You are on page 1of 11

LATAR BELAKANG

Pak Natsir atau nama sebenarnya ialah Mohammad Natsir yang lahir pada hari Jumaat, 17hb
Julai 1908 bersamaan dengan 17 Jamadil Akhir 1326 Hijrah di Alahan Panjang, Laembah
Gumanti, Solok, Sumatera Barat.
Bapa kepada Pak Natsir iaitu Idris Sutan Saripado yang berasal dari Indonesia berkerja sebagai
pegawai pemerintah di Alahan Panjang. Ibunya pula ialah Khadijah yang beketurunan Chaniago.
Ibu dan Bapa kepada Pak Natsir adalah beragama islam. Beliau juga mempunyai 3 adik beradik
iaitu Yukiman, Rubiah dan Yohanusun. Selain itu dia merupakan pemangku adat untuk kaumnya
yang berasal dari Maninjau, Tanjung Raya, Agam dengan gelaran Datuk Sinaro Panjang.
Pada 20hb Oktober 1934, beliau telah melaksanakan perkahwinan bersama seorang wanita yang
bernama Puti Nur Nahar. Isteri beliau adalah seorang guru tadika di Bandung. Mereka
mempunyai 6 orang anak iaitu Siti Mukhlisah (1936), Abu Hanifah (1937), Asma Faridah
(1939), Hasnah Faizah (1941), Aisyatul Asriyah (1942), dan Ahmad Fauzi (1944).

PENDIDIKAN PAK NATSIR DI SUMATERA BARAT, 1923-1927


Kektika zaman kanak-kanak, dia suka mengaji dan menuntut ilmu islam pada setiap masa. Pada
tahun 1916, dia bersekolah di HIS (Hollandsch-Inlandsche School) iaitu seperti sekolah rendah
di Solok/Padang iaitu sekolah inggeris pada zaman penjajahan belanda ketika itu. Beliau pada
awalnya tidak diterima untuk menjadi penuntut di HIS kerana ianya hanya menerima apabila ibu
bapa seorang pelajar itu bekerja sebagai pegawai negeri atau seorang yang kaya.
Tetapi beliau akhirnya dapat menjadi pelajar sekolah HIS kerana sekolah ini menerima subsidi
dari pemerintah belanda. Pada waktu petang, beliau akan belajar di sekolah ugama. Dari sinilah,
beliau dapat mengajar adik beradiknya. Apabila beliau di kelas tiga, beliau disuruh untuk
membantu sekolah ugama itu dengan menjadi guru untuk mengajar murid yang di kelas satu
kerana kekurangan guru. Ketika bekerja sebagai guru beliau diberi sepuluh rupiah (10IDR) dan
pada waktu malam beliau mengaji sambil belajar bahasa Arab. Dari sini juga beliau dapat
memupuk nilai-nilai islam ke dalam dirinya.
Setelah tamat pengajian di HIS beliau pada awalnya ingin mencari perkerjaan tetapi kerana cita-
cita beliau ingin melanjutkan pengajiannya maka pada akhirnya beliau menyambung
pengajiannya ke MULO (Meer Uitgebreid Lager Onderwijs) iaitu seperti sekolah menengah di
Padang. Ketika beliau belajar di MULO, beliau sungguh aktif dengan menyertai pelbagai kelab
antaranya ialah Jong sumatranen bond (persatuan pemuda sumatera) yang diketuai oleh Sanusi
Pane. Lalu beliau menyertai kelab Jong islamieten bond (persatuan pemuda islam) yang diketuai
oleh Sanusi Pane juga.
Selain itu, beliau juga aktif di Pandu Nationale Islamietische Pavinderij iaitu kelab pengakap.
Menurut beliau dengan menyertai kelab-kelab ini boleh mempelajari benda baru, memupuk sifat
kepimpinan dan memberi kesadaran kepada beliau bahawa keadaan politik ketika itu ialah
bangsanya sedang dijajah.
PENDIDIKAN PAK NATSIR DI BANDUNG,1927-1932
Pada tahun 1927-1930, dia mendapat biasiswa untuk menyambung pengajiannya ke AMS
(Algemene Middelbare School, Westers Klasieke Afdeling) yang di Bandung kerana dia lulus
dengan markah yang tinggi. Seorang pemimpin AMS iaitu Van Bassem selalu meminjamkan
buku-buku tentang pemikiran politik supaya muridnya sentiasa berfikir tentang kemerdekaan
Indonesia ketika itu dan ini membuatkan beliau semakin minat tentang politik.
