You are on page 1of 16

KANDUNGAN

Mukasurat

1. TUJUAN 3

2. LATAR BELAKANG 3

3. STRUKTUR DAN KEAHLIAN 6

4. TERMA RUJUKAN 7

5. KEMUDAHAN AHLI 9

6. KADAR ELAUN 11

7. TUNTUTAN PERJALANAN 12

8. PENUTUP 13
RENUNGAN

“Saya berharap panel ini akan dapat membincangkan


masalah perpaduan secara terus terang dan secara
objektif supaya daripada perbincangan itu akan
dapat menimbulkan idea-idea baru dan perlu bagi
menghapuskan perasaan perkauman dan mengelakkan
daripada timbulnya konflik dan konfrontasi antara satu
kaum dengan kaum yang lain ”

( Petikan ucapan mantan Perdana Menteri Tun Haji


Abdul Razak bin Dato’ Hussein semasa melancarkan
Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada 28
Oktober1974 )

2
TUJUAN

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara ( MKPN ) telah


ditubuhkan pada 11 September 2013 susulan dari
Pilihanraya Umum Ke 13. Ia sebagai usaha penyatuan
nasional (national reconciliation) untuk mengurangkan
polarisasi kaum dan usaha membina bangsa Malaysia yang
bersatu padu. Tujuannya adalah untuk membincangkan
isu-isu sukar dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
kompleks bagi merintis jalan untuk mencari penyelesaian
dan merapatkan jurang yang menghalang perpaduan.

Konsep penyatuan nasional tidak berkait dengan agenda


politik jangka pendek atau pilihanraya. Matlamatnya
ialah untuk membina bangsa yang memerlukan kerja
keras dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata. Ia
bukan sahaja bagi generasi yang ada kini, malah bagi
generasi-generasi akan datang. Penyatuan nasional juga
tidak bermakna, segala kepentingan nasional dilepaskan
demi memenuhi tuntutan pihak-pihak tertentu.

LATAR BELAKANG

Sebelum penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara


(MKPN), terdapat sebuah badan yang mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang lebih kurang sama
dengan MKPN. Badan ini dikenali dengan nama Majlis
Perpaduan Negara yang ditubuhkan oleh Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) bersandarkan Ordinan (Kuasa-Kuasa
Perlu) Dharurat, 1969, Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis
Perpaduan Negara), 1971 berikutan berlakunya rusuhan

3
kaum pada 13 Mei 1969.

Majlis telah dibubarkan serentak dengan pembubaran


Majlis Gerakan Negara berikutan pemulihan Kerajaan
demokrasi berparlimen pada 23 Februari 1971. Sebagai
gantinya sebuah badan baru iaitu Majlis Penasihat
Perpaduan Negara telah ditubuhkan yang dipengerusikan
sendiri oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Majlis dianggotai
oleh seramai 51 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai
kaum dengan mengekalkan peranan Majlis Perpaduan
Negara. Ia diurusetiakan bersama oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara. Kedua-
dua agensi ini, kemudiannya dicantumkan menjadi
Kementerian Perpaduan Negara pada 1 Januari 1972
yang menjadi urusetia kepada Majlis dan dipengerusikan
oleh Y.B. Menteri Perpaduan Negara.

Pada tahun 1974, badan ini telah ditukar nama dan


dikenali dengan Lembaga Penasihat Perpaduan Negara
berikutan pembubaran Kementerian Perpaduan Negara
dan digantikan dengan Lembaga Perpaduan Negara
yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Keahlian badan ini turut dikurangkan kepada 16 orang
yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kerja Lembaga
Perpaduan Negara.

Pada tahun 1983, sekali lagi ia bertukar nama kepada


Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL). Ia adalah
lanjutan dari pembubaran Lembaga Perpaduan dan
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara. Keahlian
badan ini telah bertambah kepada 26 orang dan
dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal
perpaduan negara.

