You are on page 1of 32

Universiti Putra Malaysia

Selangor
2017
2
Cetakan Pertama 2017
Nur Fatimah Idris, Bazilahafiqah Othman, Simatus Suaada Fakhrul Razi, & Siti
Nurul Afifah Mohd Suaini (2017)

Hak cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nur Fatimah Idris, Bazilahafiqah Othman, Simatus Suaada Fakhrul Razi, & Siti Nurul
Afifah Mohd Suaini
Kepelbagaian Jenis Laksa di Malaysia / Bazilahafiqah Othman, Nur Fatimah
Idris, Simatus Suaada Fakhrul Razi, & Siti Nurul Afifah Mohd Suaini .
Mengandungi indeks
Bibliografi: hlm. ?
ISBN 978-983-46-1789-9
1. Variety of food. 2. Laksa. 3. Malaysia.
155

Dicetak oleh
SYARIKAT PERNIAGAAN SERDANG
No.449, Jalan 18/2A,
Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor, Malaysia
KANDUNGAN

Prakata
1. Pengenalan
2. Laksa Johor
3. Laksam Kelantan
4. Laksa Penang
5. Laksa Kuala Perlis
6. Laksa
7. Laksa
8. Laksa
9. Laksa
10. Laksa
11. Laksa

Bibliografi
Indeks

SENARAI GAMBARAJAH

Gambar 1 Laksa Johor


Gambar 2 Laksam Kelantan
Gambar 3 Restoran BY-T Laksam
Gambar 4 Laksa Penang
Gambar 5 Laksa Kuala Perlis

4
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 9
Gambar 10
Gambar 11
Gambar 12
Gambar 13
Gambar 14
Gambar 15
Gambar 16
Gambar 17
PRAKATA

Walaupun kini terdapat pelbagai jenis buku yang melibatkan makanan tidak kira sama
ada tradisional atau moden, buku-buku yang terdapat di pasaran hanyalah menceritakan
resepi dan proses memasaknya sahaja. Dengan adanya buku ini sekurang-kurangnya
dapat mengisi kekurangan tersebut dan menampung keperluan yang meningkat
daripada kalangan masyarakat tempatan dan luar negara.

Buku ini merupakan sebuah buku yang cuba menerangkan keunikan,


keistimewaan yang terdapat di Malaysia melalui makanan tempatannya. Malaysia
mempunyai pelbagai jenis makanan yang terkenal dalam kalangan masyarakatnya.
Salah satu makanan yang yang tergolong dalam kategori makanan tradisional yang
terkenal di Malaysia mahupun di negeri jiran seperti Indonesia dan juga Singapura
ialah laksa. Oleh itu tidak hairanlah jika laksa merupakan salah satu makanan yang
menjadi makanan kegemaran masyarakat tempatan. Pada masa yang sama buku ini juga
merupakan langkah terbaik dalam memperkenalkan makanan tradisional kepada
masyarakat luar.

Buku ini bukan sahaja ditulis dengan bahasa yang mudah dan ringkas, malah
kandungan yang dapat menerangkan kepada pembaca bagaimana makanan seperti laksa
dari awal hingga akhir pembuatan dan pemprosesannya mengikut selera dan citarasa
masyarakat sekelilingnya.

PENGENALAN

6
Laksa adalah makanan ringan yang paling diminati oleh rakyat berbilang bangsa di
negara ini. Ia telah menjadi makanan rasmi rakyat Malaysia. Asal usul Laksa ini
dipercayai dari negara Indonesia. Laksa bermaksud dalam bahasa Indonesia sepuluh
ribu. Perkataan laksa ini adalah dari cedukan dari bahasa Sanskrit yang dipercayai
peninggalan keseniambungan zaman kerajaan Majapahit, di Indonesia sekarang.

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular


di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke
Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa
Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah
yang digunakan.

