You are on page 1of 9

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa

Nama:Shanmuga Selven A/L Mutamil Selven Kelas:2 KRK 4 Nama Pelajaran:Sejarah Nama Guru:Pn.Mariatul

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Karim selaku pengetua SMK Bukit Sentosa kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga, guru mata pelajaran Sejarah saya, Regina Ginyam Ratih atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta menyumbangkan masa, tenaga serta wang bagi membantu saya menyiapkan folio ini. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya . Kerana telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat dengan lebih terperinci agar tidak tersilap fakta atau data mengenai isi-isi folio ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada responden yang telah saya menemu bual bagi melengkapkan folio ini.

PERAYAAN TRADISI : HARI RAYA AIDILFITRI Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab : ; 'Ayd al-Fi r "perayaan fitrah")disambut pada

1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari RayaPuasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara, iaitu melalui rukyah (melihat anakbulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulankelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalamTakwimHijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas padasebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr. Namalain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast , Eid Mubarak , Idul Fitri ,Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh umat Islam diseluruh dunia.Tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan. Perayaan ini bermulaselepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa. Hari raya bermula melalui duacara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranyamelalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akandiperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapatempat yang strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapatmengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itubukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan danminum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, di manasekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat FITRI itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusiabalik kepada fitra yang asal. Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusiayang sememangnya bersih dari noda dan dosa.

SEJARAH/ASAL USUL : HARI RAYA AIDILFITRI Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segeramenjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisisecara turun temurun daripada datuk nenek mereka yang terdahulu. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islammenggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermaknaiaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaankeagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yangdiraikan itu adalah satu ibadat. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

KESAN PERAYAAN

KELUARGA Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahimsesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anaksaling bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Semasa hari rayabiasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan harikemenangan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati mas ing-masing.

PERPADUAN Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semuakaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing. Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugimenjadi amalan rutin. Perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, justeruitu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

PAKAIAN Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelakidi Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songketdi bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Bajukurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan bajubaju tradisi ini.

Rujukan

WIKIPEDIA http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

ORANG SUMBER

Majalah Anis September 2010/syawal 1431H

Lampiran

You might also like