Seterusnya, berikutan tertubuhnya Kementerian

4
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara
dicantumkan dan diletakkan di bawah Kementerian ini
dan PANEL dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Pada tahun 2004, sekali lagi perubahan nama berlaku


apabila Jabatan Perpaduan Negara yang kembali
diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan
dipinda namanya dengan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional. Pengerusi PANEL turut berubah
di mana ia dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan keahlianya ditambah menjadi 53
orang.

Berikutnya, dalam tahun 2008, Jabatan Perpaduan Negara


dan Integrasi Nasional digabungkan dan menjadi salah
sebuah agensi di bawah kementerian baru yang di kenali
dengan nama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan. Tahun 2009, kementerian ini sekali
lagi mengalami perubahan dan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional kembali diletakkan dan
menjadi salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana
Menteri dan kekal sehingga kini.

Pada 15 September 2011, dalam perutusan khas Hari


Malaysia, Y.A.B. Perdana Menteri di dalam ucapannya
telah mengumumkan bahawa mengikut Fasal 3, Perkara
150 Perlembagaan Persekutuan ketiga-tiga proklomasi
dharurat yang telah distiharkan dahulu ditamatkan
kuatkuasanya. Lanjutan dari pengumuman ini, penubuhan
Panel Penasihat Perpaduan Negara yang bersandarkan
kepada Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1969 di
bawah Peratoran-Peratoran Perlu (Majlis Perpaduan
Negara), 1971 turut termansuh secara automatik.

5
Keperluan menubuhkan sebuah badan yang menjadi
mekanisma perpaduan bagi menggantikan PANEL
telah diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di bawah
konsep penyatuan nasional (national reconciliation). Ia
dicadangkan sebaik sahaja selesainya Pilihanraya Umum
Ke 13 dalam bulan Mei 2013 yang lalu. Berasaskan kepada
pemerhatian umum dan trend pengundian ketika itu,
tanda-tanda polarisasi kaum mula wujud dan perlu ada
sebuah mekanisma bebas untuk membincangkan dan
mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam mengatasi
isu-isu polarisasi kaum dan perpaduan yang berbangkit.
Maka hasilnya , pada 11 September, 2013, Mesyuarat
Jemaah Menteri telah bersetuju menubuhkan sebuah
badan yang dikenali dengan Majlis Konsultasi Perpaduan
Nasional (MKPN) atau National Unity Consultative Councils
(NUCC ).

STRUKTUR DAN KEAHLIAN

Selari dengan hasrat untuk menjadikan badan ini bebas


dan benar-benar berkesan menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan, maka perlantikan
ahli-ahli MKPN hendaklah terdiri dari pelbagai latar
belakang individu yang meliputi ahli akademik, ahli
politik, pelbagai ethnik, ahli korporat, peguam, ahli yang
mewakili golongan muda dan ahli yang mewakili wilayah
Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli yang dilantik hendaklah
terdiri dari kalangan individu yang mempunyai kredibiliti,
berfikiran terbuka dan dapat menerima dan menghormati
pelbagai pandangan. Di dalam menjalankan tugasnya,
MKPN perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai
kementerian, agensi, pelbagai badan dan pertubuhan

6
dalam menjalankan program dan akses kepada rakyat.
Terdapat dua (2) peringkat jawatankuasa MKPN yang
ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Majlis dan Jawatankuasa
Kerja. Jawatankuasa Majlis dianggotai oleh tidak lebih
dari 30 orang ahli tidak termasuk seorang Pengerusi dan
seorang Timbalan Pengerusi, manakala Jawatankuasa
Kerja bergantung kepada keperluan walau bagaimana
pun keahliannya tidak melebihi 12 orang.