Walaupun, beliau sibuk dengan sekolah tetapi beliau tidak pernah lupa untuk memperjuangkan
islam. Beliau semakin minat akan memperjuangkan islam apabila seorang guru mengajak beliau
untuk mendengar ceramah DS Christoffel di gereja. Di dalam ceramah itu isinya ialah
menyerang islam. Apabila mendengar ceramah ini, pada beberapa hari beliau membuat bantahan
terhadap ceramah tersebut dengan menyiarkan di surat khabar Algemeen Indsich Dagblas (AID)
dengan tajuk Qur’an en Evangeli” dan “Muhammad as Profeet”.
Ketika berada di Bandung beliau juga banyak berjumpa dengan tokoh-tokoh islam seperti Haji
Agus Salim, Ahmad Soorkaty dan Ahmad Hassan. Ustaz Ahmad Hassan inilah menjadi guru
kepada beliau ketika mempelajari tentang Islam. Ustaz Ahmad Hassan ini adalah seorang
pemimpin dari kelab Persatuan Islam (PERSIS).
Pada tahun 1930 beliau telah tamat pengajian di AMS dan membuat keputusan untuk tidak
melanjutkan pengajiannya kerana lebih fokus terhadap memperjuangkan agama islam walaupun
beliau telah diberi tawaran untuk meneruskan ke pengajian dalam fakulti undang-undang di
Jakarta dan beliau boleh mendapat gelaran Mister in de rechten ataupun mengambil fakulti
ekonomi di Rotterdam. Selain dari tawaran dalam pengajian, beliau juga diberi tawaran untuk
menjadi pegawai negeri dengan gaji yang besar kerana mempunyai keputusan yang cemerlang di
AMS.
Pada tahun 1931 hingga 1932 beliau mengambil kursus guru diploma LO (Lager Onderwijs)
yang hanya dibuka untuk seseorang yang mempunyai kelulusan AMS dan kerana beliau lebih
suka untuk memperjuangkan islam. Dari sini beliau aktif dalam bidang pendidikan islam yang
dilaksanakan oleh PERSIS (Kelab Persatuan Islam) dan membuatkan beliau dapat mendirikan
Institusi Pendidikan Islam di Bandung dan menjadi direktor dari tahun 1932 hingga 1942.

PERJUANGAN PAK NATSIR DALAM BIDANG PENDIDIKAN 1932


Pada tahun 1932, setelah tamat kursus beliau mendirikan Institusi Pendidikan Islam (PENDIS)
untuk mengembangkan ilmu-ilmu modern selaras dengan pengajaran Islam secara mendalam.
Institusi ini terdiri dari beberapa sekolah seperti tadika, HIS (Hollandsch-Inlandsche School),
MULO (Meer Uitgebreid Lager Onderwijs) dan sekolah perguruan.
Antara tujuan beliau mendirikan institusi ini ialah dari pandangan beliau pendidikan merupakan
sesuatu yang penting untuk menjalankan hidup seharian. Ianya bermaksud bagaimana untuk
menguruskan ekonomi negara dan politik dalam kalangan mereka yang mencecah 1 juta ketika
itu dan hanya 5% dari kalangan mereka yang pandai meulis dan membaca. Oleh itu Pendidikan
adalah penting untuk kehidupan.
Selain itu ada lagi tujuan utama beliau mendirikan Institusi Pendidikan Islam (PENDIS) ini ialah
dengan pendidikan sekular belum tentu boleh mencegah mereka daripada terpesong ke arah lain.
Dengan ada pendidikan islam ketika itu boleh membantu untuk menghadapi masyarakat yang
rasional kerana dengan pendidikan sekular atau pendidikan modern fokus kepada logic dan
rasional yang boleh membawa ke arah kehidupan yang tidak berdasarkan kepada ajaran ugama
islam.
Pada ketika itu, pendidikan islam ini juga untuk mencegah gerakan Zionist yang semakin
membesar di Bandung dan beliau telah menyampaikan sesuatu untuk mencegahnya ketika pidato
yang dianjurkan oleh PERSIS di Bogor pada 17hb jun 1934 bahawa seperti firman Allah di
dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 109:
‫ق ۚ فَا ْعفُوْ ا َواصْ فَحُوْ ا َح ٰتّى‬
ُّ ‫ب لَوْ يَ ُر ُّدوْ نَ ُك ْم ِّم ۢ ْن بَ ْع ِد اِ ْي َمانِ ُك ْم ُكفَّار ًۚا َح َسدًا ِّم ْن ِع ْن ِد اَ ْنفُ ِس ِه ْم ِّم ۢ ْن بَ ْع ِد َما تَبَيَّنَ لَهُ ُم ْال َح‬
ِ ‫َو َّد َكثِ ْي ٌر ِّم ْن اَ ْه ِل ْال ِك ٰت‬
‫هّٰللا‬ ‫هّٰللا‬
‫يَأْتِ َي ُ بِا َ ْم ِر ٖه ۗ اِ َّن َ ع َٰلى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ْي ٌر‬
Terjemahan: Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka
dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul
dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan
perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ahli kitab di sini adalah merujuk kepada Zionist iaitu beragama Yahudi (Jewish) dan Nasrani
(Christian). Tujuan beliau menggunakan ayat ini ialah setelah kedatangan Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan diturunkan Al-Quran maka antara ahli kitab ini menerima dan
ada yang menolak yang Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai Rasul terakhir
dan kebenaran Al-Quran dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu mereka ingin menghasut
umat islam untuk tidak mengikuti dan keluar daripada ugama Islam. Ini juga antara satu sebab
beliau mendirikan Institusi Pendidikan Islam (PENDIS).