Kunci masakan Laksa ialah Daun Kesum atau orang utara gelar Daun
cenohom, nama saintifiknya Polygonum Hydropiper. Ramuan belacan atau pes
udang menjadi rahsia untuk menyelerakan dan satu kemestian dalam penyediaan
masakan laksa ini. Terdapat berbagai jenis masakan Laksa di negara ini seperti: Laksa
Asam Penang, Laksa Sarawak, Laksa Johor, Laksa Lemak Singapura, Laksa Bali, Laksa
Nyonya Melaka, Laksam Kelantan, Laksa Tom Yam dan lain-lain. Kali ini kami
menghimpunkan beberapa jenis laksa yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia.

1. LAKSA JOHOR
Laksa Johor mula popular di daerah Muar, Johor Bharu. Lalu mula popular di seluruh
negeri di Malaysia. Laksa Johor ianya penuh dengan sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.
Keunikan laksa Johor berbanding laksa lain yang ada di Malaysia ialah laksa Johor
sahaja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang-orang
dulu kala, laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, kerana isteri Sultan Johor pada waktu itu
ialah wanita Inggeris, maka mi laksa johor telah diubah kepada mi Spaghetti untuk
memenuhi citarasa isteri Sultan Johor. Dimana berkuahkan gaya orang melayu tapi
dimakan bersama spaghetti. Tambahan pula kalau ikut cara tradisional orang Melayu
iaitu makan laksa dengan tangan. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor
menggunakan isi ikan parang yang dibakar. Cara pembuatan ikan parang yang dibakar
ini bukan satu perkara yang mudah. Jika dilihat masyarakat Johor ambil masa 2 hari
untuk menyediakan hidangan laksa Johor ini, iaitu sesi mengasingkan isi ikan parang
dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa. Namun tradisi memasak secara banyak
dengan menggunakan ikan parang ini hampir dilupai dan kini masyarakat Melayu Johor
hanya menggunakan ikan kembung yang lebih mudah untuk diasingkan. Berikut
merupakan gambar laksa Johor yang telah dihidangkan;

Laksa Johor menggunakan


santan, tapi hidangannya
masih seimbang bila
disajikan dengan ulaman-
ulaman segar. Sambal
belacan wajib dihidangkan
bersama laksa Johor. Kuah
laksa Johor agak meriah dan
mewah. Penggunaan isi ikan
kembong, parang, udang
segar, udang kering dan isi
ikan masin kurau memberi
rasa yang begitu kaya dan
menyelerakan. Satu lagi jika
kuahnya tidak habis,
anda boleh masak
dengan api kecil dan
dikacau selalu hingga kering
Gambardan1:jadilah serunding.
Laksa Johor

