You are on page 1of 6

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN HARI KEUSAHAWANAN

MASA & MC TEKS/ ANNOUNCEMENT CUE/ CATATAN


8.30pagi Mengumumkan ketibaan,
MC 1 YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)

diiringi oleh,
Yang Berusaha En. Abd. Rahman Bin Mohd. Hasan,
Pengetua SMK Tunku Putra, guru-guru Kanan
Pentadbiran serta guru guru Kanan Matapelajaran.

masuk ke Perkarangan Astaka.

8.35pagi SALUTASI *mula membaca


MC 2 selepas usher selesai
Mencari timba si anak dara, menyampaikan buku
Di bawah sarang burung tempua; program kepada VIP
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim,
1. YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)

3. Yang Berusaha En. Abd. Rahman Bin Mohd.Hasan,


Pengetua SMK Tunku Putra.

4. Yang Dihormati
Guru Penolong Kanan KOKO, Tn. Hj. Huzaidi Bin Abd.
Samad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Animah
Binti _____________
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Pn. Hjh. Sabariyah
Bt. Hasbolah,
Guru Penolong Kanan HEM,
Pn. Chok Chai Loo,
Guru guru Kanan Matapelajaran, rakan- rakan
guru,pelajar - pelajar serta hadirin sekalian.
assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati
sejiwa

2.40pm Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis


MC
Dari Astaka SMK Tunku Putra,

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu


kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Perasmian Hari Keusahawanan SMK Tunku Putra tahun
2017.
2.42pm Bacaan Doa
MC
Hadirin yang dimuliakan,
majlis kita akan diteruskan dengan bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
yang dihormati Adik
__________________________________________dari
___________ untuk membacakan doa.

dipersilakan

(bacaan doa)

amin amin ya rabbal alamin


majlis mengucapkan terima kasih.
Ucapan Alu - Ucapan Alu-Aluan
aluan
Hadirin yang dihormati,
majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-
aluan.
untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha ,En. Abd. Rahman Bin Mohd. Hasan,
Pengetua SMK Tunku Putra

(selesai ucapan alu aluan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu


aluan dari tuan pengetua kita itu tadi.
Ucapan Perasmian Ucapan Perasmian

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami

Majlis seterusnya menjemput


YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Hari Keusahawanan SMK Tunku
Putra bagi tahun 2017.

Dipersilakan.

( Selesai ucapan Perasmian)

Demikian lah itu tadi ucapan perasmian dari


YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS). Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat


Penyampaian
Sumbangan Zakat Tuan tuan dan Puan puan,

Majlis seterusnya menjemput sekali lagi


YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)

Dan diiringi oleh Yang Berusaha, En. Abd. Rahman Bin


Mohd. Hasan, Pengetua SMK Tunku Putra.
Bagi menyampaikan Sumbangan Zakat dari Pertubuhan
Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah kepada pelajar
pelajar yang terpilih. Dengan itu, majlis
mempersilakan.

Sumbangan di sampaikan kepada :


( Selesai penyampaian sumbangan zakat )

Taman lagundi tumbuh kelapa,


Terbit bunga pokoknya mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)
Di atas penyampaian sumbangan zakat sebentar tadi.
Upacara Gimik Hadirin yang dihormati,
Perasmian
Acara pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan
upacara Gimik Perasmian.

Majlis sekali lagi mempersilakan En. Abd. Rahman Bin.


Mohd. Hasan , Pengetua SMK Tunku Putra untuk
menjemput dan mengiringi
YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)
bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Gimik Perasmian.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)
Di atas kesudian menyempurnakan acara sebentar
tadi.
Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas
Cenderahati kerjasama menyempurnakan Majlis Perasmian Hari
Keusahawanan SMK Tunku Putra bagi tahun 2017.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha, En. Abd. Rahman Bin Mohd. Hasan bagi
menyampaikan cenderahati kenang kenangan dari
warga pendidik SMK Tunku Putra kepada
YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)

Majlis mengucapkan terima kasih.

Anak Haruan Berlima lima,


Mati ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi Kenangan bertahun tahun.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada
YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS),
Pn. Hafiza Hani Binti Haron, Pengerusi Besar
Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah,
Yang Berusaha,En. Abd. Rahman Bin Mohd Hasan,
Pengetua SMK Tunku Putra,
Guru Penolong Kanan KOKO, Tn. Hj. Huzaidi B. Abd.
Samad,
Guru guru penolong Kanan Pentadbiran,
Ahli ahli jawatankuasa Hari Keusahawanan,
Dan tidak lupa kepada semua yang hadir pada pagi
kerana menjayakan Majlis Perasmian Hari
Keusahawanan SMK Tunku Putra tahun 2017.

Sebelum kita berpisah, Majlis mempersilakan Yang


Berusaha, En. Abd. Rahman Bin Mohd. Hasan,
Pengetua SMK Tunku Putra untuk menjemput dan
mengiringi
YH Dato Hj. Ali Bin Shikh Ahmad
Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang
Kawasan Batu Pahat Tengah, merangkap Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor &
NAFAS)
Untuk menikmati sarapan pagi .

Tuan tuan , puan puan sidang hadiran sekalian juga


turut dijemput meraikan dan menikmati jualan hebat
serta pameran yang telah disediakan.
Sekian, selamat sejahtera, selamat pagi dan
wassalamualaikum wbt.

You might also like