You are on page 1of 15

JABATAN KHIDMAT

PENGURUSAN; & UNIT Tarikh: 15 Oktober 2023 (Ahad)


Tempat: Taman Tasik Cempaka

INTEGRITI DAN Tema: Kenali Makanan Malaysia


Mengikut Negeri (Kedah)

TRANSPARENSI
MAKANAN TRADISIONAL NEGERI KEDAH
Makanan tradisional Kedah adalah
merupakan hidangan tradisi yang
terdiri daripada pelbagai jenis bentuk
makanan dan pencuci mulut serta
minuman yang menjadi amalan
generasi kaum Melayu Tradisional
terdahulu yang diwariskan kepada
generasi sekarang melalui resipi-
resipi yang ditinggalkan.

Sumber:
https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/
PEKASAM
Pekasam adalah makanan berasaskan
ikan air tawar seperti ikan puyu, tilapia,
sepat dan lampam, diawet secara
tradisional dengan menggunakan garam,
asam jawa, bertih goreng, gula merah
dan air secukupnya. Makanan tradisi ini
boleh disimpan untuk jangkamasa yang
lama dan dihidang bersama nasi putih
dan masakan yang lain.
PULUT KACAU
Pulut Kacau juga dikenali dengan nama
Nasi Manis atau Wajik. Ia diperbuat
daripada pulut yang dimasak dengan
manisan yang pada asasnya ialah nira
kelapa.

Terdapat pelbagai cara penyediaan


sajian ini. Cara yang paling biasa ialah
pulut dimasak sama ada sehingga
lembut, atau separuh masak (dipanggil
'jelatah') yang menghasilkan bunyi
kerutup apabila dimakan.
Bagaimanapun, cara penyediaan hingga
separuh masak jarang dilakukan kerana
tidak ramai yang gemarkan bunyi
kerutup ini dan, justru, menganggap
pulut ini agak keras.
AIR NIRA NIPAH
Nira nipah merupakan minuman asli yang masih mendapat Manakala pohonnya keluar di hujung sulur dan batangnya
sambutan bukan sahaja dari masyarakat Melayu tetapi juga bercabang serta membentuk serumpun nipah. Manakala bunga
dari kaum-kaum lain. Di kampung-kampung, perusahaan nipah, keluar di celah-celah pelepahnya dan bergugus di hujung
nira nipah telah memberi hasil atau pendapatan sampingan tangkai, menghasilkan buah. Sesudah itu barulah buah dipangkas
yang paling menguntungkan. Hampir kesemua bahagian untuk mendapatkan air nira dan jambangan bunga nipah
pokok nipah dapat dimanfaatkan oleh manusia. menghasilkan gula yang banyak kira-kira 1 pain sehari selama 3
bulan di mana hasilnya lebih kurang 11 gelen. Manakala titisan
Pokok nipah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya getah pokok nipah ini boleh dijadikan arak atau tuak. Malahan buah
sebagai "nypa fruiticans" hidup di kawasan berpaya, lembah nipah berbentuk seperti baji. Struktur buahnya sama seperti buah
dan berlumpur. Ia mempunyai batang sulur bawah tanah kelapa. Buah ini ada sabut, tempurung, isi dan air.Isi buah yang
dan akar palma ini biasanya tersembunyi di dalam lumpur muda boleh dimakan dan biji benihnya yang matang sangat keras.
di mana ia tumbuh dan jarang didapati terdedah di kawasan Pokok nipah terdapat 3 jenis di antaranya:
hakisan pinggir laut. Lapisan udara serta asas daun pokok
nipah ini memberikan daya apungan yang tinggi kepada Pokok nipah sawa - Pokok nipah sawa mempunyai bentuk tangkai
akarnya. Daun tua akan gugur apabila lapisan peluruhan yang panjang, perdu dan pelepah serta batang yang besar dan
sepanjang 2 kaki berlaku di bahagian terbawah anak daun. jangka hayatnya cuma selama 3 bulan.
Lapisan peluruhan kedua muncul di tempat di mana daun Pokok nipah tembaga - Pokok nipah tembaga mempunyai bentuk
lebar pokok itu bercantum dengan akar. Pelepah nipah tangkai yang sederhana, perdu dan pelepah serta batang sederhana
boleh dijadikan atap yang baik dan di mana sahaja boleh besar dan jangka hayatnya selama 2 bulan sahaja.
dilihat pelepah pokok ini ditebang tetapi anak-anak pokok
muda dipelihara. Manakala kutikel daun muda yang Pokok nipah ekor tikus - Pokok nipah ekor tikus pula mempunyai
mempunyai kulit luar yang kukuh, ditanggalkan, dipotong bentuk tangkai, perdu dan pelepah serta batang yang kecil kecuali
mengikut saiz, dibungkus dan dijual di seluruh negara buahnya sahaja besar dan jangka hayatnya selama 28 hari sahaja
sebagai rokok daun. boleh menghasilkan nira.
GULAI UMBUT PISANG
Gulai Umbut Pisang adalah hidangan istimewa
masyarakat di Daerah Baling, Kedah. Sajian ini
kebiasaannya untuk majlis kenduri. Bahagian
umbut pisang sahaja yang digunakan disamping
bahan asas yang lain iaitu ayam kampung, kunyit,
daun kari, serbuk kari, kayu manis, bunga lawang,
bawang merah dan bawang putih dihiris, santan
cair dan santan pekat, cili kisar, serta garam atau
gula.
Tumis bahan hirisan kemudian masukkan kulit
kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
wangi. Seterusnya masukkan cili kisar, kunyit,
serbuk kari serta daun kari. Tambah santan cair
dan bila pecah minyak tambahkan lagi santan cair.
Masukkan ayam dan bila daging empuk
masukkan umbut pisang. Bila umbut empuk
tambahkan santan pekat, garam atau gula sebagai
perasa.
KUIH KARAS KEDAH
Kuih Karas diperbuat daripada tepung beras. Ia
berbentuk jaringan halus seperti bihun tetapi
rangup dan rasanya manis. Makanan tradisi ini
dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung
beras cair yang dikirai dalam minyak panas
dengan menggunakan acuan khas sehingga
kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan
dilipat. Kuih Karas sangat popular dalam
kalangan masyarakat di daerah Kota Setar,
Kedah.
PEK NGA
Pek Nga atau Lempeng Kelapa dimakan bersama
dengan kari ikan kembung atau pulut kelapa ikan
kering. Bahan asas sajian ini adalah tepung
gandum, kelapa parut, gula pasir, mentega,
garam dan air secukupnya.
Campurkan semua bahan dan perap selama 10
minit agar kelapa parut sebati dengan tepung.
Panaskan kuali dan oleskan sedikit minyak.
(Sesetengah kawasan menggunakan alat
pemanggang khas dan tidak menggunakan
minyak). Ambil satu senduk adunan dan ratakan
pada kuali. Terbalikkan apabila sebelah pek nga
telah garing. Pastikan kedua-dua belah pek nga
masak dan garing sebelum mengangkatnya dari
kuali
LEPAT PISANG
Kuih Lepat Pisang, atau dikenali juga sebagai
Kuih Belebat Pisang, merujuk kepada kumpulan
kuih yang dihasilkan dengan membungkus
pisang masak dengan daun pisang. Buah pisang
yang masak dilenyek kemudian dibungkus
dengan daun pisang selepas itu dikukus. Sajian
tradisi ini terkenal di daerah Pendang, Kedah.
KUIH LOYANG
Kuih Loyang juga dikenali sebagai Kuih Ros,
Kuih Bunga Durian, Kuih Cap dan Kuih
Goyang. Makanan ini diperbuat daripada tepung
beras, santan, gula pasir, telur, kapur makan,
minyak masak, garam dan air secukupnya.