8
CARA MEMBUATNYA
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA
JOHOR 1. Hidangan kuah laksa dengan
menggunakan ikan kembong,
1 kilogram ikan kembong (kalau guna direbus, asingkan isi dan tulang,
ikan parang lagi sedap) tumbuk isi ikan tadi, tulang-
4-5 camca besar udang kering, rendam tulang ikan dikisar dan tapis.
300 gram isi udang Udang dikupas kulitnya, celur dan
Isi ikan kurau masin (2 inci x 2 inci), kisar isi udang hingga halus,
rendam udang kering dikisar halus
4 keping asam gelugor bersama isi ikan kurau masin tadi.
1/2 inci lengkuas, dititik Bancuh rempah kari, ketumbar
1200 m santan kelapa serbuk, jintan manis serbuk
1 1/2 camca besar kerisik bersama bahan kisar halus.
2-3 camca besar cili kisar Ketepikan.
3 kuntum bunga kantan, belah dua 2. Panaskan minyak dalam periuk,
1 genggam daun kesom tumis cili kisar hingga harum,
1 genggam daun selasih masukkan bancuhan rempah dan
2 1/2 camca besar rempah kari ikan bahan kisar tadi dan masak
1 camca besar serbuk ketumbar hingga terbit minyak. Guna api
1 camca besar serbuk jintan manis kecil dan kacau selalu. Tuang air
Garam dan gula secukup rasa rebusan ikan, stok tulang ikan dan
juga air rebusan udang tadi.
BAHAN KISAR HALUS Kacau rata dan bila mendidih,
2 biji bawang besar masukkan isi ikan kembong,
6 biji bawang merah udang, udang kering + ikan kurau
4 ulas bawang putih dan asam gelugor. Kacau rata.
3. Tuang santan dan masak hingga
BAHAN-BAHAN LAIN mendidih. Tambah kerisik, bunga
Spaghetti secukupnya, direbus, tos dan kantan, daun kesom dan daun
gaul dengan sedikit minyak selasih, perasakan dengan garam
Hirisan halus timun dan gula secukup rasa. Masak
Hirisan bawang besar dengan api kecil hingga kuah
Hirisan daun kesom, daun selasih dan laksa pekat sedikit. Rasa dan jika
bunga kantan ok boleh matikan api.
Hirisan kacang panjang atau kacang 4. Letakkan spaghetti secukupnya
buncis dalam pinggan sesuai, tuang kuah
Taugeh secukupnya laksa atasnya. Tambah bahan-
Sambal belacan bahan lain secukupnya dan
Belahan limau kasturi sudukan sambal belacan, letak
belahan limau kasturi dan
hidangkan.
2. LAKSAM KELANTAN
Laksam merupakan suatu produk makanan yang masih menggunakan sepenuhnya
kaedah tradisional, di mana tepung beras yang telah dibancuh sempurna dikukus di atas
tudung periuk selama beberapa minit di dalam kukusan bertingkat pastinya mengambil
masa untuk menyiapkannya. Tambahan kuahnya pula terdiri dari santan pekat dimasak
bersama cebisan ikan yang direbus sempurna rasa. Sebab itulah laksam tiada nama lain
di belakangnya. Laksam adalah laksam. Hanya di Kelantan. Berikut merupakan
gambaran laksam yang telah dihidangkan;

Gambar 2: Laksam Kelantan

Hidangan Laksam yang sedap di negeri Kelantan. Laksam ini boleh diperolehi di
Restoran By-T Laksam Special di Jalan Panchor- Panji, Pengkalan Chepa. Lokasi
restoran ini adalah lebih kurang 9km dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra dimana
pengunjung perlu menempuhi jalan kawasan perindustrian Padang Tembak. Laksam
disini sangat sedap dan menyelerakan para pengunjung yang datang kerana kuah lemak
laksam yang sangat lain dari kuah-kuah laksam di kedai atau restoran lain. Jika ditanya
kepada tukang masak ianya hanya menjawab kuahnya yang sederhana pekat, ekstra
santan dan ekstra ikan, pastinya ianya segar dan rasa ingin tambah. Kuah laksam yang
dimakan ini menggunakan ikan selayang sebagai santapan. Restoran By-T Laksam
Special ini memulakan operasi setiap hari kecuali Sabtu manakala waktu operasinya
adalah bermula pada pukul 2.00 petang hingga 10.30 malam. Harga laksam special
(telur puyuh dan sambal daging) adalah RM 3.50 manakala biasa adalah RM2.50.
BAHAN KUAH
CARA MEMBUATNYA
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 1. Satu tepung beras dan tepung
1gelas air utk tambahan (untuk gandum, kemudian tuang air sedikit-
sesuaikan pekat/cair) sedikit sehingga bancuahan sebati.
Panaskan periuk pengukus.
DIKISAR Panaskan tudung periuk yang nipis
10 ulas bawang merah atau dulang tembaga atau kuali non
2 ulas bawang putih stick di dalam pengukus. Sapukan
1 inci halia sedikit minyak pada tudung terlebih
2 btg serai - ketuk dahulu supaya tidak melekat.
1 sk serbuk lada hitam 2. Kukus sehingga betul-betul masak
3 keping asam keping dan menggelembung semua, barulah
Garam laksam tak patah semasa digulung.
Gula secukup rasa. Angkat dan kemudian letak adunan
atas tudung periuk lain pula. Ulang
ULAM sehingga habis. Sapu minyak setiap
Kacang panjang kali sebelum meletak adunan.
Daun kesum Sejukkan seketika baru digulung
Timun batang supaya kelihatan licin dan cantik.
Bawang besar
Bunga kantan CARA MENGGULUNG
Kubis 1. Guna pisau plastik untuk keluarkan
adunan dari tepi tudung. Terus
SAMBAL ditolak adunan supaya bergulung
Cili padi sekata dan tolak sehingga jatuh ke
Cuka hujung tudung. Tidak perlu
Garam dipegang untuk mengelakkan cepat
Gula basi atau pegang berlapikkan
plastik. Mula menggulung dari
bahagian yang tebal ke bahagian
BAHAN LAKSAM
yang nipis sebab biasanya adunan
3 cawan tepung beras
tidak sekata ketebalan semasa
cawan tepung gandum
dikukus. Gunting nipis-nipis
4 cawan air suam
sebelum dihidangkan
3. LAKSA PENANG

