You are on page 1of 24

1

SKRIP PENGACARA IHTIFAL 2023

PADA : 9 MAC 2024

HARI: SABTU

TEMPAT : DEWAN UTC KERAMAT

PENGACARA MAJLIS:

USTAZ HADI

CIKGU FAZILAH
2

TENTATIF MAJLIS IHTIFAL 2023


7.30 am – 8.00 am - Ketibaan para jemputan
8.00 am – 8.30 am - Perarakan masuk semua graduan & Majlis Pembukaan
- Majlis pembukaan (Bacaan doa, asmaul Husna, Negaraku, Demi Matahari)
8.30 am – 9.00 am - Pembukaan (Bacaan Quran) oleh
- Ucapan Pengasas oleh Pn. Roslailawati
- Ucapan & Penyempurnaan gimik Perasmian oleh Dr. Ayman Al Akiti
9.00 am – 9.15 am - Sidang 1 : Majlis Graduasi Tahun 6 (JR 6 & PTH 6)
9.15 am – 9.30 am - Sidang 1 : Majlis Graduasi Keedsflix
9.30 am – 9.45 am - Persembahan 1 : Persembahan Sekolah Rendah (Tahap 1)
9.45 am – 10.00 am - Persembahan 2 : Persembahan Keedsflix
10.00 am – 10.30 am - Sidang 3 : Penyampaian Anugerah Akademik (Junior 1 – Junior 6) & (PTH 1 – PTH 5)
10.30 am – 10.45 am - Persembahan 3: Persembahan Sekolah Rendah (Tahap 2)
10.45 am – 11.00 am - Sidang 4 : Penyampaian Anugerah Kelas Hafazan (18 kumpulan)
11.00 am – 11.15 am - Persembahan 4: Persembahan Sekolah Menengah
11.15 am – 11.30 am - Sidang 5 : Majlis Graduasi SPM 2023
11.30 am – 11.45 am - Sidang 6 : Penyampaian Anugerah Akademik (Sr 1 – Sr 5) & Madah
11.45 am – 12.10 pm - Sidang 7 : Anugerah Khas (Terbaik UPKK 2022 Kump.B, UPKK 2023, UPSRA, PERCUBAAN SPM, TALAQI,
Khatam AL-HAFIZ/HAFIZAH)
12.10 pm – 12.20 pm - Persembahan 5 : Persembahan Madah
12.20 pm – 12.30 pm - Anugerah Khas ( Ibu bapa prihatin & guru)
1.00 pm - Bersurai
3

Assalamualaikum w.b.t

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil
tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya
menetapkan telefon bimbit anda kepada mod senyap atau mematikannya. Izinkan kami mengacarakan majlis ini
sehingga ke penghujungnya.

Segala kerjasama anda diucapkan terima kasih.

BIL ATUR CARA MAJLIS SKRIP CATATAN


1 Ust Hadi Tuan-puan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, mohon PA : Montage
berdiri kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. ATAH
PERARAKAN dipasang
MASUK KE DALAM Mengumumkan perarakan masuk dif-dif kehormat, semasa
DEWAN Yang Dihormati Dr. Ayman Al Akiti, parents
(Selawat) Yang Dihormati Tuan Afifulah mengambil
Yang Berusaha Puan Roslailawati binti Mohamed, tempat
Puan Asma’ binti A. Samat, duduk
Ustaz Muhammad Taufik Bin Md Lazim, dan
Ustaz Muaadh Mustafa Ali Mukred
4

2 Ust. Hadi Hadirin sekalian,

BACAAN DOA Kalau pergi ke Tanjung Lipat,


Anak manis jangan berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pagi ini, dengan segala hormatnya, dijemput


al-fadhil Ustaz Muaadh untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh
takzimnya, dipersilakan.

(BACAAN DOA)
ULASAN: Amin YRA. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan
doa itu tadi.

