You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

( 60 markah )

Jawab semua soalan.

1. Alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang
minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

a. Nyatakan ciri-ciri main dalam menghasilkan pembelajaran berkesan kepada


kanak-kanak.
[5 markah]

b. Penglibatan langsung dalam pembelajaran merupakan satu kaedah belajar


yang semula jadi dan paling berkesan. Sebagai seorang guru, jelaskan
bagaimana anda mengaplikasikan pengalaman langsung untuk
meningkatkan pembelajaran murid-murid di sekolah.

[10 markah]

2. Teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental


yang berlaku secara aktif

a Huraikan secara ringkas 5 jenis pembelajaran menurut pandangan R.M.


Gagne.
[ 5 markah ]

b Berdasarkan Hierarki Pembelajaran R.M. Gagne, bincangkan bagaimana


anda dapat menyampaikan pengajaran anda dengan berkesan.
[ 10 markah ]

3. Guru perlu menguasai model, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran untuk
menghasilkan pembelajaran berkesan dalam kalangan murid.

a Jelaskan pendekatan deduktif berserta contoh yang sesuai.


[5 markah]

b Cikgu Ani mengajar Bahasa Melayu Tahun 2. Cikgu Ani menjalankan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran dengan menayangkan video cerita Sang
Kancil Dengan Buaya. Selepas itu, Cikgu Ani meminta beberapa orang murid
menceritakan semula cerita berkenaan dengan bantuan kad-kad gambar.
Selepas menceritakan semula, Cikgu Ani membimbing murid-murid
menyatakan perkara-perkara yang menarik tentang watak utama dalam cerita
tersebut.

Berdasarkan senario di atas, huraikan strategi pengajaran yang digunakan


oleh Cikgu Ani. Beri justifikasi anda terhadap pemilihan strategi tersebut.

[10 markah]
4. 4.________________________________________________________
Salina, murid Tahun 4 Mawar adalah murid yang sederhana pencapaiannya. Dia
seorang yang pendiam, tidak bergaul dengan rakan sekelasnya dan sering
mengelamun ketika guru mengajar. Salina juga selalu mengantuk dan
adakalanya dia tertidur di dalam kelas. Apabila guru bertanya soalan kepadanya
dia hanya menggelengkan kepala ataupun hanya menyatakan tidak tahu
sahaja.

a. Jelaskan ciri-ciri yang menunjukkan Salina tidak bermotivasi.

[5 markah]

b. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda boleh membantu meningkatkan


motivasi intrinsik Salina.

[10 markah]
BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab dua soalan sahaja.

1. Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada


penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripada orang lain.
(McBrien & Brandt,1997)

Hasilkan satu peta minda yang dapat menggambarkan proses equilibrasi menurut
Jean Piaget dalam Teori Konstruktivisme. Seterusnya huraikan bagaimana equilibrasi
dapat dicapai dalam proses pembelajaran. Huraian anda perlu bersertakan dengan
contoh yang relevan.

[20 markah]

2. Cikgu Yusuf telah dihantar bertugas di sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar
bandar. Beliau telah diamanahkan untuk mengajar Tahun 4 Kekwa. Kebanyakan
murid dalam kelas mempunyai pencapaian akademik yang tidak memuaskan. Murid-
murid kurang berminat dan tidak memberi perhatian semasa cikgu Yusuf mengajar.
Kerja rumah yang diberikan juga jarang disiapkan kerana tidak memahami tugasan.
Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa orang murid yang sangat berminat
dalam pelajaran dan dapat menyelesaikan tugasan Cikgu Yusuf dengan cepat dan
sempurna disebabkan oleh latar belakang keluarga. Ketidakseimbangan pencapaian
murid-murid dalam kelas telah mencabar proses pengajaran Cikgu Yusuf. Selain itu,
wujudnya kumpulan yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Cikgu Yusuf
bercadang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif untuk menangani masalah
pembelajaran dan pengajaran dalam kelasnya.

Berdasarkan senario di atas, bincangkan penggunaan kaedah pembelajaran


koperatif dalam kelas Cikgu Yusuf.

[20 markah]
3. Khaty seorang murid Tahun 4 yang mempunyai tahap prestasi akademik yang
sederhana. Walaupun Khaty tidak bijak tetapi dia berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Berdasarkan senario di atas, bagaimana anda sebagai guru kelas Khaty boleh
mempertingkatkan tahap motivasi Khaty berdasarkan Teori Motivasi Skinner dan
Teori Maslow.

[20 markah]

BAHAGIAN A
( 60 markah )

Jawab semua soalan.

