You are on page 1of 2

TEKS PENGACARAAN

PERASMIAN DAN PELANCARAN BULAN PPDa 2020

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Yang Berusaha,
Puan Hajah Norliza binti Idris,
Guru Besar SK Bandar Baru Rawang

Yang berusaha,
En Burhanuddin bin Disa
Penceramah jemputan

Yang Berusaha,
Tn Hj Ghazali bin Anuar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha En Azhar bin Mohd Shah


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha Puan Sharifah Kastinah bt Habib Mohd Kassim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Encik Mahhudi bin Omar


Guru Penolong Kanan PPKI
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekelian.

Hadirin sekalian,

Program ceramah yang dianjurkan pada pagi ini merupakan salah satu agenda bagi merealisasikan visi
PPDa iaitu Sekolah bebas Dadah. Misi PPda pula ialah melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah
bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum dan kokurikulum
dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Ahmad Faiz bin Naupa bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Amin.Amin Ya Rabbal A’lamin.


Jazakallahu khairan kathira diucapkan kepada Ustaz Faiz atas pimpinan doa sebentar tadi.
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Pn Hajah Norliza binti Idris, Guru Besar Sk Bandar Baru
Rawang bagi menyampaikan sepatah dua kata .Dipersilakan.

Terima kasih puan guru besar atas ucapan sebentar tadi.

Baiklah, sekarang tibalah kita acara yang ditunggu- tunggu iaitu Ceramah dan ucapan perasmian Bulan
Pencegahan Dadah SKBBR tahun 2020. Sebelum menjemput tuan penceramah, moleklah kiranya saya
membaca serba sedikit maklumat berkaitan beliau. En Burhanuddin bin Disa berasal dari negeri Kedah
merupakan Setiausaha Agung Pemadam Kebangsaan. Juga merupakan Mantan Ketua PPDa
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketua Unit PPDa di JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Merupakan penceramah bertauliah Persatuan Pemadam Kebangsaan Penceramah, Program Antirokok
Kebangsaan.
Penulis modul amalan tidak merokok dikalangan murid sekolah rendah. Setelah menamatkan
perkhidmatan sebagai penjawat awam, sekarang menumpukan usaha pendidikan pencegahan DARVIH
ke seluruh negara melalui NGO yang diwakilinya iaitu Pemadam Kebangsaan

Oleh yang demikian, dipersilakan En Burhanuddin bin Disa bagi mengendalikan slot ceramah anti
DARVIH sekaligus merasmikan Bulan Pencegahan Dadah SKBBR tahun 2020. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Burhanuddin bin Disa atas ceramah yang telah
disampaikan sebentar tadi. Diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada
apa yang teah disampaikan oleh tuan penceramah sebentar tadi. Alhamdulillah.

Hadirin Sekalian,

Majlis mempersilakan untuk menyampaikan watikah


perlantikan pengawas PPDa bagi tahun 2020.

Dijemput tuan penceramah diiringi puan Hajah Norliza dan guru-guru penolong kanan membuat
lawatan ke Laluan PPDa yang baru dibangunkan. Dipersilakan.

You might also like