You are on page 1of 8

Bincangkan sumbangan Khlifah Umar bin al-Khattab bagi perkembangan

kerajaan islam.
Sumbangan beliau adalah merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, ketenteraan dan
pendidikan.
Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan
pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin
dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan
melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima
tentera.
Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan
Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah
katib atau setiausaha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk
mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu
sekitar 500 dirham.
Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran
al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah
menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya,
Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah
Umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di
bandar utama manakala kubu pertahan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh
seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan
lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin
sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian
di samping mengusahakan tanah terbiar.
Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan
terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan
jenis tanaman dan kesuburan tanah. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui
sistem jizyah dan kharaj, maka baitumal telah didirikan oleh Khalifah Umar. Beliau telah
diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai khalifah
adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan wilayah Islam
ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam secara besarbesaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam).
Berturut-turut pasukan Islam berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi.

Di bidang pentadbiran pemerintahan, Umar berjasa membentuk Majlis Permusyawaratan,


Anggota Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga membahagi wilayah Islam ke
dalam 8 wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan subdaerah. Lapan wilayah itu adalah
Makah, Madinah, Syiria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan Pelestin. Untuk masing-masing
daerah itu, diangkat pegawai khusus selaku gabenor. Gaji mereka mengikut aturan. Selain itu,
pentadbiran percukaian juga diperkemaskan.
Untuk kepentingan pertahanan, keamanan, dan aturan dalam masyarakat, didirikan lembaga
kepolisian, angkatan tentera dengan tentera berdaftar. Gaji yang diberi adalah berbeza-beza
mengikut tugas-tugas yang di laksanakan. Khalifah Umar juga mendirikan pos-pos tentera di
tempat-tempat yang strategik.
Umar melakukan peraturan keadilan Islam. Beliaulah yang mula-mula meletakkan prnsip-prinsip
keadilan dengan menyusun sebuah risalah yang disebut Dustur Umar atau Risalah al-Qada.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB


Pengenalan Biodata:
Khalifah Umar al-Khattab. Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin
Abdul Uzzu bin Rabah bin Abdullah bin Qartu bin Adi bin Kaab dan dilahirkan pada 583 Masihi.
Merupakan seorang yang tegas, berani dan berterus terang dan terdidik dalam keluarga yang
terkenal. Berasal daripada bani Adi dan merupakan seorang yang berketurunan bangsawan
Quraisy. Beliau juga digelar al-Faruq (orang yang membezakan yang hak dan batil) dan Abu
Hafs kerana kegagahan melindungi umat Islam. Dilantik menjadi khalifah pada 13 Ogos 634
M(13 hijrah) berikutan kemangkatan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq dan dibuat oleh Saidina Abu
baker melalui wasiat ketika beliau sakit dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.
Beliau wafat ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama 10 tahun.Beliau mati ditikam
oleh Abu Lukluah, berbangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran
makam Rasulullah dan Abu Bakar.
PEMBAHARUAN/

PERUBAHAN

DALAM

SISTEM

PEMERINTAHAN

DAN

PENTADBIRAN
1. Pembentukan Majlis al-Syura
Pembentukan satu majlis mesyuarat atau perundingan yang dinamakan sebagai majlis al-Syura.
Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis
Syura yang dianggotai oleh beberapa orang sahabat yang mewakili seluruh rakyat. Majlis ini
berfungsi sebagai kabinet negara. Ahli majlis terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar iaitu
Uthman b. Affan, Zaid b. Thabit, Ali b. Abu Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saab b. Abi Waqqas
dan Muaz b. Jabal Majlis Syura terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis
harian. Segala masalah penting berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura ini yang
mana

khalifah

tidak

mempunyai

hak istimewa

dalam

menentukan

atau

membuat

keputusantertentu tanpa mesyuarat majlis. Majlis juga berkewajipan untuk meneliti semua
masalah umat Islam dan negara yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
2. Meluaskan wilayah pentadbiran
Beliau berjaya menakluki sebuah kawasan yang luas meliputi wilayah-wilayah Iraq,Syria dan
Mesir sehinggakan beliau terpaksa menghadapi masalah pentadbiran wilayah yang ditakluki dari