1. Alam belajar merujuk kepada suasana persekitaran yang membolehkan proses


pembelajaran berlaku. Ia menggalakkan dan mempercepatkan perkembangan,
keupayaan, serta kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa
kepada perubahan tingkah laku murid.

a. Huraikan salah satu aspek utama alam belajar yang boleh merangsang
proses pembelajaran murid-murid.
[5 Markah]

b. Teori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang menekankan pengaruh


persekitaran terhadap alam belajar murid-murid. Sebagai seorang guru,
jelaskan bagaimana anda mengaplikasikan eksosistem untuk meningkatkan
pembelajaran murid-murid di sekolah.
[10 markah]

2. Pembelajaran adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid-murid akan
membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada masing-
masing. Setiap murid berbeza antara satu sama lain dari segi latar belakang
dan tahap motivasi. Oleh itu, mereka biasanya akan membina makna yang
berlainan walaupun pengalaman mereka adalah sama.

a. Terangkan secara ringkas konsep pembelajaran Teori Penemuan


Bruner.
[5 markah]

b Zaida seorang murid Tahun 4 yang mempunyai tahap prestasi akademik yang
sederhana. Walaupun Zaida tidak bijak tetapi dia berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Berdasarkan senario di atas, banding beza antara Teori Pembelajaran


Skinner dan Teori Pembelajaran Maslow terhadap tahap motivasi Zaida untuk
cemerlang dalam akademik.
[10 markah]
3. Pengetahuan yang mendalam tentang model dan pendekatan pembelajaran dan
pengajaran amat diperlukan oleh guru untuk membolehkan mereka menjalankan
pengajaran dengan berkesan.

a. Jelaskan teknik sumbang saran beserta contoh yang sesuai.

[5 markah]

a. Pendekatan inkuiri terbimbing bertujuan mengembangkan kemahiran dan


disiplin intelek yang berpunca daripada rasa ingin tahu murid.

Berdasarkan proses inkuiri, bincangkan dengan memberi contoh


tentang lima fasa yang terdapat dalam model ini dan bagaimana
kemahiran intelek berlaku dalam setiap fasa.

[10 markah]

4. Apabila guru menyedari kebolehan setiap pelajarnya yang mempunyai pelbagai gaya
pembelajaran maka mudah baginya untuk menjalankan sesi pembelajaran dan
pengajaran. Selain itu guru juga dapat merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan murid.

a. Nyatakan jenis pelajar yang lebih suka gaya pembelajaran persekitaran


berstruktur dan formal?.
[5 markah]

b. Bincangkan tindakan yang guru boleh lakukan dalam pembelajaran dan


pengajaran untuk mengambil kira aspek perbezaan individu.
[10 markah]

BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab dua soalan sahaja.

2. Teori Konstruktivisme memberi penekanan bahawa murid membina sendiri secara


aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman
sedia ada dan tidak menerima pengetahuan yang disampaikan secara pasif.

Rancangkan satu pengajaran yang mengaplikasikan Teori Kontruktivisme dalam


mata pelajaran pengkhususan anda.
[20 markah]

2. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi


kandungan dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.
Berdasarkan matapelajaran major anda, pilih satu tajuk dan cadangkan bagaimana
tajuk tersebut boleh diajarkan melalui pendekatan Kontekstual.

[20 markah]

3. SK Taman Tasik merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini


muridnya kurang bermotivasi untuk belajar.

Bincangkan sejauhmana penggunaan Teori Atribusi Weiner mampu memberi


motivasi kepada murid untuk mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih
cemerlang dalam UPSR.

[20 markah]

LATIHAN EDUP 3033


1. Kanak-kanak berkembang dan belajar melalui bermain. Main merupakan
pengalaman menyeronokkan dan menggembirakan kanak-kanak.

a) Nyatakan dua prinsip proses belajar melalui pengalaman langsung.


(5 markah)

b) Terangkan tiga kepentingan bermain kepada kanak-kanak.


(10 markah)

2. Alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang
minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

a) Nyatakan dua ciri main dalam menghasilkan pembelajaran berkesan kepada


kanak-kanak.

b) Terangkan tiga jenis main berikut;


i) Main konstruktif
ii) Main selari
iii) Main berperaturan

3. Memahami perbezaan individu dapat membantu guru memastikan murid-murid dapat


menguasai kemahiran, pengetahuan dan ilmu yang disampaikan oleh guru.

a) Nyatakan empat implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan


pembelajaran yang perlu diberi pertimbangan semasa membuat perancangan
pengajaran dan pembelajaran.
b) Berikan tiga contoh bagaimana guru melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran mengikut implikasi perbezaan individu yang disebut di atas.

