You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IPSK


BULAN OGOS 2017

Bil Cue/atucara Teks pengacara Slide/tindakan


1. Pengumuman Izinkan saya mengingatkan bahawa majlis Boleh diumum
akan dimulakan sebentar lagi. berulang kali
mengikut
Mohon perhatian tuan puan untuk kesesuaian.
memberi kerjasama memperlahankan nada
dering telefon bimbit atau letakkannya di
dalam mod senyap atau getaran. Terima
kasih.

2. Apabila Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


pengarah tiba Datin Dr. Siti Haniza binti Mahmud,
Pengarah Institut Penyelidikan Sistem
Kesihatan
3. Ucapan Yang Berbahagia Datin Dr. Siti Haniza binti Slaid pengacara
pembukaan & Mahmud, Pengarah Institut Penyelidikan
alu-aluan Sistem Kesihatan, Ketua-ketua Bahagian,
para pegawai kanan seterusnya tuan-tuan
dan puan-puan warga Institut Penyelidikan
Sistem Kesihatan yang dihormati sekalian.

Daun selasih berlapir-lapir,


Jatuh sama si daun salam,
Terima kasih kerana hadir,
Bagai purnama penyeri malam

4.
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan
Salam Negaraku.

Alhamdulillah dan syukur kita ke hadrat


yang maha esa kerana dengan izin-Nya
dapat kita diberikan ruang dan masa untuk
berkumpul sekali lagi di dalam majlis
perhimpunan bulanan.
Pada kali ini, dua bahagian bergabung
tenaga bagi menjayakan perhimpunan ini
iaitu:
Bahagian Pengurusan dan
Bahagian Penyelidikan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan
5. Ucapan jemput Terbang turun dekat-dekat, En. Md Firdaus bin
pembaca doa Si cenderawasih sama cencala, Md Yusoff
Doa dimohon mengharap berkat,
Moga majlis tidak tercela
Bagi memberkati majlis perhimpunan kita
pada pagi ini, saya dengan sukacitanya
menjemput Encik Md Firdaus bin Md Yusoff
untuk bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan.
6. Bacaan doa Slaid doa
7. Ucapan terima Amin, majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada kasih kepada Encik Md Firdaus bin Md
pembaca doa Yusoff di atas bacaan doa sebentar tadi.

8. Nyanyian Lagu Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan Slaid lagu:


nyanyian lagu Negaraku, Selangor dan Lagu 1. Negaraku
Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia 2. Selangor
3. Korporat
KKM
9. Bacaan ikrar Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Slaid ikrar
yang akan dipimpin oleh Puan Suhana binti Pn. Suhana
Jawahir. Dengan ini majlis mempersilakan.
10. Ucapan jemput Terima kasih diucapkan kepada Puan
pembaca berita Suhana atas pimpinan ikrar sebentar tadi.
Bagi meneruskan majlis perhimpunan
bulanan Institut Penyelidikan Sistem
Kesihatan, pastinya tidak akan lengkap
tanpa berita-berita perkembangan semasa
dari bahagian-bahagian IPSK.
11. Berita semasa Untuk makluman tuan puan, IPSK telah Slide aktiviti-aktiviti
menganjurkan beberapa program besar ditayangkan
iaitu Lawatan Delegasi dari Thailand dan
Hong Kong serta Majlis Hari Raya Peringkat
Jabatan IPSK sepanjang bulan Julai 2017.
Untuk pengetahuan tuan puan juga,
terdapat 2 orang pegawai kita yang akan
bertukar keluar daripada IPSK iaitu Puan
Azni Mazhana binti Abdul Manab dan Dr.
Jayan Gnanapandythan. Semoga maju jaya
diucapkan kepada kedua-duanya di
penempatan baru.

Pihak IPSK dengan sukacitanya


mengucapkan Tahniah kepada Dr. Mohd
Ridzwan telah diwartakan sebagai Pakar
Kesihatan Awam.

Di samping itu, kita juga telah menerima 3


orang pegawai sambilan baru yang akan
berkhidmat di bawah seliaan Projek Dr Fun
Weng Hong iaitu:
- En Nicholas Wong Jun Ren
- Cik Vivien Eow Han Ying
- Cik Lim Wei Lin

Selamat Datang ke IPSK!

12. Ucapan jemput Tidaklah lengkap nasi tanpa kuahnya,


pengarah untuk Tidaklah kemilau tanpa dengan
ucaptama permatanya,
Tidaklah tuntas majlis dengan ucapannya,

Justeru, saya dengan takzimnya


mempersilakan Yang Berbahagia Datin Dr.
Siti Haniza binti Mahmud, Pengarah Institut
Penyelidikan Sistem Kesihatan untuk
menitipkan ucaptama bagi
menyempurnakan majlis perhimpuan
bulanan bagi bulan Ogos 2017.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
13. Ucaptama Slaid
14. Ucapan terima Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kasih kepada kepada Yang Berbahagia Datin Dr. Siti
pengarah Haniza binti Mahmud di atas ucaptama
yang telah disampaikan tadi.

Semoga amanat tersebut dapat dijadikan


panduan, pedoman dan pendorong dalam
melaksanakan tugas seharian
15. Untuk makluman hadirin sekalian, bulan Slaid
Ogos adalah bulan kemerdekaan di Negara
ini. Dengan bertemakan Negaraku Sehati
Sejiwa. Tema Hari Kebangsaan tahun
2017 ini adalah bagi menunjukkan bahawa,
betapa pentingnya rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama, saling
memahami dan hormat menghormati,
serta bersatu padu untuk menentukan
masa depan Negara, agar lebih gemilang,
stabil dan aman damai.
16. Video Bagi meneruskan acara majlis, kami telah Slide nyanyian
menyediakan tayangan video untuk
tatapan semua. Marilah sama-sama kita
menghayati seterusnya menyanyi bersama-
sama.
17. Sesi Pop kuiz Kini adalah masa yang ditunggu-tunggu, En Zaidan
kita beralih kepada segmen Kuiz Negaraku
yang akan dikendalikan oleh Encik Zaidan.
Dengan ini majlis mempersilakan
18. Acara pop kuiz
dijalankan
19. Penutup Hadirin sekalian, dengan ini tugasan kami
berakhir di sini

Saya Aini Kamilah binti Ahmad Saupi selaku


pengacara majlis bagi perhimpunan
bulanan kali ini mewakili Bahagian
Pengurusan dan
Saya Sister Megalah a/p Soomoo mewakili
Bahagian Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
ingin merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada hadirin yang telah
meluangkan masa dan sudi memeriahkan
perhimpunan bulanan ini.
Kami juga ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan
kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Salam Merdeka 1 Malaysia dan terima


kasih.

You might also like