You are on page 1of 21

MPU332 WARISAN NUSA

SEMESTER 1, SESI 2022/2023


UP4
ACARA PERAYAAN
PENGENALAN
 Perayaan bermaksud perihal merayakan sesuatu hal atau peristiwa (Dewan Bahasa &
Pustaka, 2007).
 Kewujudan kepelbagaian perayaan di Malaysia merupakan impak daripada latar
belakangnya yang memiliki kepelbagaian etnik dan kepercayaan.
 Berdasarkan laporan Jabatan Penerangan Malaysia 2017, kumpulan kaum di Malaysia
terdiri daripada Melayu, Cina, India, Orang Asli, peribumi Sabah (terdapat 32
kumpulan etnik Kadazan-Dusun, Rungus, Bajau, Bajau Laut, Murut, Lundayeh, Orang
Sungai dan Iranun) dan peribumi Sarawak (mempunyai 27, antaranya etnik Iban,
Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu).

2
Antara perayaan-perayaan utama yang akan
dibincangkan ialah:
▫Hari Raya Aidilfitri
▫Hari Raya Haji
▫Tahun Baru Cina
▫Deepavali
▫Thaipusam
▫Hari Krismas/ Natal
▫Hari Gawai Dayak
▫Hari Kaamatan

3
HARI RAYA PUASA
(AIDILFITRI)
 Merupakan perayaan utama yang diraikan oleh
penganut agama Islam.
 Diraikan bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa
selama sebulan.
 Sepanjang bulan Ramadhan umat Islam berpuasa
pada siang hari dan mengerjakan sembahyang
terawih pada sebelah malamnya.
 Umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-
mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan
ikatan silaturrahim.
 Hari Raya juga disambut selama sebulan yakni pada
bulan Syawal.
 Amalan rumah terbuka yang dilakukan untuk
menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan
agama datang ke rumah untuk meraikan Hari Raya.

5
Kongsikan pengalaman berhari
raya dalam norma baharu
pada tahun lepas.

6
 Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10 bulan
Zulhijjah (bulan Islam).
 Tanda kesyukuran setelah menyempurnakan
rukun Islam yang kelima, iaitu ibadah haji umat
Islam di Mekah.
 Dalam perayaan ini, umat Islam yang
berkemampuan digalakkan untuk melakukan
ibadah korban.
 Umat Islam melakukan korban dengan
menyembelih lembu, kerbau atau kambing untuk
disedekahkan kepada orang-orang miskin.
 Amalan ini dilakukan untuk mengingati sejarah
pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim
a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk
menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail
A.S.

7
TAHUN BARU CINA

8
 Disambut setiap kali menjelang Tahun Baru
Cina mengikut kalendar lunar Cina yang
terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang
dinamakan sempena nama haiwan.
 Tahun Baru Cina disebut sebagai Gong Xi
Fa Cai atau 'Guonian'.
 Ia disambut sempena hari pertama bulan
satu bagi Imlek/kalendar Cina.
 Aktiviti sambutan perayaan Tahun Baru
Cina tidak hanya dilakukan pada satu hari
tersebut sahaja.
 Ia akan berlarutan lebih kurang selama
setengah bulan, selepas merayakan hari
Cap Goh Mei yang jatuh pada 15 hari bulan.

9
Deepavali
• Hari Deepavali diraikan sebagai tanda
kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa
kejahatan.
• 'Deepavali' merupakan kombinasi dua perkataan.
'Deepam' yang membawa maksud cahaya atau
lampu manakala 'Vali' bermaksud arah atau
jalan.
• Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak
bijan di atas kepala dan badan untuk
menyejukkan badan.
• Diikuti pula upacara sembahyang bersama ahli
keluarga di rumah dan mendapat restu daripada
ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil.

11
THAIPUSAM
 Perayaan ini disambut untuk menunaikan nazar dan
menebus dosa atau untuk memohon keampunan atas
segala dosa yang telah dilakukan.
 Nazar bermaksud hajat yang dipohon kepada Dewa
Murugan.
 Pada hari itu mereka akan membawa susu di dalam
belanga dari luar kuil sehingga ke dalam kuil. Susu
dianggap suci sesuai kerana warnanya yang putih.
 Kebiasaannya kaum lelaki akan mencukur rambut pada
hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk
cendana dan air di atas kepala.
 Bagi yang memohon keampunan atas dosa yang telah
dilakukan, mereka akan membawa dan menjunjung
kavadi di atas bahu atau di atas kepala.
 Perayaan Thaipusam bermula pada malam hari bulan
penuh, iaitu bulan Thai berdasarkan kiraan kalendar
Tamil.
 Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak
melintasi bintang bersinar terang dipanggil ‘Pusam’.

13
HARI KRISMAS
(NATAL)
 Hari Krismas atau Hari Natal disambut oleh
penganut agama Kristian pada 25 Disember
setiap tahun.
 Ia diraikan bagi memperingati kelahiran Jesus
dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
 Perayaan ini juga dimeriahkan dengan pelbagai
hiasan pada pokok Krismas dan Santa Claus yang
dikatakan watak mitos terkenal yang sering
dikaitkan dengan pemberi hadiah sempena Hari
Krismas.
 Aktiviti yang lazimnya dilakukan pada Hari
Krismas ialah sambutan keagamaan di gereja,
pemberian hadiah serta kunjung-mengunjung ke
rumah rakan-rakan dan sanak-saudara.

15
HARI GAWAI DAYAK
17
HARI (PESTA)
KAAMATAN
 Pesta Kaamatan atau 'Tadau Kaamatan' diraikan di Sabah
untuk menghormati ‘Bombazon’ iaitu semangat padi.
 Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-
Dusun dan biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
 Antara aktiviti yang diadakan semasa perayaan ini ialah
persembahan dan pertandingan tarian Sumazau yang
ditarikan oleh kaum petani dengan memakai pakaian
tradisional mereka.
 Selain daripada itu, diadakan juga pertandingan nyanyian
yang dikenali sebagai ‘Sugandoi’, pertunjukan bina badan,
ratu cantik atau 'Unduk Ngadau', pertandingan memukul
gong dan sukan rakyat.
 Terdapat juga hidangan tradisional yang akan disajikan
pada perayaan ini, antaranya ialah minuman tapai atau
'Kinomol', iaitu sejenis arak tradisional.

19
• Kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang
kaya dengan kepelbagaian perayaan kerana latar belakang
etniknya yang pelbagai.
• Namun kepelbagaian tersebut tetap diraikan dengan
keharmonian tanpa mengira bangsa dan agama.
• Hal ini demikian kerana, bangsa Malaysia mengamalkan
sikap toleransi yang tinggi dan saling menghormati
perbezaan antara etnik.
• Nilai seperti inilah yang patut diterapkan dan diwariskan
kepada generasi-generasi yang akan datang.

20
SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like