You are on page 1of 3

SEJARAH KUIH MURUKKU

1.0 PENGENALAN

Murukku merupakan salah satu makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi

nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat

di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Seperti yang kita tahu, Murukku

adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku

diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung

kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku

yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan

khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran. Alat cara menekan

doh murukku lebih murah(RM5.00 RM7.00), tetapi memerlukan teknik yang baik dan

tenaga yang banyak. Alat murukku pemutar tangan pula mudah dan tidak perlu menggunakan

tenaga yang banyak tetapi harganya mahal sedikit (RM15.00).

BAHAN-BAHAN:

Cara menghasilkan tepung kacang Thosai/ Ulundu/ Urad Dhal.

300 gm kacang tosai(putih kekuningan). Goreng kering di dalam kuali se hingga warnanya

berubah keperangan. Jangan terlalu lama. Biarkan sejuk sedikit. Kisar halus KERING

sehingga jadi tepung dengan menggunkan pengisar(blender) sekiranya terdapat kasar sedikit

dibahagian atas tidak mengapa. Anda boleh hasilkan 1 cawan tepung kacang thosai ini.

1 cawan (cup) tepung kacang thosai.

4 cawan tepung beras.

2 sudu buter atau majerin lembut.


1 sudu kecil biji rempah jemuju/ oregano. (boleh dapati dari kedai rempah beli 0.50

sen).

1 sudu bijan.

1 sudu kecil garam. (dilarutkan didalam air suam).

2 cawan air suam.

Serbuk Cili ikut kepedasan yang diperlukan* (pilihan)

Daun Kari 8-10 helai dicincang* (pilihan)

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Sebatikan butter/majerin dengan

tepung.

2. Masukkan air suam ke dalam bekas. Jadikan tepung doh yang lembut. Sekiranya doh

anda terlalu keras, tambahkan sedikit air. Doh yang keras sukar dan mudah putus semasa

memutar dalam acuan murukku.

3. Pilih acuan mrukku yang anda kehendaki. Masukkan acu pilihan anda ke dalam alat

membentuk murukku. Masukkan sedikit doh ke dalam alat acuan murukku. Tutup

penutupnya.

4. Ambil Alluminium foil atau sehelai plastik (beg plastik) sederhana lebar dan sapukan

minyak supaya murukku anda tidak melekat dan senang dijatuhkan kedalam minyak panas.

5. Acuan muruku datang dengan berbagai bentuk (putu mayom dibuat dengan alat

murukku ini tapi cuma acuannya yang berlainan). Mamak pilih acuan bintang tunggal sebagai

pilihan. Anda boleh pilih apa yang anda suka.

6. Bab nak putar murukku ini memang kekok pada mulanya, tetapi lama-kelaman ia

amat mudah dan Fun. Mula pusing/tekan perlahan alat murukku anda dengan mulakan

dengan membuat bulatan pertama yang kecil di atas foil alluminium anda diikuti dengan
pusingan bulatan kedua, ketiga dan ikut sais anda perlukan. Penghujung perlu ditekan pada

murukku supaya ia tidak terbuka semasa goreng.

7. Panaskan minyak dalam kuali sehingga panas dan masukkan murukku satu persatu

dengan angkat murukku dari atas aluminium foil dengan cermat dan masukkan perlahan-

lahan dalam minyak panas. Tentukan murukku baru masukkan dan telah masak tidak melekat

diantara satu sama lain.

8. Murukku yang telah masak senang untuk kenal pasti. Apabila murukku yang sedang

masak telah berhenti mengeluarkan gelombong udara(air bubbles) maka murukku tersebut

telah masak. Gelombong udara tersebut adalah wap air yang dibeskan oleh murukku tersebut.

9. Sejukkan dalam beberapa minit dan simpan murukku anda dalam bekas kedap udara.

Anda boleh dapatkan 50 pcs murukku bersaiz 3 inci. Selamat mencuba!.

You might also like