Laksa Pulau Pinang merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular
di Malaysia dan Singapura. Laksa penang dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah
ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang
dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.
Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Ada yang memanggilnya
sebagai asam laksa. Laksa Penang adalah satu-satunya makanan yang berasal dari Malaysia
yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia. Tambahan pula dengan
perahan limau nipis dan cili padi pasti menyelerakan. Pastikan ikan yang segar digunakan
untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Gambar hidangan Laksa Penang
adalah seperti di mukasurat sebelah

Gambar 3: Laksa Penang


Telur rebus
BAHAN-BAHAN Limau nipis atau limau kasturi -
3 kg ikan mata besar dipotong sipi
1 ekor ikan tongkol -Direbus
bersama beberapa keping asam PENYEDIAAN KUAH
gelugor
4 bungkus laksa kering
7 - 10 keping asam gelugor 1. Masukkan air, ikan mata besar, ikan
2 kuntum bunga kantan dibelah dua, tongkol dan beberapa keping asam
batang diketuk gelugor dalam periuk dan rebus
4 sudu besar pes udang hingga masak. Toskan dan sejukkan
2 cekak daun kesum sebentar. Air rebusan disimpan untuk
4 cm keratan lengkuas -diketuk membuat kuah.Asingkan isi ikan
6 batang serai diketuk dengan tulang. 3/4 daripada isi ikan
diblender dengan air rebusan
Garam, gula pasir dan serbuk perisa sehingga halus, dan 1/4 lagi diramas
mengikut rasa kasar supaya isi ikan akan terasa bila
dimakan. Tulang ikan pula diblender
dengan air sehingga halus, kemudian
BAHAN KISAR ditapis untuk mendapatkan airnya.
Cili kering dibuang biji - direbus 2. Masukkan dalam periuk kesemua
3 ulas bawang putih bahan-bahan air rebusan ikan, air
4 biji bawang besar dipotong empat tulang ikan, isi ikan, pes kisaran,
Anggaran 6 cm belacan bakar bunga kantan, daun kesum, serai,
lengkuas, kepingan asam gelugor,
pes udang, garam, gula dan perisa
BAHAN HIASAN makanan. Tambahkan sedikit air
Daun pudina sekiranya kuah agak pekat masak
Isi nanas - dihiris kuah sehingga mendidih dan rasa
Cili merah - dihiris asam dan garamnya.
Cili padi - dihiris 3. Kalau tidak menepati citarasa,
Timun - dihiris tambahkan garam dan asam jika
Daun salad - dihiris perlu.
Bunga kantan - dihiris
4. LAKSA KUALA PERLIS