3 C.Fazilah Kita teruskan majlis pada hari ini dengan alunan Asmaul Husna dan PA :
nyanyian 2 buah lagu rasmi iaitu : Lagu Negaraku dan Demi 1) Asma ul
ALUNAN LAGU Matahari. Para hadirin diminta berdiri. Husna
2) Negaraku
(NYANYIAN LAGU) 3) Demi
Matahari
ULASAN : Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama
tuan-puan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh
bersemangat. Para hadirin dipersilakan duduk.
5

4 C. Fazilah Hadirin sekalian,

BACAAN AYAT AL- Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang akan
QURAN dialunkan oleh adik Faris Zafri Bin Hairyfitri. Untuk makluman hadirin
sekalian, pelajar kita ini telah berjaya menghafal 10 juzuk Al Quran di
bawah pimpinan Ustaz Muaadh. Mari kita sama-sama doakan adik
Faris Zafri dapat menjadi hafiz dan menjadi insan yang berjaya dan
membanggakan ibu dan ayahnya.
Dengan ini, majlis mempersilakan.

(BACAAN AL-QURAN)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik Faris Zafri atas
bacaan ayat suci al-quran itu tadi.

5 Ust.Hadi Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
KATA ALU-ALUAN Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati Dr. Ayman Al Akiti, pentausiah Ihtifal ATAH 2023


Yang Dihormati Tuan Afifullah bin Arshad, Pengarah Keedflix
Keramat
Yang Berbahagia Puan Roslailawati binti Mohamed, Pengasas
6

Akademi Tahfiz Al-Hidayah,


Yang Berusaha Puan Asma’ binti A Samat, Guru Besar Akademi Tahfiz
Al-Hidayah,
Ustaz Muhammad Taufik bin Md Lazim, Pengarah Program Ihtifal
2023
Ustaz Muaadh Mustafa Ali Mukred
Barisan guru-guru ATAH, para ibu bapa, para alumni dan anak-anak
didik yang diraikan sekalian.

Assalamualaikum WBT,
Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama dalam majlis
Ihtifal Akademi Tahfiz Al-Hidayah tahun 2023. Sesungguhnya majlis
ihtifal pada hari ini merupakan upacara kemuncak yang pasti akan
menjadi detik bersejarah dan sering dinanti-nantikan oleh setiap
pelajar.

6 C.Fazilah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

UCAPAN IBU LAILA Sebagai pembuka tirai bicara, majlis dengan penuh takzim
menjemput Puan Roslailawati binti Mohamed untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN IBU LAILA)


7

ULASAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan


serta perasmian majlis istiqbal Ihya’ Ramadhan dan Infaq Ramdhan
tadi. Dengan ini, maka rasmilah Program Ihya’ Ramadhan peringkat
ATAH bagi tahun 2024.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, terdapat beberapa program
yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya Infaq
Ramadhan, Tadarus Al Quran, Tarawih, Qiamulail, Infaq Ramadhan
dan I’tiqaf Perdana. Sekiranya hadirin berbesar hati untuk
menyumbangkan, tabung Infaq Ramadhan ada disediakan
berdekatan pintu keluar.

7 Ust. Hadi Hadirin sekalian,

PERASMIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian tausiah yang akan


disampaikan oleh Yang Dihormati Dr. Ayman Al Akiti dan seterusnya
merasmikan Majlis Ihtifal akademi Tahfiz Al Hidayah bagi tahun
2023.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

(UCAPAN )

Mohon izin Dr. Ayman untuk terus berada di pentas.


Dijemput Yang berbahagia Puan Roslailawati binti Mohamed dan
Puan Asma binti A.Samat untuk tampil ke pentas bagi bersama-sama
8

menjayakan perasmian majlis hari ini. Majlis mempersilakan.

(GIMIK PERASMIAN)

Hadirin sekalian, maka dengan ini telah rasmilah majlis kita di pagi
ini. Majlis menjemput Puan Roslailawati diiringi Puan Asma untuk
menyampaikan cenderamata kepada Dr. Ayman atas kesudian beliau
memberi tausiah dan merasmikan majlis yang gilang-gemilang ini.
Majlis mempersilakan.

(PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih diucapkan kepada Dr. Ayman. Terima kasih juga kepada
Ibu Laila dan Pn. Asma untuk penyampaian cenderamata itu tadi.