TERMA RUJUKAN

Kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah Negara


masyarakat majmuk, menjadikan MKPN menyandang
tugas dan tanggungjawab yang amat besar dan
penting. Setiap perbincangan dan jalan penyelesaian
yang dicadangkan perlu mengambil kira pelbagai sudut
pandangan, mempunyai perspektif seimbang, mampu
memberi pandangan konstruktif dan boleh menyumbang
kepada usaha memupuk, memelihara, meningkat dan
mengukuhkan penyatuan dan perpaduan nasional.
Berpandukan asas-asas berkenaan, terma rujukan MKPN
yang boleh dijadikan panduan antaranya:

a. Bertindak sebagai badan penasihat kepada Kerajaan


dalam hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional.
b. Menyediakan forum untuk ahli-ahlinya mengemukakan
buah fikiran bagi menentukan halatuju dan dasar
perpaduan Negara dan integrasi nasional.
c. Mengesyorkan bidang kajian yang diperlukan
berkaitan dengan perpaduan Negara dan integrasi
nasional.

7
d. Menggubal pelan tindakan perpaduan Negara dan
integrasi nasional; dan
e. Mencadangkan syor-syor untuk mengukuhkan
perpaduan Negara dan integrasi nasional.

Skop dan peranan MKPN turut membincangkan


isu-isu sukar yang mempengaruhi perpaduan
nasional terutamanya melibatkan aspek pendidikan,
sosioekonomi dan sebagainya. Ini kerana jika isu sukar
ini tidak ditangani, usaha memupuk perpaduan nasional
akan sukar dijayakan. Skop dan peranan Majlis tidak
melibatkan perbincangan isu-isu antara agama yang
telah mempunyai platformnya sendiri ia itu Jawatankuasa
Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara
Penganut Agama ( JKMPKA ) yang telah ditubuhkan oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Februari 2010.

Isu-isu yang mempengaruhi perpaduan nasional serta


persepsi rakyat wajar dikaji dan dibincangkan dalam
konteks yang betul di mana tidak semestinya satu bentuk
penyelesaian nasional yang boleh digunapakai bagi
semua peringkat. Terdapat isu-isu di Sabah dan Sarawak
yang perlu ditangani dengan menggunakan pendekatan
yang berbeza berbanding isu-isu di Semenanjung. MKPN
perlu memberi fokus kepada isu-isu peringkat tempatan
di kedua-dua negeri ini.

Program dan aktiviti Majlis perlu lebih banyak bersifat


hands-on dan interaktif berbanding hanya bersidang dari
semasa ke semasa.

Bagi menyokong Majlis terdapat lima (5) Jawatankuasa


Kerja di bawah MKPN. Jawatankuasa ini memberi
tumpuan kepada beberapa bidang sebagai panduan
menjalankan tugas-tugasnya. Bidang-bidang yang telah

8
ditentukan ialah :

a. Perundangan dan dasar-dasar mempromosikan


keharmonian negara.
b. Membina bangsa dan persefahaman silang budaya.
c. Pembangunan inklusif.
d. Belia dan perpaduan.
e. Integrasi Nasional.

Hasil perbincangan setiap Jawatankuasa Kerja MKPN
perlu dibentangkan dan mendapat persetujuan dalam
mesyuarat Majlis. Adalah menjadi tanggungjawab
Majlis selanjutnya untuk membentangkan laporan hasil
perbincangan dan cadangan penyelesaian untuk
dipertimbangkan oleh Kerajaan.

KEMUDAHAN AHLI

Kementerian Kewangan melalui Pekeliling


Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2009 telah
menggariskan beberapa kemudahan kepada ahli
sektor swasta yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa
yang ditubuhkan oleh Kementerian/Jabatan. Bagi
maksud Pekeliling ini, berikut beberapa penjelasan yang
digunapakai di dalam memberi kemudahan kepada ahli.

9
Tafsiran

‘Jawatan kuasa’ adalah bermaksud apa-


apa Lembaga/Majlis/Jawatan Kuasa/Panel
yang ditubuhkan oleh kementerian/jabatan
berdasarkan kepada sesuatu Akta/keputusan
Jemaah Menteri /keputusan Menteri. Walau
bagaimana pun, bagi sesuatu jawatankuasa
yang ditubuhkan oleh Menteri, kemudahan
yang diberi di bawah Pekeliling ini hanya
terpakai sekiranya jawatankuasa tersebut
dipengerusikan sendiri oleh Menteri.

