You are on page 1of 1

Bismilahhirahmanirahhim

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT PAGI.

Yang Berusaha cikgu Mawardi bin Omar,Guru Besar, Sek.Keb. Kurong Hitam, Yang
dihormati En ikmalhijaz b. Fadzil Hajazi Ketua unit Pencegahan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) cawangan Padang Terap

Yang berusaha Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;

1) cikgu Yusri Shah bin Yaccob - Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

2) cikgu Mariati bt Ahmad – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3) cikgu Rodziyah bt Othman – Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

4) Cikgu Alias bt Bakar- Guru penolong kanan Pendidikan khas

Yang Dikasihi rakan rakan guru dan seterusnya anak anak murid yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan


izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini
bagi mendengar ceramah PPDa yang bertajuk Sihat Minda Sihat Fizikal.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan En Ikmalhijaz bin Fadzil
Hajazi Ketua Unit Pencegahan AADK daerah Pdg Terap untuk menyampaikan ceramah
beliau. Dipersilakan

>>>>>>>>>>>> ceramah>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada atas En
Ikmalhijaz bin Fadzil Hajazi kesudian menyampaikan ceramah sebentar tadi. Semoga
segala isi ceramah yang disampaikan tadi, dapat memberi kita manfaat dan pengetahuan
tentang SIhat minda sihat fizikal.

Bagi meneruskan acara penyampaian cenderamata dijemput Cikgu Mawardi B Omar


diringi Cikgu Rodziyah untuk menyampaikan cendermata kepada penceramah kita pada
hri ini.

Dijemput En Ikmalhijaz bin Fadzil Hajazi untuk menerima cenderamata dari pihak
sekolah. Dipersillakan.

Berakhirlah majlis kita pada hari ini.

You might also like