Sekali lagi, mohon Dr. Ayman dan Ibu Laila untuk terus berada di
pentas bagi sesi penyampaian anugerah.
8 C. Fazilah Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Majlis Ihtifal bagi tahun 2023 Akademi Tahfiz Al Hidayah pada hari ini
SIDANG 1: akan dimulakan dengan Penyampaian Anugerah Graduasi JR 6 & PTH
GRADUASI JR 6 & 6
PTH 6 (31 ORANG)
Mendahului senarai penerima anugerah graduasi Junior 6 dan PTH 6
9

2023, dipersilakan saudara / saudari :

(PENYAMPAIAN SIJIL : RUJUK SENARAI NAMA)

Dijemput sekali lagi Ibu Laila untuk menyampaikan cenderamata


kepada Dr.Ayman sebagai tanda terima kasih dan ingatan yang
berpanjangan. Majlis mempersilakan.

Mohon ibu bapa pelajar JR 6 dan PTH 6 untuk naik ke pentas untuk
menyertai sesi fotografi. (SESI BERGAMBAR)

ULASAN: Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas kesudian Dr. Ayman dalam menyempurnakan
penyampaian anugerah itu tadi.

9 Ust. Hadi Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah graduasi


Keedsflix.
SIDANG 2 :
MAJLIS GRADUASI
Majlis mohon izin laluan, kepada para pelajar Keedsflix untuk
KEEDSFLIX
(9 orang) mengambil tempat bagi sesi penyampaian anugerah.

Majlis dengan ini mempersilakan

PENYAMPAI : TUAN AFIFULLAH BIN ARSHAD


10

DIIRINGI : PUAN ISMA BINTI TAZAN

untuk naik ke pentas bagi sesi penyampaian anugerah kepada anak-


anak Keedsflix. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
(Para graduan sudah bersedia berdiri dalam barisan)

(PENGANUGERAHAN ANUGERAH GRADUASI)


Mohon ibu bapa graduan Keedsflix untuk naik ke pentas untuk sesi
fotografi Bersama pelajar. (SESI BERGAMBAR)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada TUAN AFIFULLAH atas penyampaian anugerah itu tadi.
Dijemput Puan Isma untuk menyampaikan cenderamata kepada
Tuan Afifullah atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi. Majlis mempersilakan.

10. Ust. Hadi


TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA TETAMU VIP KITA
VIP REHAT ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN ANUGERAH ITU TADI. DIJEMPUT
PARA TETAMU VIP UNTUK MENJAMU SELERA DI RUANG MAKAN
YANG DISEDIAKAN.

11. C. Fazilah Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


11

PERSEMBAHAN 1 : Kita akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada


SEKOLAH RENDAH persembahan tarian tradisional oleh para pelajar sekolah rendah
(TAHAP 1) Tahap 1 dibawah pimpinan Teacher Farahin.
Dengan ini, majlis mempersilakan :

(PERSEMBAHAN PELAJAR)

ULASAN: Demikianlah persembahan daripada pelajar rendah tahap


1. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik itu tadi

12 Ust. Hadi Hadirin sekalian,

PERSEMBAHAN 2: Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan PA : Montage
KEEDSFLIX dari anak-anak cilik Keedsflix yang bertajuk My Mother by Yusuf by Keedsflix
dipasang
Islam. Sebelum itu, kita akan saksikan sedikit montage yang telah
sebelum
disediakan oleh guru-guru Keedsflix. Untuk itu, majlis mempersilakan persembahan
:

(PERSEMBAHAN PELAJAR)

Demikianlah persembahan daripada anak-anak cilik Tadika Keedsflix.


Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh comel dan
ceria itu tadi dan sekalung tahniah buat guru-guru pembimbing.
12

13. C. Fazilah Warga dewan yang dikasihi sekalian.

SIDANG 3: Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah


PENYAMPAIAN akademik terbaik UASA untuk kelas junior 1 hingga junior 6 dan juga
ANUGERAH anugerah deeniyah terbaik UASA kelas PTH 1 hingga PTH 5 Akademi
AKADEMIK Tahfiz Al-Hidayah.
TERBAIK UASA JR1-
JR6 & ANUGERAH Majlis dengan ini mempersilakan
DEENIYAH TERBAIK
UASA PTH 1-PTH 5 PENYAMPAI : YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. SHARIFUDIN MUSA
(33 orang) dengan diiringi
PENGIRING : PUAN ASMA’ BINTI A SAMAT
untuk menyampaikan anugerah. Majlis mempersilakan.

Penerima anugerah akademik terbaik UASA _____


(PENYAMPAIAN SIJIL : RUJUK SENARAI NAMA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas kesudian DATO’ DR SHARIFUDDIN MUSA kerana sudi
menyempurnakan penyampaian anugerah itu tadi.