4. Menurut Atkinson (1964), Teori Ekspektansi x Nilai bermakna bahawa motivasi ialah
gabungan antara harapan untuk mencapai matlamat dan nilai matlamat itu untuk diri.

a) Nyatakan dua konsep Teori Ekspektansi x Nilai.

b) Merujuk kepada Teori Ekspektansi x Nilai, nyatakan tiga faktor yang


mempengaruhi nilai tugas.

5. Teori Konstruktivisme memberi penekanan bahawa murid membina sendiri secara


aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman
sedia ada dan tidak menerima pengetahuan yang disampaikan secara pasif.
Berdasarkan teori tersebut yang berlandaskan Teori Piaget dan Zon Perkembangan
Proximal Vygotsky bersetuju bahawa;
Murid aktif menjana pengetahuan mereka
Interaksi sosial juga penting dalam menjana pengetahuan

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, bincangkan kesesuaian kedua-dua idea


tersebut dalam konteks sekolah rendah dan beri lima cadangan aktiviti yang sesuai
beserta contoh-contohnya untuk meningkatkan pembelajaran berkesan murid-murid.

(20 markah)

6. Model pengajaran merupakan satu garis panduan kepada guru untuk merancang
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Bincangkan penggunaan model pengajaran langsung dan pembelajaran masteri


yang boleh memberi manfaat kepada pembelajaran murid-murid dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai.

(20 markah)

7. Sara seorang murid Tahun 4 yang mempunyai tahap prestasi akademik yang
sederhana. Walaupun Sara tidak bijak tetapi dia berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Berdasarkan senario di atas, banding beza antara Teori Pembelajaran Skinner dan
Teori Pembelajaran Maslow terhadap tahap motivasi Sara untuk cemerlang dalam
akademik dan bincangkan enam cara bagaimana guru boleh mempertingkatkan
tahap motivasi murid-murid berdasarkan Teori Motivasi Skinner.

(20 markah)

CONTOH HUJAH

1. Setiap murid adalah unik dan berbeza. Perbezaan murid dalam aspek fizikal,
kognitif, emosi dan rohani yang secara tidak langsung akan mempengaruhi
gaya pembelajaran dan proses pembelajaran mereka.
a. Nyatakan 4 langkah gaya pembelajaran Model Kolb (1984) dalam
pembelajaran murid-murid.

(5 Markah)

b. Huraikan cara guru mempertingkatkan pengamatan dan penanggapan


murid-murid dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

(10 Markah)

JAWAPAN
2. Setiap murid adalah unik dan berbeza. Perbezaan murid dalam aspek fizikal,
kognitif, emosi dan rohani yang secara tidak langsung akan mempengaruhi
gaya pembelajaran dan proses pembelajaran mereka.
a. Nyatakan 4 langkah gaya pembelajaran Model Kolb (1984) dalam
pembelajaran murid-murid.

Menurut Kolb (1984), pembelajaran adalah satu proses di mana konsep


sentiasa diubahsuai oleh pengalaman. Ini menjelaskan bahawa idea
bukanlah satu unsur pemikiran yang tidak boleh diubah tetapi ia terbentuk
dan dibentuk semula melalui pengalaman. Ada empat langkah gaya
pembelajaran Model Kolb yang boleh dilaksanakan bagi menjadikan
model ini produktif kepada pembelajaran murid-murid iaitu:
1. Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti pengalaman baru.
2. Menggunakan pemerhatian reflektif bagi menghubungkan
pengalaman sedia ada; secara tak langsung dari pendengaran,
pembacaan dan sebagainya kepada pemerhatian baru.
3. Membentuk konseptual abstrak bagi membentuk teori dan
generalisasi yang logik.
4. Menggunakan teori baru dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Model ini membolehkan guru menyesuaikan aktiviti pengajarannya
dengan kecenderungan gaya pembelajaran murid-murid.

b. Huraikan cara guru mempertingkatkan pengamatan dan penanggapan


murid-murid dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Contoh hujah

Pengamatan merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat


melalui deria dan menyusun semula maklumat yang diterima dan membentuk
makna atau konsep rangsangan tersebut. Manakala penanggapan pula,
merupakan proses mengamati dan memperolehi makna sesuatu konsep
dalam struktur kognitif supaya murid faham & mengenali persekitaran untuk
membentuk konsep atau membuat kategori dengan berkesan. Pada peringkat
awal persekolahan, murid-murid mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap
keupayaan dalam menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Ini bermakna,
guru memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengamatan dan
penanggapan murid-murid dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.
Di bawah ini dihuraikan beberapa cara guru boleh mempertingkatkan
pengamatan dan penanggapan murid-murid.

