You are on page 1of 4

Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri 17150896

BIOGRAFI SYEIKH AHMAD AL-FATANI (1856-1908M)

Nama Syeikh Ahmad Al-Fatani bukanlah suatu nama yang asing bagi masyarakat di Alam
Melayu. Tokoh ulama ini telah pun dimaklumi oleh masyarakat Alam Melayu mengenai kepakaran
dan kealimannya dalam bidang keilmuan terutamanya ilmu agama. Nama penuh beliau ialah Wan
Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Bin Wan Mustafa al-Fatani. Walau bagaimanapun, menurut Wan
Shaghir iaitu cucu kepada Syeikh Ahmad Al-Fatani, nasab yang sahih dan ditahqiq dari Syeikh Ahmad
al-Fathani sendiri ialah: Ahmad Bin Zainal Abidin Bin Haji Wan Mushthafa Bin Wan Muhammad Bin
Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fatani.

Beliau telah dilahirkan di Kampung Jambu, Jerim Patani pada 10 April 1856M bersamaan 5
Syaaban 1272H pada malam Jumaat.Beliau juga dikatakan datang dari keturunan para mubaligh
Islam dari bumi Hadramaut , Yaman.Sebahagian sejarawan turut mencatatkan bahawa Syeikh
Ahmad juga merupakan dari nasab silsilah Saidina Abbas bin Abdul Mutalib , iaitu bapa saudara
Rasulullah sallahualaihiwassalam.

Beberapa gelaran telah diberikan kepada Syeikh Ahmad Al-Fatani antara lain ialah ‘Tok Guru
Wan Ngah’ dan ada juga yang memanggilnya ‘Tuan Faridah’ sahaja sempena dengan nama sebuah
karyanya yang berjudul ‘Faridah al-Fari’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id’.Karya Syeikh Ahmad dalam bidang akidah
ini amat dikenali dikalangan penuntut ilmu agama khususnya “anak pondok” di Malaysia dan
Wilayah Pattani di Selatan Thailand.Malah kitab ini turut menjadi sebuah kitab asas yang wajib
dipelajari oleh para penuntut ilmu di pondok-pondok.

Syeikh Ahmad al-Fatani mempunyai sejarah hidup yang berliku dan mencabar dalam
usahanya untuk menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada masyarakat.Tumbuh besar dalam
suasana masyarakat yang mementingkan soal pendidikan telah beliau terbiasa dengan bidang
keilmuan sejak usia setahun jagung lagi. Pada peringkat awal, beliau dibimbing oleh bapanya sendiri,
Wan Muhammad Zain al-Fatani dan kemudian berguru dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul
Kadir Wan Mustafa.Malah dikatakan bahawa, ketika berumur dua tahun, Syeikh Ahmad telahpun
dilatih oleh ibubapnya untuk menghafal pelbagai matan.Beliau telah dikurniakan Allah dengan
ingatan yang sangat kuat dan hal ini memudahkanya untuk menghafal dan mengingati pelbagai
matan.
Pada usia empat tahun, beliau berhijrah ke Makkah kerana mengikuti ibu bapanya ke sana
untuk mencari ilmu agama. Justeru, beliau dibesarkan dalam lingkungan budaya menuntut ilmu.
Ketika di Makkah, beliau menuntut ilmu dengan para ulama’ Makkah dan telah menghafaz al-Quran
dan beberapa matan. Antara guru yang sering beliau dampingi ialah Sayyid Umar al-Syami al-Buqaciy.
Dengannya, beliau mendalami pelbagai disiplin ilmu seperti bahasa Arab, usuluddin, tafsir, hadis,
feqah, maani, bayan, arudh dan banyak lagi