Pada tahun 1938 PENDIS memiliki 5 buah sekolah HIS yang dibina di Jawa Barat. Pelajar-
pelajar terdiri daripada Jawa Barat, Sumatera dan Aceh. Lalu pada tahun 1942 PENDIS
(Pendidikan Islam) telah mengeluarkan graduan seramai 50 orang dari MULO dan seramai 40
orang dari sekolah perguruan.
Ketika beliau menjalankan sistem pendidikan islam adalah sangat teliti kerana ianya
mementingkan pendidikan islam dalam pengajaran dan pelajarannya. Setiap pelajar yang masuk
di dalam sekolah ini diwajibkan untuk membaca syahadah dan bersumpah dengan mengatakan
menjunjung tinggi Agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, taat kepada perintah Allah Subhanahu
wa Ta’ala dan Rasulnya, sentiasa memperdalamkan pengetahuan umum dan ilmu-ilmu islam
yang diwajibkan ke atas setiap manusia dan yang terakhir ialah sentiasa berusaha dan tidak
berputus asa untuk memperbaiki diri sehingga menjadi orang yang beriman dan bertakwa
sepenuhnya.
Selain itu, beliau juga menghadapi menghadapi beberapa masalah ketika mendirikan Institusi
Pendidikan Islam ini. Kejadian ini berlaku pada tahun 1934 ketika merayakan Hari Raya Aidil
Fitri. PENDIS yang berada di bandung telah mengalami masalah ekonomi iaitu tidak mempunyai
pendapatan dan pendapatan institusi tersebut semakin merosot kerana pembayaran sewa,
pembelian buku dan setiap bulan membayar gaji untuk setiap guru.
Punca masalah ini berlaku kerana kebanyakkan pelajar menangguhkan pembayaran yuran
sekolah mereka. Apabila beliau bertanya kepada pelajar yang tidak membayar dan
menangguhkan yuran sekolah ini kerana ibu bapa mereka sibuk dengan persediaan untuk
menyambut Hari Raya Aidil Fitri seperti membeli baju dan perhiasan rumah. Institusi ini tidak
menerima subsidi dari pemerintah ketika itu dan hanya mampu bergantung untuk mencari
pendapatan daripada pembayaran para pelajar supaya dapat menjalakan institusi tersebut.
Beliau berpendapat bahawa ibu bapa hendaklah mengutamakan pembayaran yuran sekolah
kerana dari yuran untuk menjadi pembayaran gaji kepada guru-guru. Mereka juga ingin
memerlukan gaji tersebut untuk menyara keluaraga mereka. Bukan sahaja gurunya tetapi beliau
juga memerlukan untuk menyara keluarganya kerana beliau telah menikah pada 20 Oktober
1934.
Akhirnya beliau dapat mengatasi masalah ekonomi ini kerana dibantu oleh sahabat-sahabatnya
dengan memberi sumbangan. Antara sahabat-sahabatnya ialah Haji Muhammad Yunus,
Abdullah Afif, Ir. Ibrahim, Ir. Indracahya dan Rustam Efendi.
Setelah menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah dilantik menjadi Ketua PERSIS kerana
beliau sangat aktif di dalam kelab ini. Ini membuatkan beliau lebih semangat untuk memberikan
dan menyebarkan ilmu-ilmu islam terumata kepada generasi muda.
Selain daripada menguruskan Institusi Pendidikan Islam dan menjadi ketua PERSIS, beliau juga
menulis artikel dan menerbitkan di beberapa majalah yang terkenal ketika itu seperti Panji Islam,
Al Manar, Pembela Islam dan Pedoman Masyarakat. Di dalam artikel ini beliau menulis bahawa
islam hendaklah dipertahakan dari serangan tokoh-tokoh nationalis ketika itu seperti Ir.Soekarno
dan Dr.Sutomo. Perbahasan beliau dengan Soerkarno ialah bertahun-tahun (1936 -1940an)
kerana beliau tidak bersetuju dengan cara Soerkarno yang mempunyai pergerakan yang membuat
pergerakan untuk memisah antara agama dan negara seperti kejadian di Turki yang dipimpin
oleh Kemal Attaturk. Dia juga merujuk pendapatnya dari ulama Al Azhar (Cairo) iaitu Syeikh
Ali Abdur Razid yang mengatakan agama dan negara itu tidak perlu bersatu.
