You are on page 1of 2

MAKANAN TRADISIONAL BANGSA KADAZAN DI MALAYSIA

HINAVA

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional


istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai
makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang
dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,
bawang merah , limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan
istimewa semasa Tadau Kaamatan.
AMBUYAT

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang


dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-
negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali
sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan
menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam
sos.
BAROBBO

Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum
Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Barobbo adalah
masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut.
Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.
Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-
ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap di makan ketika
masih panas.

You might also like