You are on page 1of 8

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA

SEPAK 15 TAHUN KE BAWAH (15TKB)


PERINGKAT
MSSB KUCHING 2023

ANJURAN:

SMK BAKO DAN SMK DEMAK BARU


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 15TKB
PERINGKAT MSS BAHAGIAN KUCHING
2023
==============================================================================
1. Nama Pertandingan
Pertandingan Bola Sepak 15TKB MSS Bahagian Kuching

2. Pengelola
Dianjurkan oleh MSS Bahagian Kuching dan dikelolakan oleh SMK BAKO dan SMK DEMAK BARU,
Kuching.

3. Tarikh Pertandingan
Pertandingan ini akan bermula pada 12 -14 Julai 2023.

4. Tempat Pertandingan
Padang SMK BAKO, Kuching.

5. Penyertaan

Kumpulan/Zon Sekolah Sekolah


A SMK TAHO SMK ST JOSEPH
B SSN TABUAN JAYA SMK SERI SETIA
C SMK SRI MATANG SMK AGAMA MATANG
D SMK LUNDU SMK LAKE

6. Undang-undang dan Peraturan


Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang dan Peraturan yang
ditetapkan MSSM, FAM Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA )
melainkan jika ada peraturan khas untuk tujuan pertandingan ini.

6.1 Kelayakan
6.1.1 Semua pelajar sepenuh masa di sekolah - sekolah MSSM Bahagian Kuching
layak menyertai pertandingan ini.
6.1.2 Pelajar yang lahir pada atau selepas tahun 2008 sahaja yang layak menyertai
pertandingan ini.
6.1.3 Untuk tujuan pengesahan umur, salah satu daripada dokumen berikut hendaklah
dikemukakan kepada pengurus pasukan lawan 30 minit sebelum permainan
dimulakan;
a. Kad pengenalan asal
b. Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara
c. Pasport

6.1.4 Pasukan yang didapati menipu dalam penggunaan dokumen pengenalan diri
pemain akan disingkir daripada kejohanan secara automatik. Semua keputusan
yang melibatkan pasukan itu dibatalkan.

6.1.5 Pasukan yang diambil tindakan oleh MSS Bahagian Kuching pada tahun 2022
tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
6.2 Pendaftaran Pemain
6.2.1 Setiap pasukan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 18
orang pemain.

6.2.2 Dua salinan borang pendaftaran mestilah disampaikan kepada


Jawatankuasa Pengelola 30 minit sebelum perlawanan pertama
sesuatu pasukan.

6.2.3 Senarai nama kesebelasan utama dan pemain gantian sesuatu


pasukan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Perlawanan
30 minit sebelum setiap perlawanan. Senarai ini hendaklah
mengandungi nama pemain yang telah didaftarkan sahaja.

6.2.4 Pihak pengelola berhak membatalkan penyertaan pasukan yang


mengemukakan pemain yang tidak didaftarkan. Semua keputusan
yang melibatkan perlawanan dengan pasukan itu dibatalkan.

6.3 Sistem Pertandingan


Sistem / format pertandingan berdasarkan peraturan MSSM (Peraturan Am MSSM: Perkara 10 )
seperti berikut:

6.3.1 Cara Liga DUA Kumpulan

6.3.1.1 Pusingan Pertama


Pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B

Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan


ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan serta tempat ketiga
ditempatkan dalam kumpulan B

Pasukan-pasukan dari Zon yang sama akan ditempatkan dalam


kumpulan yang berbeza.
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan
cabutan undian.

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

KUMPULAN A KUMPULAN B
A1- SMK B1- SMK
A2- SMK B2- SMK
A3- SMK B3- SMK
A4- SMK B4- SMK

6.3.1.2 Pusingan Kedua – Separuh Akhir


Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan
melawan Naib Johan kumpulan A. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
6.3.1.3 Pusingan Akhir
Pemenang Separuh Akhir pertama akan bertemu pemenang Separuh Akhir kedua
dalam Final .
Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas dianggap pemenang tempat Ketiga.

6.3.2 Penentuan Mata


6.3.2.1 Kedudukan dalam kumpulan ditentukan menerusi jumlah mata
a. Menang - 3 mata
b. Seri - 1 mata
c. Kalah - 0 mata

6.3.2.2 Sekiranya kutipan mata sama, maka kedudukan akan ditentukan:


- Perbezaan gol - Pasukan yang mendapat lebih banyak perbezaan gol akan
dikira sebagai pemenang
- Jaringan Gol - Sekiranya jumlah perbezaan gol masih sama, maka pasukan
menjaringkan lebih banyak gol dikira sebagai pemenang.
- Keputusan perlawanan - Sekiranya jumlah jaringan gol juga sama, maka pasukan
yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira pemenang
- Lambung syiling - Sekiranya masih seri, maka kedudukan akan ditentukan
melalui lambungan syiling

6.4 Masa permainan.


6.4.1. Masa permainan untuk setiap perlawanan ialah 60 minit, iaitu 30 minit untuk
Setiap separuh masa.

6.4.2. Masa tambahan selama 20 minit, iaitu 10 minit untuk setiap separuh masa dengan
tiada masa rehat akan diberikan pada peringkat kalah mati sekiranya perlawanan
berakhir dengan keputusan seri.