Laksa Kuala Perlis menjadi sebutan ramai, tidak hairanlah ianya menjadi salah satu
keistimewaan yang terdapat di Kuala Perlis. Kunjungan ke Kuala Perlis pasti tidak
lengkap jika tidak merasai kelazatan Laksa Kuala Perlis yang sememangnya menjadi
kegemaran penduduk di sana. Bahan utamanya ialah laksa tepung beras. Kuahnya agak
pekat kerana banyak menggunakan bahan ikan. Dikatakan juga kuah yang paling enak
di buat dari belut.Hidangannya asli tradisional dan simpel. Kuala Perlis adalah salah
satu destinasi perlancongan yang terdapat di Malaysia. Ianya juga merupakan pusat
nelayan, dan sebagai pelabuhan untuk menuju ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi
adalah destinasi perlancongan berkelas tinggi terkenal di seluruh dunia. Laksa, rata-rata
hampir sama cara penyediaanya, begitu juga dengan Laksa Kuala Perlis. Berikut ini
salah satu dari resepi Laksa Kuala Perlis, bahan kuahnya bukan dari belut tetapi ikan.

Gambar 4: Laksa Kuala Perlis

BAHAN-BAHAN 4 kg laksa beras (direbus & ditoskan)


3 kg ikan kembung (dibersihkan)
2 kg ikan selayang (dibersihkan) 1. Rebus ikan kembung dan ikan
2 batang bunga kantan (dihiris) selayang. Asingkan bahagian isi dan
10 tangkai daun kesum (dihiris) tulang ikan, kisar sehingga hancur
10 keping asam gelugur dan tapiskan.
12 liter air 2. Kemudian masukkan bahan kisar ke
garam secukup rasa dalam rebusan ikan tadi.
3. Masukkan asam keping, bunga
kantan, daun kesum dan perasakan.
BAHAN KISAR: Biarkan mendidih dan angkat.
1 kg bawang besar 4. Masukkan laksa beras ke dalam
1/2 kg cili kering mangkuk bersama bahan-bahan
100 gm belacan (terasi) hiasan.
5. Akhir sekali tuangkan kuah ke
atasnya.
BAHAN HIASAN 6. Seperkara lagi, lazimnya laksa di
30 biji telur (direbus & dibelah dua) makan bersama dengan pati udang;
200 gm cili padi (dihiris) untuk 1 mangkuk memadai
10 tangkai daun selom (dihiris) setengah sudu kecil pati udang
5 biji timun (dihiris nipis) untuk di tambah sebagai bahan
limau kasturi (dibelah dua) perasa.
7. Sedia untuk dihidangkan.
CARA PENYEDIAAN

5. LAKSA BABA NYONYA


Bandaraya Melaka adalah ibu negeri Melaka yang terletak berhampiran muara Sungai
Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Dengan latar belakang penuh dengan sejarah, Melaka
mempunyai gabungan kaum yang sangat kaya. Seterusnya, dengan pengaruh budaya-budaya
yang pernah mendiami Melaka, anda boleh dapat banyak makan yang lazat dan unik di negeri
ini, seperti Asam Pedas, Laksa Nyonya dan juga berbagai kuih-muih berwarna-warni! Ini
telah buat Melaka satu destinasi makanan yang terunggun di Malaysia! Selain itu, pusat
bandar ini telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada Julai 2008.
Gambar 5: Laksa Baba Nyonya

Laksa Baba Nyonya merupakan makanan warisan Melaka sangat dihargai seluruh
negara. Penuh dengan rasa, orang Malaysia dan juga para pelancong mengembara ke Melaka
hanya untuk merasai mee sup lazat ini, yang disediakan dengan air rebusan tulang ayam, kulit
udang dan pes udang kering yang direbus bersama rempah-ratus, cili dan bunga kantan untuk
mendapat perisa dan aroma yang pasti terbuat anda tergoda! Selepas merasai sajian ini
pertama kali, anda pasti hendak hidangan kedua! Ingin cuba? Anda boleh merasainya di
restoran Jonker 88 di Jalan Hang Jebat.

