You are on page 1of 3

Jawapan

Bahagian A

1. C 6. B 11. C 16. D
2. C 7. C 12. D 17. D
3. D 8. B 13. B 18. D
4. D 9. D 14. A 19. A
5. C 10. C 15. B 20. C

Bahagian B
21. Takrifan disiplin ialah latihan untuk mengawal diri . Selain itu,disipin ialah kemahuan untuk mentaati
atau menghormati peraturan baik dalam keagamaan ,etika sosial mahupun dalam organisasi.
22. i) Bagaimana disiplin merupakan latihan untuk mengawal diri sendiri ?

ii) Mengapakan disiplin dikatakan salah satu peraturan ?

iii) Mengapakah disiplin menjadi faktor dalam diri seorang pelajar ?

iv) Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan ?

v) Apakah ciri-ciri pelajar yang menpunyai ?

vi) Apakah tujuan peraturan sekolah ditetapkan ?

23. Jadual waktu belajar merupakan satu amalan yang penting untuk menjadi seaorang pelajar yang
berdisiplin dan cemerlang. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang murid akan perolehi
apabila anda menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah kita dapat
menilai kembali apakah yang telah kita lakukan. Dengan adanya jadual belajar, kita akan dapat membahagikan
masa untuk mengulangkaji,membuat kerja rumah, berehat, atau bermiain dengan sistematik. Sudah pastinya
kita tidak akan menghadapi masalah apabila musim peperiksaan tiba. Selain itu, jadual belajar juga dapat
membantu anda menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yangberkesan dan memberikan faedah
paling optimum. Kita pasti tidak mempunyai masalah seperti murid lain yang selalunya tidak sempat
mengulangkaji pelajaran sewaktu musim peperiksaan. Jadual belajar juga penting supaya kita dapat melatih
mendisplinkan diri dalam menepati masa. Ini membolehkan anda mengamalkan cara hidup yang lebih
sempurna. Kita dapat mempelbagai aktiviti yang perlu kita lakukan setiap hari.

Bahagian C

Soalan 25

Sejak belakangan ini, cuaca dunia berubah secara mendadak dan begitu ekstrem. Keadaan
ini secara tidak langsung telah menyebabkan fenomena bencana alam yang dahsyat. Pada
pendapat anda, apakah kesan-kesan bencana alam terhadap masyarakat dan negara yang
mengalami bencana itu?

Kejadian bencana alam yang berlaku di negara kita meskipun tidak sekerap di negara
lain tetap membimbangkan kita kerana kesan negatifnya amat yang buruk.Ini menyebabkan
rakyat bimbang terhadap keselamatan mereka . Justeru, ramai daripada mereka berpandapat
bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini berpunca daripada kelalaian manusia
terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan bencana alam yang sering
menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang dapat kita peroleh.

Antaranya, membawa kerugian kepada negara. Bencana alam seperti banjir akan
memusnahkan pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kerosakkan harta benda juga
menyebabkan induvidu terpaksa menanggung kerugian yang besar. Bagi membangunkan semula
bangunan atau petempatan yang musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi. Oleh
itu kesan bencana alam kepada ekonomi adalah sukar dinilai dan mungkin juga mustahil untuk
dinilai dengan ukuran mata wang. Mungkin pada masa akan datang satu jadual pengiraan yang
sesuai boleh dibangunkan bagi menilai semua bentuk kerugian yang dialami oleh negara kesan
dari bencana alam.

Selain itu, bencana alam juga menjejaskan kesihatan mangsa. Hal ini kerana, ketika
berlakunya kejadian bencana alam seperti fenomena banjir yang berlarutan, bekalan air bersih
akan semakin berkurangan. Kekurangan air bersih ini menyebabkan mangsa banjir terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit taun, cacar air, dan Kolera. Fenomena kemarau
juga boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit kulit atau deman. Dalam kejadian ini,
banyak mangsa mati kerana ditimpa runtuhan bangunan dan dihempap pokok, tidak kurang juga
dilemaskan oleh ombak ganas yang menggila. Keadaan ini tentunya menyebabkan ahli keluarga
mangsa meratapi kematian mangsa bencana alam.

Di samping itu, bencana alam turut memberi kesan kepada kemusnahan flora dan fauna.
Kejadian bencana alam seperti pembakaran hutan akan menjejaskan ekosistem flora dan fauna
yang menjadi khazanah negara. Kemusnahan pokok-pokok akan mengambil masa yang lama
untuk subur dan hidup kembali. Kepupusan flora dan fauna akan merugikan generasi akan
datang kerana tidak berpeluang melihat keindahan flora dan fauna pada masa kini. Masalah ini
akan menyebabkan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dimusnahkan secara besar-besaran dan
mengakibatkan sesetengah tumbuh-tumbuhan pupus. Ia turut menyebabkan fauna mengalami
kepupusan akibat gagal menyesuaikan diri di habitat baru. Hal ini akan mengakibatkan
ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro yang akan membawa kesan negative terhdap
unsur-unsur seperti cuaca , hakisan , banjir dan sebagainya.

Seterusnya, bencana alam juga boleh mencemarkan alam sekitar. Ketika fenomena banjir
berlaku, sisa kumbahan dan benda-benda beracun serta bangkai binatang akan terapung bersama-
sama aliran air. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara yang akan
menjejaskan kehidupan induvidu. Pencemaran bau juga akan menyebabkan mangsa banjir berasa
tidak selesa.Selain itu, kemusnahan infastruktur yang telah rosak dan runtuh akan menyebabkan
halangan kepada manusia untuk bergerak ke satu tempat ke lain. Hal ini akan menjadi satu
masalah yang besar .

Kesan berikutnya, bencana alam boleh menjejaskan sumber bekalan makanan. Hal ini
kerana, apabila bencana alam berlaku, sumber bekalan mentah tidak dapat dihantar ke kawasan
bencana kerana berlaku kesulitan seperti sistem perhubungan yang rosak dan sebagainya.
Berikutan itu, bekalan makanan sedia ada akan semakin berkurangan dari hari ke hari. Situasi ini
akan menyebabkan mangsa banjir berada dalam keadaan kelaparan.Seterusnya, kerajaan juga
perlu memastikan bahawa kuantiti makanan adalah cukup untuk semua warga negara.

Kesimpulannya, bencana alam sememangnya membawa pelbagai kesan negatif kepada


mangsa. Oleh itu semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan
mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah
kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung
akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa
tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita
harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah
untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau?
Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.
( 628 patah perkataan )

You might also like