‘Jawatankuasa Kerja’ adalah bermaksud


suatu Jawatankuasa kecil yang ditubuhkan
oleh jawatankuasa bagi membantunya dalam
membuat keputusan.

‘Sektor Swasta’ adalah bermaksud orang


perseorangan/syarikat/ pertubuhan yang
bukan milik Kerajaan sepenuhnya. Badan
Berkanun adalah tidak termasuk dalam tafsiran
ini.

‘Mesyuarat’ bermaksud sesuatu mesyuarat/


perbincangan/ lawatan/ bengkel atau
seumpamanya yang lazimnya diadakan dalam
tempoh sehari atau sebahagian daripadanya
tetapi tidak kurang daripada dua jam. Bagi
mesyuarat yang melebihi satu hari, bayaran
adalah dibuat berdasarkan bilangan hari.

‘Luar Stesen’ bermaksud jarak tempat


kediaman/ pejabat tempat bertugas ahli
dengan tempat diadakan mesyuarat/
perbincangan/ lawatan/ bengkel seperti

10
berikut :

i. 5km jika boleh dihubungi jalan raya


ii. 16km jika boleh dihubungi oleh
jalan tanah yang boleh dilalui oleh
kenderaan bermotor; dan
iii. 8km jika boleh dihubungi
menggunakan basikal atau laluan
sungai.

KADAR ELAUN

Kadar elaun menghadiri mesyuarat adalah seperti berikut:

Peringkat Kadar
Jawatankuasa RM300.00 sekali mesyuarat
Jawatankuasa Kerja RM150.00 sekali mesyuarat

Sekiranya perlu menginap dan bermalam, Pegawai Pen-


gawal adalah bertanggungjawab bagi menentukan ka-
dar makan minum, penginapan dan tiket penerbangan
pada kadar yang berpatutan tetapi tidak boleh melebihi
kadar seperti berikut :

11
Tempat Makan Penginapan Tuntutan Tiket
Mesyuarat (seorang Hotel/Lojing Perjalanan Penerbangan
sehari) (seorang se- (RM seorang
malam) pergi balik )
Negeri di RM 85.00 Penginapan RM0.70 per Perjalanan
Semenan- hotel mengikut kilometer Domestik
jung kadar sebenar
(bilik biasa)/ Kelas Business
lojing RM70.00 menggunakan
Waran Perjalanan
S a b a h , RM115.00 Penginapan
Udara Awam
Sarawak hotel mengikut
(WPUA) atau
dan W.P. kadar sebenar
melalui tuntutan
Labuan (bilik biasa)/ lo-
balik dengan
jing RM75.00
kebenaran
Pegawai
Pengawal/Ketua
Jabatan.

Perjalanan Luar
Negara

Kelas Ekonomi
Tambang Penuh
menggunakan
WPUA

TUNTUTAN PERJALANAN

Tuntutan perjalanan hanya dibenarkan bagi ahli sektor


swasta yang memenuhi syarat seperti berikut :

i. Perbelanjaan perjalanan / tiket penerbangan


tidak dibiayai oleh pihak lain; dan
ii. Hanya dibenarkan bagi ahli yang tinggal di
luar stesen sahaja.

12
PENUTUP

Penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN)


atau National Unity Consultative Councils (NUCC)
merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk melihat
dimensi baru penyatuan dan perpaduan masyarakat di
Negara ini. Platform yang ada perlu digunakan sebaik-
baiknya di dalam membincangkan secara terbuka, tertib
dan berhemah ke atas isu-isu yang menjadi penghalang
kepada penyatuan dan perpaduan dan seterusnya
mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada
Kerajaan untuk dipertimbangkan. Kesediaan untuk
berubah, keikhlasan, kejujuran dan kesediaan untuk
menjalin kerjasama merupakan antara elemen-elemen
penting bagi mencipta hasil yang boleh dinikmati bukan
sahaja generasi masa kini tetapi juga generasi akan
datang. Menggembeling usaha menyatupadukan
masyarakat adalah tanggungjawab bersama.