Dijemput Puan Asma’ untuk menyampaikan cenderamata kepada


penyampai anugerah kita atas kesudian menyampaikan anugerah
13

sebentar tadi. Majlis mempersilakan.

14 Ust. Hadi Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

PERSEMBAHAN 3: Kita akan memberi laluan kepada persembahan para pelajar. Dengan
SEKOLAH RENDAH ini, majlis mempersilakan pelajar-pelajar rendah tahap 2 untuk
TAHAP 2 membuat persembahan sajak dan nyanyian lagu yang bertajuk
Palestina Tercinta di bawah pimpinan Ustaz Lokman. Dipersilakan

(PERSEMBAHAN PELAJAR)

ULASAN: Demikianlah persembahan daripada pelajar-pelajar rendah


tahap 2. Terima kasih diucapkan kerana telah menyajikan satu
persembahan yang cukup menarik.

15 C. Fazilah Seterusnya, kita beralih ke penyampaian anugerah hafazan (UASA)


untuk sekolah rendah Akademi Tahfiz Al-Hidayah.

SIDANG 4 : Majlis dengan itu mempersilakan


ANUGERAH
HAFAZAN TERBAIK PENYAMPAI : ENCIK SUHAIMI BIN MUHAMMAD ALI
(UASA) RENDAH PENGIRING : USTAZ MUAADH MUSTAFA ALI MUKRED
(37 orang)
untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Majlis
14

mempersilakan.

Penerima anugerah hafazan terbaik UASA bagi kelas _____

(PENYAMPAIAN ANUGERAH: RUJUK SENARAI NAMA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada ENCIK SUHAIMI BIN MUHAMMAD ALI atas kesudian
menyempurnakan penyampaian anugerah itu tadi.
Dijemput Ustaz Muaadh untuk menyampaikan cenderamata kepada
beliau atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Majlis
mempersilakan.

16 Ust. Hadi Warga dewan dan para pelajar yang diraikan,


**
SIDANG 4 : Kita teruskan majlis dengan penyampaian anugerah hafazan terbaik
ANUGERAH (UASA) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah Akademi Tahfiz Al
HAFAZAN TERBAIK Hidayah. Majlis dengan ini mempersilakan
(UASA) PENYAMPAI : ENCIK HAIZDAR BIN ARSHAD
MENENGAH dan sekali lagi diiringi oleh
(21 orang) PENGIRING : USTAZ MUAADH

untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Majlis


mempersilakan.
15

Penerima anugerah hafazan terbaik UASA bagi kelas _____

(PENYAMPAIAN SIJIL : RUJUK SENARAI NAMA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas kesudian ENCIK HAIZDAR kerana telah menyempurnakan
penyampaian anugerah itu tadi.

Dijemput Ustaz Muuadh untuk menyampaikan cenderamata kepada


penyampai anugerah kita atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

17 C. Fazilah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, PA : akan


memainkan
PERSEMBAHAN 4 : Majlis sekali lagi akan memberi laluan untuk persembahan para montage
SEKOLAH pelajar. Dengan ini, majlis mempersilakan pelajar menengah untuk sementara
MENENGAH membuat persembahan yang bertajuk “Si Tanggang Anak Derhaka”. menunggu
Majlis mempersilakan. pelajar setup
props
(PERSEMBAHAN PELAJAR)

ULASAN : Demikianlah tadi persembahan daripada pelajar-pelajar


menengah atas bimbingan Madam Nabihah. Terima kasih diucapkan
kerana telah menyajikan satu persembahan yang cukup menarik.
16

18 Ust. Hadi Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


**
SIDANG 5 : Majlis diteruskan ke acara penyampaian Anugerah Graduasi bagi
pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023
ANUGERAH
Akademi Tahfiz Al Hidayah.
GRADUASI SPM
2023 Majlis dengan ini mempersilakan
(10 orang) PENYAMPAI : PN. ASMA BINTI A.SAMAT
dengan diiringi oleh
PENGIRING : USTAZ MOHD TAUFIK BIN MD LAZIM
untuk menyampaikan anugerah. Majlis mempersilakan.

