You are on page 1of 24

ANALISIS SAHSIAH PARA SAHABAT RASULULLAH SAW

DAN TOKOH ILMUAN ISLAM

IMAM ASY-SYAFIE
DISEDIAKAN OLEH :
NUR SYAMERA BINTI MOHAMMAD HIZAN

BIODATA
IMAM
ASY-SYAFIE

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin
Syafii bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al Muttalib bin Abd Manaf.
Dilahirkan di satu tempat bernama Ghuzzah, di Palestin pada bulan Rejab
tahun 150 H bersamaan 767 M iaitu tahun yang sama Imam Hanafi meninggal
dunia.
Beliau adalah seketurunan dengan Nabi Muhammad s.a.w melalui datuk
baginda Abdul Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah
binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib.
Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah dan ketika
Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah menghafaz Al Quran dan selepas
itu beliau menghafaz pula hadis-hadis Rasulullah S.A.W.

Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut
ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan
dalam menyelesaikan masalah agama.
Diriwayatkan bahawa ketika sedang mengandung, ibu Imam Syafie bermimpi melihat bintang
keluar dari perutnya, lalu meluncur ke angkasa, kemudian jatuh ke bumi. Tiba-tiba bumi
menjadi terang dan bersinar-sinar. Selepas peristiwa tersebut, beliau memberi tahu
mimpinya kepada seorang alim di kampungnya. Orang alim tersebut menyatakan bahawa
Insya-Allah beliau akan melahirkan seorang anak yang ilmunya kelak akan memenuhi muka
bumi.

Imam Syafie dilahirkan pada zaman Abu Jaafar Al-Mansur menjadi khalifah di Baghdad.
Al-Mansur ialah khalifah Bani Abbas yang kedua. Pada masa itu, wilayah Islam sudah begitu
luas dan kota-kota besarnya seperti Baghdad, Kufah, Damsyik, Fustat(Mesir), dan
Qurtubah(Andalus) telah maju dan terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.
Imam Syafie dikenali panggilan Abu Abdullah sejak kecil lagi. Setelah menjadi ulama yang
terkenal, maka beliau dikenali dengan panggilan Imam as-Syafie. Beliau adalah antara imam
mazhab yang keempat, iaitu pengasas Mazhab Syafie. Imam as-Syafie meninggal dunia pada
tahun 204 H bersamaan tahun 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di
Arafah, Mesir.

SAHSIAH
IMAM
ASY-SYAFIE

PENCINTA ILMU
Cintanya kepada ilmu pengetahuan sangat mendalam. Beliau telah meninggalkan
Makkah menuju ke PERKAMPUNGAN BANI HUZAIL. Di kampung itu, beliau
mempelajari bahasa dan kesusasteraan arab. Beliau mahir dalam bidang
mengarang dan menyusun syair
termasuk sajak.

PENCINTA ILMU
IMAM SYAFIE MULA BELAJAR FEKAH DAN HADIS DI KOTA MEKAH.
SELEPAS 10 TAHUN, BELIAU BERHIJRAH PULA KE KOTA MADINAH
UNTUK BELAJAR DARIPADA IMAM MALIK. ANTARA NEGERI LAIN
IMAM SYAFIE MENUNTUT ILMU IALAH IRAQ, YAMAN, MESIR

SAHSIAH GPI

Menanamkan rasa cinta kepada ilmu


pengetahuan
Pendorong untuk menyampaikan ilmu kepada
murid dengan lebih bersemangat
Berkeupayaan menguasai semua bidang ilmu
pengetahuan

BERDISIPLIN
Al-Imam As-Syafie sangat mengutamakan disiplin. Beliau membahagikan waktu
malamnya kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga malam untuk berehat, satu
pertiga malam untuk menulis ilmu pengetahuan dan satu pertiga malam untuk
beribadah.

SAHSIAH GPI

Menjaga sahsiah dan tatatertib sebagai seorang guru


pendidikan islam
Amanah dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan
Menepati masa

TEKUN
Beliau tidak membuta tuli dalam mengeluarkan hukum, namun beliau merujuk dan
menggunakan sepenuhnya ilmu yang ada selain daripada berbincang dengan guru dan anak
muridnya. Sikap yang ditunjukkan ini mendorong beliau untuk mengeluarkan fatwa diikuti
oleh kebanyakan Negara di dunia. Fatwa yang dikeluarkan itu masih digunakan dari dulu
hingga sekarang.