Soekarno juga mengatakan bahawa tidak ada wujudnya konsep negara islam. Disebabkan ini, dia
ingin memisahkan agama dan negara. Bagi Muhammad Natsir, agama islam tidak dapat
dipisahkan dengan negara ketika itu kerana dari pandangan beliau Allah Subhanahu wa Ta’ala
menjadikan umat islam untuk menjadi hamba Allah dan sebagai hamba Allah telah diatur corak
hubungan antara manusia dan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan juga hubungan sesama manusia.
Maka dengan hubungan ini adalah asas yang disebut sebagai urusan atau wilayah negara.
Beliau juga mengkritik pandangan Soekarno yang merujuk kepada kejadian di Turki yang ketika
itu dipimpin oleh Kemal Attaturk. Kemal Attaturk ini memisahkan agama dan negara dengan
cara undang-undang agama itu dihapuskan dan sistem perundangan sekular diperkenalkan untuk
memodenkan negara. Dari perbahasan mereka berdua ini telah dijadikan sebuah buku yang
bertajuk Capita Selecta.
Oleh itu beliau adalah seorang mujtahid iaitu berjihad dalam bidang Pendidikan agar dapat
mendirikan institusi islam. Bukan sahaja untuk mendirikan institusi tetapi juga untuk
menyebarkan ajaran islam kepada semua orang ketika itu. Antara universiti islam yang dibina
oleh beliau ialah Universiti Islam Indonesia, Universiti Islam Bandung, Universiti Islam
Sumatera Utara, Universiti Riau dan Univerisiti Ibn Khaldun Bogor.

KERJAYA PAK NATSIR DALAM BIDANG POLITIK


Ketika penjajahan jepun (1942-1945) beliau menyertai Majlis Islam A’la Indonesia (MIAI) iaitu
badan perseketuan bagi organisasi islam. Dalam pejajahan jepun ini, terbentuk satu organisasi
seperti Majlis Syura Muslimin Indonesia (MASYUMI) sebagai salah satu perjuangan untuk
memerdekakan Indonesia.
Dengan menyertai semua organisasi beliau berjumpa dengan Agus Salim dan banyak berkerja
sama dengan pemikir islam ini. Mereka berdua selalu memberi cadangan tentang hubungan
negara dan islam demi masa depan pemerintahan Indonesia.
Pada 9hb Ogos 1945 jepun telah diserang dengan serangan bom atom yang menyerang kota
mereka iaitu Kota Nagasaki dan Kota Hiroshima. Lalu pada 15hb Ogos 1945, jepun telah kalah
dan mengundurkan diri. Pihak jepun juga menyediakan Panitia Persiapan Kemerdekaan
Indonesia (PPKI) untuk memerdekakan Indonesia. Hal ini membuatkan banyak pendapat iaitu
golongan muda ingin melaksanakan kemerdekaan Indonesia dengan secepat mungkin dan
golongan yang tua tidak setuju kerana masih banyak tentera jepun di Indonesia dan takut mereka
membuat rusuhan.
Disebabkan ini, berlaku peristiwa Rengasdengklok iaitu pada 16hb Ogos 1945, Ir Soekarno yang
ketika itu aktif dengan pergerakan telah diculik oleh sekumpulan pemuda dan dibawa ke
Rengasdengklok di Karawang, Jawa Barat. Para pemuda itu mendesak Soekarno agar
mempercepatkan kemerdekaan Indonesia. Lalu, dia bersetuju untuk pengisytiharan kemerdekaan
Indonesia iaitu pada 17hb Ogos 1945 di Jakarta.
Setelah pengisytiharan kemerdekaan Indonesia, Pak Natsir diangkat menjadi anggota Komite
Nasional Indonesia Pusat (KNIP) iaitu merupakan pembantu presiden iaitu Soekarno. Ketika itu
Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) memilih Soekarno menjadi presiden kerana
ianya dianggap memiliki jiwa pemimpin yang membuatkan ianya layak untuk menjadi Presiden
dan di saat itu, Indonesia hendaklah dipimpin oleh seseorang yang boleh mempertahankan
kemerdekaan Indonesia. Setelah itu, Pak Natsir telah dilantik menjadi Menteri Penerangan
Republik Indonesia.
Pada 3hb April 1950, beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Republik Indonesia dan
dengan kedudukan ini beliau membuat pergerakkan yang bertajuk “Mosi Integral Natsir”
melalui sidang parlimen Republik Indonesia Serikat (RIS). Di dalam statemen beliau ialah
supaya Indonesia yang telah bepecah kepada 17 negara dapat bersatu kembali ke dalam Negara
Kesatuan Republik Indonesia. Ini menyebabkan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri
Republik Indonesia dan ketika itu beliau berumur 42 tahun.