BAHAN A: 200ml air


500gm mihun 20gm pes asam jawa
35ml minyak masak 200ml santan
10 gm bawang putih Garam dan gula secukup rasa
10gm halia muda
30gm bawang merah HIASAN:
2 batang serai 1 biji timun | dibuang kulit dan
10gm lengkuas dihiris nipis
8gm serbuk kunyit 200gm isi ayam | dikukus dan
20gm serbuk cili dihiris
50gm serbuk kari 4 biji cili merah
10 kuntum daun kesum Bunga Kantan secukupnya
Tauge secukupnya
BAHAN B: Udang secukupnya
Kek ikan secukupnya | dicelur dan 2. Selepas itu masukkan air dan kacau
dihiris rata sehingga 10 minit.
4 biji telur rebus 3. Masukkan santan, asam jawa,
Bawang goreng secukupnya garam dan gula secukup rasa.
Daun sup secukupnya 4. Kacau dengan api perlahan
Daun bawang secukupnya sehingga mendidih.
5. Masukkan mihun ke dalam
CARA MEMASAK: mangkuk bersama bahan hiasan.
6. Tuangkan kuah dan sedia
1. Panaskan minyak di dalam periuk. dinikmati.
Tumis bahan A kecuali mihun
sehingga wangi

6. LAKSA KEDAH
Bagi mereka yang pernah berkunjung ke negeri Kedah dan gemar melakukan aktiviti "jalan-
jalan cari makan", pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba Laksa
Teluk Kechai yang popular seantero utara ini. Laksa Teluk Kechai adalah antara laksa yang
popular di utara ekoran kelainannya yang dihidang bersama sambal kelapa yang akan
mencetus rasanya, lain dari yang lain. Antara premis terkenal yang menyajikan Laksa Teluk
Kechai yang "famous" di negeri ini adalah Laksa Zakaria Teluk Kechai yang berlokasi di
Jalan Kuala Kedah, Kampung Klong Hoi. Dibuka setiap hari bermula 12 tengah hari
sehingga 10 malam, restoran Laksa Zakaria Teluk Kechai menjadi persinggahan orang ramai
dari dalam dan luar negara tanpa mengira peringkat umur mahupun kaum sekiranya mereka
menjejakkan kaki ke Alor Setar. Semangkuk laksa hanya berharga serendah RM3.50 dan
harga bagi sekilo laksa beserta bahan dan kuahnya pula pula RM14 boleh dibeli untuk dibawa
pulang ke rumah.
Gambar 6: Laksa Kedah

Keistimewaan Zakaria laksa adalah dari segi bahan-bahan yang di masak sendiri
termasuk laksa beras dan sambal kelapanya. Kuah laksa yang diperbuat daripada isi ikan
selayang itu semestinya menambat selera penggemar makanan ini ditambah pula dengan
sambal kelapa sebagai bahan pemekat kuah tersebut. Selain laksa, pulut sambal juga
merupakan salah satu hidangan laris di kedai ini kerana kesedapan inti sambalnya yang manis
pedas berjaya memikat hati pengunjung yang singgah di situ. Berikut merupakan resepi laksa
kedah untuk 8-10 orang.

