You are on page 1of 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh …………………

Terima kasih saudara pengerui majlis ….

Yang bhg, Dr Muhammad Aizul bin yaakub penolong rector pembangunan pelajar dan alumni

Yng dihormati maulana (dr) Muhammad asri bin yusoff

Barisan pengurusan tertinggi kuips, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli akademik, dan kakikantangan
pentadbiran kuips, serta para hadirin yang dihormati sekalian

Alhamdulillah dan rasa syukur terhadap Ilahi kerana pada hari ini kita telah dipertemukan dalam sebuah
Majlis Syarahan Perdana peranan dan sumbangan sarjana hadith terhadap sahih bukhari.

Tak kenal maka tak cinta,

Tak didayung perahu masakan sampai ke seberang,

Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,

Tak deperkenalkan tetamu, sudah tentu jiwa tertanya-tanya

Sukacitanya saya ingin memperkenalkan tetamu jemputan istimewa kita pada hari ini, beliau ialah
Maulana Muhammad Asri Bin Yusoff dilahirkan pada 12-7-1958 Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
Beliau memulakan pendidikannya Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Datang ke
Deoband, India pada tahun 1967 ketika berusia sekitar umur 9-10 tahun untuk menghafal Al-Quran.
Mengikut cerita beliau, semasa ayah dan ibunya ingin menghantar beliau ke sana, orang beranggapan
keputusan yg di buat oleh ibubapanya keputusan gila , menghantar anak yang masih kecil untuk belajar
agama jauh di luar negara.Tapi beliau menceritakan ibubapa tidak menangis dan beliau tidak menangis
ketika naik Kapal Rajula ini tanpa ibubapa di sisi.Hanya ada Abg angkat saja yang menemani beliau ke
sana.Perjalanan keretapi pulak memakan masa 3 hari Madras ke New delhi dan terus ke deoband.

Kemudian pulang ke Malaysia pada tahun 1970 sebelum menyambung semula pengajiannya di india
pada tahun 1977 dalam bidang Ijazaah Pengajian B.Arab dan Ilmu-ilmu Islam di Nadwatul Ulama
Lucknow, India.

Usia pengajian Panjang yang diharungi oleh maulana Asri tidak disia-siakan apabila beliau pulang ke
Malaysia untuk menabur bakti terhadap masyarakat dengan mengasaskan Pusat Pengajian Al-Quran
Darul Kautsar (Pusat Tahfiz al-Quran, Bahasa Arab dan Ilmu-ilmu Islam Darul Kautsar, Kelantan). Juga
merupakan Pengajar Hadis di Darul Kautsar (yang mengajar Sahih al-Bukhari, Jaami at-Tirmizi dan
Muwatto’ Imam Malik)

Beliau juga giat di dalam penulisan penulisanya , antara buku yang telah diterbitkan

- Bahaya Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara – Terbitan Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan
- Syiah Rafidhah, Di Antara Kecuaian Ulama’ dan Kebingungan Ummah
Atas jasa beliau selama 35 tahun berdakwah mengenai ilmu hadis beliau telah diberi penganugerahan
Ijazah kehormat Doktor Hadis oleh Kolej Universiti Islam perlis pada majlis istiaadat Konvokesyen kali-6.

Hadirin sekalian ,

Yang diatas cemerlang dan terbilang

Yang dibawah cemerlang dan terbilang

Ternyata dewan ini dipenuhi oleh cendikiawan hebat

Kehebatan dan dan kematangan itu satu anegrah yang sangat bernilai

Hadirin warga dewan,

Untuk tidak membuang masa, saya mempersilakan yang Berbahagia Maulana (dr) Muhammad Asri
Yusoff bagi menyampaikan syarahan perdana beliau yang bertajuk
…………………………………………………………………….

Majlis mempersilakan ..

Terima kasih diucapkan kepada Maulana Asri atas syarahan yang cukup hebat sebentar tadi, inilah
dikatakan pohon rendang yang lebat dengan buahnya, Banyak ilmu yang ditaburkan, terpulangkan
kepada anda untuk mengutip dan menyimpannya atau membiarkan ilmu itu bertebaran lalu hilang
dalam lipatan minda anda.

Hadirin yang budiman,

Nampaknya sampai disini sahaja dapat kita Bersama dalam syarahan perdana peranan dan sumbangan
sarjana hadis terhadap sahih bukhari bagi pihak penganjur khususnya Kolej university Islam Perlis ingin
merakamkan Jutaan terima kasih kepada panel yang telah merungkai dan mengupas dengan jelas topik
yang dibentangkan . semoga dapat memberi manfaat terhadap semua

Sebelum berundur, saya memohon ribuan kemaafan jika sepanjang saya mengendalikan slot ini,
terdapat tuturkata dan salah tingkah yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya segala kelemahan atas
kealpaan diri saya dan segala kebaikan itu dari Allah

Saya sydahi dengan kalam yang mulia, wabillahi taufiq wal hidayah

Assalamualaikum warajtullah

You might also like