Di Makkah, beliau berkesempatan bergaul dengan ramai alim ulama. Kecerdasan otaknya
terserlah pada usia yang muda iaitu 12 tahun. Dari Makkah, beliau ke Baitulmaqdis untuk
menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran dan seterusnya ke Mesir.Ketika di Baitulmaqdis
dan Mesir, beliau mula mengarang kitab. Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan antara golongan
pertama anak melayu yang diterima masuk belajar di Universiti al-Azhar lebih dikenali pada ketika
itu dengan ”Masjid Jami’ al-Azhar” . Al-Azhar pada ketika itu sedang dalam proses peralihan dari
sistem tradisional kepada sistem pendidikan moden. Disebabkan beliau seorang sahaja dari Dunia
Melayu yang menuntut di situ, beliau telah berusaha memperkenalkan dunia Melayu kepada tokoh-
tokoh penting di universiti tersebut dengan tujuan memudahkan pelajar-pelajar daripada negeri
Melayu dapat memasuki al-Azhar dikemudian hari. Selain itu Syeikh Ahmad al-Fatani telah
Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri 17150896

memperkenalkan ”Ruwwaq al-Jawi” juga di al-Azhar ditengah-tengah ruwwaq-ruwwaq yang


lain.Walaupun keseorangan namun beliau tetap menggunakannya.

Setelah beliau pulang ke Makkah, barulah anak-anak Melayu makin ramai menjadi
mahasiswa al-Azhar. Mereka semuanya adalah murid Syeikh Ahmad al-Fatani yang diutuskannya
untuk belajar di universiti tersebut bagi memperdalamkan ilmu pengetahuan demi memajukan umat
Melayu pada peringkat awal menuju ke zaman moden. Semua mereka akhirnya itu telah menjadi
tokoh-tokoh penting dalam perkembangan Islam dan bangsa Melayu di Dunia Melayu.Pada usia
yang masih belum mencecah 30 tahun, ilmu pengetahuannya telah begitu tinggi hingga tiada guru
yang sanggup mengambilnya sebagai anak murid. Kepakarannya dalam bahasa Arab menarik minat
Raja Makkah ketika itu lalu beliau dilantik sebagai ahli bahasa kerajaan.

Sepanjang kembara menuntut ilmu beliau di bumi kinanah, Syeikh Ahmad tidak pernah
mendapat kiriman wang dari ibubapanya kerana tidak mahu menyusahkan mereka disamping mahu
hidup berdikari. Sungguhpun dihimpit kesusahan hidup di perantauan namun tiada apa yang dapat
menggagalkannya dalam usaha menuntut ilmu. Ini terbukti apabila Syeikh Ahmad al-Fatani telah
berjaya menyusun beberapa risalah ketika beliau menuntut di Masjid Jami’ al-Azhar.

Semua karya tersebut adalah dalam bahasa Arab dan digubah dalam bentuk syair yang
begitu indah. Antara risalahnya itu ada yang di salin dan dipelajari oleh pelajar-pelajar tingkat awal di
Mesir dan negeri-negeri lain di Benua Afrika. Antara risalah –risalah tersebut ialah (Wan Shagir 2005:
53) : i- Jumanat al- Tauhid (1293 H/ 1876M) ii- Munjiat al-‘Awwam liManhaji al- Huda mina al-
Zhalam (1293 H/ 1876 M ) iii- Unqud al- La’ali (1296 H/1879 M) iv- Manzumat al-Awamil (1296 H/
1879 M) Ketika di Mesir juga Syeikh Ahmad al-Fatani mula terlibat dengan usaha mencetak dan
mentashih kitab-kitab Melayu Jawi.
Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan anak saudara Syeikh Nik Mat Kecik iaitu Siti
Saudah Wan Abdullah dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ismail Qadhi, Wan Fatimah dan Wan
Zainab.Wan Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada malam Rabu, 11 Zulhijjah 1325
bersamaan 14 Januari 1908. Tahun tersebut genap 100 tahun beliau meninggal dunia mengikut
takwim Islam.
Guru –gurunya:
Pada mulanya beliau dididik oleh bapanya sendiri, Haji Wan Muhammad Zain atau Haji Wan
Din bin Wan Musthafa. Kemudian berguru pula kepada bapa saudaranya, Sheikh Wan Abdul Qadir
bin Wan Musthafa yang terkenal dengan gelaran “Tok Bendang Daya “ iaitu seorang guru pondok
yang sangat masyhur di Fatani pada pertengahan kedua abad kesembilan belas Miladiah/Masihi.