Ketika Soekarno mempunyai kuasa dan mempunyai hubungan yang kuat Bersama Partai
Komunis Indonesia (PKI) dan membuatkan Soekarno untuk membuat semua kelab menjadi satu
di bawah demokrasi pemimpin iaitu dengan cara komunis. Dengan ini beliau membawa
keluarganya pergi ke Sungai Dare, Padang Bersama askar yang tidak besetuju dengan Soekarno.
Beliau dan seorang askar iaitu Sjafruddin pergi ke Sumatra Barat kerana ingin memberitahu dan
berbincang dengan Soekarno agar kembali dan mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.
Ini kerana demokarsi hendaklah dipulihkan iaitu tidak mengikut komunis dan Negara dan bangsa
hendaklah diselamatkan.
Tetapi Soekarno telah salah faham akan pendapat beliau dan pada 17hb Ogos 1959 Soekarno
memecahkan MASYUMI. Kemudian beliau ditangkap atas tuduhan mengikut Pemberontakan
Rakyat Republik Indonesia (PPRI). Dengan keputusan tetap yang dibuat oleh Soekarno, beliau
telah diarahkan untuk kuarantin politik ataupun tahanan politik di Rumah Tahanan Militer
(RTM) yang berada di Batu Malang.
Akhirnya, beliau dibebaskan pada 26hb Julai1966 tanpa prosess pengadilan dan dia meneruskan
dakwahnya iaitu memperjuangkan ugama islam dan juga menyebarkan tentang agama islam.
Ketika itu pemerintahan kerajaan baru atau dikenali sebagai “Orde baru” telah pun
dilaksanakan dan pemerintahan kerajaan lama atau dikenali sebagai “Orde lama” telah pun
ditamatkan.
Pemerintahan kerajaan lama atau “Orde lama” ialah zaman politik Indonesia yang diperintah
oleh Soekarno selama 21 tahun (1945-1966). Ianya ditamatkan kerana ketika zaman itu Soekarno
telah membubarkan perlembagaan dan dia memerintah dengan mengunakan kuasanya sewenang-
wenangnya. Ketika itu pihak Pers iaitu penyampai maklumat dari pihak pemerintah kepada
rakyat dan dari Pers inilah dapat mempengaruhi pemikiran orang secara langsung dan ketika itu
juga pers komunis yang menyokong ideologi Nasakom iaitu konsep politik yang diinginkan oleh
Soekarno.
Tetapi pihak pers yang lain menentang akan ideologi Soekarno dan menyingkirkan pihak pers
yang menyokong Soekarno dan ideologinya. Dari sinilah berlakunya keruntuhan pemerintahan
orde lama dan adanya orde baru atau dikenal sebagai kerajaan pemerintahan baru yang dipimpin
oleh Soeharto.
Ketika pemerintahan kerajaan baru ini, kedudukan Muhammad Natsir tidak berubah di
pemerintahan. Beliau dianggap sebagai pemimpin yang dihormati dan mempengaruhi orang
ramai disebabkan oleh dakwahnya. Sebab utama kedudukan beliau tidak juga menurun dan tidak
juga meningkat ialah Soeharto takut akan pengaruh Muhammad Natsir yang kuat ketika itu akan
menjejaskan pemerintahannya.
Beliau telah mengalami banyak batasan dan setelah menanadatangani Petisi 50, ianya dilarang
untuk pergi ke luar negeri. Petisi 50 ialah dokumen yang mengandungi pengunaan falsafah
negara Pancasila oleh Soeharto. Pancasila bermasksud 5 prinsip atau asas bagi rumusan dan garis
panduan kehidupan berbangsa dan bernegara bagi seluruh rakyat Indonesia. 5 ideologi utama
Pancasila iaitu:
1. Ketuhanan yang Maha Esa
2. Kemanusiaan yang adil dan beradab
3. Persatuan Indonesia
4. Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam musyawarah/perwakilan
5. Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia
Dengan adanya Pancasila ini, setiap kritik yang diterima adalah kritik terhadap ideologi tersebut.
Kritik ini berlaku kerana Soeharto pun mengunakan kuasanya sewenang-wenangnya. Dengan
Muhammad Natsir menandatangani petisi 50 ini juga kerana beliau dianggap musuh pemerintah.
Ini menyebabkan beliau dilarang untuk pergi keluar negeri supaya beliau tidak dapat menghadiri
banyak seminar internasional Islam kerana beliau ditunggu oleh orang ramai dan dianggap
sebagai pembicara yang hebat dan cemerlang. Tetapi dakwah beliau tidak pernah berhenti.

