You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MESYUARAT PIBG KALI KE 32 SK BELOKOK 2O19

Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, datuk


KATA ALU-ALUAN Wira Dr Md Farid bin Md Rafik, Timbalan Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan
Kesejahteraan Sosial) merangkap Ahli Parlimen Tg.
Piai ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa - Guru SK Belokok kali ke-32.

Sidang hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Bangsa


Johor
Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur sinar kejora,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Terbang burung pulang ke sarang.


Sarang letaknya di pohon cemara.
Pemanis kata selamat datang.
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Muafakat Johor.

Yang Berbahagia, datuk Wira Dr Md Farid bin Md Rafik,


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
merangkap Ahli Parlimen Tg. Piai.

Yang Dihormati, Yang Dipertua PIBG SK Belokok, Encik


Asran bin Ambok Tengak,

Yang Berusaha, Guru Besar SK Belokok, Puan


Hanisah@Norhasimah binti Ismail,

Yang Dihormati En Ahmad Rupawan bin Ibrahim


Pengerusi KSIB

Yang Dihormati, Dato’ Seri Hj Ahmad bin Hj Burak,


Pengerusi Alumni SK Belokok,
Yang Dihormati En Mohd Faidzullah bin Yusof @ Mohd,
Penghulu Mukim Sg Karang

Yang Dihormati En Osanera bin Ali,


Ketua Kampung Kawasan 1

Yang Dihormati En Alwi bin Abdul Moin


Ketua Kampung Kawasan 2

Yang Berusaha

Barisan guru Penolong Kanan

Yang Dihormati, Jawatnkuasa Alumni SK Belokok

Ahli Jawatankuasa PIBG dan KSIB SK Belokok,

barisan guru Sekolah Kebangsaan Belokok, ibu bapa,


dan hadirin sekalian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32


Sekolah Kebangsaan Belokok.

Hari ini menuai jagung,


Hari esok memetik peria,
Hari ini kita berkampung,
BACAAN DOA Meraikan majlis penuh ceria.

Lebat ke miri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha Esa.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Ustaz Ahmad Yazi bin Ali bagi memimpin
bacaan doa.

Jazakallahu khairan kathira. Majlis merakamkan setinggi-


tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu
tadi.

MAKLUMAT RINGKAS Dengan Bismillah kita mulai,


TENTANG MAJLIS Alhamdulillah wassala tannabi;
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas keizinan-


Nya, dapatlah kita bersama-sama berkumpul di
Dewan Hang Tuah dalam majlis yang sangat
bermakna ini.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian,


Mesyuarat Agung PIBG merupakan acara tahunan
yang wajib di setiap sekolah di negara kita. Tujuan
mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan
silaturrahim sesama waris dan guru, bertukar-tukar
pandangan dan pendapat serta mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu masalah berkaitan
sekolah ke arah melahirkan sekolah yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
UCAPAN PENASIHAT
Sudilah puan tampilkan diri,
PN Bersama madah kata aluan
HANISAH@NORHASIMAH
Bagi meneruskan agenda majlis kita pada hari ini,
BINTI ISMAIL
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn.
Hanisah@Norhasimah binti Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Belokok bagi menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


Pn. Hanisah@Norhasimah binti Ismail Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Belokok atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
UCAPAN YDP PIBG Tak indah jika ada dayung tiada perahunya
EN. ASRAN BIN AMBOK Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
TENGAK Hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan En
Asran bin Ambok Tengak, YDP PIBG Sekolah
Kebangsaan Belokok bagi menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Bunga selasih di dalam taman,


Harum melati penyeri intan,
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


En. Asran bin Ambok Tengak atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


UCAPAN DAN Batang mengkudu rebah ke bumi,
PERASMIAN MAJLIS Madah dihukur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Yang Berbahagia Datuk
Wira Dr. Md Farid biin Kalau tuan pikat kenari
Md Rafik Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Md
Farid biin Md Rafik untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke
32 Sekolah Kebangsaan Belokok Tahun 2019. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Md
Farid biin Md Rafik atas kesudian beliau merasmikan
majlis.

