You are on page 1of 12

Segala Tentang

Ramadan
Buku Aktiviti

Nama

Kelas
Ramadan ialah bulan kesembilan mengikut
kalendar Islam.

Warnakan bulan-bulan Islam dalam setahun.


Bulatkan bulan Ramadan.

Bulan dalam
kalendar Islam
1. Muharam 7. Rejab

2. Safar 8. Syaaban

3. Rabiulawal 9. Ramadan

4. Rabiulakhir 10. Syawal

5. Jamadilawal 11. Zulkaedah

6. Jamadilakhir 12. Zulhijah

1 Segala Tentang Ramadan


Kalendar Islam adalah kalendar lunar
yang dikira berdasarkan peredaran bulan
mengelilingi bumi bukan matahari.

Bolehkah anda mengenal pasti anak bulan


Ramadan? Bulatkan anak bulan Ramadan jika
anda menjumpainya.

© Twinkl Educational Publishing 2


Berpuasa pada bulan Ramadan ialah salah
satu daripada Rukun Islam.

3
Warnakan Rukun Islam yang ketiga.

Berpuasa
pada bulan
Ramadan

3 Segala Tentang Ramadan


Sawm dalam Bahasa Arab bermaksud puasa.
Puasa ialah apabila kita tidak makan dan
minum dari terbit fajar hingga Maghrib iaitu
waktu matahari terbenam.

Warnakan poster dilarang makan dan minum


sepanjang bulan Ramadan.

© Twinkl Educational Publishing 4


Puasa mengajar kita untuk bersabar,
mendisiplinkan diri dan mensyukuri
nikmat Allah.

Bolehkah anda fikirkan contoh tabiat atau


perbuatan buruk yang boleh ditinggalkan?

5 Segala Tentang Ramadan


Al-Quran pertama kali diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW pada malam
Lailatulqadar atau lebih dikenali sebagai
'Malam Seribu Bulan'.

Baca dan warnakan beberapa fakta tentang


Lailatulqadar.

Al-Quran
pertama kali
diturunkan
Lailatulqadar pada
malam ini.

Berdoa pada malam


Malam ini adalah bersamaan
Lailatulqadar ialah dengan berdoa selama
malam yang damai seribu bulan.
sehingga terbit
fajar (Subuh).

© Twinkl Educational Publishing 6


Terdapat dua hidangan utama pada bulan
Ramadan. Iftar ialah juadah yang kita makan
ketika berbuka puasa pada waktu Maghrib
atau waktu matahari terbenam. Sahur ialah
juadah yang dinikmati sebelum waktu Subuh
atau waktu terbit fajar supaya kita bertenaga
untuk berpuasa sepanjang hari.

Tuliskan atau lukiskan lima makanan kegemaran


anda pada waktu Iftar dan Sahur.

1
2
3
4
5
7 Segala Tentang Ramadan
Cari perkataan tersembunyi Ramadan.

Cari perkataan tersembunyi di bawah.

a b p u a s a t h
f n a p q r r s u
a z l b w d a a g
j l q n m p m h s
a b u z p b a u e
r s r l u n d r q
u a a i f t a r c
g w n j k l n n o
s m a g h r i b a

Ramadan Al-Quran
Iftar Sawm
Sahur Fajar
Puasa Maghrib

© Twinkl Educational Publishing 8


Pada bulan Ramadan, kita berpeluang
memperoleh ganjaran pahala yang berlipat
ganda apabila kita membuat amal kebajikan
dan meninggalkan kemungkaran.

Tuliskan lima matlamat yang ingin anda capai


sepanjang bulan Ramadan.

1
2
3
4
5
9 Segala Tentang Ramadan
© Twinkl Educational Publishing 10

You might also like