4 sudu makan cili kering kisar


BAHAN-BAHAN: BAHAN ULAM:
2 bungkus laksa 1 ikat daun selom - di hiris
10 ekor ikan kembung 1 biji timun - dihiris mancis
10 ekor ikan selayang (Ikan sardin) Daun salad - dihiris
18 - 20 keping asam gelugor 10 biji cili api - dipotong bulat
30 biji bebola ikan - dibelah dua (pilihan... 1 biji bawang besar - dimayang nipis
ini adalah olahan keluarga saya. Bila buat Telur - dibelah dua
laksa mesti masukkan fishball...) Limau Kasturi - dibelah dua
1 ikat daun kesom
3 kuntum bunga kantan
Garam CARA-CARANYA:
Perasa
1. Ikan dibuang kepala dan ekor.
Dibersihkan.
2. Masukkan ikan ke dalam periuk.
Masukkan air setakat paras ikan
sahaja. Masukkan 10 keping asam
gelugor. Rebus ikan hingga
BAHAN KISAR (A): mendidih dan ikan masak.
2 biji bawang besar Sejukkan.
3 inci belacan bakar
3. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi 7. Masukkan bahan kisar (A) ke
ikan dimasukkan ke dalam blender. dalam periuk.
Masukkan air hingga 3/4 penuh. 8. Tambah air sebanyak 3/4 penuh
Kisar halus. blender ke dalam periuk.
4. Tapiskan air rebusan ikan tadi 9. Masukkan 8 keping asam gelugor.
(untuk pastikan tiada tulang (Kalau kurang masam, boleh
tertinggal dalam air rebusan ikan tambah lagi asam gelugor). Masak
tadi). Masukkan ke dalam periuk. hingga mendidih.
5. Masukkan ikan kisar ke dalam 10. Masukkan daun kesom, bunga
periuk yang sama. kantan dan fishball. Masak lagi
6. Masukkan tulang ikan rebus tadi ke hingga mendidih.
dalam blender. Masukkan air 11. Masukkan garam dan bahan perasa
sehingga 3/4 penuh. Kisar. secukupnya. Kacau rata.
Tapiskan air tulang yang dikisar 12. Tutup api. Hidangkan.
tadi. Buang tulang ikan. Air tulang
ikan dimasukkan ke dalam periuk.

7. LAKSA SARAWAK

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dengan
bumi Semenanjung. Pemisahan secara geografi ini memberi kesan kepada budaya, bahasa
serta adat resam termasuklah juga masakan. Sungguhpun demikian, perbezaan tersebut
memberi impak yang amat positif untuk saling memahami dan memberikan setiap individu
pelbagai makanan untuk dirasai. Kuching hanya mampu menggambarkan sebahagian kecil
daripada ratusan budaya negeri Sarawak yang dibina oleh pelbagai etnik dan bangsa.

Oleh itu, industri makanan turut berkembang dan menawarkan pelbagai keunikan dan
pilihan. Laksa Sarawak antara makanan yang memaparkan rasa yang berbeza dengan laksa di
semenanjung. Laksa Sarawak adalah salah satu dari makanan tradisional negeri Sarawak
(disebut juga bumi Kenyalang). Bahan utama ialah bihun (mee hoon), udang, carikan daging
ayam, taugeh dan telur. Adunan rempah ratus serta daun ketumbar yang harum, dibasahi
kuah pedas dan berlemak, menjadikan begitu enak dan menyelerakan. Sememangnya, laksa
Sarawak hidangan amat istimewa dan mempunyai keunikan serta daya tarikan tersendiri. Ia
digemari bukan saja oleh masyarakat di Sarawak, tetapi juga hampir di seluruh Malaysia,
termasuk di kalangan warga Barat.
Gambar 7: Laksa Sarawak

BAHAN-BAHAN: sedikit daun ketumbar (diracik)


limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Pes Laksa Sarawak (200 gm)
SAMBAL UDANG KERING
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih* 6 biji bawang merah (dikisar)
10-12 tangkai cili kering* 2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci lengkuas* sedikit belacan bakar (dikisar)
1 sk ketumbar segenggam udang kering
1 sk jintan manis (dikisar/ditumbuk halus)
1 sk jintan putih 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling
3 biji buah keras* secukupnya
2-3 batang serai* sedikit air asam jawa
1 inci belacan bakar* garam dan gula
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak) CARA MEMBUAT:
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Paste Laksa Sarawak-
LAKSA SARAWAK (6 ORANG
MAKAN) 1. Kisar lumat bahan-bahan yang
bertanda (*).
200 g pes atau perencah laksa 2. Bahan-bahan seperti jintan
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik manis/putih, ketumbar, kacang
halus) tanah dan bijan dikisar/ditumbuk
1/2 kilo udang basah halus terlebih dahulu sebelum
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur) disatukan dengan bahan-bahan
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus) bertanda (*).
2 batang serai (diketuk) 3. Panaskan minyak. Tumis bahan-
200-250 ml santan pekat bahan tadi sehingga keperangan.
garam dan gula secukup rasa 4. Tambah garam dan sedikit gula.
taugeh (dicelur) Kacau rata-rata.
5. Simpan di dalam bekas yang 3. Masukkan mihun ke dalam
bertutup dan masukkan ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan
peti sejuk sekiranya ingin seperti taugeh, telur, daun
menyimpan lama. ketumbar, isi ayam dan telur.
Tuangkan kuahnya dan perahkan
Laksa Sarawak dengan limau kasturi. Hidangkan
panas-panas. Untuk menyedapkan
1. Sediakan 2 liter air dalam lagi rasanya, masukkan sedikit
periuk. Jerangkan. Kemudian sambal udang kering.
masukkan udang yang sudah
dibersihkan bersama serai. Rebus Sambal Udang Kering
hingga udang masak. Kemudian
toskan udang. Air rebusan tadi 1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan
jangan dibuang. Sebaliknya cili kisar tadi hingga pecah minyak.
masukkan pes laksa dan kacau 2. Perasakan dengan garam dan gula
menggunakan api perlahan. (Boleh dan masukkan air asam jawa.
tambah air jika perlu). Kacau hingga pekat
2. Masukkan santan dan
perasakan dengan garam dan
sedikit gula.
8. LAKSA TERENGGANU