Antara ulama Mekah menjadi guru Sheikh Wan Ahmad Al-Fathani:

1. Saiyid Ahmad Bin Zaini Dahlan


2. Shaykh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah
3. Shaykh Muhammad Haqqi An-Nazili
4. Saiyid Muhammad Amin Ar-Ridhwan
5. Saiyid Muhammad Ali Bin Saiyid Zhahir Al-Watri
6. Shaykh Abdul Qadir Asy-Syibli Ath-Tharablusi
7. Shaykh Ibrahim Ar-Rasyidi
8. Shaykh Ahmad Ad-Dandarawi
9.dan ramai lagi.
Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri 17150896

Kelebihan-kelebihan Syeikh Ahmad Al-Fathani :

Pertama : Ulama’ Melayu pertama yang merintis penyelidikan dalam bidang kimia.
Kedua : Ulama’ Melayu pertama yang belajar ilmu perubatan.
Ketiga : Pentashih kitab-kitab Melayu yang paling awal di percetakan Mesir, Makkah dan Istanbul.
Keempat : Pelopor penulisan sejarah yang jarang diterokai orang.
Kelima : Seorang yang dapat mengupas untaian syair-syair Arab lama setanding dengan kebolehan
jaguh Arab sendiri.
Keenam : Seorang ulama’ siasah dan pejuang yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu.
Ketujuh: Merupakan antara segelintir ulama’ Melayu yang yang berkemampuan mengarang dalam
bahasa Arab.
Kelapan : Berkebolehan mengajar 47 jenis ilmu.
Kesembilan :Beliau merupakan ulama’ Melayu pertama mengadakan soal jawab agama secara
terbuka, lisan dan tulisan yang telah dibukukan dengan judul ‘alFatawa al-Fataniah’.

Karya –Karyanya :

Bahasa Melayu

 Luqthatul ‘Ijlan fi ma Tamussu ilaihi Hajat Al-Insan


 Bisyaratul ‘Amilin wa Nazharatul Ghafilin
 ‘Iqdul Juman fi ‘Aqaid Al-Iman
 Hadiqatul Azhar war Rayahin
 Tuhfah Al-Ummah fi As-Solati ‘ala An-Nabi Ar-Rahmah
 Tayyibul Ihsan fi Tibb Al-Insan
 Faridah Al-Faraid fi ‘ilmi Al-‘Aqaid
 Fatawa Al-Fathaniyah

Bahasa Arab
 Jumanatut Tauhid
 Tashil Nail Al-Amani
 Minhaj As-Salam fi Syarh Hidayah Al-‘Awwam
 Abniyatul Asmak wa Al-Af’al
 Ilmu Isti’arah
 dan banyak lagi

Komentar:

Melalui perkongsian biografi ringkas Syeikh Wan Ahmad telah mendatangkan pelajaran yang besar
kepada diri saya.Kealimannya dalam menuntut ilmu telah menjadi bukti akan kesungguhannya dalam
mencari ilmu.Malah pengusaan dalam bidang perubatan dan kimia juga turut menjadi hujah bagi mereka
yang sering memperlekehkan ulama-ulama silam yang kononya hanya menyumbang dalam bidang
agama.Kesabaran serta kesudahan nya ketika keluar berhijrah dalam menuntut ilmu memberikan satu
inspirasi kepada diri saya untuk tidak putus asa dalam menuntut ilmu.

oleh :
Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri (17150896)
Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri 17150896

Gambar Syeikh Wan Ahmad dan Karya-karyanya:

Syeikh Wan Ahmad Alfatani Kitab Faridatul Faraid

Kitab Fatawa AlFathiniyyah Kitab Tashil Nayli Al-Amani

Kitab Haqidah AlAzhar wa Alriyahin

You might also like