You are on page 1of 6

Sk Sk St John, Tuaran

TEKS PENGUCAPAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE 2023/24
BIL TENTATIF UCAPAN CATATAN
Mengasah tiang si pisau tumpul
Jari terluka titisan keringat
Di dewan nan indah kita berkumpul
Sempena kempen hidup sihat

Hidup sihat impian kita


Cergaskan otak kuatkan badan
Alunan suara bergema bersama
Semangat patriotik kita semaikan

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah


Airku dan lagu Sekolah. Hadirin diminta berdiri.

(Nyanyian 3 buah lagu…)


1 10.00 pagi Jovitha
Majlis seterusnya menjemput Adik Princess Nurkamelia untuk memimpin
lafaz ikrar Rukun Negaraku bagi mempamerkan kesungguhan dan kesetiaan
kepada negara.

(Bacaan lafaz ikrar...)

Terima kasih kepada Adik Princess Nurkamelia di atas pimpinan lafaz ikrar
Rukun Negaraku sebentar tadi.

Para hadirin dipersilakan duduk.

2 Aluan BismiLLAHirahmanirrahim Hafiz


®Cikgu Hafiz ’23 1
Sk Sk St John, Tuaran

Datang sekolah detik termanis


Ilmu dikutip tidak terkata
Ucapan salam pembuka majlis
Moga Allah merahmati kita

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Yang Berusaha Pn. Frederica Tingka, Guru Besar SK St John Tuaran

Barisan Pentadbir SK St John Tuaran


En. Arisal Laupe, Guru Penolong Kanan Akademik
Pn. Irene Taisin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Elvitha Batundok, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Pn. Loisah Tunding, Guru Penyelia Petang

Barisan guru-guru rakan-rakan seperjuangan yang dihormati serta murid-


murid yang dikasihi sekalian.

3 Aluan Bersyukur kita ke hadrat ILLAHI kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat Hanim
berkumpul di Dewan ST John ini bagi menjayakan Majlis Pelancaran
Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape bagi Sesi 2023/24.

Gadis bandar berkain satin


Cantik berseri erat terpahat
Tanpa asap tanpa nikotin
Jantung kuat dada sihat

Assalamualaikum dan salam perpaduan, salam Malaysia Madani.


®Cikgu Hafiz ’23 2
Sk Sk St John, Tuaran

Pada pagi ini, kita berkumpul di Dewan St John ini dengan satu tujuan yang
sama iaitu Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape yang
dilancarkan serentak pada hari ini di seluruh negara. Objektif program ini
adalah untuk menanamkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan murid dalam jangka masa panjang.

Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi kepada


murid tentang bahaya menghisap rokok dan vape.

Kempen ini bukanlah bersifat sehari tetapi ia nya merupakan kempen yang
diberi penjenamaan semula dan dilaksanakan secara menyeluruh di semua
sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Awan putih tampak beralun


Hati tertawan bagai terpasung
Tangan ditadah doa dialun
Agar majlis lancar berlangsung

Bacaan Doa Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah Hafiz
4 tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
(Muslim)
rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Adik Muhammad Alif Zaquan
Bin Eddy untuk memimpin bacaan doa.
(Bacaan doa…..)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Muhammad Alif Zaquan Bin
Eddy di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Moga doa kita semua
termakbul.
5 Datang menyerah jejaka tampan Hafiz
Ucapan Guru Memimpin kota dalam tahanan
Besar dan Ucapan puan kami nantikan
®Cikgu Hafiz ’23 3
Sk Sk St John, Tuaran

Kata azimat penuh pesanan

Bagi memulakan program Jom Ke Sekolah pada hari ini, majlis dengan
berbesar hati menjemput Pn. Frederica Tingka, Guru Besar SK St John
Tuaran untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan
Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023
ucapan
perasmian Majlis dengan segala hormatnya menjemput.

(Ucapan…..)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Frederica Tingka,


Guru Besar SK St John di atas ucapan dan perasmian Pelancaran Kempen
Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023

Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan video berkaitan dengan


Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape 2023.

(Tayangan Vape..)

Demikianlah tayangan video Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape
7 Tayangan Video
2023. Moga tayangan ini dapat menyuntik kesedaran di kalangan murid
untuk menjauhi rokok dan vape.

8 Bacaan Ikrar Hafiz


Generasi Sihat Bersandar sekejap di perdu pokok
tanpa Rokok Berteduh panas di bawah atap
®Cikgu Hafiz ’23 4
Sk Sk St John, Tuaran

Hidup kan sihat tanpa rokok


Aman sentosa tanpa asap

Kopi diminum tiba tertumpah


Rasa pahit erat terpahat
Ikrar dibaca tanda sumpah
Bagi melahir generasi sihat

dan Vape Majlis diteruskan dengan menjemput Adik Zaim Helmi bin Ridzan , ketua
pengawas sekolah untuk mengetuai bacaan ikrar generasi Sihat Tanpa
Rokok Dan Vape. Dengan itu semua murid diminta berdiri dan bersama-
sama membaca ikrar.

Terima kasih diucapkan kepada adik Zaim atas bacaan ikrar. Semua murid
dipersilakan duduk.

Majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah
Rokok dan Vape yang akan disampaikan oleh PK Hem Puan Irene Taisin.
Ceramah
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

(Ceramah..)
Penamat

Terima kasih diucapkan kepada Pn Irene Taisin selaku PK Hem Sk St John


Tuaran di atas ceramah yang telah disampaikan.

Moga segala pengisian yang diberikan akan menjadi iktibar kepada semua
murid dalam mengharungi ujian hidup rokok dan menjauhi segala yang

®Cikgu Hafiz ’23 5


Sk Sk St John, Tuaran

buruk dan berbahaya seperti rokok dan vape.

Maka dengan ini majlis sudah tiba ke penghujungnya. Sekalung tahniah


kepada jawatankuasa serta warga Sk St John atas pelancaran program pada
hari ini, walaupun maklumannya secara mengejut namun sikap dan sifat
guru yang sabar dan gigih berusaha tetap menjadikan majlis pada hari ini
berlangsung dengan jayanya. Syabas dan tahniah semua.

Sekian, terima kasih.

Acara Majlis menjemput barisan guru-guru untuk bersama-sama naik ke pentas


9 Hafiz
Bergambar untuk sesi bergambar sebagai kenang-kenangan bagi program Kempen .

®Cikgu Hafiz ’23 6

You might also like