Masyarakat di daerah Padang Terap, Kedah


menamakan sajian ini sebagai Kuih Goyang. Ini
kerana selepas acuannya dicelup ke dalam
adunan tepung cair, acuan tersebut dicelup ke
dalam minyak yang panas dan digoyang-
goyangkan sehingga adunan tepung tanggal
daripada acuan ke dalam minyak yang panas.
KUIH BUNGA PUDAK
Kuih Bunga Pudak adalah kuih tradisional masyarakat
Melayu yang popular di Jitra, Kedah dan juga hidangan
istimewa di sana. Sajian ini dinamakan sedemikian
sempena warna bunga pokok Pudak.
Bahan-bahan untuk kulit kuih ialah tepung pulut, air
secukupnya dan garam halus secukup rasa. Untuk inti
pula bahan-bahannya ialah kelapa parut, gula pasir,
sedikit garam, perasa ros, dan pewarna kuning, merah
atau hijau.
Goreng kesemua bahan untuk membuat inti dengan api
sederhana hingga kering. Gaul semua bahan untuk
membuat kulit kuih dan biarkan selama 30 minit.
Sediakan kuali dengan api sederhana panas. Ambil satu
sudu adunan tepung dan masukkan ke dalam penapis
kemudian kirai tepung ke dalam kuali sehingga
berbentuk bulat. Masukkan inti di tengahnya dan lipat
menjadi bentuk empat segi. Panaskan kuih seketika
kemudian angkat. Ulangi langkah tersebut hingga
adunan habis.
KUIH QASIDAH
Kuih Qasidah atau juga dikenali kuih hasidah merupakan kuih
tradisi yang lemak dan manis serta kaya dengan haruman
bawang goreng. Kuih tradisional klasik ini popular di Negeri
Kedah. Terdapat (2) dua versi kuih qasidah iaitu, versi sebelah
Utara dan satu lagi sebelah Pantai Timur. Berbentuk seakan-
akan seperti kuih talam tekstur kuih ini lembut dan gabungan
rasa bawang goreng memberikan rasa sensasi yang sangat
unik.

