You are on page 1of 10

Nama Kolej Kolej Vokasional Kulim

Tajuk Folio Hassan al-Banna(Pendidikan Islam)


Nama Pelajar Faris Ikmal Bin Rohaidzat
Kursus Tahun 2(Mekanikal Teknologi Automotif)
Semester Sem 4 2019
Nama Pensyarah Puan Alawiyah Binti Nordin
0.0Isi Kandungan

Bil Tajuk
1.0 Penghargaan
2.0 Latar Belakang Hassan al-Banna
3.0 Sifat Peribadi Hassan al-Banna
4.0 Pendidikan Hassan al-Banna
5.0 Sumbangan Hassan al-Banna
6.0 Iktibar daripada Sejarah Hassan al-Banna
7.0 Kesimpulan
8.0 Rujukan
1.0Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja
kursus folioPendidikan Islam mengenai Hassan al-Banna. Sehubungan dengan itu,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran saya
yang telah banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga member
tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang proses membuat kerja kursus ini.
Kesabaran beliau amatlah saya hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang telah
memberikan doronan dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan folio saya dan
pelajaran keseluruhannya. Walaupun sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti
dengan idea-idea bernas banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berbincang
dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini.
2.0Latar Belakang Hassan al-Banna

Nama sebenar beliau ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammad al-Banna.
Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa al-Mahmudiah di Daerah al-Bahruyyah,
Iskandaariah, Mesir, 90 batu dari Kaherah. Bapanya ialah Ahmad Bin Abdul Rahman al-
Banna, berkelulusan Universiti al-Azhar di zaman Muhammad Abduh. Ibunya ialah
seorang berperibadi mulia dan warak. Beliau mempunyai seramai lima orang adik
beradik dan beliau merupakan anak sulung. Keluarnya ialah ulama yang dihormati yang
tinggal di sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-
nilai Islam. Hassan al-Banna dibesarkan dalam suasan keluarga yang merendah diri
dan hidup dalam keadaan serba sederhana. Isteri Hasan al-Banna ialah Latifah Binti
Hussin al-Soli. Isterinya adalah pilihan ibunya. Latifah merupahan seorang yang
berakhlak mulia dan bertakwa. Beliau mempunyai anak seramai 6 orang. Beliau
meninngal dunia pada 12 Februari 1049 ketika berumur 43 tahun. Seorang ulama,
imam, guru dan seorang pengarang terkenal yang menyumbang dalam penulisan kitab-
kitab hadus dan figh perundanga Islam. Beliau mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang
baik.
3.0Sifat Peribadi Hassan al-Banna

Antara sifat peribadi Hassan al-Banna ialah pemurah. Contohnya, beliau seorang
yang sangat pemurah sehingga ke ahir hayat. Suka bersedekah walaupun diri sendiri
memerlukan wang atau barang yang disedekahkan. Seterusnya, kuat beribadat.
Contohnya, suka bersolat dan berpuasa sejak kecil dan suka mndampingi orang-orang
yang warak dan soleh. Selain itu, berfikiran luas. Contohnya, kaedah dakwahnya
menrik minat paderi dan penganut Kristian untuk mendengar. Di samping itu, lemah
lembut. Contohnya, beliau terkenal sebagai seorang yang berkasih saying dalam
menyampaikan dakwahnya. Akhirnya, tawaduk dan berbudi bahasa. Contohnya,
menegur sahabatnya dengan cara yang baik dan menghormati serta mengambil berat
tentang sahabat-sahabat dan orang di sekelilingnya tanpa mengira pangkat dan
kedudukan.
4.0Pendidikan Hassan al-Banna

Pendidikan Hassan al-Banna bermula pelajaran peringkat permulaannya di sebuah


sekolah rakyat di kampungnya. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Ar-
Rasyid Ad-Diniyah. Pada usia 12 tahun, beliau telah menghafaz al-Quran. Beliau juga
telah menyertai persatuan Jama’ah al-Suluk al-Akhlaki yang dikelolakan oleh gurunya
sendiri dan akhirnya belia adalah menjadi pemimpin badan tersebut. Beliau rajin
menghadiri majlis-majlis zikir yang diakan oleh pertubuhan sufi. Pada usia 16 tahun,
beliau telah lulus sekolah perguruan rendah dan pada masa yang sama, beliau
memasuki Darul Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan di Kaherah. Belia menjadi
guru Bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di Bandar Isma’iliyyah selama 19
tahun sebelum meletakkan jawatan sebagai guru pada 1946. Beliau mendapat ijazah
pada tahun 1927 ketika usia 21 tahun.
5.0Sumbangan Hassan al-Banna Kepada Dakwah Dan Perjuangan Islam