BERDA’WAH MELALUI DEWAN DA’WAH


Walaupun beliau dilarang untuk pergi ke luar negeri untuk berdakwah, beliau telah mendirikan
Institusi Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) pada 26hb Februari 1967. Institusi ini
didirikan atas bantuan beberapa alim ulama ketika mereka mengadaakan pertemuan halal bihalal
dan beliau juga menjadi ketua Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia dari tahun 1967 hingga akhir
hayatnya iaitu pada tahun 1993.
Dakwah ini ini diberikan kepada seluruh rakyat Indonesia tidak kira tempat. Dakwah ini
mempunyai tujuan iaitu:
1. Memperluaskan pengertian dakwah dan untuk pemahaman yang merangkumi semua
aspek kehidupan masyarakat sebagai kesinambungan risalah Nabi Muhammad
Shallallahu alahi Wasallam.
2. Mengembalikan fungsi masjid sebagai pusat pembinaan masyarakat seperti zaman
Rasulullah.
3. Mengaktifkan dan meningkatkan kualiti dakwah
4. Meningkatkan usaha pembentengan atau pembelaan aqidah umat islam
5. Membangkitkan tali persaudaraan Islamiyah al-alamiyah persaudaraan Islam
internasional.
Institusi Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) ini juga mempunyai garis panduan iaitu:
1. Islam sebagai agama di sisi Allah, tetapi Islam melarang pemaksaan dalam agama seperti
mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Imran Ayat 19 dan surah Al-
Baqarah Ayat 256:
Surah Al-Imran Ayat 19:
‫ت هّٰللا ِ فَا ِ َّن هّٰللا َ َس ِر ْي ُع‬
ِ ‫ب اِاَّل ِم ۢ ْن بَ ْع ِد َما َج ۤا َءهُ ُم ْال ِع ْل ُم بَ ْغي ًۢا بَ ْينَهُ ْم ۗ َو َم ْن يَّ ْكفُرْ بِ ٰا ٰي‬ ْ ‫اِ َّن ال ِّد ْينَ ِع ْن َد هّٰللا ِ ااْل ِ ْساَل ُم ۗ َو َما‬
َ ‫اختَلَفَ الَّ ِذ ْينَ اُوْ تُوا ْال ِك ٰت‬
ِ ‫ْال ِح َسا‬
‫ب‬
Terjemahan: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama
Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang
sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada
dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Surah Al-Baqarah Ayat 256:
‫صا َم لَهَا َۗوهّٰللا ُ َس ِم ْي ٌع‬ ‫هّٰلل‬
َ ِ‫ت َوي ُْؤ ِم ۢ ْن بِا ِ فَقَ ِد ا ْستَ ْم َسكَ بِ ْالعُرْ َو ِة ْال ُو ْث ٰقى اَل ا ْنف‬ ِ ْ‫ٓاَل اِ ْك َراهَ فِى ال ِّد ْي ۗ ِن قَ ْد تَّبَيَّنَ الرُّ ْش ُد ِمنَ ْال َغ ِّي ۚ فَ َم ْن يَّ ْكفُرْ بِالطَّا ُغو‬
‫َعلِ ْي ٌم‬
Terjemahan: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia
pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.
2. Memperingatkan bahwa golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan senang bagi umat
Islam untuk mengikuti agama mereka seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran
Surah Al-Baqarah Ayat 120:
َ‫ِ ِن اتَّبَعْتَ اَ ْه َو ۤا َءهُ ْم بَ ْع َد الَّ ِذيْ َج ۤا َءكَ ِمن‬¢‫ص ٰرى َح ٰتّى تَتَّبِ َع ِملَّتَهُ ْم ۗ قُلْ اِ َّن هُدَى هّٰللا ِ هُ َو ْاله ُٰدى ۗ َولَ ِٕٕى‬
ٰ َّ‫ك ْاليَهُوْ ُد َواَل الن‬
َ ‫ضى َع ْن‬
ٰ ْ‫َولَ ْن تَر‬
‫هّٰللا‬ َ َ‫ْال ِع ْل ِم ۙ َما ل‬
ِ َ‫ك ِمنَ ِ ِم ْن َّولِ ٍّي َّواَل ن‬
‫ص ْي‬
Terjemahan: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam
itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat
mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
3. Mendapat orang-orang yang paling keras permusuhannya kepada orang-orang yang
beriman, yakni orang Yahudi dan mereka yang menyekutukan Allah. Dan didapati orang
yang paling akrab kecintaannya kepada orang yang beriman adalah orang Nasrani sepeti
mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 82:
ٰ ‫َاوةً لِّلَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُوا ْاليَهُوْ َد َوالَّ ِذ ْينَ اَ ْش َر ُكوْ ۚا َولَتَ ِجد ََّن اَ ْق َربَهُ ْم َّم َو َّدةً لِّلَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُوا الَّ ِذ ْينَ قَالُ ْٓوا اِنَّا ن‬
‫َص ٰر ۗى ٰذلِكَ بِا َ َّن‬ ِ َّ‫لَتَ ِجد ََّن اَ َش َّد الن‬
َ ‫اس َعد‬
ْ ‫اَل‬ َّ َ ً ْ
َ‫ِمنهُ ْم قِ ِّس ْي ِس ْينَ َو ُرهبَانا َّوانهُ ْم يَ ْستَكبِرُوْ ن‬ ْ
Terjemahan: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang
keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi
dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang
dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang
berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada
di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak
berlaku sombong.