13
SENARAI AHLI MAJLIS KONSULTASI
PERPADUAN NEGARA
Bil Nama Telefon / Faks Email
1 YBHG. TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN 03-26946566 ext
Pengerusi 2604
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, (PA: PUAN
Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, NARIZA)
50350 Kuala Lumpur 03-26915598 (F)
2 YBHG. TAN SRI RAMON NAVARATNAM 03-20935393(T) julianalui@asli.
com.my
Asian Strategy & Leadership Institute 603 2094 8461 /
1718 Jalan Ledang Off Jalan Duta, 2093 3078(F)
50480 WP Kuala Lumpur
3 YBHG. TAN SRI DATO’ SERI LEE LAM THYE 603-2260 1954(T) support@mcpf.
org.my
Naib Pengerusi 603-2272 4325
Malaysia Crime Prevention Foundation, (F)/03-92863985
F1-24, 1st Floor, City Point, Dayabumi Complex,
Jalan Sultan Hishamudin, 50050 Kuala Lumpur
4 YBHG. TAN SRI DATO’ PHENG YIN HUAH 03-22734008 (PA)
5, Persiaran Sultan Abu Bakar,
Kaw. Industri Ringan IM6, Indera Mahkota,
25200 Kuantan,Pahang
5 YBHG. TAN SRI NAPSIAH BINTI OMAR 03-7725 0286 /
Women’s Institute Of Management 7727 4318(F)
7 Jalan Abang Haji Openg
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
6 YBHG. TAN SRI DR. MICHAEL YEOH OON KHENG 03-20935393(T) julianalui@asli.
com.my
Asian Strategy & Leadership Institute 03 2094 8461 /
1718 Jalan Ledang Off Jalan Duta, 2093 3078(F)
50480 Kuala Lumpur
7 YBHG. DATUK JOHAN JAAFAR 03-7726 6333 (T) johan.jaafar@
mediaprima.
Pengerusi Media Prima Sri Pentas, 03-27248669 com.my
No. 3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 03-7726 1333(F)
47800 Petaling, Selangor
8 YB DR. TAN SENG GIAW 03-79554733 /
12, Jalan Ss 3/76, 016-2116800 /
Taman Universiti 03-78654733 (T)
47300 Petaling Jaya, Selangor 03-79316278 (F)
9 YB SENATOR DATO’ BOON SOM A/L INONG 04-7338299 (T)
Tingkat 2, Wisma Shahab, Jln Tengku Ibrahim, 04-7352209 (F)
05000 Alor Setar,Kedah Darul Aman.
10 YB DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA 05-7166520 (T) muzu2love@
yahoo.com
No. 8 Jalan Keli, Taman Seri Tenggara 05-7166531(F)
34200 Parit Buntar,Perak 0164403162

