You are on page 1of 12

KUIZ RAMADHAN:

Sila jawab soalan yang diberikan ;

1. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke berapa ?


Jawapan : Ketiga.

2. Bilakah umat Islam difardhukan berpuasa ?


Jawapan : 10 Sya’ban Tahun Kedua Hijrah

3. Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak.


Jawapan : Menahan diri daripada makan dan minun dan perkara-perkara yang membatalkannya
bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

4. Apakah hukum berpuasa ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya ?


Jawapan : Wajib.

5. Sebutkan syarat dua hikmah puasa.

Jawapan : 1. Melatih diri dengan sifat mahmudah 2. Menginsafi kesusahan yang dirasaikan oleh
orang miskin.
@ lain-lain jawapan yang bersesuaian.

6. Orang berpuasa hendaklah menjauhkan diri daripada apa?


Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

7. Umat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah ayat 183 dalam Surah
……………………………?
Jawapan : Al-Baqarah

8. Puasa juga telah disyariatkan kepada ………………………………………. terdahulu.


Jawapan : Umat

9. Nyatakan dua syarat wajib puasa.


Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
10. Nyatan dua lagi syarat puasa selain daripada jawapan yang telah diberikan tadi.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa

11. Adakah orang tua yang uzur menderita penyakit kronik wajib berpuasa ?
Jawapan : Tidak

12. Bagaimanakah keadaan puasa kanak-kanak yang belum baligh ?


Jawapan : Sah

13. Bagaimanakah puasa orang kafir yang meniru cara umat Islam menjalankan ibadah puasa ?
Jawapan : Tidak Sah

14. Seorang yang telah disahkan gila sepanjang hayat melakukan ibadah puasa.
Jawapan : Tidak Sah.

15. Adakah orang yang terlupa bagun sahur dikira berpuasa pada keesokan harinya ?
Ya.

16. Orang tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan


wajib…………………………………….puasanya di hari lain luar daripada bulan Ramadhan
sebelum tiba bulan Ramadhan berikutnya.
Jawapan : Mengqada

17. Majid hanya berpuasa selama 29 hari sahaja. Apakah yang perlu dilakukannya dengan
1 hari yang tertinggal itu?

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Pertama


1. Berapakah jenis-jenis puasa?
I. PUASA WAJIB – Puasa Ramadhan, Puasa Kafarah dan Puasa Nazar.
II. PUASA SUNAT – Puasa Isnin dan Khamis, Puasa hari Arafah, Puasa hari Asyura, dan Puasa hari-
hari putih (13hb, 14hb dan 15hb setiap bulan Islam)
III. PUASA MAKRUH – Puasa hari Jumaat sahaja, Puasa hari Sabtu sahaja dan berpuasa setiap hari.
IV. PUASA HARAM – Puasa hari raya, puasa hari-hari Tasyrik dan Puasa hari syak.
2. Apakah syarat-syarat sah puasa Ramadhan?
I. ISLAM – Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad daripada agama
II. BERAKAL – Tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumaiyiz kerana puasa
memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
III. BEBAS DARIPADA HAID DAN NIFAS – Tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas,
malah mereka diharamkan untuk berpuasa.
IV. PUASA DILAKUKAN PADA HARI-HARI YANG DIHARUSKAN BERPUASA – Hari-hari sepanjang
tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hari-hari
tasyrik dan hari syak.
3. Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari pada bulan syawal dengan puasa qada iaitu
satu puasa untuk dua niat?
Syeikh Dr.Ali Jum’ah (Mufti Mesir) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan, ‘’Jika seseorang itu
mampu menunaikan puasa qada yang tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan
Ramadhan, Kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik (afdal).
Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam daripada puasa qada yang dilakukan dalam bulan syawal
mengikut pandangan mazhab asy-syafi’i. Namun yang paling baik adalah mengasingkan kedua-duanya
(yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian daripada pandangan mazhab lain yang tidak
mengharuskannya di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus juga ia mendahulukan
puasa enam hari dalam bulan Syawal dan menunaikan puasa qada pada bulan-bulan yang lain (selepas
syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya.”
4. Siapakah yang diwajibkan ke atasnya fidyah sahaja?
I. Orang tua yang tidak berpuasa kerana tua dan tidak mampu lagi berpuasa. Ia tidak wajib lagi qada
puasa dan hendaklah menggantinya dengan membayar fityah.
II. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh lagi, yakni sakitnya berpanjangan dan tidak mampu lagi
berpuasa buat selamanya. Ia tidak di tuntut lagi mengqada puasa, akan tetapi hendaklah menggantikan
puasanya dengan membayar fidyah.
5. Apakah syarat-syarat wajib zakat fitrah?
I. Muslim
II. Sempat bertemu hujung Ramadhan dan awal Syawal
III. Mampu