Mempunyai pengetahuan tentang


kandungan pelajaran yang akan
disampaikan

Tidak menjawab sesuatu soalan atau


masalah mengikut logik akal tanpa
membuat rujukan

Hati terbuka menerima pendapat pelajar


Mengajar mengikut sukatan dan kemampuan
pelajar, bukan mengikut perasaan
SAHSIAH GPI

MENGHASILKAN KARYA
Selain bertindak sebagai guru, beliau juga telah meluangkan masa mengarang
kitab-kitab yang berisi pendapat-pendapat hasil pemikiran beliau dalam pelbagai
ilmu pengetahuan terutamanya hal yang berkaitan hukum hakam.

SAHSIAH GPI

Cipta nota ringkas untuk memahamkan pelajar


tentang tajuk yang dipelajari
Sumbangan guru tidak semestinya
berbentuk buku, ia boleh dihasilkan
dalam bentuk CD, DVD dan
sebagainya yang berkaitan dengan
perkara ibadah, muamalat dan lainlain lagi

PENGUASAAN ILMU/ PENDIDIKAN SEPANJANG


HAYAT
Penguasaan beliau dalam pelbagai ilmu mendorong kepada orang Islam dalam
mengikuti segala ajaran yang disampaikan tanpa perlu diragui. beliau menjadi rujukan
oleh anak murid dan umat Islam di dunia ini seluruhnya. Mengembara ke seluruh
dunia untuk mencari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
Sanggup berguru dengan sesiapa sahaja

SAHSIAH GPI
Bersikap mencapah dalam menuntut ilmu
pengetahuan iaitu tidak fokus kepada
satu bidang yang menjadi keutamaan.

Golongan GPI menjadi rujukan dan perhatian masyarakat


setempat dalam semua aspek. Menyambung pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.

Mempelbagaikan teknik, kaedah, strategi


pengajaran dan pembelajaran

SABAR
Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis
istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau
termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka
ramai orang yang memfitnah beliau.

SAHSIAH GPI

Melaksanakan sesuatu
tugasan dengan sabar
walaupun bebanan yang
ditanggung sangat berat
Sabar menghadapi kerenah
dan perbezaan individu
murid

BERJIWA BERANI
MEMBICARAKAN TENTANG KEBERANIAN IMAM ASY-SYAFIE DI DALAM
MENGHADAPI REALITI KEHIDUPAN ADALAH DAPAT DIBAHAGIKAN
KEPADA DUA SUASANA IAITU KEBERANIAN BELIAU BERDEPAN
DENGAN PEMERINTAH YANG ZALIM DAN KEDUA DALAM
MEMPERTAHANKAN KEYAKINAN DI DALAM PERSOALAN AGAMA DAN
HUKUM HAKAM.

Guru perlu berani untuk menegur kesalahan murid


dengan tujuan mendidik

Berani menyampaikan ilmu yang benar kepada murid.

SAHSIAH GPI

MERENDAH DIRI
IMAM ASY-SYAFIE PERNAH BERKATA : AKU BELUM PERNAH
MENGKRITIK SEORANG PUN, LALU SAYA SENANG KALAU ORANG ITU
SALAH, DAN ILMU YANG ADA DALAM HATIKU INI HARUS HARUSLAH
KUBERIKAN KEPADA SEMUA ORANG, KAU TIDAK SUKA KALAU ILMU
ITU DINISBAHKAN KEPADAKU

SAHSIAH GPI

Tidak sombong dengan ilmu yang kita


ada dan berusaha menyampaikan ilmu
dengan seikhlas hati kepada murid dan
masyarakat.

Menghormati pandangan dan


pemikiran orang lain.

PEMURAH
IMAM ASY-SYAFIE SEORANG YANG SANGAT PEMURAH. SETIAP KALI
ADA ORANG MEMINTA SESUATU KEPADANYA, TERUS DIBERINYA.
BEGITU JUGA APABILA BELIAU MENDAPAT HADIAH DARI KHALIFAH,
DIBERIKAN KEPADA ORANG RAMAI YANG MEMERLUKAN WANG.beliau
juga pemurah dalam menyebarkan ilmu.

Menyumbangkan tenaga dan masa dalam mendidik


anak murid untuk berjaya dengan cemerlang.

Guru tidak lokek dalam


membelanjakan wang demi
kepentingan murid

Tidak kedekut untuk menyampaikan


ilmu kepada nak murid dan
masyarakat akan ilmu yang kita ada.

SAHSIAH GPI

You might also like