segi politik,sosial dan ekonomi.Kerajaan Islam pada masa itu berjaya menguasai Baitulmuqaddis
dan Damsyik.
3. Mewujudkan Pembahagian wilayah
Mewujudkan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran negara. Wilayah-wilayah
pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah,
Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh
seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai
tertentu mengikut jabatan masing-masing. Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua
Setiausaha Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah. Disetiap wilayah terdapat
pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera.
4. Pelantikan pegawai secara bersurat.
Dibuat secara bersurat dengan melampirkan senarai tugas dan bidang kuasa mereka. Antara
pegawai terkenal dalam pentadbiran belaiu ialah Muawiyah b. abu Sufian, Amru b. al-As,
Mughirah b. Syukbah dan Zaid b. Sumaiyah. Setiap pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk
negara akan diberi gaji tetap. Terdapat sebilangan pegawai yang tidak mahu menerima gaji
kerana sifat takwa mereka. Setiap pegawai juga tidak dibenarkan menunggang atau menaiki kuda
Turki iaitu kuda yang cantik, memakai pakaian halus, tidak memakai tepung yang diayak dan
tidak menggunakan penjaga rumah pintu kediaman. Ketika dilantik harta mereka turut
direkodkan dan jika terdapat sebarang tambahan harta dan diragui pemilikannya maka mereka
akan disiasat. Semua pegawai dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji untuk mendengar
taklimat daripada Khalifah Umar serta mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan
mendengar aduan daripada orang ramai.
5. Penubuhan Jabatan baru
Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti Jabatan
Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan
Jabatan Kadi. Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran
awam dan tentera yang melakukan penyelewengan. Sehubungan dengan itu beberapa jawatan
penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut. Setiap jabatan diketuai oleh
Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan. Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan
lain bagi mengelakkan penyelewengan dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam
perniagaan. Hakim akan menerima 500 dirham sebulan.

6. Penyusunan Sistem ketenteraan


Khalifah Umat telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan
tentera sukarela. Beliau menubuhkan Diwan al-Jund (Jabatan Ketenteraan) pada 20 hijrah untuk
menjalankan urusan ketenteraan. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam
dan gaji tentera dibayar setelah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan
oleh Jabatan Tentera tersebut. Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap
kawasan musuh seperti di Madinah, Kufah. Fustat dan Basrah. Tujuannya ialah untuk
mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki serta meneruskan penyebaran agama Islam
dikalangan penduduk tempatan
7. Pembaharuan Pembangunan Ekonomi
Beliau menubuhkan Baitulmal (Institusi Perbendaharaan Negara) bagi tujuan mengumpul dan
menguruskan harta dan khazanah kerajaan.Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai
seperti

Kharaj(cukai

tanah),Jizyah(cukai

perlindungan),Ghanimah

(harta

rampasan

perang),Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan
dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan
dan tali air bagi menambahkan lagi hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di
basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di mesir. Rakyat juga digalakkan
meneroka tanah baru untuk membian pertanian disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar.
8. Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis :
i) Tanah Dhimmah tanah bertuan ditadbir pemilik asal.
ii) Tanah Sawafi tanah tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang
amanah yang dilantik daripada ahli al-Ayyam (golongan peneroka) Tanah-tanah ini tidak boleh
dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan. Tentera atau umat Islam tidak
dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembalian.
9. Penggunaan Kalendar Hijrah
Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar
Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan
urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan
penggunaan Tarikh Kesimpulan Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang
diakui umum. Pencapaiannya boleh dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum.

Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran
Amir

al-

Mukminin

atau

panglima

agung

Mukmin

pada

tahun

ke-19

Hijrah

Bincangkan sumbangan Khaifah Harun Al Rasyid sepanjang pemerintahannya pada zaman


kerajaan Abbasiyah.

Pendidikan.

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam
penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi
kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang
yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana
caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan
makmur. Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan
memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada
ekonomi, politik mahupun sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam
diri seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir
Kota Baghdad selama 23 tahun.

Pentadbiran

Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara agar menjadi
sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, sseorang khalifah tidak akan
mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan
dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan
pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di
dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam
peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan
menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan
teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi
perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Kemajuan Intelektual

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu
sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan
ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual.
Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering
kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang
ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali
lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah,
beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan

kepada semua masyarakat dalam negaranya.

Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid.
Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat
banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang
terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan
melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk
berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang
datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja
pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan
aktiviti perniagaan sesama mereka.

Hubungan diplomatik

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan
Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian
antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan
Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian-Peranchis adalah kerana mereka sama-sama
mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini
sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun arRasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru
dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri.
Manakala keluarga al-Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka
memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah.
Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga alBarmaki.
Baitul hikmah
Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah
dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan
mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu
pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan
oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan
pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku,
perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan
yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana
tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan
ilmu pengetahuan

You might also like