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Kedua


1. Apakah maksud keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa? Apakah keuzuran-keuzuran
tersebut?
Maksud keuzuran yang diharuskan berbuka puasa ialah perkara-perkara yang mengharuskan seseorang
untuk tidak berpuasa, yakni ia diberi kelonggaran oleh syarak untuk meninggalkan puasa walaupun jika
ia berpuasa, puasanya sah dan diterima.
Keuzuran-keuzuran tersebut ialah:
i. Sakit
ii. Musafir
iii. Tidak mampu berpuasa
2. Saya berada di dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau
malam, makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang, adakah dikira musafir?
Hendaklah berbuka apabila meyakini matahari terbenam iaitu apabila melihat malam, tanpa mengira
sama ada bilangan jam berpuasa menjadi lebih pendek atau menjadi lebih panjang. Jadi yang menjadi
ukuran adalah apabila terbenam matahari maka tibalah masa berbuka puasa walau di mana berada.
Mungkin di atas kapal terbang tidak dapat memastikan secara tepat bila matahari terbenam, namun
dapat memastikan malam telah tiba atau tidak dengan memerhati di luar kapal terbang. Jika berpuasa
mendatangkan kesulitan, boleh berbuka kerana seorang yang berada dalam musafir yang jauh (yakni
melebihi dua marhalah iaitu 85 – 90 km) diharuskan berbuka puasa oleh syarak, namun wajib
menqadanya semula selepas Ramadhan.
3. Apakah hikmah diwajibkan zakat firtrah?
i. Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka.
ii. Sebagai bantuan untuk orang miskin, iaitu untuk membantu mereka sekadar yang terdaya agar
mereka dapat sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari raya.
4. Apakah kaifiat mengerjakan solat terawih?
i. Solat terawih digalakkan secara berjemaah di masjid atau surau.
ii. Solat terawih hendaklah dikerjakan dua rakaat, dua rakaat sebagaimana yang biasa dilakukan oleh
umat Islam.
iii. Hendaklah diniatkan solat terawih atau qiyam Ramadhan setiap kali mengerjakan dua rakaat. Jika
hanya diniatkan solat sunat secara umum, tidak sah solat terawih.
iv. Disunatkan memanjangkan bacaan Al-Quran dalam solat terawih, begitu juga dalam solat-solat yang
lain sama ada solat fardhu atau sunat.
v. Solat malam termasuklah qiyam Ramadhan atau solat terawih, sunat ditutupkan dengan solat witir.
5. Apakah kaifiat mengerjakan solat witir?
i. Sekurang-kurang witir ialah satu rakaat. Namun yang sempurna ialah melakukan tiga rakaat atau
lebih (dengan bilangan ganjil). Paling banyak ialah 11 rakaat.
ii. Jika melakukan witir lebih dari tiga rakaat (yakni lima, tujuh dan seterusnya) yang terbaik ialah
memberi salam setiap dua rakaat.
iii. Menurut mazhab asy-Syafi’i disunatkan membaca qunut pada rakaat akhir witir apabila masuk
pertengahan Ramadhan.