Laksa Terengganu merupakan sejenis sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di
Terengganu. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah
masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang
diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam,
bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan
kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu
dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan


menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah
masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras
dan kuah mentah. Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan
tangan (lebih asli). Berikut merupakan resepi laksa Terengganu.

Gambar 8: Laksa Terengganu


BAHAN-BAHAN 60 gm kerisik
1 kg laksa biasa (rebus sehingga lembut 60 gm rempah gulai bunga rose
dan toskan) 5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
BAHAN ULAMAN [HIRIS HALUS] garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang BAHAN MESIN
100 gm taugeh 100 gm cili
50 gm gajus 5 ulas bawang merah
200 gm kubis bulat 2 ulas bawang putih
100 gm timun 2 cm halia
50 gm daun kemangi/selasih 2 cm lengkuas

SAMBAL BELACAN:
100 gm cili merah CARA MEMBUAT:
20 gm belacan [ dibakar wangi] 1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan
garam dikisar halus.
Tumbuk cili merah bersama belacan 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan
hingga lumat. mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan, asam keping, isi ikan,
BAHAN UTK KUAH: garam, kerisik dan gula melaka.
600 gm ikan selayang 4. Masakkan kan sehingga kuah naik minyak
1500 ml santan [1 biji kelapa] dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
50 gm gula melaka 5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman
dan sambal belacan
Bibliografi

Azza Pawanchik. (2008). Laksa Prima Mini Recipe Book. Selangor: Buku Prima Sdn.
Bhd
Haryati Mat Deris. (2015). Kompilasi Masakan Utara. Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.
Nik Malawati Nik Othman. (2010). Aneka Masakan Kelantan. Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.
Nik Malawati Nik Othman. (2015). 101 Resepi Pantai Timur. Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.
Norzailina Nordin. (2011). 100 Juadah Perayaan. Selangor: Grup Buku Karangkraf
Sdn. Bhd.
Sarji Ramli. (2008). Kompilasi Masakan Sarawak. Selangor: Grup Buku Karangkraf
Sdn. Bhd.
Sharifah Mariam Syed Shafie. (2012). Kompilasi Masakan Terengganu. Selangor:
Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Siti Aisyah Hussain. (2008). Laksa. Selangor: Buku Prima Sdn. Bhd.
Zaine Hj Puteh. (2010). Kompilasi Masakan Penang. Selangor: Grup Buku Karangkraf
Sdn. Bhd.
Indeks

Baba Nyonya
Sungai Melaka
Jongket 88
Teluk Kechai
Klong Hoi
Alor Setar
Budaya
Kuching
Laksa beras
Laksa Tepung
BIBLIOGRAFI

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 12:30 AM


http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/07/21/15/25/laksa1.ashx?
w=620&h=413&crop=1&/

You might also like