Perkara atau aktiviti yang sangat penting yang dilakukan oleh beliau untuk memajukan gerakan
dakwah ialah dengan membina masjid, menghantar daie dan penerbitan.
1. Bagi membina masjid beliau menyatakan bahawa masjid merupakan salah satu pilar
kepimpinan umat Islam.
2. Bagi penghantaran daie ialah untuk mencegah umat islam dari dipengaruhi oleh benda
yang boleh melemahkan aqidah dan boleh membuatkan seseorang itu keluar dari ugama
islam. Daie ini dihantar ke semua tempat. Para daie ini juga adalah rakyat Indonesia yang
dididik dan dilatih supaya dapat ilmu yang cukup untuk melaksanakan tugas mereka
apabila menyebarkan dan mengajar tentang agama Islam.
3. Penerbitan bermaksud beliau merancang untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan
beliau yang diterbit oleh Dewan Dakwah Islamiya Indonesia melalui majalah dan buku.
Tujuannya adalah untuk memberi maklumat keagamaan kepada masyarakat secara
meluas supaya mereka dapat memahami. Majalah yang diterbitkan ialah:
 Majalah Dakwah Media bagi golongan pelajar.
 Majalah Suara Masjid bagi orang awam untuk mengetahui tentang tafsir, hadis
dan lain-lain.
 Majalah Khutbah Jumaat bagi para daie dan masyarakat
 Majalah Sahabat bagi para ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka
menjadi anak yang soleh dan solehah
 Buletin Dakwah yang diterbit setiap hari Jumaat
 Tabloid As-Salam bagi menyelesaikan soalan tentang keugamaan.
Beliau telah mempengaruhi banyak orang dan beliau sangat terkenal di kalangan nasional dan
internasional. Dengan DDII ini juga beliau menduduki banyak jawatan di pelbagai organisasi
Islam dunia seperti World Muslim Congress, Rabitah Alam Islamy, Anggota Dewan Masjid
Sedunia. Selain itu, beliau terkenal di dunia internasional kerana menyokong untuk kemerdekaan
orang-orang islam di Asian dan Afrika serta mengeratkan persahabatan dengan negara-negara
Islam yang baru merdeka. Beliau juga mendidik calon-calon pendakwah untuk dihantar
keseluruh Indonesia dan banyak masjid yang dibina dan banyak yang telah menjadi ustaz kerana
didikannya. DDII ini juga membantu mendirikan rumah sakit Islam, Islamic Centre, Sekolah
Agama Islam (Pondok Pesantren), Rumah anak yatim piatu dan keperluan yang lain.
Beliau juga selalu diminta untuk memberi nasihat dan pandangannya kepada tokoh-tokoh Islam
yang besar seperti PLO (Palestine liberation organization), Mujahidin Afghanistan, Moro,
Bosnia dan tokoh-tokh yang bukan islam seperti negeri Jepun dan Thailand. Beliau mendapat
penghormatan kerana dedikasinya kepada dunia islam iaitu diberi Bintang Penghargaan dari
Tunisia dan dari Raja Faisal iaitu Raja Arab Saudi pada tahun1980. Lalu Di dunia akademik
beliau menerima gelaran Doktor Honoris Causa dari Universiti Islam Lebanon pada tahun 1967
dalam bidang sastra dan bagi bidang pemikiran ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Universiti sains teknologi Malaysia pada tahun 1991.

KESIMPULANNYA
Muhammad Natsir atau Pak Natsir memang seorang yang cemerlang bagi keugamaan dan
keintelektualnya dari kecil hingga besar kerana mengikut M.Dzulfikriddin iaitu seorang penulis
buku sejarah Indonesia mengatakan dua perkara tentang kecemerlangan pemikiran, kehidupan
dan aktiviti politik Muhammad Natsir. Yang pertama ialah guru-guru beliau iaitu Ahmad Hassan
dan Agus Salim yang telah mempengaruhi pemikiran beliau tentang keugamaan dan juga
kebaikkan ketika dalam politik. Bagi Keugamaan ialah Ustaz Ahmad Hassan dan bagi politik
ialah Agus Salim.
