You are on page 1of 3

1.

0 PENDAHULUAN
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) program prasekolah di
Malaysia adalah kanak-kanak yang berumur tujuh tahun kebiasaannya
menerima pendidikan dan asuhan di rumah. Sebilangan daripada mereka
berpeluang mendapat didikan tambahan di institusi-institusi prasekolah.
Institusi- institusi ini dikelolakan oleh beberapa badan tertentu seperti Kemas,
Felda, Pertiwi, Darul- Arqam, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Tadika
Malaysia dan tadika-tadika persendirian. Semua institusi prasekolah ini
mempunyai tujuan dan rancangannya tersendiri selaras dengan objektif
Kementerian

Pelajaran

Malaysia

iaitu

menyediakan

pengalaman

pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun


bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek yang perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
untuk masuk ke sekolah rendah.
Namun, pada masa kini kerajaan telah mewajibkan pendidikan
prasekolah secara beransur-ansur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hal ini kerana keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan
emosi dan intelektual. Penekanan serius ini khususnya terhadap kanak-kanak
yang berusia antara 56 tahun. Mereka telah diberi pilihan sama ada
mendapatkan pendidikan prasekolah annex di sekolah-sekolah rendah
kerajaan atau lain-lain institusi pendidikan prasekolah. Bagi melahirkan
generasi masa hadapan yang cemerlang, guru-guru pendidikan prasekolah ini
seharusnya komited, berdedikasi, berkebolehan dan mempunyai sikap kasih
atau altruistik terhadap kanak-kanak.

Namun bagi memastikan objektif ini tercapai setiap guru perlu


memainkan

peranan

yang

penting

supaya

kanak-kanak

mengalami

perkembangan menuju arah dan aspirasi yang dijangkakan. Oleh itu,


persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran
yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta
dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Guru kepada kanak-kanak
pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran
mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi
setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut
keperluan kanak-kanak tersebut.
Hal ini bertujuan agar para guru boleh mengguna dan menterjemahkan
kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan
minat murid. Untuk keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak kurikulum
perlu dirancang dan di struktur mengikut titik permulaan pembelajaran kanakkanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat, melalui bahan atau
kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan
keperluan kanak-kanak, merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna
untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di
dalam bilik darjah (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003).

2.0 DEFINISI PENGAJARAN PRASEKOLAH


Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) lagi pendidikan
prasekolah

adalah

satu

program

yang

menyediakan

pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep
yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan
"Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti
kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya
meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap
aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran
berkonsepkan sekolah bestari.

3.0 JENIS-JENIS CERITA YANG MENARIK MINAT KANAK-KANAK


PRASEKOLAH
3.1

You might also like