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Ketiga


1. Apa hukum mengunyah-ngunyah sesuatu ketika sedang berpuasa tanpa menelannya?
Makruh. Namun jika benda yang dikunyahnya itu mencair atau tertanggal bahannya ke dalam air liur,
lalu ditelan bersama air liur atau tertelan batallah puasa.
Begitu juga, makruh mengunyah-ngunyah makanan kecuali jika tidak dapat dielakkan seperti untuk
memberi makan kepada anak yang masih bayi atau sebagainya, maka tidaklah makruh. Walau
bagaimanapun, hendaklah dipastikan makanan yang dikunyah itu tidak ditelan atau tidak masuk
bersama air liur ke dalam kerongkong kerana jika berlaku, akan batallah puasa.
2. Adakah harus bercelak ketika sedang berpuasa? Bagaimana pula dengan menitik ubat ke dalam
mata?
Harus memakai celak ketika sedang berpuasa (yakni tidak membatalkan puasa dan tidak juga
dimakruhkan), begitu juga harus menitik ubat ke dalam mata kerana mata bukanlah saluran yang
terbuka (yang sampai ke rongga dalam badan iaitu perut atau kepala) maka tidak batal puasa dengan
memasukkan sesuatu ke dalamnya.
3. Adakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat?
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan
tersebut, ia murtad daripada agama dengan sepakat para ulama. Orang yang murtad tidak sah
ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat,
Cuma ia malas melakukannya), para ulama berbeza pandangan tentang hukumnya:
i. Imam Ahmad berpandangan, ia adalah kafir
ii. Jumhur ulama berpandangan ia fasik yakni tidaklah menjadi kafir akan tetapi telah melakukan dosa
yang amat besar
4. Siapakah yang hendak dan perlu diberikan zakat fitrah?
a) Untuk golongan fakir
b) Untuk golongan miskin
c) Untuk golongan mualaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
d) Untuk amil yang dilatik menguruskan zakat
e) Untuk hamba yang ingin memerdekakan dirinya
f) Untuk orang yang dibelenggu oleh hutang
g) Untuk dibelanjakan bagi kemaslahatan agama Allah
h) Untuk musafir yang terputus bekalan

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Keempat


1. Berapakah kadar Zakat Fitrah yang wajib dikeluarkan?
Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu ash-sha iaitu satu gantang Baghdad yang menyamai
timbangan hari ini kira-kira 2750 gram atau 2.75 kg. Ini mengikut timbangan gandum. Adapun mengikut
timbangan beras, satu gantang banghdad menyamai 2600 gram atau 2.6kg (mengikut Majlis Fatwa
Kebangsaan)
Seelok-eloknya tatakala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah dilebihkan sedikit daripada kadar
segantang yang diwajibkan itu kerana ada kemungkinan makanan yang kita keluarkan itu terdapat
tanah, jerami atau seumpamanya di dalamnya yang telah boleh mengurangkan kadar yang sepatutnya
dikeluarkan.
2. Bilakah anak wajib menanggung Zakat Fitrah untuk ibu bapanya?
Anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi ibu bapanya kecualilah jika ibu bapanya fakir atau
miskin di mana nafkah sara hidup mereka menjadi kewajipannya ketika itu. Adapun ibu bapa yang kaya
atau berkemampuan, zakat fitrah mereka tidak wajib di tanggung oleh anak-anak mereka akan tetapi
ditanggung oleh mereka sendiri.
3. Jika seseorang masih hidup tetapi lemah untuk berpuasa bolehkah mana-mana ahli keluarganya
berpuasa untuknya?
Orang yang hidup tidak harus sesiapa pun berpuasa untuknya sama ada ia lemah iaitu tidak berdaya
berpuasa atau kuat iaitu mampu berpuasa.
4. Apakah amalan-amalan sunat dilakukan pada Hari Raya?
i. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah
ii. Mandi sunat
5. Bilakah bermulanya dan berakhirnya takbir muqayyad?
i. Bagi Hari Raya Korban – Takbir muqayyad bermula dari solat subuh hari Arafah hinggalah selepas
solat asar pada hari tasyrik terakhir.
ii. Bagi Hari Raya Fitrah – Bermula takbir muqayyad itu dari solat maghrib pada malam hari raya dan
berakhir selepas solat subuh pada pagi hari raya.

JAWAB SOALAN DI BAWAH

1. Maksud puasa ialah __________________ ______________ dari ________________ dan

_____________ dan perkara –perkara yang ____________________ ________________ bermula dari

_________________ ______________ hingga _________________ _________________ dengan

disertai _______________ pada malamnya.

2. Kita disunatkan _______________ sebelum berpuasa pada bulan Ramadhan(berbuka puasa atau

bersahur)
3. Seseorang yang berniat puasa Ramadhan pada waktu pagi batal puasanya (ya atau tidak)

4. Nuzul alQuran - Al-Quran turun pada malam _______ Ramadhan. (17 atau 27)

5. Beramal pada malam Lailatul-Qadar ganjaran pahalanya 1000 _____________ (bulan atau

tahun)

6. Solat 8 atau 20 rakaat dikenali dengan solat ___________________

7. Pada bulan Ramadhan setiap orang mesti membayar zakat ____________ (harta atau fitrah)

8. Senaraikan lima perkara yang membatalkan puasa.

a._________________________ d. ________________________

b._________________________ e. ________________________

c. _________________________

9. Nyatakan empat adab-adab puasa.

a. __________________________________

b. __________________________________

c. __________________________________

d. __________________________________

Pengertian puasa

Bahasa : Menahan diri

Istilah Syarak; Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan
puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

Merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim pada bulan
ramadhan setiap tahun
Rukun Puasa

1. Niat 2. Menahan diri

Lafaz Niat : Menahan diri daripada melakukan


perkara yang membatalkan puasa
‫نويت صوم غد عن أدآء فرض شهر‬ bermula dari terbit fajar sehingga
‫رمضان هذه السنة هلل تعالى‬ terbenam matahari

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk


menunaikan fardhu ramadhan tahun
ini kerana Allah Taala

Perkara yang Membatalkan Puasa

• Bersetubuh pada siang hari


• Muntah dengan sengaja
• Pengsan sepanjang hari
• Melahirkan anak
• Memasukkan sesuatu kedalam rongga hingga sampai kehalkum atau perut
• Mengeluarkan mani dengan sengaja
• Murtad
• Gila
• Keluar Haid atau Nifas

Jawab soalan berikut;

• Berikan pengertian puasa


• Nyatakan rukun puasa
• Tuliskan 5 perkara yang membatalkan puasa.
• Tuliskan samada batal atau tidak batal puasa.
• Ali berpuasa tetapi tidak berniat pada malamnya untuk puasa
• Setelah 3 pinggan makan nasi, barulah Amin sedar yang beliau sedang berpuasa.
• Ahmad yang berpuasa telah pengsan sepanjang hari dan sedar apabila hampir waktu
berbuka.
• Adiib mencabut gigi ketika berpuasa.
• Afiq makan sahur apabila terbit fajar.
• Satu minit sebelum terbenam matahari ali berbuka puasa

Syarat-syarat wajib puasa;


• Islam
• Baligh
• Berakal
• Bebas daripada Uzur Syarie ; Haid, Nifas , Pitam sepanjang hari.
* Orang yang uzur boleh makan dan minum tetapi janganlah sengaja menunjukkan
kepada khalayak bahawa dia tidak berpuasa.

Uzur yang mengharuskan berbuka puasa


• Sakit yang boleh memudaratkan sekiranya berpuasa
• Perjalanan jauh melebihi dua marhalah
• Tidak mampu untuk berpuasa kerana tua atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh

Syarat-Syarat Sah Puasa;

• Islam
• Berakal
• Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu
• Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
• Suci daripada haid dan nifas
• Mumayiz

Perkara Sunat dalam Ibadah Puasa;

Segera membuka puasa setelah yakin masuknya waktu maghrib


Bersahur dan melewatkannya
Mandi ‘Janabah’ sebelum fajar
Membaca doa sebelum berbuka
Memberi jamuan berbuka kepada orang yang berpuasa
Berbuka puasa dengan buah kurma atau sesuatu yang manis
Memperbanyakkan sedekah dan membaca Al-Quran serta beriktikad dimasjid
Memperbanyakkan doa zikir dan berselawat kepada nabi
Perkara Makruh ketika berpuasa;

• Berbekam
• Terlalu kerap atau lama mandi
• Tidur sepanjang hari
• Mengosok gigi selapas gelincir matahari
• Berkumur secara berlebihan
• Merasa makanan dengan lidah

Jawab soalan berikut:


• Nyatakan 4 dari syarat sah berpuasa
• Jelaskan 4 dari perkara sunat dilakukan ketika berpuasa
• Tuliskan 2 perkara makruh dilakukan ketika berpuasa.
• Nyatakan tiga dari golongan yang diharuskan berbuka puasa

Jenis-jenis puasa
Wajib Sunat Makruh Haram

1. Bulan ramadhan
3. Hari arafah (9 7. Berpuasa sunat hanya pada
9. Pada hari raya
2. Qadaq nazar Zulhijjah) hari jumaat atau sabtu Aidilfitri
4. Hari isnin dan jumaat
8. Berpuasa sepanjang tahun10. Pada hari-hari
5. Puasa tiga hari setiap Tashrik iaitu 11,12
bulan iaitu 13,14,dan dan 13 Zulhijjah
15 11. Pada hari Syak iaitu
6. Puasa 6 hari dalam 30 Syakban
bulan syawal

Hikmah Berpuasa

• Mempunyai hikmah yang banyak samaada yang berbentuk fizikal mahupun mental
• Menjana kekuatan rohani dan jasmani
• Melatih diri dengan sifat sabar dan akhlak
• Menimbulkan perasaan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin

