You are on page 1of 3

Biodata Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

Nama sebenar ialah Abdullah bin Abi Quhafah.

Berketurunan Bangsawan Quraisy.

Dilahirkan tahun 572 M, 2 tahun selepas kelahiran Rasullah SAW.

Dilahirkan di Mekah Al-Mukarramah.

Khalifah yang pertama.

Menjadi Khalifah pada 632-634 Masihi.

Wafat pada 23 Jamadilakhir 13 Hijrah.

Wafat kerana sakit biasa.

Gelaran As-Siddiq kerana pendiriannya yang sentiasa membenarkan apa yang


disampaikan oleh Rasullah S.A.W.

Jasa & sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk Islam.

1) Sentiasa bersama Rasullah dalam semua peperangan.

2) Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa Rasullah.

3) Membebaskan hamba Islam yang diseksa dengan membayar tebus.

4) Memerangi orang murtad..

5) Menghapuskan nabi palsu.

6) Memerangi orang yang enggan bayar zakat.

7) Berusaha mengumpulkan al-Quran atas cadangan Umar Al-Khattab.

8) Meluaskan empayar Islam dan perjuangan

9) Mengekalkan keamanan.
Pembuka kata ( )

• Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama umat Islam


selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
• Beliau merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat
sekali.
• Beliau pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya
membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan
mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan
salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang
yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji.
Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
• Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap
perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W.

Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ( )

No. 4 & 5

• Selain itu, Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi
palsu sekaligus mendaulatkan kerajaan Islam Madinah. Saidina Abu Bakar
menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah
kepada seorang pemimpin,malah ada di antara mereka mendakwa bahawa
mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan
perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang
terhadap golongan yang digelar golongan Riddah.

No. 7

• Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar als-Siddiq ialah beliau telah


mengumpul semula semua naskah al-Quran dan mengkitab mukjizat
Rasullullah itu menjadi panduan umat Islam sehingga kini.
• Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau telah digelar sebagai
Penyelamat Umat Islam.
No. 10 & 11 ( )

• Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, ramai dalam kalangan umat Islam


kembali menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.
• Mereka berpendapat perintah Islam hanya dilakukan semasa Rasulullah
masih hidup sahaja dan apabila Baginda sudah tiada maka tidak perlu
mengikut ajaran Islam lagi.
• Golongan ini juga telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran sehinggakan
enggan membayar zakat dan ada juga yang mengakui sebagai nabi dan
rasul, selain murtad.
• Jadi, bagi menangani masalah dan mengelak daripada terus menular,
Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan ar-Riddah ini.
• Antara orang yang mengaku menjadi nabi dan mempunyai ramai pengikut
ialah Musailamah al-Kazzab, yang akhirnya berjaya ditumpaskan oleh
Khalid al-Walid dalam suatu pertempuran.

Penutup penerangan sumbangan utk Abu Bakar As-Siddiq ( )

• Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-
634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam.
Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya
murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku
sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan
beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
• Menerima jawatan sebagai khalifah Islam sebaik kewafatan Rasululullah
s.a.w saja adalah satu sumbangan yang tidak ternilai dan tiada galang
gantinya.
• Semoga kita sebagai umat Islam tidak sesekali lupa dan sentiasa
menghargai segala jasa dan sumbangan beliau terhadap agama murni ni.

You might also like