Dipersilakan saudara/saudari :

(PENYAMPAIAN SIJIL : RUJUK SENARAI NAMA)

Dijemput ibu bapa pelajar-pelajar SPM 2023 untuk naik ke pentas


bagi sesi fotografi.
(SESI BERGAMBAR)
19 C. Fazilah Kita teruskan majlis dengan penyampaian anugerah akademik
** terbaik (UASA) untuk pelajar senior 1 hingga senior 4 dan pelajar
SIDANG 6 : MADAH Akademi Tahfiz Al Hidayah.
ANUGERAH
AKADEMIK Penerima anugerah akademik terbaik UASA bagi kelas _____
TERBAIK (UASA) SR
1 – SR 4 & MADAH
17

(16 orang) (PENYAMPAIAN SIJIL : RUJUK SENARAI NAMA)


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Pn. Asma atas kesudian menyempurnakan penyampaian
anugerah itu tadi.
Dijemput Ustaz Mohd Taufik untuk menyampaikan cenderamata
kepada Pn. Asma sebagai tanda penghargaan dari ATAH. Majlis
mempersilakan.

20 Ustaz Hadi Warga dewan yang dihormati sekalian,

SIDANG 7 : Majlis akan diteruskan dengan penyampaian anugerah khas pelajar


ANUGERAH KHAS: terbaik bagi UPKK 2022 KUMP B, UPSRA 2023 & PERCUBAAN SPM
PELAJAR TERBAIK 2023.
UPKK 2022 KUMP
B, UPSRA 2023 & Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput
PERCUBAAN SPM
2023 PENYAMPAI : PN. SAKDIAH BINTI TAEB
PENGIRING : USTAZ MUAADH
untuk menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis
mempersilakan.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH – UPKK, UPSRA, PERCUBAAN SPM)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


18

kepada PN. SAKDIAH BINTI TAEB atas kesudian menyempurnakan


penyampaian anugerah itu tadi.
Dijemput Ustaz Mohd Taufik untuk menyampaikan cenderamata
kepada penyampai anugerah. Majlis mempersilakan.

21 C. Fazilah Para hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


anugerah khas yang seterusnya. Dengan ini, majlis menjemput
PENYAMPAIAN
ANUGERAH KHAS :
PENYAMPAI : YANG BERBAHAGIA PN. NUR TAYYIBAH AZ ZAHRA
TALAQI, KHATAM
AL HAFIZ & BINTI ABOO THAHIR, PENOLONG PENGARAH KANAN BAHAGIAN
KHATAM AL PELAJARAN JAWI
HAFIZAH DIIRINGI : PN. ASMA
ke atas pentas. Dipersilakan

Dimulakan dengan penerima anugerah khas khatam (talaqi) 2023,


Dipersilakan :

(PENYAMPAIAN ANUGERAH : KHATAM TALAQI – LIHAT SENARAI)

******************************************

Seterusnya, adalah penyampaian anugerah khas khatam Al-Hafiz dan


Al-Hafizah bagi tahun 2023
19

Dipersilakan, penerima :

ANUGERAH KHAS KHATAM AL HAFIZ

1. LUQMAN HAKIM BIN ARIEF


- Dijemput ibu dan bapa Luqman Hakim (Encik Arief bin Mohd Nor &
Pn. Rodziyati binti Mustapha) untuk turut bersama tampil ke
pentas. Adik Lukman Hakim akan memakaikan mahkota buat ibunya
sebagai tanda penghargaan bahawa kejayaan seseorang anak itu
bermula dengan doa dan redha ibu dan ayah.

2. AIMAN BAHRIN BIN SHAMSUL BAHRIN


- Dijemput ibu Aiman Bahrin bin Shamsul Bahrin (Pn. Roslailawati
binti Mohamed) untuk turut bersama tampil ke pentas. Saudara
Aiman Bahrin akan memakaikan mahkota buat ibunya sebagai tanda
penghargaan bahawa kejayaan seseorang anak itu bermula dengan
doa dan redha dari ibu..

Seterusnya, penerima
ANUGERAH KHAS KHATAM AL- HAFIZAH
20

1 FATIN ZULAIKHA BINTI HAIRY FITRI


-Dijemput ibunya (Pn.Dalila binti Abdul Rahman & Pn. Asma’ binti
A. Samat) untuk turut bersama tampil ke pentas. Adik Fatin akan
memakaikan mahkota dan kain selempang buat ibunya sebagai
tanda penghargaan bahawa kejayaan seseorang anak itu bermula
dengan doa dan redha ibu.