Akibat buruk orang yang tidak berpuasa

• Dimurkai Allah S.W.T


• Kehidupan tidak tenang
• Bersifat riak dan gelojoh
• Cepat berputus asa
• Dibenci masyarakat dan dipandang hina
• Menyumbang kepada kemunduran negara

Penghayatan

Sentiasa berdisplin melakukan ibadah serta meyakini kebaikan syariat islam


Melatih diri bersifat sabar dan tabah
Berusaha untuk menyemai sifat Ikhlas dan sifat amalan yang dilaksanakan

Golongan yang harus berbuka berpuasa;

• Orang yang ditimpa sakit


• Orang sakit tenat yang tiada harapan sembuh
• Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
• Orang yang tersangat lapar atau dahaga membahayakan diri
• Orang tua yang tidak mampu berpuasa
• Perempuan mengandung yang bimbang kesihatan dirinya atau kandungan
• Orang yang melakukan perkerjaan berat
• Perempuan yang menyusukan anak untuk menjaga kesihatan diri atau anaknya
Qadha, fidyah dan kifarah puasa

Qadha
• Qadak ialah mengerjakan semula ibadah yang tidak sah, yang tertinggal atau sengaja
ditinggalkan pada waktu lain atau hari lain

contoh; Ali berpuasa pada 5 haribulan syawal bagi menggantikan puasa ramadhan yang
tertinggal selama satu hari

Fidyah
• Fidyah ialah sejenis gantian yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan
kesalahan tertentu ketika beribadah, iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin makanan
asasi penduduk negeri berkenaan sebanyak secupak bagi setiap hari ditinggalkan

Contoh: seorang nenek mengeluarkan fidyah sebagai gantian tidak berpuasa di bulan
ramadhan kerana terlalu uzur untuk puasa

Kifarah

• Kifarat ialah denda yang dikenakan kerana melanggar sesuatu peraturan atau hukum
agama. Dendanya ialah memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu hendaklah
berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu wajib memberi 60 cupak makanan
asasi kepada fakir miskin.

Contoh: Ali dikehendaki memerdekakan seorang hamba kerana kesalahan bersetubuh


disiang hari di bulan ramadhan

Hikmat diharuskan berbuka puasa

• Memberi kemudahan dan kesenangan kepada mereka yang tidak dapat mengerjakan
puasa
• Memberi semangat untuk terus mengerjakan ibadat puasa
• Menjalani kehidupan berlandaskan hukum-hukum syarak
• Mendapat hidayah dan keredaan Allah

Soalan pengukuhan

1. Berikan takrif puasa dari sudut bahasa dan istilah syarak.


2. Jelaskan tentang rukun puasa.
3. Jelaskan syarat wajib puasa.
4. Nyatakan syarat-syarat sah puasa
5. Jelaskan 4 dari perkara sunat dilakukan ketika berpuasa
6. Jelaskan 5 perkara makruh dilakukan ketika puasa.
7. Berikan hukum dan alasan bagi masalah berikut:
 Ali tidak berniat pada malam hari dibulan ramadhan
 Aminah masih berpuasa walaupun dirinya haid
 Abu koma sepanjang hari dibulan ramadhan
 Irwan gila berpuasa dibulan ramadhan
 Peah melahirkan anak dibulan ramadhan sedangkan ia berpuasa
 Joyah muntah kerana mabuk naik bas sedangkan ia berpuasa.
 Sebutkan jenis-jenis puasa...

 Puasa terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu samada wajib, sunat, makruh dan
haram. Puasa wajib adalah seperti berikut:
 (1) Puasa Ramadhan
 (2) Puasa Qadha`
 (3) Puasa Nazar
 (4) Puasa Kafarah

 Pusat Sunat pula:
 (1) Puasa pada 9 dan 10 Muharram
 (2) Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) bg org yg tdk mengerjakan ibadat haji.
 (3) Puasa pada hari Isnin dan Khamis
 (4) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
 (5) Puasa tiga hari pada pertengahan bulan Hijrah, iaitu 13,14 dan 15 haribulan.

 Manakala puasa Makruh pula;
 Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari Sabtu sahaja tanpa disertai dengan hari
sebelum atau selepasnya.
 puasa sepanjang tahun kecuali hari yang diharamkan.

 Puasa Haram pula;
 Puasa pada hari Raya AidilFitri atau Aidil Adha
 Puasa pada hari-hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 haribulan Zulhijjah
 Puasa pada hari Syak, iaitu pada 30 Sya`ban.

You might also like