Kejayaan beliau boleh dilihat melalui penulisan, cemerlang dalam bidang keagamaan,
dakwahnya, pendidikannya dan politik. Seorang ahli politik dan pensyarah dan merupakan
mantan rekto Universiti Negeri Jakarta ataupun Indonesia Muslim Scholar mengatakan bahawa
Muhammad Natsir ialah seorang ulama intelektual iaitu beliau melahirkan ilmu pengetahuan
yang monumental kerana ianya menyelesaikan masalah social, politik, ekonomi, Pendidikan,
dakwah dan pelbagai aspek. Di antara buku-buku Muhammad Natsir ialah:
1. Ilmu yang berkenaan dengan Islam:
1. Islam Sebagai Ideologi [Jakarta: Pustaka Aida, 1951]
2. Islam dan Akal Merdeka [Jakarta: Bulan Bintang, 1969]
3. Islam dan Kristen di Indonesia [Jakarta: bulan Bintang, 1969]
4. Asas Keyakinan Agama Kami [Jakarta: DDII, 1984]
5. Mempersatukan Umat Islam [Jakarta: Samudra, 1983]
6. Di Bawah Naungan Risalah [Jakarta: Sinar Hudaya, 1971]
7. Pandai-pandai Bersyukur Nikmat [Jakarta: Bulan Bintang, 1980]
8. Bahaya Takut [Jakarta: Media Dakwah, 1991]
9. Dunia Islam dari Masa ke Masa [Jakarta: Panji Masyarakat, 1982]
10. Iman Sebagai Sumber Kekuatan Lahir dan Batin [Jakarta: Fajar Shadiq, 1975]
11. Marilah Shalat [Jakarta: Media Dakwah, 1999]
2. Ilmu yang berkenaan dengan dakwah:
1. Fiqhud Dakwah [Solo: Ramadhani, 1965]
2. Dakwah dan Pembangunan [Jakarta: Media Dakwah, th.]
3. Mencari Modus Vivindi Antara Umat Beragama di Indonesia [Jakarta: Media
Dakwah, 1983]
4. Kubu Pertahanan Umat Islam dari Abad ke Abad [Jakarta: Panji Masyarakat,
1982]
5. Buku PMP dan Mutiara yang Hilang [Jakarta: Panji Masyarakat, 1982]
6. Kumpulan Kutbah Dua Hari Raya [Jakarta: Media Dakwah, 1978]
7. Pancasila akan Hidup Subur sekali dalam Pengakuan Islam [Bangil: Al-
Muslimun, 1982]
3. Ilmu yang berkenaan dengan politik:
1. Demokrasi di Bawah Hukum [Jakarta: Media Dakwah, 1986]
2. Agama dan Negara dalam Perspektif Islam [Jakarta: Media Dakwah, 2001]
3. Indonesia di Persimpangan Jalan [Jakarta: t.p, 1984]
4. Tempatkan Kembali Pancasila pada Kedudukannya yang Konstitusional [Jakarta:
t.p, 1985]
5. Pendidikan, Pengorbanan, Kepemimpinan, Primordialisme, dan Nostalgia
[Jakarta: Media Dakwah, 1987]
4. Ilmu yang berkenaan dengan pelbagai aspek:
1. Kapita Selekta I [Jakarta: Bulan Bintang, 1954]
2. Kapita Selekta II [Jakarta: Pustaka Pendis, 1957]
Semua buku-buku ini boleh dijumpai di perpustakaan Indonesia. Tetapi pada zaman ini, buku ini
tidak terkenal di kalangan generasi muda kerana sesetengah buku tidak lagi ada dan bagi pihak
beliau tidak lagi menerbitkan buku-buku tersebut. Sebab itu generasi muda tidak kenal akan
kehebatan wira Indonesia ini iaitu Muhammad Natsir.
Pada 6hb Februrari 1993 bersamaan 14 Sya’ban 1413 Hijrah, Muhammad Natsir telah
menghembuskan nafas terakhir beliau di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta dan
dikuburkan di TPU Karet, Tanah Abang. Ketika itu beliau berumur 85 tahun. Berita tentang
kehilangannya seorang pendakwah yang hebat ini menjadi berita utama dalam pelbagai media
cetak dan elektronik. Walaupun di anggap sebagai pemberontak ketika kerajaan pemerintahan
baru dan lama, beliau masih mempunyai banyak sahabat dan banyak pengikut. Mereka
merasakan kesedihan atas kehilangannya. Mantan Perdana Menteri Jepan iaitu Nakajima apabila
mendengar berita tentang kehilangan Muhammad Natsir dia mengatakan bahawa “Berita tentang
Pak Muhammad Natsir telah meninggal dunia lebih dahsyat dari serangan bom atom Hiroshima”
Oleh itu, beliau adalah seorang yang berusha sedaya upaya untuk ugama islam dan rakyat
Indonesia walaupun banyak yang menentangnya.

You might also like