Untuk membuat kuih ini, bawang kecil dihiris nipis dan


digoreng. Bahan-bahan seperti tepung beras, gula dan air
kemudian akan dikacau atas api sehingga pekat dan meletup-
letup kecil. Proses mengacau dilakukan tanpa henti di atas api
kecil supaya tidak berketul dan hangus. Kemudian adunan
yang dimasak ini di masukkan ke dalam loyang yang telah
disapu minyak dan bawang goreng ditabur diatas kuih beserta
sedikit lebihan minyak bawang. Kuih dibiarkan sejuk sebelum
dipotong dan dihidangkan.

Kuih ini amat sinonim dengan bulan puasa dan seringkali


menjadi pilihan masyarakat pada waktu berbuka. Namun ia
boleh juga dihidangkan pada bila-bila masa seperti semasa
minum petang bersama kopi atau teh panas. Memang sangat
sesuai.
LAKSA KEDAH
Laksa Kedah juga dikenali sebagai Laksa Teluk Kechai.
Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim
perayaan. Bahan asas penyediaannya ialah laksa beras, ikan
kembung, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama
cili dan belacan, asam keping, serai, bunga kantan, daun
kesum, telur rebus dan garam.

Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Bila ikan
masak buang asam keping dan asingkan isi ikan serta
tulangnya. Kisar tulang bersama air rebusan tadi dan tapis
sehingga tiada lagi tulang kasar. Didihkan kembali air tapisan
tulang dan masukkan bahan-bahan yang dikisar, isi ikan yang
telah ditumbuk, asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum
serta garam, dan rebus sehingga kuah agak pekat. Untuk
menghidang tuangkan kuah ke dalam semangkuk laksa, dihias
dengan hirisan telur rebus.
KUIH PENERAM
Kuih Peneram juga dikenali sebagai Kuih Peniaram di
pantai timur Semenanjung Malaysia. Diperbuat
daripada tepung beras, tepung gandum, gula pasir, gula
melaka, minyak masak, garam dan air secukupnya,
kuih ini adalah makanan tradisional masyarakat
Melayu khususnya di daerah Kota Setar, Kedah dan
kawasan-kawasan lain amnya .
Ayak bersama kedua-dua jenis tepung kemudian
masukkan gula pasir dan gaulkan. Larutkan gula
Melaka dan garam dengan air kemudian masukkan ke
dalam adunan tepung sehingga adunan menjadi doh
dan biarkan selama 30 minit. Canai doh dan terap
menggunakan acuan kuih ini. Goreng sehingga
terapung di permukaan minyak yang menandakan
bahawa kuih ini telah masak.
BUSANA TRADISIONAL
BAJU KEDAH BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Pakaian ini digunakan sewaktu wanita Sepasang Baju Melayu Cekak Musang
pergi bertani dan bersawah di bendang yang dipakai oleh orang lelaki di negeri
atau di kebun sayuran atau kebun buah- Kedah adalah dari jenis fabrik satin
buhan. Baju daripada kain kapas berwarna hitam atau warna-warna lain,
dengan corak bunga halus yang longgar nampak anggun dan segak. Baju
dan pendek sehingga ke paras pinggul berpotongan lengkap dengan pesak dan
serta berlengan tiga suku. Dipadankan kekek, berkolar tinggi bulat dan sedikit
dengan kain batik sarung dengan ikatan terbelah di bahagian hadapan dengan
tindih kasih. dihiasi 5 biji butang serta berkocek 3
iaitu satu kecil di dada dan 2 besar di
Dilengkapkan lagi dengan memakai bahagian bawah pinggir baju.
kain batik sarung di kepala bagi
melindungi daripada sinaran panas Dipadankan dengan seluar dari jenis
matahari atau hujan. kain yang sama dan digayakan dengan
kain samping songket dengan ikatan
lilitan bunga di bahagian kiri pemakai.
Manakala tengkolok atau songkok hitam
dipakai sebagai penyeri dan melengkap
pakaian sewaktu menghadiri majlis adat
istiadat atau majlis rasmi.

You might also like