14
Bil Nama Telefon / Faks Email
11 DATUK SERI PANGLIMA CLARENCE BONGKOS 6088762688 (T)
Malakun 6088763988 /
Council of the Justices of Peace Sabah 769688 (F)
(MAJAPS)
Wisma Malakun, Shoplot 1 & 2,
Jln Ramayah-Putatan,
89500 Penampang, Sabah
12 DATUK JOHN SIKAYUN 088-232662 (T) / sabahLaw.sla@
gmail.com
Sabah Law Association 088-232654(F) sikayunjohn@
2nd Floor 58, Jln Pantai, yahoo.com
Hainan Associates Buliding
88000 Kota Kinabalu, Sabah
13 DATUK LIM KOK CHEONG 05-2911055 (T)/ teresal@yahoo.
com
Yee Lee Corporation Berhad 05-291 9962 (F)
Lot 85, Jalan Portland, Tasek Industrial Estate,
31400 Ipoh, Perak
14 DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH 03-20951115 (T)/ saifuddin61@
yahoo.com
Global Movement of Moderates Foundation 03-20951215 (F)
15th Floor, Menara Manulife,
No. 6, Jln Gelenggang, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
15 DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HJ ABD KADIR 019 2501700 datukzainalabi-
din858@gmail.
Associated Council of Allied Coordinating com
Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
Tingkat 6, Bangunan PERKIM,
150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
16 DATUK RUGAYAH BT ABDUL MAJID 082-417294 (T) sfwi62@yahoo.
com
Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak 082-237395 (F)
No. 101, Ground Floor, Jln Green,
93150 Kuching, Sarawak
17 DR. KANTAYYA MARIAPPAN 088-320000 ext kantayya@ums.
edu.my
Jabatan Pendaftar, 1418 (T) / 088-
Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori 320243(F)
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah
18 PROF. MADYA DR. MADELINE BERMA 03-89214071(T) /
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim 03-89214754 (F)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 1, Bangunan (IKMAS),
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
19 PROF. DR. SURESH KUMAR A/L P GOVIND 03-79574743 suresh@um.edu.
my
Department Of Parasitology
Faculty Of Medicine, University of Malaya
50603 Kuala Lumpur

15
Bil Nama Telefon / Faks Email
20 DR. BILSON KURUS @ BELSON BINGKU 088-272 261(T) bilson@poic.
com.my
Research & Information Division 088-230972(F)
Wisma Perindustrian ,
17th Floor, Jalan Istiadat, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu Sabah
21 ENCIK TAN YEW SING 03-56232800 yewsingtan@
newinti.edu.my
President of INTI College Persiaran
Perdana BBN, Putra Nilai,
71800 Negeri Sembilan
22 ENCIK LIM CHEE WEE 03-2081 3732 (T) lcw@skrine.com
SKRINE 0320943211 (F)
Dispute Resolution Divison
Unit 50-8-1, 8th Floor, Wisma UOA Damansara
50 Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
23 ENCIK LIAW LAM THYE liawlanthye@
gmail.com
P.O.BOX 15516, 88864 Kota Kinabalu, Sabah
24 ENCIK SADAR JAGIR SINGH 03-22739304 (T) gurdwaracoun-
cil@gmail.com
Malaysian Consultative Council Of Buddhism, 03-22739307 (F)
Christianism, Hinduism, Sikhism and Taoism 01-2207532
(MCCBCHST)
123, Jalan Berhala, Brickfields
50470 Kuala Lumpur
25 DATIN PADUKA MARINA MAHATHIR 03 22848775 (PA) mosaique@
unifi.my
12 Jalan 13/48 A, The Boulevard Shop Office
Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
26 ENCIK MOHAMED MALIKI MOHD RAPIEE 03-77270758 (T) mbm@belia.
org.my
Majlis Belia Malaysia 03-77270759 (F)
Wisma MBM, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 019 3570699
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
27 ENCIK MOHAMAD ANAS BIN OMAR @ ANAS 03-91732761 / iazat@zubedy.
com
ZUBEDY 63 (T)
Wisma Wim, 3rd Floor, 7, Jln. Abang Haji 03-91732759 /
Openg, Tmn Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. 64 (F)
28 PUAN WARDINA SAFIYYAH FADLULLAH WILMOT 012-2192660 wardina.dina@
gmail.com

29 EN MOHAMAD ARIFF IRWANI BIN AZHARI 082-411799 (T) ariff28@yahoo.


com
Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak 082-425286 (F)
Kompleks AZAM, Jalan Crookshank 0128081281
93000 Kuching, Sarawak
30 PUAN AUDREY GOH 082-244015 (T) audreygoh48@
hotmail.com
Sarawak Federation Of Women’s Institutes 016-8871926 (PA) audreygoh48@
1st Floor, Lrg 12 Off Jalan Rubber, 012-2777065 (Pn yahoo.com
93400 Kuching, Sarawak Audrey)

16

You might also like