You are on page 1of 5

TAHUN 1436H / 2015M

1. PENDAHULUAN
Program Ihya Ramadan merupakan satu program yang dijalankan pada setiap
tahun. Ia merupakan program yang bertujuan bagi mengimarahkan kedatangan bulan
Ramadhan. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memberi kesedaran tentang fadhilat dan
pentingnya melakukan amalan-amalan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada
kita. Setiap amalan yang dilakukan akan dilipat gandakan pahalanya. Selain itu
kedatangan Ramadhan juga dapat memupuk sifat sabar dan melatih diri setiap insan
dalam menjalani ibadah puasa.
Semoga dengan aktiviti yang telah dirangka ini dapat membantu
mempertingkatkan kesedaran dikalangan murid-murid tentang kepentingan berpuasa dan
menyedari akan tanggungjawab yang telah diwajibkan oleh Allah SWT kepada umat
Islam.

2. OBJEKTIF

1. Menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan harian.

2. Murid boleh membaca dan menghafaz surah-surah pendek.

3. Murid dapat mengimarahkan bulan Ramadhan.

4. Menggandakan amal ibadat di bulan Ramadhan.

5. Mendidik rohani dan jasmani murid dalam menjalani ibadah puasa.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid dan guru SK Pasir Panjang.

4. PELAKSANAAN

Masa : Sepanjang Ramadhan (Waktu Persekolahan)

Hari : Isnin Jumaat

Tempat : Surau & Dewan Gemilang.


5. PENDEKATAN & PENGISIAN PROGRAM

Tadarus Al-Quran

Membaca & menghafaz surah-surah pendek (Juzuk Amma)

Memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui radio sekolah pada

setiap pagi Isnin hingga Jumaat.

Memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui radio SkePP pada

setiap pagi Isnin Jumaat.

Tazkirah Ramadhan pada perhimpunan setiap pagi.

Asma al-Husna setiap pagi Isnin.

Info Ramadhan di papan kenyataan (Sudut Panitia Pendidikan Islam).

Risalah Ramadan

Majlis khatam Al-Quran.

Pengagihan derma / duit raya kepada pelajar miskin dan anak yatim.

6. JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Radisah Binti Jusoh

N. Pengerusi : En. Khairul Annuar Bin Budin

Penyelaras : Puan Hashimah binti Husin

Setiausaha : Cik Nursyahida binti Mohamed

Bendahari : Pn Saliah bunti Mohd Razali

Ajk : En. Zool Hilmi Bin Othman


7. Berikut merupakan wang pendapatan yang diperlukan untuk program ini:

TUNTUTAN PERBELANJAAN:

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1. Fotostat Buletin RM 50
2. Bunga telur
RM 50
3. Cenderahati Peserta Khatam Al-Quran RM 450
4. Banner RM 50
Jumlah Perbelanjaan RM 600

8. HARAPAN

Apa yang diharapkan semoga program ini dapat mencapai objektif sebagaimana yang
telah ditetapkan dan berjalan dengan lancar. Semoga dengan kedatangan Ramadhan pada
tahun ini dapat menambahkan lagi pahala dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat bagi
menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

----------------------------------
NURSYAHIDA BINTI MOHAMED
(Setiausaha Panitia Agama Islam)

ULASAN
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Disahkan oleh:

--------------------------------------
RADISAH BINTI JUSOH
GURU BESAR
SK PASIR PANJANG, PEKAN.
PROGRAM IHYA RAMADAN

Panduan Pelaksanaan

BIL MASA PERKARA PENGISIAN


1. Sebelum Ramadan Istiqbal Ramadan Banner
(10 akhir Syaaban) Risalah Falsafah Ramadan
Ceramah
Nasyid / puisi / sajak
(Bertemakan Ramadan)
2. Awal minggu Perhimpunan Sekolah Tazkirah Ramadan
(Sepanjang Ramadan) Muhasabah
3. Pagi Penghayatan Ramadan Doa Ramadan / awal pagi
Izaah Ramadan Zikir harian sebelum p&p
(Siaran Ramadan) Kullim (Kuliah Lima Minit)

4. Rehat Penghayatan Ramadan Sunat Dhuha


Tadarus
Tabung bergerak (10 sen
sehari)
5. Sebelum P&P Penghayatan Ramadan Zikir harian
Doa
Selawat
6. Sebelum Pulang Penghayatan Ramadan Zikir harian
Doa
7. 15 Ramadan Menuju Maghfirah Semangat fitrah
Muhasabah
8. 17 Ramadan Nuzul Al-Quran Ceramah
Forum / Kuiz
Pertandingan hafaz Al-Quran
9. Sepanjang Ramadan Identiti Islam Menutup aurat dengan
sempurna
Ifsyak Ussalam / Menghindari
perkara-perkara lagha
10. Sepuluh Akhir Ramadan Al-Itqu Minannar Majlis Khatam Al-Quran
Wada Ramadan Sedekah
Muhasabah Ramadan

You might also like