You are on page 1of 1

Tuesday, September 13, 2016

Makanan Tradisional Negeri Sabah

1. Hinava

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku
kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam
kalangan kaum Kadazan-Dusun.Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan
segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang
merah , limau kapas dan garam.Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau
Kaamatan.

2.Ambuyat

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit.
Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia
seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat
dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu
dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

3.Berobok

Berobok (Nasi Bubur Jagung) juga dikenali sebagai Barobbo, merupakan makanan tradisional bagi
suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Barobbo merupakan sejenis bubur yang
dicampur dengan bahan-bahan lain seperti jagung, ayam dan sayur-sayuran. Berobok sesuai
dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sarapan pagi dan minum petang. Bagi mereka yang
ingin mencuba makanan ini boleh mendapat di bahagian pantai timur Sabah terutamanya Bandar
Tawau.

You might also like