Antara sumbangan Hassan al-Banna kepada dakwah dan perjuangan islam islah
menghasilkan karya sebagai satu medium dakwah yang berkesan. Contohnya,
Ma’thurat, Rasaail Al-Imam As-Syahid, Maqalat Hassan Al-Banna dan Muzakiat Ad-
Dakwah Wa Da’yah. Seterusnya, menyedarkan masyarakat supaya kembali kepada
agama Islam. Contohnya, beliau telah menyedari bahawa keturunan akhla,kekacauan
dan kebudayaan barat telah merebak di Kaherah dan beliau cuba menyedarkan
masyarakat dengan menubuhkan pertubuhan dan menyusun strategi dakwah dengan
berdakwah di tempat-tempat awam. Selain itu, seorang aktivis. Contohnya, denga
keterlibatan beliau dengan pertubuhan-pertubuhan agama, membawa beliau dan rakan-
rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti kedai-kedai kopi dan
tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Di samping itu, mengasaskan Ikhwanul
Muslimin. Contohnya, beliau telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Bandar Isma’iliah
pada bulan Mac 1928. Akhirnya,menyuburkan kembali pemikiran Islam dalam
masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti-aktiviti dakwah yang disusun dan
penglibatannya di dalam Ikwanul Muslimin.
6.0Iktibar Daripada Sejarah Hassan al-Banna

Antara itibar daripada sejarah Hassan al-Banna ialah pemikiran beliau sangat luas
dan cepat memahami keadaan kemasyarakatannya sehingga beliau dapat mencari
penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Seterusnya, istiqamah dalam setiap
pekerjaan walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang datang, Akhirnya, umat Islam
perlulah bangkit menangkis segala agenda kesesatan yang dibawa oleh Barat agar
dapat mencapai umat Islam bertamadun.
7.0Kesimpulan

Akidah adalah asas dan prinsip bagi tindak tanduk seseorang muslim dalam
kehidupannya. Sebagai seorang pendakwah dan pemimpin gerakan Ikhwan al-
Muslimin, Hasan al-Banna sangat memberikan perhatian terhadapp aspek akidah ini.
Ini kerana insan yang hidup di atas muka bumi Allah sebenarnya dicorakkan oleh
akidah yang mendasari hati dan pemikirannya. Kerana itu Hasan al-Banna
menggunakan segala mekanisme yang ada untuk melahirkan insan mukmin yang betul
akidahnya.

Hasan al-Banna menggunakan tiga kaedah utama dalam usahanya memantapkan


akidah umat Islam khususnya di Mesir. Pertamanya melalui kerjaya sebagai
pendakwah, kedua melalui karya dan tulisannya, dan ketiga melalui pemahaman yang
ditanam dalam hati dan pemikiran para penyokong gerakan Ikhwan al-Muslimin.
Disebabkan Hasan al-Banna merupakan tokoh pendakwah dan pemimpin yang
disegani, manhaj akidahnya telah menjadi panduan dan pilihan sebahagian umat Islam
di Mesir dan luar Mesir, sama ada pada masanya dahulu mahupun dalam kalangan
umat Islam pada hari ini. Justeru itulah Hasan al-Banna dapat memberikan
sumbangannya dalam memurnikan akidah umat Islam, dengan mengutamakan manhaj
al-Salaf yang diiktiraf sebagai manhaj yang sejahtera dan selari dengan ajaran asal
akidah Islam.
8.0Rujukan

 Nota&Latihan Pendidikan Islam SVM Tahun 2 Semester 3&4


 http://kiasedu.hex.my/index.php/kursus-umun/pkpii/kursus-sijil-pengajian-al-
quran/2-uncategorised/90-4biografi-hasan-al-banna

You might also like