6.5 Sistem Sepakan Penalti


Sekiranya perlawanan masih seri setelah masa tambahan, maka pemenang akan
ditentukan melalui sepakan penalti.

Sistem sepakan penalti akan dijalankan seperti berikut:


 Hanya pemain yang berada dalam kawasan permainan dimasa tambahan dibenarkan
membuat sepakan penakti
 Setiap pasukan akan mengambil lima tendangan secara berselang seli oleh lima
pemain yang berlainan. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan dikira
sebagai pemenang.
 Jika masih seri, maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain yang
berlainan secara berselang-seli dengan sistem “sudden death”
 Jika masih seri, undian akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
 Pemilihan gol untuk sepakan penalti akan ditentukan oleh pengadil.
 Penjaga gol boleh diganti pada bila-bila masa sahaja semasa sepaka penalti
mana-mana pemain yang sedia ada dalam padang.
 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera dengan
syarat pasukannya belum menggunakan bilangan maksima pemain gantian.
6.6 Pakaian
6.6.1 . Setiap pasukan mesti membawa 2 pasang jersi yang berlainan warna.Setiap pasang
jersi mestilah bernombor.

6.6.2. Setiap pasukan hendaklah menyatakan warna jersi utama dan jersi kedua pasukan
mereka semasa mesyuarat pengurus pasukan.

6.6.3 Pasukan yang disebut terlebih dahulu dalam jadual perlawanan dianggap sebagai
tuan rumah dan mereka berhak menggunaka jersi utama.Pasukan lawan hendaklah
menggunakan jersi yang berwarna lain.

6.6.4. Pemain wajib menggunakan kasut bola dan ‘shin guard’ sepanjang permainan.
Pengadil berhak menentukan kesesuaian kasut bola.

6.6.5. Seseorang pemain mesti menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan ini.

6.6.6. Ketua pasukan mesti menggunakan ‘arm band’ pada setiap perlawanan.

6.7 Bola
6.7.1. Bola saiz 5 akan digunakan dalam pertandingan ini.

6.7.2. Pasukan yang bermain hendaklah mengemukakan bola mereka. Pengadil berhak
memutuskan yang akan digunakan dalam perlawanan itu.

6.8 Bilangan pemain


6.8.1. Sekiranya sesuatu pasukan gagal menurunkan 8 orang pemain apabila pengadil
memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang ditetapkan dalam
jadual pertandingan, pasukan lawannya yang mempunyai 11 orang pemain akan diberi
kemenangan percuma dengan kiraan mata dan jaringan 3-0.

6.8.2. Jumlah pertukaran maksima pemain sesebuah pasukan dalam satu permainan ialah 7
orang termasuk penjaga gol.

6.9. Kelewatan
6.9.1. Pasukan yang lewat melebihi 15 minit dari masa perlawanan sebenarnya akan dikira kalah
Pasukan lawan akan diberi kemenangan dengan jaringan 3 – 0.

6.9.2. Pasukan yang hadir tanpa Pengurus atau Jurulatih tidak akan dibenarkan bermain.

6.10. Bantahan
6.10.1. Bantahan bertulis mengenai mana-mana perlanggaran syarat pertandingan yang
ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Pertandingan atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas perlawanan itu tamat.

6.10.2 Bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran pertaruhan sebanyak RM 200.00.


Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
6.10.3. Bantahan tidak akan dilayan jika ianya menentang keputusan pengadil atau
Menyentuh bidang kuasa pengadil.
6.10.4 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad. Juri Rayuan terdiri sekurang-kurangnya dari
lima orang iaitu sekurang-kurangnya tiga orang yang berikut.
 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
 Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
 Setiausaha Jawatakuasa Pengelola
 Pengerusi Teknikal Bola Sepak Bahgaian Kuching
 dan dua orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat

6.11. Tidakan Tatatertib


6.11.1. Pemain yang telah menerima 2 kad kuning sepanjang pertandingan tidak dibenarkan
bermain dalam satu permainan yang berikutnya.

6.11.2. Pemain yang menerima kad merah tidak dibenarkan bermain dalam 2 perlawanan
berikutnya.

6.11.3. Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan dan diperintah keluar
dianggap menerima kad merah.

6.12 Tindakan Tatatertib Kerana Gagal Bermain


6.12.1 Kegagalan bermain atas sebab-sebab berikut akan dicadangkan tindakan tatatertib
oleh MSSM Bahagian Kuching
i. Gagal mengemukakan pasukan yang mencukupi bilangan pemain.
ii. Lewat turun ke padang sehingga perlawanan dibatalkan
iii. Menarik diri dari pertandingan atau sesuatu perlawanan selepas mendaftarkan
pasukannya.

