research Officer) di
5. Fakulti Kejuruteraan Awam (UTM)
2009 3 tahun Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Tmn
Mount Austin, JB
2011 Tawaran DPLI – Opsyen Kemahiran Hidup (UPSI)
2014 Lantikan Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) di SMK Tun Fatimah Hashim, Johor Bahru
Berkenalan dengan EM secara kebetulan apabila mengikuti Taklimat dari kumpulan
Deligasi Jepun ke Malaysia pada tahun 2009. Sepanjang taklimat tersebut, pihak
Jepun telah membentangkan penemuan EM (Effective Misroorganisma) oleh Dr
Teruo Hega dan berjaya dikembangkan di seluruh Negara Jepun sehingga kini.
Rahsia bagaimana Negara Jepun berjaya memelihara dan memulihara alam sekitar
secara total dan kejayaan mereka mendidik dan membudayakan EM dalam
kehidupan seharian. Segala-galanya bermula dari peringkat awal iaitu SEKOLAH.
Hadirin sekalian.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Puan Nor Hazimah binti Hj. Othman untuk meneruskan
Program Bicara Ilmu “Effective Microorganisms EM For Sustainable
Environment”.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

[ SELESAI UCAPAN ]
Majlis merakamkan terima kasih kepada atas Puan Nor Hazimah binti
Hj. Othman ucapan beliau sebentar tadi.
6.


Alhamdulillah, Program Bicara Ilmu “Effective Microorganisms EM
For Sustainable Environment” telah sampai ke penghujungnya. Pada
kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan aturcara program ini.
Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir dalam

Sekian sahaja, salam hormat, wa biLahit Taufiq walHidayah
wassalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like