Pertama, guru perlu menyampaikan pengajaran mengikut


urutan. Ini bermakna setiap aktiviti pembelajaran itu ada kesinambungan di
antara setiap langkah pengajaran. Contohnya, guru boleh memulakan
pengajaran dengan meminta murid-murid bercerita tentang haiwan
peliharaan. Murid-murid memberi beberapa contoh haiwan peliharaan.
Seterusnya, secara berkumpulan murid akan membincangkan ciri-ciri haiwan
peliharaan berdasarkan kad gambar yang diberi oleh guru. Dalam proses
pembelajaran ini, murid membuat pengamatan ciri-ciri haiwan melalui deria
penglihatan dan pendengaran. Kemudian, murid menyusun semula maklumat
yang diterima untuk membentuk makna. Seterusnya, murid-murid
menkategorikan haiwan peliharaan dengan menggunakan Peta Pokok. Aktiviti
ini akan meningkatkan penanggapan murid. Akhirnya, murid dapat membuat
generalisasi tentang haiwan peliharaan.

Hujah-hujah lain
i. Strategi dan teknik
Dipelbagaikan dan bersesuaian dengan konsep yang diajar
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan lebih daripada
satu pancaindera.

ii. Aktiviti
Seimbang dengan kebolehan murid
Melibatkan murid sepenuhnya.

iii. Sumber media pengajaran


Penggunaan ICT, multimedia atau kad imbasan dan sebagainya
Dapat memahami konsep yang baru dipelajari
Meningkatkan minat murid untuk belajar

iv. Pendekatan inkuiri-penemuan


Murid mengemukakan masalah, membuat hipotesis, merancang
dan melakukan penyiasatan.
Murid sentiasa menaakul dan berfikir

v. Contoh
Guru memberi banyak contoh yang mudah difahami oleh murid
Seimbang dengan pengetahuan dan pengalaman murid
EDUP3033-Murid dan Pembelajaran

Bahagian A (60 markah)

Jawab semua soalan

1. Pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Guru perlu
memainkan peranan penting untuk membantu murid memperolehi pengetahuan.

a. Nyatakan pengertian pengajaran dan pembelajaran.

[ 5 markah ]

b. Tunjukkan cara guru mempertingkatkan persepsi murid dalam proses pembelajaran.

[ 10 markah ]

2. Setiap murid adalah unik dan berbeza.Perbezaan murid mempengaruhi gaya dan proses
pembelajaran mereka.

a. Nyatakan empat langkah gaya pembelajaran Model Kolb (1984) dalam pembelajaran
murid.

[ 5 markah ]

b. Kemukakan cara-cara bagaimana guru dapat meningkatkan keberkesanan proses


pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pembelajaran murid.

[ 10 markah]

3. Teori pembelajaran Konstruktivis menyatakan bahawa murid membina pengetahuan


baharu berdasarkan pengalaman sebenar melalui interaksi dengan orang lain.

a. Huraikan konsep zon perkembangan proksimal

[ 5 markah ]

b. Princikan cara guru melaksanakan strategi berpuisatkan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.

[ 10 markah ]

4. Guru harus menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
merapatkan jurang pembelajaran dalam kalangan murid seperti pembelajaran secara
berkumpulan atau pembelajaran secara individu.
a. Jelaskan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif.

[5 markah]

b. Huraikan kelebihan pembelajaran masteri sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran


yang berpusatkan murid.

[10 markah]

Bahagian B (40 markah)

Jawab dua soalan

1. Anda mengajar mata pelajaran bahasa Melayu kelas Tahun 3. Murid kelas tersebut lemah
dan hampir semua mata pelajaran.Empat orang murid kelas tersebut tidak dapat menguasai
kemahiran asas , enam orang daripada mereka sentiasa ponteng sekolah. Kebanyakan murid
kelihatan tidak berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mereka tidak memberi
perhatian dan tumpuan semasa anda mengajar.

Berdasarkan seniario di atas, tunjukkan implikasi Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
terhadap pengajaran dan pembelajaran murid-murid kelas tersebut.

[20 markah ]

2. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau.Tujuan pengajaran abad ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang
mahir falam komunikasi, produktif, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan mahir
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Berdasarkan pernyataan di atas cadangkan bagaimana guru boleh melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi?

[ 20 markah ]

3. Seorang guru yang berkesan ialah guru yang dapat meransang minat, motivasi, potensi dan
sikap positif terhadap pembelajaran di kalangan murid.

Beri pendapat anda, bagaimana guru boleh memotivasi murid-muridnya supaya dapat belajar
dengan berkesan berdasarkan perspektif Humanistik?

[ 20 markah ]

You might also like