6.13 Pindaan Jadual Perlawanan


6.13.1 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda jadual perlawanan telah ditetapkan jika
didapati perlu.

6.14 Perlawanan Yang Ditunda Atau Dihentikan


6.14.1 Sekiranya pengadil berpendapat permainan perlu dihentikan atas sebab- sebab tertentu
ketika perlawanan sedang berlangsung, maka keputusan perlawanan itu dikira berdasar
pertimbang beriku:.
a. Peringkat Kumpulan.
i. Sekiranya permainan hanya tinggal 10 minit maka kedudukan semasa
dikira.
ii. Sekiranya masa permainan masih mempunyai baki lebih 10 minit ketika
permainan diberhentikan, terpulang kepada persetujuan kedua-dua
pengurus.

b. Peringkat kalah mati


i. Sekiranya permainan hanya tinggal 10 minit maka kedudukan semasa
dikira.
ii. Sekiranya masa permainan masih mempunyai baki lebih 10 minit ketika
permainan diberhentikan, terpulang kepada persetujuan kedua-dua
pengurus.
( perlu perbincangan dan persetujuan daam mesyuarat pengurus
pasukan)

6.15 KEBENARAN MEMASUKI PADANG DAN KAWASAN TEKNIKAL

6.15.1 Hanya pemain dan pengadil yang terlibat dalam perlawanan dibenarkan masuk ke
padang permainan kecuali terdapat kecederaan pada pemain dan itu pun apabila
dibenarkan oleh pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut.

6.15.2 Komunikasi atau arahan dari Pegawai Pasukan dan pemain di luar padang permainan
tidak boleh ditujukan terhadap Pengadil atau pemain dari pasukan lawan.

6.15.3 Pegawai Pasukan dan semua pemain simpanan yang didaftar untuk perlawanan mesti
berada di Bangku Pasukan pada masa perlawanan, kecuali Pegawai Teknik atau
Pengadil memberi arahan sebaliknya atau memberi rawatan ke atas pemain yang
cegera. Pengurus Pasukan bertanggungjawab memastikan tingkahlaku pasukannya
dan duduk paling hampir dengan Meja Teknikal bersama jurulatihnya.

6.15.4 Pegawai atau pemain yang tidak didaftarkan untuk pertandingan tidak dibenarkan
duduk di bangku pemain.

6.15.5 Pengadil dan Pegawai Teknik yang bertugas, selepas memberi amaran kepada
Pengurus Pasukan kerana salah laku pegawai atau pemain berkuasa untuk
mengarahkan pegawai atau pemain tersebut meninggalkan Bangku Pemain. Jika
pegawai atau pemain yang diarah keluar dari bangku pemain enggan berbuat demikian,
tindakan disiplin boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas perlawanan
tersebut.

6.16 Sengaja mengatur keputusan perlawanan


6.16.1 Pasukan yang didapati dengan sengaja mengatur keputusa perlawanan akan
dikenakan tindakan tatatertib oleh MSSM Bahagian Kuching termasuklah dibatalkan
penyertaan.

6.17 Perkara-perkara Yang Tidak Dinyatakan


6.17.1 Semua perkara yang timbul tetapi tidak dinyatakan dalam peraturan ini
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

7. Bayaran Pengadil
7.1 Jumlah bayaran pengadil yang mesti dibayar oleh setiap pasukan akan ditentukan
berdasarkan jumlah pasukan, jumlah perlawanan, format pertandingan dan keperluan
penganjuran.
7.2 Bayaran pengadil mesti dilangsaikankan sebelum perlawanan pertama setiap pasukan
kepada pihak pengelola. Pasukan yang gagal melangsaikan bayaran tidak akan
dibenarkan bermain.
8 Hal-hal lain.
6.
7.
8.
8.0 Pasukan yang bertanding tidak digalakkan membawa penyokong. Penyokong-
penyokong yang datang (jika ada) hendaklah memakai pakaian seragam sekolah dan
diiringi oleh guru.
8.1 Setiap pasukan wajib menjaga keharmonian pertandingan.
8.2 Setiap pasukan wajib menjaga kebersihan dan persekitaran pertandingan.
8.3 Pemain – pemain hanya dibenarkan berada di kawasan padang bola sepak, kawasan
tandas lelaki dan kantin sahaja. Kawasan-kawasan lain adalah kawasan larangan.
8.4 Keselamatan pemain, pegawai dan harta benda pasukan adalah tanggungjawab
pasukan masing-masing. Makanan dan minuman adalah tanggungjawab pasukan
masing-masing.
8.5 Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh diajukan kepada:

En. Ali Rahman Bin Rashid (PK KK, SMK Bako - 0198517067)
En. Duane Anak Reggie (PK KK, SMK Demak Baru - 0198589782)
En. Mohamad Noor Bin Ishak ( PT Bola Sepak Bahagian Kuching -0168906232)
En Ay.udi Farhan Bin Jamaludin (Penyelaras Kejohanan - 01131888083)
En. Sahiran Bin Muchimun ( 0138206253 )

You might also like