Berkebaya batik bewarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
PENYAMPAIAN Tibalah masa penyampaian anugerah,
HADIAH INSENTIF Penerima teruja tunggu giliran.
UPSR 2018

Indah nian bukan pameran,


Indah budi tiada terperi,
Insentif UPSR sebagai ganjaran,
Murid cemerlang kita hargai.

Majlis kita pada hari ini diserikan lagi dengan


penyampaian Hadiah Insentif UPSR tahun 2018.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Md
Farid bin Md Rafik diiringi Puan Guru Besar, Pn.
Hanisah@Norhasimah binti Ismail bagi menyampaikan
Hadiah Insentif UPSR 2018. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

1. Nurul Syafiqah binti Mohs Salleh


2. Nur Ain Nadhirah binti Rosli
3. Nurul Atiqah Najwa binti Selamat
4. Nur Faziha Natasha binti Mohd Nizar
5. Siti Nur Khairah binti Effandy
6. Zumratul Faizah binti Mohd Nasir
7. Allyshah Daniel bin Gazali
8. Muhammad Riduan bin Abd Razak

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
atas kesudian beliau menyampaikan Hadiah Insentif
UPSR 2018.

Semoga kejayaan mereka akan menjadi aspirasi kepada


murid-murid Sekolah Kebangsaan Belokok untuk terus
mengorak langkah dan mencipta kejayaan di dunia dan
akhirat kelak.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Guru Besar, Pn.


SIJIL PENGHARGAAN Hanisah@Norhasimah binti Ismail untuk menyampaikan
watikah lantikan kepada jawatankuasa PIBG & KSIB sesi
AJK PIBG 2018/2020.

Majlis menjemput :

Penerima watikah lantikan ajk pibg / ksib 2018/2020

1. En Asran bin Ambok Tengak (YDP PIBG)


2. Pn Mahani bin Mohamed Noor (NYDP PIBG)
3. Pn Norlida binti Tahir
4. Pn Fazura binti Abdol Latib
5. Pn Salasia binti Tapah
6. Pn Siti Habsah binti Suingap
7. Pn Norliana binti Mohamad @ Misman
8. Pn Suriyani binti Bachok
9. Pn Siti Zuraini binti Md Ali

1. En Ahmad Rupawan bin Ibrahim (Pengerusi KSIB)


2. Pn Norfadzilah binti Mohamed (Naib Pengerusi KSIB)
3. Pn Haslin binti Abd Kadir
4. Pn Nur Falizah binti Rashid
5. Pn Norafazilah biinti Mohamad Saini
6. Pn Junaini binti Abdullah

PENYAMPAIAN
Maju bangsa kerana bahasa,
CENDERAHATI
Adab menghiasi jambangan jiwa.
PERASMI
Ingatan diberi tidak seberapa,
Penghargaan tanda pernah besua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Puan Hanisah@Norhasimah binti Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Belokok bagi
menyampaikan cenderahati kepada tetamu yang sudi
bersama kita pada hari ini.

Dipersilakan Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Md Farid


biin Md Rafik bagi menerima cenderahati.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan


Hanisah@Norhasimah binti Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Belokok atas kesudian menyampaikan
cenderahati.

Hadirin sekalian,
REHAT
Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Sebelum mengundur diri, terimalah dua rangkap pantun
dari saya.
Bunga dedak di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saintis meneroka sampai ke bulan,


Membuat kajian tak pernah jemu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, maaf andai terlanjur bicara. Assalamualaikum


warahmatullah w.b.t

Majlis menjemput Guru Besar & YDP PIBG mengiringi


Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik ke kantin untuk
menjamu selera. Terima kasih.

Hadirin sekalian,

Kini tibalah masanya kita beralih ke agenda


pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-31. Dengan ini, majlis diserahkan kepada
En. Asran bin Ambok Tengak selaku Yang Dipertua PIBG
MESYUARAT bagi meneruskan agenda pada hari ini.
BERSIDANG

You might also like