2. WAN NURARIFATUSSOLIHAH BINTI WAN MAHATHIR


-Dijemput bapanya (En. Wan Mahathir bin Wan Muhammad ) untuk
turut bersama tampil ke pentas. Adik Arifah akan memakaikan
mahkota dan kain selempang buat bapanya sebagai tanda
penghargaan bahawa kejayaan seseorang anak itu bermula dengan
doa dan redha ibu dan ayah.

ULASAN : Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada : YANG BERBAHAGIA PN. NUR TAYYIBAH AZ
ZAHRA BINTI ABOO THAHIR atas kesudian menyempurnakan
penyampaian anugerah itu tadi.
Dijemput Pn. Asma untuk menyampaikan cenderamata kepada
penyampai anugerah kita itu tadi .Majlis mempersilakan.

22 Ust. Hadi Warga dewan yang dihormati sekalian, majlis akan memberi laluan
kepada persembahan Kalam Jamaie daripada pelajar-pelajar
21

PERSEMBAHAN 5: Perempuan Madrasah Lil Banat Akademi Tahfiz Al Hidayah (MADAH)


PERSEMBAHAN di bawah bimbingan Ustazah Aina & Ustazah Aqilah. Dengan ini,
MADAH majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN PELAJAR)
ULASAN: Demikianlah persembahan daripada pelajar-pelajar
MADAH. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik itu
tadi.

23 C. Fazilah Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

ANUGERAH KHAS: Kita teruskan majlis dengan penyampaian anugerah khas ibu bapa
IBU BAPA PRIHATIN prihatin dan juga anugerah khas pendidik.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, anugerah ibu bapa prihatin ini
diberikan kepada mereka yang banyak memberikan kerjasama dan
komitmen terhadap pencapaian dan prestasi anak-anak serta
menyertai atau menyokong program-program sekolah.

Dengan itu, majlis mempersilakan


PENYAMPAI : PN. ROSLAILAWATI BINTI MOHAMED
PENGIRING : PN.ASMA
untuk menyampaikan anugerah khas ibu bapa prihatin. Majlis
mempersilakan.
22

(PENYAMPAIAN SIJIL: RUJUK SENARAI NAMA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Ibu Laila atas kesudian menyempurnakan penyampaian
anugerah itu tadi.
Dijemput Puan Asma’ untuk menyampaikan cenderamata kepada
Ibu Laila kerana telah menyampaikan anugerah sebentar tadi. Majlis
mempersilakan.

24 Ust. Hadi Warga dewan sekalian,


ANUGERAH KHAS : Kita telah hamper sampai ke penghujung majlis. Anugerah terakhir
GURU pada hari ini adalah anugerah khas buat para pendidik. Dengan itu,
majlis menjemput Puan Asma’ binti A. Samat untuk mengelolakan
anugerah khas pendidik. Majlis mempersilakan.

(PENYAMPAIAN OLEH PUAN ASMA’)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Asma’ yang telah mengakhiri


anugerah khas para pendidik dan sekalung tahniah dari kami selaku
pengacara majlis hari ini buat para graduan dan para pelajar serta
ibu bapa yang telah menerima anugerah pada Majlis Ihtifal Akademi
Tahfiz Al Hidayah bagi sesi 2023.

25 Ust. Hadi Hadirin yang dihormati sekalian,


23

PENUTUP
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah khas itu tadi, maka
tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur
diri. Kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau bicara sepanjang kami
berbicara.

Terima kasih buat semua jemputan, penyampai-penyampai


anugerah, ibu bapa, warga ATAH, rakan guru, orang perseorangan
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi mejayakan
majlis Ihtifal 2023 ini.
Akhir sekali, terimalah 2 rangkap pantun dari kami :

Pohon kenanga elok merimbun,


Tersenyum si dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun,
Wacana hidup berkat selamanya.

Burung tekukur terbang rendah,


Terbang bersama si burung murai,
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

Kami sudahi majlis ini dengan


Wabillah hi taufiq wal hidayah
Wassalamualaikum wbt.
24

26 Ust. Hadi
BERSURAI Untuk makluman tuan puan, sedikit kudapan disediakan secara
Makluman paket. Tuan puan boleh mengambil makanan sebelum pulang di
makanan meja berdekatan pintu keluar.

You might also like